Wednesday, January 30, 2013

tercekik!

hari ni pertama kali aku pakai benda yang bisa mencekik tengkuk aku setelah membuat comeback setahun yang lalu. 2-3 jam jugak la aku terseksa tercekik. aku memang tak berapa berkenan kalau kena pakai dress code macam ni. selesai ja aku terus bukak segala dress code yang mencekik tengkuk dan keselesaan aku. fuh! lega......

rimas.

lemas.


Tuesday, January 29, 2013

>_<

ish! susah betul nak pilih buku apa nak dibaca seterusnya. stress pun ada. selalunya bila jadi macam ni aku baca komik ja.

pesta buku 1 malaysia yang start esok ni pun tak tau la aku boleh pi ke tak. kena tengok duit dulu. bajet ketat. offer daripada publisher memang semua menarik belaka. haihhh...sabar je la




Tuesday, January 22, 2013

masa

"saya tak nak buang masa." kedengarannya sinis sekali.

sentap orang yang dengar. apa aku peduli.

itu hak aku. ekspresi diri aku.  



Monday, January 21, 2013

"sukan terbaik hanya di RTM"

ptuihh! hampeh. 

semalam final badminton super series terbuka Malaysia. Lee Chong Wei dapat masuk final untuk perseorangan dan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying untuk beregu campuran. 

aku dah sedia depan tv1 nak tengok game final ni memandangkan rumah kat kampung takdak astro. tapi pukul 2 petang depa dok tayang 'rancangan khas'. pukul 3 petang dok tayang forum bual bicara siswa. ubah tengok tv2 dok tayang drama tamil/hindustan. sampai pkul 4.30 petang haram takdak bayang nak tayang badminton final super series terbuka malaysia. apakah??!!! 

aku boleh faham la kalau bukan terbuka malaysia and takdak player malaysia yang dapat masuk final. ni terbuka malaysia and ada player malaysia dapat masuk final kot! lagi satu, badminton antara sukan yang popular kat malaysia. kalau depa tak tayang pasukan kriket malaysia ka pasukan hoki ais malaysia ka aku boleh terima lagi. ni sukan badminton ok! pathetic betul..

common la...kalau rasa tak boleh buat penyiaran sukan yang dekat malaysia ni, toksah dok self proclaimed la kata "sukan terbaik hanya di RTM"! buat malu saja. jangan la asyik dok kempen propaganda kerajaan saja. 

awat hak penyiaran final terbuka malaysia dah dibolot untuk astro arena saja ka? abeh kami yang takdak astro ni tak boleh la tengok sukan? awat dulu2 masa takdak astro lagi boleh ja tayang acara2 sukan yang besar dan hebat? apa depa ingat la ni semua orang mampu pakai astro ka? ish meluat sungguh.  

 


Wednesday, January 16, 2013

kualiti hidup

aku ada seorang anak buah yang memang pembaca tegar. dia ni boleh dikatakan setiap masa membaca. celik je mata baca buku. dalam kereta kakak aku bersepah2 buku dia. sampai kalau balik kampung habis buku2 aku kat rak dia geledah. dulu aku rasa macam tak percaya betul ke dia ni baca buku sungguh2?! ye la umur dia baru 9 tahun kot..tapi gaya bacanya macam academician saja. sampai hari tu tengah potong rambut kat salon kawan aku pun dia dok baca buku. sampai kawan aku cakap psiko! kahkahkah..!! 

memang bagus habit dia tu. aku tak nafikan. dan kesannya dia memang ada perbendaharaan yang baik dan elok dalam percakapan seharian. kalau buat penulisan pun cantik ja ayat2 dia. 

kesimpulannya, banyak membaca memang bawa banyak perubahan pada diri pembaca terutamanya dari segi pemikiran. baru2 ni aku ada baca artikel yang bagus di internet (klik sini untuk baca). salah satu perkara yang menarik perhatian aku dalam artikel tu adalah; 

"Kajian empirikal juga telah membuktikan bahawa kualiti hidup berkadar secara langsung dengan bilangan buku yang dibaca. Secara purata, golongan yang membaca sebuah buku seminggu atau 50 buku setahun, didapati mempunyai taraf kualiti kehidupan yang tinggi. Manakala, golongan yang hanya membaca majalah atau surat khabar, dan kurang membaca secara amnya dilaporkan mempunyai kualiti kehidupan yang rendah." 

jangan ingat aku nak menunjuk kononnya aku mempunyai kualiti hidup yang tinggi ya. tapi sedikit sebanyak aku setuju dengan penulis artikel ni. 

cuma aku nak tambah sikit lagi. kualiti hidup kita akan lebih tinggi dan bernilai bila bahan bacaan yang kita baca tu molek2 dan menambahkan ilmu pengetahuan yang berguna kepada kita. jadi fikir2 lah bahan bacaan macam mana yang molek dan sebaliknya. serupa macam makanan. ada banyak jenis makanan. ada yang berkualiti dan ada yang tak. ada yang menyihatkan tapi ada yang akan mengundang penyakit. jadi pilihan di tangan kita. kalau kita banyak makan makanan yang tak menyihatkan, lambat laun kita akan jatuh sakit. macam tu jugak lah otak dan fikiran kita. kalau asyik disogok dengan benda yang tak berfaedah dah tentu otak akan sakit (dan mungkin boleh nyanyuk atau gila!). 

aku tak mau tau apa alasaan orang tak mau membaca. tapi aku harap mereka akan membaca walau sepotong ayat. 



p/s: banyak isu yang dibincangkan dalam artikel tersebut. nanti aku tulis lain....  

 

2013

selamat tahun baru 2013! 

entri pertama untuk tahun baru ni. tahun baru yang aku rasa takdak perbezaan dengan tahun lepas. takdak rasa pun transition dari 2012 ke 2013. mungkin di ambang tahun baru hari tu aku masih sibuk bertungkus lumus siapkan keja di opis.  keja macam tak berhenti. 

dah genap setahun mak tinggalkan kami. 

resolusi tahun 2013? pertama kali aku tulis dalam diari kecil. nanti hujung tahun kita tengok tercapai ke tak. 

masa memang bergerak pantas. dah masuk 3 series aku ni. 


p/s: harap ada sesuatu yang baru untuk 2013....