Wednesday, May 30, 2012

---_---


She tight us together
We fell apart when she's gone

We drifted away
We go separate ways

I can't stay to hold on it

We are different
Accept it, adopt it
Change and move on 


epitjack!
300512@1603



Tuesday, May 29, 2012

1st timer

aku dengan gigihnya pegi stadium tengok hoki dengan anak2 buah. aku bajet tak ramai orang. ye la aku tengok kat tv dua game sebelum ni orang tak ramai pun kat stadium.

alih2 sangkaan aku meleset!

satu, parking memang penuh. walaupun takde sepenuh macam ada game bola kat stadium. ok aku masih positif lagi. mungkin kat dalam stadium tak ramai orang.

meleset sama sekali. stadium giler penuh!!! takde tempat nak duduk. berdiri pun penuh jugak. masa aku sampai tu india leading 2-0. tamat separuh masa pertama, kami berdiri kat atas plak. aku berharap gak la malaysia main dramatik last minit macam lawan great britain hari tu. hmmm tapi mengecewakan. banyak peluang tapi sia2.

feel tengok kat tv dengan tengok kat stadium tak sama. tapi kalau game bola aku tengok kat tv je la. bukan nampak sangat pun kalau tengok kat stadium. hoki ni padang dia takde la besar sangat. jadi masih boleh nampak pemain dengan baik. kami plak semalam spot belakang gol. memang meriah la bersorak bila gol. hahaha..=)) 

game hoki semalam aku rasa mengecewakan. malaysia tak main macam dua game sebelum ni. aku rasa malaysia main macam nervous je sebab stadium penuh kot..tekanan daripada penyokong.

tahun lepas aku rasa stadium tak penuh sangat pun.

aku rasa kalau tak kerana malaysia baru je menang kejohanan asia remaja bulan lepas kat melaka, mesti takde orang nak tengok hoki piala sultan azlan shah ni sebab skuad senior baru je gagal melangkah ke sukan olimpik. tapi bila tengok stadium penuh semalam, maksudnya hoki dah kembali di hati rakyat malaysia.


p/s: bekas kapten hoki malaysia berdiri sebelah aku beli wafle nelson's kat ktm semalam...

Friday, May 18, 2012

diketepikan

selepas stress dengan kajadian yang tiba2 datang dan pergi pada hari rabu lepas, aku kembali ke tabiat lama untuk kononnya menghilangkan stress yang dah tak berapa nak stress lagi..iaitu aku kembali 'melawat' ke kedai buku.

beberapa bulan lepas aku berusaha sedaya upaya untuk tidak melawat ke kedai buku. tapi akhirnya aku tewas. hampir lebih dua jam aku kat kedai buku tu. ada diskaun dan beberapa buku menarik. 

satu perkara yang menarik aku perhatikan di kedai buku tu. kedai buku ni memang biasa bagi diskaun istimewa pada ahlinya untuk buku2 baru terbit yang terpilih. sayangnya aku perhatikan buku2 terpilih yang diberi diskaun untuk ahli itu masih belum mencakupi semua genre pembacaan ulat buku. kebanyakan buku2 terpilih tu adalah genre novel pop fiksyen romantik cinta yang juga hanya penerbit terpilih saja. buku2 islamik dan novel fiksyen bahasa inggeris pun termasuk dalam buku2 terpilih ni. genre apa yang tertinggal?atau kurang dapat perhatian? karya sastera salah satu tentunya. buku bercorak non fiksyen pun jarang dapat diskaun istimewa ni. hatta buku dr. m yang baru terbit dalam versi bahasa malaysia tu pun takde diskaun istimewa. 

jadi aku yang mahu baca karya sastera dan non fiksyen ini rasa diketepikan. sekurang-kurangnya dalam 10 buku baru terbit yang terpilih untuk diskaun istimewa tu haruslah ada pelbagai genre. aku paham kalau genre pop romantik itu lebih laris. tapi takkan satu pun karya sastera atau non fiksyen tak boleh disenaraikan dalam diskaun istimewa bulanan kedai tu? 

aku bukan graduate business study atau marketing. jadi aku tak tahu pasal marketing strategi kedai tu. tapi yang aku tahu setiap kali kedai ni buat clearance stock, buku2 sastera, non fiksyen (history, biografi, dll) yang banyak dijual dengan diskaun runtuh..kadang2 up to 70% - 90%. jadi aku yang tak tahu pasal business rasa ini mungkin marketing strategi kedai tu. 

kalau mahu orang baca atau beli karya sastera atau buku non fiksyen yang ilmiah, apa kata cuba bagi diskaun istimewa bulanan tu untuk satu atau dua quota buku genre begini? test market gitu.  atau apa kata kedai tu buat kaji selidik tentang genre pembacaan ahli2nya? aku rasa aku tak pernah dapat borang kaji selidik dari kedai ni..
   

Tuesday, May 15, 2012

salahkah!?

Ada satu cerpen yang saya baca baru2 ni. Menusuk. Tapi bila saya fikir2 balik, she might have a point there. Tapi secara keseluruhannya, di Malaysia bukan semua orang ada financial freedom. Nak memenuhi keperluan asas pun perlu bercatu setiap bulan. Jadi perbelanjaan untuk buku tu keutamaannya berada di bawah lagi. Oleh sebab itu, orang mengejar jualan gudang atau jualan buku dengan harga diskaun. Nah di situ jelas menunjukkan kuasa membeli itu bergantung kepada kewangan seseorang. 

Saya memang seorang yang seringkali 'mengejar' jualan gudang atau jualan buku dengan harga diskaun dan faktanya saya memang selalu membeli buku terpakai. Penulis, penerbit, pengedar mungkin anggap saya tidak membantu industri perbukuan. Agaknya royalti tidak sampai kepada mereka sebab saya membeli buku terpakai. Salahkah saya kalau mengejar jualan gudang? Salahkah saya kalau hanya membeli buku bila ada diskaun? Salahkah saya bila membeli buku terpakai? Salahkah saya kalau hanya meminjam buku daripada kawan2 atau perpustakaan awam? Bukankah Malaysia sebuah negara yang bebas dan mengamalkan demokrasi. Jadi hati saya kata tak salah. 

Apakah yang lebih penting? Mahu buku itu jadi bestseller?? 

Ini kata2 seorang penulis, Neil Gaiman; "Don't ever apologize to an author for buying something in paperback, or taking it out from a library (that's what they're there for. use your library). Don't apologize to this author for buying books second hand, or getting them from bookcrossing or borrowing a friend's copy. What's important to me is that people read the books and enjoy them, and that, at some point in there, the book was bought by someone. And that people who like things, tell other people. The most important thing is that people read...

Ini juga adalah pendirian saya; "people read". 

Tahu tentang kekuatan penyampaian mulut ke mulut? Saya lebih percaya kalau kawan saya rekomen sesuatu buku itu samada bagus atau tidak. Saya tak mungkin mampu untuk baca kesemua buku dan mengenali ramai penulis melalui buku mereka. Teori saya mudah. Kawan saya rekomen dan bagi saya pinjam bukunya. Saya baca. Kalau sesuai dengan citarasa saya, saya akan cari buku tu dan beli untuk koleksi saya. Dan saya akan beli buku2 lain yang penulis tu tulis. Dan sentiasa menanti buku baru penulis tu untuk dibeli. Jadi saya sudah jadi pembeli buku2 penulis tu walaupun sebelum ni saya tak pernah beli pun buku2 penulis tu. Bukankah sudah bertambah pembeli? Kalaupun buku tu tak menepati citarasa saya, tapi saya sudah baca. Tulisan mereka sampai kepada saya. Walaupun mungkin duit royalti tidak sampai kepada mereka. 

Saya bukan penulis buku. Tapi kalau saya seorang penulis, saya mahu orang baca tulisan saya. 

Mana lebih baik antara biarkan buku2 tu terperuk di dalam gudang tidak dijual sebab kononnya tak laku dan tak ada orang nak beli dan baca atau berusaha mempromosi dan menjual buku2 tu walaupun dengan harga gudang atau diskaun? Hati saya kata, keluarkan buku2 tu dari gudang. Buku2 tu berhak untuk 'bebas'. Kenapa perlu simpan? 

Hati saya kata lagi, pilihan di tangan saya. Jadi perlukah menganggap orang seperti saya yang 'mengejar' jualan gudang, diskaun, buku terpakai atau hanya meminjam sebagai orang yang tak tahu menilai buku, usaha dan buah fikiran penulis? Saya rasa kecil hati. Saya berusaha untuk membaca seberapa banyak buku yang ada. Tapi bila ada yang rasa orang seperti saya ini bukan pembaca sejati, saya kecewa dan patah hati. Saya hampir mengambil keputusan tak mahu membaca lagi!! 

Saya bukan siapa2. Saya hormati pendapatnya tentang orang seperti saya. 

Hati saya yang marah kata berhenti daripada membaca tulisannya!

Saya tak mungkin mampu mengubah persepsi orang terhadap orang seperti saya. Jadi saya telah memilih jalan saya. Ini jalan saya. Hakikat yang orang kena terima bahawa orang seperti saya wujud dalam dunia perbukuan mereka.



Monday, May 14, 2012

hujung minggu

last week minggu yang agak memenatkan. aku biasanya orang terakhir akan keluar rumah untuk ke tempat kerja berbanding dua orang lagi rakan serumah aku. dan biasanya aku orang pertama sampai di rumah lepas waktu kerja. tapi last week seisi rumah balik kerja lewat. hampir maghrib baru sampai rumah. masing-masing kepenatan.

jadi hujung minggu mahu rehat saja di rumah. basuh kain baju, tengok t.v dan baca buku yang dibeli di pesta buku KL hari tu. target nak habiskan baca buku Faisal Tehrani 'Perempuan Nan Bercinta'.

masak pun simple je. telur masak taucu dan ayam rempah versi aku. malas nak keluar. konon nak jimat minyak kereta.

layan bola perak vs selangor, bowling tournament dan hoki. game bola yang tak rancak. even aku hepi perak benam selangor 2-0. bowling dan hoki dramatik. zandra aziela menang bowling last minit. hoki malaysia plak hampir saja gawang dapat dibolosi pakistan. tapi malaysia menang jugak. katanya game manchester city dgn qpr pun dramatik. ntah. tapi kecoh pagi ni di radio psl manchester city juara epl. manchester united katanya kena akur dengan keputusan itu.  




Tuesday, May 8, 2012

karma!?

Sesekali jumpa kawan lama masa sekolah dulu memang mengimbau kenangan saja.

Kawan aku cakap baru-baru ni mak dia bagitau adik dia kena buli di sekolah dan cakap siapa la yang kaki buli dulu sampai sekarang ni adik depa plak kena buli. Sambil tu mata mak dia dok tengok dia. Tapi kawan aku ni buat tak reti ja. Takdak respon. Aku tanya dia mak dia syak ke yang dia kaki buli masa sekolah dulu? Dia kata mak dia mungkin syak dia kaki buli dulu. Dan sekarang adik2 dia semua kena buli kat sekolah. Karma!

Kami bantai gelak sakan bila ingat zaman sekolah dulu. hahaha

Aku fikir aku selamat. Aku takdak adik untuk jadi mangsa buli di sekolah. Tapi hujung minggu lepas balik kampung, kakak aku cakap anak dia kena buli di sekolah. Duhh!! Karma kah!?? Ahh whatever..tapi bila fikir balik, semua anak buah aku jadi mangsa buli di sekolah! Alamak..agaknya kakak2 aku tau tak yang aku ni kaki buli kat sekolah dulu?


p/s: atas faktor2 keselamatan, aku tak boleh dedahkan corak pembulian kami kat sekolah dulu.kehkeh




Friday, May 4, 2012

^_^

Buku free yang aku dapat daripada JS Adiwarna untuk peraduan 'Redeem & Review'.
Staff JS Adiwarna cakap aku boleh redeem apa-apa buku kecuali Hikayat Hang Tuah. Aduhh kecewa di situ. Jadi diorang cakap pilihlah buku yang paling mahal kalau tak rugi nanti. Hmm memandangkan kebanyakan buku diorang aku dah baca, aku serius tak tau nak pilih buku yang mana. Jenuh depa nak melayan aku yang banyak kerenah ni masa nak pilih buku mana yang aku nak redeem. Tapi depa ni memang sangat membantu la untuk aku membuat keputusan. Ada seorang staff ni macam malu-malu ja nak promote Gerabak Merah Jambu tu tapi aku cakap dengan dia "Ohh yang ni saya memang macam nak pilih cuma lagi satu buku saya tak tau nak pilih yang mana". Lepas tu depa kata penulisnya ada di kalangan mereka dan suruh aku teka. Aku tak nak teka tapi aku cakap nanti nak tandatangan penulisnya, Kamalia. Selesai sesi memilih, baru la depa cakap yang mana satu penulisnya. Rupa-rupanya orang yang mula-mula promote buku tu kat aku la penulisnya. Patut la macam malu-malu je dan tentunya aku dapat tandatangan penulisnya, Kamalia...=))  

Buku free from my best friend
Perempuan Nan Bercinta tu buku terbaru Faisal Tehrani dan karya asli pertama daripada ITBM. Lepas belek-belek buku ni, aku rasa macam buku ni sekuel kepada buku Tuhan Manusia. Ayat ini yang pertama aku nampak masa belek-belek buku ni dan aku terus rasa 'seram sejuk'. Thanks to my best friend yang 'bersungguh-sungguh' nak bagi aku buku ni..hoho 
"Cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati." - Perempuan Nan Bercinta (Faisal Tehrani) 


Buku free from my other best friend which she bought it in Jakarta
Aku pesan dengan kawan aku mintak tolong dia belikan buku Chairil Anwar masa dia outstation ke Jakarta bulan lepas. Jadi dia belikan 'Aku Ini Binatang Jalang' koleksi puisi Chairil Anwar dari 1942-1949. Aku tanya berapa harga buku ni tapi dia cakap ambik saja..dia bagi aku. Ini sajak yang paling aku suka dalam buku ni:- 

AKU

Kalau sampai waktuku 
Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau 

Tak perlu sedu sedan itu 

Aku ini binatang jalang 
Dari kumpulannya terbuang 

Biar peluru menembus kulitku 
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa lari 
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak peduli 

Aku mau hidup seribu tahun lagi 



Buku yang aku beli
Tunas Cipta (Februari 2012) tu aku beli sebab ada rencana yang aku nak baca. Rindu Seorang Rafik tu selalu je tak ada stok di kedai buku mainstream. Surat-surat Perempuan Johor tu lagi langsung jatuh kategori 'rare' yang memang aku tak pernah nampak langsung kat kedai buku mainstream.

2 Buku Fixi, 1 mug KOPI & free beg
Aku dah baca proposal novel Licik. Jadi aku mahu tahu keseluruhan ceritanya. Pecah pulak memang lama dah aku aim nak beli tapi malas nak beli online. Kat kedai buku mainstream pulak kadang-kadang ada kadang-kadang tak ada. Mug KOPI tu sebagai pelengkap kepada buku KOPI yang aku beli hari tu. Beg Sitora Harimau Jadian tu free dari Fixi.

beli kat gerai Payless
Untuk menambahkan koleksi buku John Grisham aku. Kat kedai buku terpakai Novel Hut yang aku selalu pergi tu memang susah nak dapat buku ni. (Padahal aku boleh je beli buku ni baru kat Popular or MPH..hoho)

Buku-buku untuk anak-anak buah aku

special untuk anak buah aku yang ambil subjek lukisan dan seorang lagi yang memang suka memasak

Ada 3 beg buku yang aku kena bawak balik kampung weekend ni. Dan sesungguhnya aku perlukan rak buku baru...huhu 

Ada sesiapa nak hadiahkan aku RAK BUKU?? 


p/s: mungkin besday tahun depan aku patut request rak buku pulak...LOL