Wednesday, January 16, 2013

kualiti hidup

aku ada seorang anak buah yang memang pembaca tegar. dia ni boleh dikatakan setiap masa membaca. celik je mata baca buku. dalam kereta kakak aku bersepah2 buku dia. sampai kalau balik kampung habis buku2 aku kat rak dia geledah. dulu aku rasa macam tak percaya betul ke dia ni baca buku sungguh2?! ye la umur dia baru 9 tahun kot..tapi gaya bacanya macam academician saja. sampai hari tu tengah potong rambut kat salon kawan aku pun dia dok baca buku. sampai kawan aku cakap psiko! kahkahkah..!! 

memang bagus habit dia tu. aku tak nafikan. dan kesannya dia memang ada perbendaharaan yang baik dan elok dalam percakapan seharian. kalau buat penulisan pun cantik ja ayat2 dia. 

kesimpulannya, banyak membaca memang bawa banyak perubahan pada diri pembaca terutamanya dari segi pemikiran. baru2 ni aku ada baca artikel yang bagus di internet (klik sini untuk baca). salah satu perkara yang menarik perhatian aku dalam artikel tu adalah; 

"Kajian empirikal juga telah membuktikan bahawa kualiti hidup berkadar secara langsung dengan bilangan buku yang dibaca. Secara purata, golongan yang membaca sebuah buku seminggu atau 50 buku setahun, didapati mempunyai taraf kualiti kehidupan yang tinggi. Manakala, golongan yang hanya membaca majalah atau surat khabar, dan kurang membaca secara amnya dilaporkan mempunyai kualiti kehidupan yang rendah." 

jangan ingat aku nak menunjuk kononnya aku mempunyai kualiti hidup yang tinggi ya. tapi sedikit sebanyak aku setuju dengan penulis artikel ni. 

cuma aku nak tambah sikit lagi. kualiti hidup kita akan lebih tinggi dan bernilai bila bahan bacaan yang kita baca tu molek2 dan menambahkan ilmu pengetahuan yang berguna kepada kita. jadi fikir2 lah bahan bacaan macam mana yang molek dan sebaliknya. serupa macam makanan. ada banyak jenis makanan. ada yang berkualiti dan ada yang tak. ada yang menyihatkan tapi ada yang akan mengundang penyakit. jadi pilihan di tangan kita. kalau kita banyak makan makanan yang tak menyihatkan, lambat laun kita akan jatuh sakit. macam tu jugak lah otak dan fikiran kita. kalau asyik disogok dengan benda yang tak berfaedah dah tentu otak akan sakit (dan mungkin boleh nyanyuk atau gila!). 

aku tak mau tau apa alasaan orang tak mau membaca. tapi aku harap mereka akan membaca walau sepotong ayat. 



p/s: banyak isu yang dibincangkan dalam artikel tersebut. nanti aku tulis lain....  

 

No comments:

Post a Comment