Tuesday, November 29, 2011

Interlock by Abdullah Hussain

Buku yang penuh kontroversi, polemik, di'politik'kan dan sebagainya untuk tahun 2011. Dari isu kononnya tentang perkauman dalam buku ni yang sehingga membawa kepada 'pembakaran' buku ni oleh golongan tertentu yang mengekspresikan emosi dan rasa mereka tentang buku ini.

Aku sengaja tak nak baca buku ni waktu ia sedang hangat dilanda kontroversi. Saja nak baca di saat bila orang dah mula 'lupa' tentangnya. Lagi pun aku nak baca edisi asal. Bukan edisi pelajar dan bukan juga edisi yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Kesimpulannya agak sukar nak dapatkan edisi asal yang diterbitkan pada tahun 1971 oleh DBP ni. Kebetulannya, aku pinjam saja edisi terjemahan dalam Bahasa Inggeris buku ni di perpustakaan awam.

Interlock terbahagi kepada 4 bahagian yang mana bahagian terakhirnya bagi aku adalah 'kunci' yang mengikat 3 bahagian awal yang ceritanya setiap satu berdiri dengan sendiri.

Tahu apa yang aku rasa setelah baca Interlock ni? Aku rasa 'biasa' saja. Aku tak 'patriotik'? Terpulang. Baca dulu dan tanya apa yang anda 'rasa' setelah membaca dan menghadamnya.

Karya ini tak lebih bagi aku kepada generasi pasca merdeka sebagai 'karya sejarah' untuk mengenal bagaimana Negara Malaysia itu terbentuk sehingga hari ini. Ya, bagaimana Malaysia itu terbentuk dengan 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Tak suka sejarah? Suka atau tak suka tapi untuk masa depan yang gemilang, kita mesti tahu 'sejarah' lampau. Jangan hanya bercakap tentang integrasi antara kaum tapi kalau tak tahu asal usulnya.

Apa yang kontroversi sangat dengan buku ni? Hanya satu perkataan 'paria' yang muncul hanya 2 kali dalam karya ini, Interlock menjadi satu 'fenomena'. Menyentuh sensitiviti. Kalau nak ikut sensitiviti, rasanya aku pun sensitif juga rasanya tentang orang Melayu dalam Interlock ni. Tapi itu adalah realiti. Ringkasnya dari kacamata aku, kontroversi dan polemik yang melanda fenomena Interlock ni tidaklah seperti yang digembar-gemburkan oleh media massa. Macam aku cakap, Interlock ini 'biasa' saja. Tak ada apa yang 'luar biasa' sampai dapat mencetuskan ketidakstabilan. Rasanya ada karya yang lebih provokatif dari Interlock.

Ada cerita disebalik Interlock itu sendiri. Aku malas nak tulis kat sini. Kalau rajin, baca je lah kat sini: Semangkuk Interlok - Himpunan essei, pandangan dan kritik tentang Interlock. E-book ni percuma dan boleh dimuat turun.


p/s: to whom who might forget how Malaysia is built, read this book.



epitjack!
291111@1446


Wednesday, November 16, 2011

tandus

iye..memang dah agak lama aku tak review apa-apa buku pun kat blog ni. bukan tak nak review buku-buku yang dibaca, tapi akhir-akhir ni aku baca buku yang sarat dengan isu-isu yang 'serius' jika dibincangkan. lagipun rasa segan nak review buku yang begini bila baca review orang lain di blog mereka masing-masing yang lebih mendalam kupasannya...jadi aku rasa seperti tandus kata-kata untuk review. rasa tak best langsung kalau hanya dapat review "recommended" atau "must read" atau "best" atau "menarik"...

Sunday, November 13, 2011

Lollipop & Aku..






Perisa kegemaran aku adalah oren.


Akibat suka sangat makan lollipop, aku pernah didenda berdiri di luar kelas sambil makan lollipop. Selagi tak habis, tak boleh masuk kelas!!

Thursday, November 10, 2011

Public Library

Lama tak menggunakan library. Masa di sekolah dan di universiti dulu pun aku bukan suka sangat pergi library. Jadi aku agak skeptikal dengan public library. Aku membayangkan buku-buku yang berhabuk, lama dan keadaan library yang suram, tak best, tak ramai orang..ala-ala hidup segan mati tak mahu.

Aku tak lah mengharapkan public library Perak di hadapan rumah Menteri Besar ni secantik, secanggih dan semesra pengguna macam public library Selangor (website & facebook) yang baru tu...

Pertama kali datang selepas lunch hour. Serius tak sama seperti yang aku gambarkan. Library penuh sampai tak ada meja nak duduk di tingkat bawah. Aku terpaksa naik ke tingkat satu. Ada la satu meja lagi yang kosong. Library ni penuh dengan budak-budak sekolah mengulangkaji.

Ada juga novel-novel fiksyen yang menarik di library ni kalau nak buat pinjaman. Tapi aku lebih tertarik nak pinjam buku-buku sastera yang memang susah nak cari di kedai-kedai buku. Makanya, aku jadi ahli untuk buat pinjaman. Bayaran keahlian RM4.00 untuk setahun dan boleh pinjam 4 buku sekaligus untuk 2 minggu (public library Selangor keahlian percuma). Public library Perak ni dibuka dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang Isnin-Jumaat dan 9.00 pagi - 3.00 petang pada hari Sabtu. Ahad dan cuti umum tutup. Ruang meletak kenderaan tak banyak jadi memang susah nak dapat parking kalau datang lambat terutamanya lepas lunch hour. Public library ni ada cafe diluar.

Library ni adakalanya bising dengan budak-budak sekolah yang datang ulangkaji sebab mereka ni lebih nak 'bercengkarama' dengan pasangan. Nak aje aku cepok budak-budak ni..library bukan tempat nak bercengkarama okey!!

Aku datang library seawal jam 9.00 pagi pun meja di tingkat bawah dah penuh. Malas nak naik ke tingkat atas. Jadi aku duduk aje di tempat meja untuk kegunaan sumber elektrik untuk laptop (penggunaan eletrik untuk laptop percuma).

Sekarang ni aku dalam usaha membina mini library di rumah. Dan nampaknya, kakak-kakak aku dan anak-anak buah aku semua dah terpengaruh dengan obsesi aku terhadap buku..ahaaha


p/s: Teringin nak ke public library Selangor. Banyak buku yang dah dibaca tapi tak sempat nak di 'review'..haihh