Monday, December 17, 2012

Jualan Amal Durian Crepe

Projek Jualan Amal Durian Crepe untuk Ghaza ni dah dibuat hari Ahad minggu lepas 9.12.2012, lepas aku balik dari Big Bad Wolf kat The Mines. 

Projek ni idea my senior colleague, Kak Ita. Aku dan 2 orang kawan lagi cuma tolong apa yang mampu je dari segi tenaga. Kami dapat tempahan durian crepe untuk lebih kurang 80 kotak. 1 kotak ada 4 biji durian crepe yang dijual dengan harga RM10.00. Semua duit jualan yang kami dapat didermakan terus ke tabung untuk Ghaza. 

Durian crepe yang telah siap dibungkus dan ditagging


Mungkin aku orang yang paling cemas dengan projek ni. Maklum la aku memang takde bakat dalam hal buat kuih, baking dan seumpamanya. Aku hanya suka memasak jenis makanan lauk pauk, nasi atau mee/bihun/kuayteow/spaghetti. Jadi aku siap2 dah bagitau kat Kak Ita yang aku memang tak reti nak tolong lipat buat durian crepe. Aku nak buat kerja2 packing dan tagging kotak atau lebih kepada 'tugas2 khas'. 

Percubaan pertama melipat durian crepe pun aku dah gagal. Percubaan 'melenggang' membuat kulit durian crepe juga gagal. Cubaan buat cream durian crepe lagi la aku tak nak! Kesimpulannya, aku hanya ditugaskan memasukkan durian crepe yang telah siap ke dalam kotak. Lepas tu kira berapa kotak yang dah siap. Masukkan kotak2 durian crepe dalam freeze. Tagging kotak durian crepe. Dan yang paling utama, tugas aku adalah memproses mengasingkan isi durian daripada bijinya. Inilah 'tugas2 khas' yang aku buat untuk projek jualan amal durian crepe.  

Masing2 fokus menjalankan tugas..hoho

Mar memang boleh tolong Kak Ita buat cream durian crepe. Maklum la Mar memang selalu baking kek dan jual kuih raya. Jadi kalau setakat buat cream durian crepe tu memang takdak hal la. Sementara Mar sibuk buat cream durian crepe dan Kak Ita sibuk melenggang kulit durian crepe, Fafa sibuk melipat durian crepe. Dan aku sibuk melakukan 'tugas2 khas'. It's fun actually. Sambil dok buat durian crepe ni macam2 la jugak tips memasak yang aku dapat. 

Durian crepe yang tak lepas quality control, memang aku reject. (Dan masuk ke dalam perut aku! hoho). Seharian jugak la kami semua dok buat durian crepe ni.  

Sebahagian daripada durian crepe yang telah siap

Terima kasih kepada semua rakan-rakan sekerja yang sudi membeli durian crepe sambil beramal. Semoga amalan kita semua diterima dan diberkati oleh Allah S.W.T. Dan juga semoga saudara2 kita di Ghaza, Palestin sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Allah S.W.T. 





  

1 comment:

  1. Alhamdulillah.. mudah2n usaha kecil ini dapat menggembirakan saudara seislam kita di Palestin.. Keseluruhan hasil jualan berjumlah RM1040 telah disalurkan melalui AQSA SYARIF BERHAD pada 13/12/2012..

    ReplyDelete