Diceritakan semula oleh Zakaria Mohd Yassin. Diterbitkan pada tahun 1965 oleh Penerbitan Angkatan Baru, Kuala Lumpur. Dan kini diterbitkan semula oleh Buku Fixi di bawah label Fixi Retro. |
Aku pinjam buku ni dari Buku Jalanan Ipoh. Menurut penerbit Buku Fixi, ini adalah satu-satunya filem arahan P. Ramlee yang 'hilang'. Mujur ada usaha daripada Penerbitan Angkatan Baru pada tahun 1965 untuk menjadikan filem dalam bentuk bahan bacaan. Kalau tidak mungkin Sitora Harimau Jadian (SHJ) ni akan terus lenyap. Dalam buku ni ada diselitkan beberapa gambar daripada filem tersebut.
Apalah yang boleh dikatakan lagi tentang P. Ramlee. Semua orang tahu cerita-ceritanya hebat. Dia genius dalam kritikan sosial masyarakat melalui filem-filemnya.
Seperti yang dikatakan Buku Fixi, SHJ adalah pertembungan sains moden vs tahyul i.e Dr. Effendi vs Tok Dukun. OCPD Mutalib yang memang tak percayakan tahyul selagi tiada bukti. Pendekar Amin yang tegas dengan kependekarannya. Tok Penghulu yang juga memainkan peranan tak kurang pentingnya di Kampung Kiambang itu. Tapi hero sebenarnya adalah Dr. Abu Bakar!
Deduksi aku:- Saat Pendekar Amin kononnya berjaya membunuh Sitora dan lebih kurang 3 bulan penduduk Kampung Kiambang tidak lagi diserang dan diganggu oleh Sitora serta pada masa yang sama Tok Dukun juga menghilangkan diri, aku dah boleh agak Tok Dukun tu lah sebenarnya Sitora Harimau Jadian. Kalau Tok Dukun bukan Sitora, kenapa dia turut 'menghilang' sama dalam tempoh 3 bulan tu? Melainkan dia memang Sitora dan dalam tempoh 3 bulan tu dia sedang memulihkan kecederaannya akibat ditikam oleh Pendekar Amin dengan parang.
Benarlah orang melayu ni pandai bermuka-muka. Dalam hati marah bukan main lagi. Tapi depan orang senyum sampai ke telinga. Tok Penghulu dok marah-marah dalam hati bila orang datang kacau waktu dia tengah makan dan tidur. Macam tu juga OCPD Mutalib. Tapi bila depan orang yang datang senyum ja dan sambut dengan baik. Satu kritikan sosial yang tak dapat disangkal. Tapi ye lah sapa pulak yang tak marah nak nak lagi kalau diganggu waktu tengah malam yang kita sedang lena diulit mimpi.
Cuma ending nya jadi begitu mudah dan cepat dengan kehadiran Dr. Abu Bakar. Ada kayu tas. masalah selesai. Sila google kalau nak tau apa tu kayu tas.
Adalah beberapa perkataan yang buat aku kagum seketika. Contoh 'skeptikal'. Perkataan ni telah digunakan dalam novel P. Ramlee pada tahun 1965. Tapi aku baru je dalam 2-3 tahun ni 'pandai' menggunakan perkataan skeptikal! Ahh teruknya aku..orang dah lama gunakan perkataan ni. huhu..
Perkataan lain seperti 'lungkas', 'berderin'. Maksud sila cari sendiri dalam Kamus Dewan. Ohh perkataan 'fragmen' pun dah digunakan. Errghh..aku memang betul-betul teruk..............
Quotes from SHJ: "Untuk melupakan peristiwa yang sudah-sudah bukanlah merupakan suatu perkara yang gampang."
epitjack!
180213@6:05
No comments:
Post a Comment