Thursday, May 23, 2013

pecah otak

akhirnya malam semalam aku terpaksa jugak berhenti baca novel tu setakat bab 20. confirm otak aku boleh 'pecah' kalau aku terus sambung baca. maka secara rasminya, tak tau la bila aku boleh sambung baca balik novel tu. kesian. harap aku tak 'peram' novel tu sampai bertahun-tahun.

novel tu tak mencabar otak aku. klise. pening aku. mual. rasa nak muntah pun ada kalau aku terus sogok otak aku ni baca novel tu.

novel ni ok sebenarnya. bukan la totally crap ke apa. cuma ia bacaan ringan. itu saja.

nanti la aku sambung baca balik bila otak aku nak baca yang ringan-ringan.



p/s: aku rasa bersalah bila terpaksa tinggalkan novel tu kembali ke atas meja...huhu


Wednesday, May 15, 2013

harapan sempena hari guru

7 tahun lalu aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan sistem pedidikan di sekolah. Aku berasa anak buah aku yang masa tu nak ambik UPSR telah dipinggirkan. Hanya sebab dia bukan berada dalam kelas elit yang diberi harapan sekolah untuk mencapai 5A dalam UPSR, dia bergelut untuk lulus dalam UPSR. Anak buah aku ni bukanlah tak ada potensi langsung untuk berjaya. Cuma mungkin dia bukanlah pelajar yang menjadi sasaran sekolah untuk dapat 5A. Aku kecewa dengan situasi tu. 

Aku takdak pilihan. Aku kena "train" sendiri anak buah aku ni untuk bantu dia dalam 'pergelutan' lulus UPSR. Anak buah aku ni lain sikit. Sebab dia ni duduk di bawah jagaan mak ayah aku. Pendek kata dia ni dijaga oleh tok. Yang secara tak langsung di bawah jagaan aku. Langkah pertama yang aku ambil adalah tahu tahap pencapaian dia dalam peperiksaan. Memang nak pengsan aku tengok markah dia. Boleh kata semua subjek gagal! Atas kecekalan dia survived di bawah "rejim" latihan aku, dia berjaya lulus dalam UPSR. Tak dapat la semua A tapi tetap ada 1A dan semua subjek lulus. 

"Rejim latihan" aku ni dah berjalan hampir 7 tahun kiranya. Dalam masa 7 tahun ni, anak buah aku dah berjaya keluar dari golongan bawahan yang terpinggir dan masuk dalam golongan pertengahan yang mampu mencabar golongan elit di atas. Sekarang ni dia selalu menjadi sasaran golongan atasan dan bawahan disebabkan dia bebas memilih aliran dan buat apa yang dia minat dan pada masa yang sama excel dalam apa yang dia lakukan di sekolah. She got her own place in her own style. Dia berdiri atas kaki sendiri, atas bakat yang dia ada dan dengan cara fikiran dia sendiri. 

Di sini aku bukan nak cakap cikgu di sekolah tak memainkan peranan atau apa. Tapi aku nak cakap pelajar-pelajar golongan bawahan ni selalu terpinggir oleh sebab mereka bukanlah menjadi sasaran mendapat semua A dalam peperiksaan. Ditambah dengan sikap pelajar-pelajar ni yang kurang berminat untuk belajar dan masalah-masalah lain yang mereka hadapi. Masalah keluarga, masalah kewangan dan macam-macam lagi. 

Seperti yang aku cakap awal-awal tadi. Ada sesuatu yang tak kena dengan sistem pedidikan di negara ni. Aku ada makcik yang jadi cikgu. Aku ada ramai kawan-kawan yang jadi cikgu. Aku selalu jugak dengar keluh kesah cikgu-cikgu ni tentang masalah yang mereka hadapi di sekolah. Ditambah dengan sistem pendidikan yang ada saja implimentasi baru yang menekan cikgu-cikgu ni. Aku rasa cikgu dan anak murid masing-masing ditekan dan tertekan dengan sistem pendidikan. 

Sempena hari guru yang akan disambut esok, aku berharap kita akan ada satu sistem pendidikan yang lebih baik dari sekarang. Satu sistem yang memanusiakan manusia kembali. Bukan sistem yang hanya mementingkan berapa banyak A yang pelajar dapat dalam peperiksaan. Boleh masuk universiti atau tidak. Boleh masuk aliran Sains atau tidak. Boleh dapat kerja bagus dengan keputusan cemerlang atau tidak. Aku mahu lihat sistem pendidikan yang mampu untuk mencungkil bakat dan keupayaan diri seseorang pelajar. Aku mahu lihat sistem pendidikan yang menjadikan manusia itu penuh dengan sifat kemanusian. Bukan menjadi robot tanpa ada sifat dan rasa kemanusiaan. 

Kepada semua guru, profesion anda adalah mulia. Teruskan berjuang untuk anak bangsa. 

Selamat Hari Guru! 


p/s: orang kata aliran Sastera tu untuk pelajar yang kurang pandai dan selalunya terpinggir. zaman aku belajar dulu, aliran Agama tu lagi jauh terpinggir dan langsung tak dipandang. orang kata aliran Agama ni takdak masa depan! 


     

Tuesday, May 14, 2013

Geng ABCDE Bercuti ke Pasir Salak oleh Hlovate





Ini buku kedua dalam siri Geng ABCDE. 

Kali ni Geng ABCDE (Azlin, Badrul, Choon Wai, Deva & Ee Lin) menghabiskan cuti sekolah mereka dengan bercuti ke Pasir Salak, Perak. Mereka memilih Pasir Salak kerana Badrul, Choon Wai dan Deva harus menyiapkan tugasan sekolah mereka mengenai tempat bersejarah. Dan mereka telah memilih Pasir Salak. Azlin dan Badrul mempunyai atok saudara yang tinggal di Pasir Salak. Sepanjang percutian itu mereka tinggal di rumah atok saudara Azlin dan Badrul. 

Kompleks Sejarah Pasir Salak adalah lokasi wajib yang harus dilawati oleh mereka kerana Badrul, Choon Wai dan Deva harus menyiapkan tugasan sekolah mereka khususnya mengenai sejarah pembunuhan J.W.W Birch, residen pertama di Perak. Setelah tugasan Badrul, Choon Wai dan Deva selesai, Geng ABCDE telah dibawa melawat ke Pusat Pembiakan Tuntung di Bota Kanan. 

Sepanjang mereka bercuti di Pasir Salak, mereka telah berhadapan dengan satu konflik pengambilan tanah di situ untuk tujuan pembangunan. Konflik tersebut akhirnya berjaya diselesaikan apabila Geng ABCDE telah menjumpai geran asal tanah tersebut!     

Rasa: Gembira sekali menikmati buku comel ni. Hlovate buat aku teruja mengingati zaman kanak-kanak yang riang ria! Tambahan lagi Pasir Salak memang hampir dengan kampung halaman aku. Dulu pun masa sekolah kami pernah adakan program berbasikal ke Pasir Salak. Pusat Pembiakan Tuntung di Bota Kanan tu memang menjadi lokasi biasa aku dan kawan-kawan melepak sambil menunggu bas balik dari kelas tambahan. 

Sebenarnya di kawasan Perak Tengah ni banyak sekali tempat bersejarah. Di tepi jalan utama Lebuhraya Ipoh-Lumut betul-betul di simpang empat Ipoh-Lumut-Parit-Bota Kanan memang ada makam Sultan. Aku selalu rasa sedih bila terpandang makam ni. Aku selalu rasa makam ni tak cukup mendapat perhatian sebagai salah satu tempat yang harus dilawati. Kalau makam Sultan pun tak berapa mendapat perhatian, apatah lagi makam-makam pembesar. Bagi aku amatlah rugi bila tempat-tempat begini kurang mendapat perhatian untuk menjadi tempat yang harus dilawati bila berkunjung ke Perak Tengah. Tempat-tempat ni terbiar saja. Kurang penjagaan. Sedihnya. 


p/s: pembelajaran melalui pengalaman sebenar selalunya memberi kesan yang mendalam. 



epitjack!
140513@1709    




Monday, May 13, 2013

PBAKL 2013 PWTC KL

13 hari selepas PBAKL 2013. balik dari bookfair tu aku jatuh sakit. cuti sakit 3 hari! jadi entri pasal bookfair memang lama tertangguh. 

bookfair kali ni tak berapa nak best. orang terlalu ramai sampai aku rasa boleh mati sesak nafas. mungkin sebab aku pegi hari cuti umum. atau orang malaysia sekarang ni memang dah suka pegi bookfair. disebabkan orang sangat ramai, aku rasa eloklah dipertimbangkan tempat baru untuk PBAKL akan datang.

aku beli dalam 15 buku macam tu. 2 buku BFF aku bagi hadiah hari lahir. kali ni aku memang betul2 beli buku yang dalam senarai yang aku dah buat siap2. satu sebab limited bajet. dua sebab aku tak rasa aku nak bersesak dengan ramai orang untuk "berjalan2" tengok buku. 

sepanjang bookfair, aku dok jumpa orang yang tak berapa nak ada adab. betul la kakak aku cakap. la ni kat malaysia kita sampai nak kena buat iklan pasal adab dan sopan santun. ada la sorang pakcik ni dok letak tongkat dia atas buku yang dipamerkan atas meja pameran. bila kakak aku ketepikan sikit tongkat dia sebab nak ambil buku, dia jeling marah. aik?! aku tak berapa nak paham di situ. pasal apa la dok letak tongkat atas buku yang dipamerkan? letak/sandarkan tepi meja pameran buku tu tak boleh ka? ishh aku memang tak boleh terima bila pakcik tu letak tongkat dia atas buku yang di pamerkan....

seterusnya, potong barisan masa nak buat bayaran. ehem! ramai lagi orang berbaris kat belakang ni nak buat bayaran jugak. bila petugas tegur suruh ikut barisan, marah pulak. sungguh la aku tak paham. 

peraturan mudah macam ni pun ada orang yang tak paham dan tak boleh ikut rupanya. 

sekarang sedang mula baca buku yang dibeli. pening jugak. tak tau nak baca buku mana dulu. sebab kali ni aku beli semua buku best2 (pada hemat aku la). 


p/s: nanti bila senang aku muatnaik gambar buku2 yang aku beli