Wednesday, May 15, 2013

harapan sempena hari guru

7 tahun lalu aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan sistem pedidikan di sekolah. Aku berasa anak buah aku yang masa tu nak ambik UPSR telah dipinggirkan. Hanya sebab dia bukan berada dalam kelas elit yang diberi harapan sekolah untuk mencapai 5A dalam UPSR, dia bergelut untuk lulus dalam UPSR. Anak buah aku ni bukanlah tak ada potensi langsung untuk berjaya. Cuma mungkin dia bukanlah pelajar yang menjadi sasaran sekolah untuk dapat 5A. Aku kecewa dengan situasi tu. 

Aku takdak pilihan. Aku kena "train" sendiri anak buah aku ni untuk bantu dia dalam 'pergelutan' lulus UPSR. Anak buah aku ni lain sikit. Sebab dia ni duduk di bawah jagaan mak ayah aku. Pendek kata dia ni dijaga oleh tok. Yang secara tak langsung di bawah jagaan aku. Langkah pertama yang aku ambil adalah tahu tahap pencapaian dia dalam peperiksaan. Memang nak pengsan aku tengok markah dia. Boleh kata semua subjek gagal! Atas kecekalan dia survived di bawah "rejim" latihan aku, dia berjaya lulus dalam UPSR. Tak dapat la semua A tapi tetap ada 1A dan semua subjek lulus. 

"Rejim latihan" aku ni dah berjalan hampir 7 tahun kiranya. Dalam masa 7 tahun ni, anak buah aku dah berjaya keluar dari golongan bawahan yang terpinggir dan masuk dalam golongan pertengahan yang mampu mencabar golongan elit di atas. Sekarang ni dia selalu menjadi sasaran golongan atasan dan bawahan disebabkan dia bebas memilih aliran dan buat apa yang dia minat dan pada masa yang sama excel dalam apa yang dia lakukan di sekolah. She got her own place in her own style. Dia berdiri atas kaki sendiri, atas bakat yang dia ada dan dengan cara fikiran dia sendiri. 

Di sini aku bukan nak cakap cikgu di sekolah tak memainkan peranan atau apa. Tapi aku nak cakap pelajar-pelajar golongan bawahan ni selalu terpinggir oleh sebab mereka bukanlah menjadi sasaran mendapat semua A dalam peperiksaan. Ditambah dengan sikap pelajar-pelajar ni yang kurang berminat untuk belajar dan masalah-masalah lain yang mereka hadapi. Masalah keluarga, masalah kewangan dan macam-macam lagi. 

Seperti yang aku cakap awal-awal tadi. Ada sesuatu yang tak kena dengan sistem pedidikan di negara ni. Aku ada makcik yang jadi cikgu. Aku ada ramai kawan-kawan yang jadi cikgu. Aku selalu jugak dengar keluh kesah cikgu-cikgu ni tentang masalah yang mereka hadapi di sekolah. Ditambah dengan sistem pendidikan yang ada saja implimentasi baru yang menekan cikgu-cikgu ni. Aku rasa cikgu dan anak murid masing-masing ditekan dan tertekan dengan sistem pendidikan. 

Sempena hari guru yang akan disambut esok, aku berharap kita akan ada satu sistem pendidikan yang lebih baik dari sekarang. Satu sistem yang memanusiakan manusia kembali. Bukan sistem yang hanya mementingkan berapa banyak A yang pelajar dapat dalam peperiksaan. Boleh masuk universiti atau tidak. Boleh masuk aliran Sains atau tidak. Boleh dapat kerja bagus dengan keputusan cemerlang atau tidak. Aku mahu lihat sistem pendidikan yang mampu untuk mencungkil bakat dan keupayaan diri seseorang pelajar. Aku mahu lihat sistem pendidikan yang menjadikan manusia itu penuh dengan sifat kemanusian. Bukan menjadi robot tanpa ada sifat dan rasa kemanusiaan. 

Kepada semua guru, profesion anda adalah mulia. Teruskan berjuang untuk anak bangsa. 

Selamat Hari Guru! 


p/s: orang kata aliran Sastera tu untuk pelajar yang kurang pandai dan selalunya terpinggir. zaman aku belajar dulu, aliran Agama tu lagi jauh terpinggir dan langsung tak dipandang. orang kata aliran Agama ni takdak masa depan! 


     

1 comment:

  1. terbaiklah epit!suka sangat 2 entri nih..:-)
    sistem pendidikan yang stress..kalu pengetua stress untuk dapatkan kualiti sekolah, ngan anak2 murid jadi mangsa..hoho

    ReplyDelete