Tiba-tiba aku jadi ikutan siri drama sinetron indonesia Si Miskin & Si Kaya kat saluran 104 astro ria. Muhasabah diri jugak la bila tengok keluarga si miskin. Mereka miskin dari segi harta material tapi kaya dengan sifat baik dan syukur pada Allah.
Bila harga minyak naik, macam2 aku rasa. Marah. Geram. Stress. Kecewa. Tak adil. Terhimpit. Akhirnya aku bersyukur. Walaupun lebih tepat aku KECEWA sebenarnya.
Aku bersyukur harap ada rezeki dari Allah yang tak putus. Marah2 di bawah sini pun orang yang di atas tu pun bukan dengar dalam erti kata sebenar. Tak ubah apa2 pun. Aku yang kena ubah. Kena semak semula perbelanjaan bulanan. Kurang atau potong mana yang patut. Ni tak bermakna aku rela harga minyak naik. Sesungguhnya aku hanya boleh berdoa. Semoga hati aku lapang dan perasaan teraniaya dan tertindas aku ni Allah dengar. Sabar kerana Allah bersama dengan orang2 yang sabar.
Dan pemimpin di atas sana: terima kasih kerana mencuba yang terbaik untuk memimpin dan mentadbir dengan aman makmur dan kaya. Sebagai pemimpin tanggungjawab anda sangat besar dan setiap tindakan anda akan dipertanggungjawabkan di sana nanti. Fikir2 lah.
Aku syorkan pemimpin2 kita baca dan hayati buku '30 hari bersama Umar Al-Khatab' oleh Hepi Andi Bastoni terbitan Kemilau Publika. Buku ni mudah dibaca sebab ia adalah edisi bacaan untuk kanak-kanak. Mungkin dalam 30 minit dah boleh habis baca. Harga pun mampu milik. RM16.00 saja.
Gambar daripada facebook page Kemilau Publika |
Buku ni aku beli untuk hadiah hari lahir anak buah aku yang ke-9 tahun minggu lepas. Ada 30 kisah tentang Umar Al-Khatab. Bukan setakat bagus untuk kanak2 tapi bagus juga untuk bacaan orang dewasa. Di setiap pengakhiran kisah ada mutiara hikmah.
Secara tak langsung dengan kenaikan harga minyak ni, sedikit sebanyak ia menjejaskan juga bajet belian buku aku untuk setiap bulan, jualan murah dan pesta buku.
p/s: lebih kepada rasa KECEWA sebenarnya.
No comments:
Post a Comment