Tuesday, November 20, 2012

Y.E.S!

Dah hujung tahun aku kira memang banyak jualan murah. Jualan murah sempena krismas, kembali ke sekolah, penghabisan stok dan macam-macam lagi la. Sana sini 'sale'. 

Sekarang ni kedai buku Popular tengah buat booksale. Memang murah sampaikan ada sesetengah buku untuk penghabisan stok diskaun sehingga 90%! Contoh, semalam aku beli 2 buku dengan harga RM7.90 satu. Harga asal RM46.90/RM36.90. Memang sungguh murah! Untuk buku classic english, beli satu percuma satu. So aku beli Pride & Prejudice (Jane Austen) dan ambik buku free The Picture of Dorian Gray (Oscar Wilde). Inilah masanya dapat beli buku murah. 

Popular kat sini ada buat pesta buku bermula hari Jumaat ni 23hb. Yang menarik adalah buku Who Move My Cheese dijual pada harga RM12.90 untuk ahli kad Popular. Perghh gila murah kot! Harga asal RM29.90 and mind you, buku ni nipis je. So aku memang berat je nak beli buku ni dengan harga asal.   

Hari ni MPH kat JJ dah mula buat pesta buku. Diskaun sehingga 50% katanya. Nanti lepas ofis ingat nak pegi melawat.hehee..

Awal bulan depan Big Bad Wolf (BBW) dah mula. Kali ni 3 million books! Aku dah plan nak pegi. 

Masalah sekarang ni adalah rak buku. Kalau beli rak buku, tak tau la masih ada ruang lagi ke tak nak letak rak buku baru tu. Abah sure pening tak tau nak letak mana rak buku tu nanti. 




Monday, November 12, 2012

delayed grief

aku sebenarnya tak berapa suka nak cakap pasal ni. tapi rasanya dah sampai masa sekurang-kurangnya aku meluahkan. bukan apa takut juga aku jadi tak betul ke apa nanti. 

rupanya aku ni jenis manusia yang suka memendam kesedihan. konon nak jadi kuat dan tabah. tak nak orang tengok aku ni lemah. i want people know i'm strong. i'm ok. i'm fine. my life would be fine. tapi rupanya benda ni semua kira macam makan dalam la. ada saatnya aku rasa sakit sangat hati dan perasaan ni tapi tak tau nak keluarkan macam mana. nak menangis pun tak tau. aku cuma tau menangis bila tengok cerita sedih kat tv je. realitinya aku tak reti menangis dalam kehidupan aku yang menyakitkan. ironi sungguh! 

ada orang kata, menangislah kerana ia akan membuatkan kita berasa lebih baik selepas menangis. entah. mungkin ya ia akan membuatkan kita berasa lebih baik lepas menangis. tapi adakah masalah tu akan selesai selepas kita menangis? rasanya tidak. jadi, aku akan menangis tapi otak aku kena lebih ligat fikir macam mana nak selesaikan masalah. menangis tak berhenti-henti pun takkan boleh menyelesaikan masalah. ye tak?! 




Tuesday, October 30, 2012

tolong

taktik tak pergi kedai buku atau melayari kedai buku atas talian serta melawat perpustakaan memang serba sedikit berjaya mengatasi penyakit membeli buku dengan melampau. 

tapi sejak akhir-akhir ni penyakit tu datang balik. sebab bila tertekan aku akan pergi kedai buku. bila dah pergi kedai buku, faham-faham je la kan. kalau setiap kali tertekan aku pergi kedai buku, parah la macam ni. 

sekarang aku kena cari taktik macam mana nak alihkan perasaan tertekan dengan tidak mengunjungi kedai buku. 

tolong aku. 


 

Wednesday, October 17, 2012

variasi

seronok juga bila hidup dalam keadaan variasi. kadang2 kita perlu rasa jiwa kehidupan yang lain. 

mula2 dulu susah juga la nak masuk. maklum la tak biasa hidup dengan orang yang jiwa lain sikit daripada yang biasa aku lalui. macam2 rasa ada. boleh katakan hari2 aku merungut. stress dan penat sangat.

tapi lama2 aku rasa hidup dengan orang2 yang jiwa macam lain sikit dengan aku ni telah membuka suatu ruang baru yang belum aku terokai. memang orang2 ni jiwanya banyak beza. macam langit dengan bumi. serba serbi tak sama. tapi dengan orang2 ni aku dapat apa yang aku tak boleh dapat dengan orang2 yang aku biasa dampingi sebelum ni.

hidup aku free. tak hipokrit. tak rasa tertekan. relax je. takde sapa nak judge what you did is right or wrong. they value friendship more. they be friend with you not because to get something from you. but because they want to be friend with you. to be true friend. no hidden agenda. 

ini menyedarkan aku. jadi selama ni aku berkawan dengan orang untuk apa? sebab apa? 

betul kadang2 kita perlu be in other people shoes. 

  

  

Tuesday, October 16, 2012

sisi kehidupan

aku tak tau orang lain, tapi aku punya sisi kehidupan yang lain. sisi kehidupan aku yang gelap. kelabu juga. sejauh mana sisi kehidupan yang gelap dan kelabu itu mempengaruhi sisi kehidupan aku yang putih, hanya aku ja yang tahu.

no fear.





Monday, October 8, 2012

coklat roast almond

lapar sangat. tak boleh tahan dah. kena cepat turun pi kedai bawah ofis ni. 

masuk kedai. grab roti gardenia. cari air kotak coklat dalam freeze. cari coklat picnic. tak jumpa. tanya cashier kedai. dia macam blur. last2 aku grab coklat cadbury roast almond. 

eh kenapa aku pi ambik roast almond plak ni. coklat favourite aku blackforest or coklat cadbury yang kosong tanpa ada kacang atau ntahapa2 benda tu..ahhh takpa la dah ambik dan bayar pun. yang penting coklat. sedap dan boleh tampung perut aku sat sebelum balik keja nanti singgah beli nasi ayam hot spring. 

makan coklat dengan rakus sampai tinggal 2-3 jalur ja lagi. damn! now i knew why i just picked roast almond without thinking. it's her favourite chocolate that i used to buy for her 12 years ago...  

agaknya dia masih suka makan coklat roast almond tak?



jammed!

banyak review buku yang tertangguh untuk aku tulis dalam blog ni. otak jammed.

jenuh la nak cari idea. ceh! review buku pun nak pakai idea ke....hahahaha

kena cari pot yang kondusif sambil minum kopi.