Monday, November 12, 2012

delayed grief

aku sebenarnya tak berapa suka nak cakap pasal ni. tapi rasanya dah sampai masa sekurang-kurangnya aku meluahkan. bukan apa takut juga aku jadi tak betul ke apa nanti. 

rupanya aku ni jenis manusia yang suka memendam kesedihan. konon nak jadi kuat dan tabah. tak nak orang tengok aku ni lemah. i want people know i'm strong. i'm ok. i'm fine. my life would be fine. tapi rupanya benda ni semua kira macam makan dalam la. ada saatnya aku rasa sakit sangat hati dan perasaan ni tapi tak tau nak keluarkan macam mana. nak menangis pun tak tau. aku cuma tau menangis bila tengok cerita sedih kat tv je. realitinya aku tak reti menangis dalam kehidupan aku yang menyakitkan. ironi sungguh! 

ada orang kata, menangislah kerana ia akan membuatkan kita berasa lebih baik selepas menangis. entah. mungkin ya ia akan membuatkan kita berasa lebih baik lepas menangis. tapi adakah masalah tu akan selesai selepas kita menangis? rasanya tidak. jadi, aku akan menangis tapi otak aku kena lebih ligat fikir macam mana nak selesaikan masalah. menangis tak berhenti-henti pun takkan boleh menyelesaikan masalah. ye tak?! 




No comments:

Post a Comment