Tuesday, November 20, 2012

Y.E.S!

Dah hujung tahun aku kira memang banyak jualan murah. Jualan murah sempena krismas, kembali ke sekolah, penghabisan stok dan macam-macam lagi la. Sana sini 'sale'. 

Sekarang ni kedai buku Popular tengah buat booksale. Memang murah sampaikan ada sesetengah buku untuk penghabisan stok diskaun sehingga 90%! Contoh, semalam aku beli 2 buku dengan harga RM7.90 satu. Harga asal RM46.90/RM36.90. Memang sungguh murah! Untuk buku classic english, beli satu percuma satu. So aku beli Pride & Prejudice (Jane Austen) dan ambik buku free The Picture of Dorian Gray (Oscar Wilde). Inilah masanya dapat beli buku murah. 

Popular kat sini ada buat pesta buku bermula hari Jumaat ni 23hb. Yang menarik adalah buku Who Move My Cheese dijual pada harga RM12.90 untuk ahli kad Popular. Perghh gila murah kot! Harga asal RM29.90 and mind you, buku ni nipis je. So aku memang berat je nak beli buku ni dengan harga asal.   

Hari ni MPH kat JJ dah mula buat pesta buku. Diskaun sehingga 50% katanya. Nanti lepas ofis ingat nak pegi melawat.hehee..

Awal bulan depan Big Bad Wolf (BBW) dah mula. Kali ni 3 million books! Aku dah plan nak pegi. 

Masalah sekarang ni adalah rak buku. Kalau beli rak buku, tak tau la masih ada ruang lagi ke tak nak letak rak buku baru tu. Abah sure pening tak tau nak letak mana rak buku tu nanti. 




No comments:

Post a Comment