Tuesday, May 17, 2011

Contengan Jalanan by Hlovate



Novel 2 dalam 1 Hlovate. I – kisah Fend dan II – kisah K2 . 2 cover dan isi tunggang terbalik mengikut cover.

Permulaan macam kebanyakkan novel-novel Hlovate yang lain. Watak muda-mudi yang tak berapa menitik-beratkan soal agama. Tapi kali ni watak-wataknya semua orang seni dan suka muzik. Fend dengan seni fotografi; K2 dan Pa’an dengan seni lukis, Azad dan Erdi seni bina. Kumpulan muzik mereka nama Creepy Hues. Mereka ni layan muzik rock. Tapi K2 semua jenis muzik pun dia layan dan dia boleh main banyak alat muzik (dia ni ulat buku jugak).

Fend dan K2 kawan sejak kecik. Sepertinya tagline di depan novel tu ‘contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan’. Jadi ini adalah pengalaman perjalanan Fend cari Tuhan dan juga pengalaman perjalanan K2 cari Tuhan. Ia lebih bersifat peribadi. Setiap seseorang tu tak sama. Macam Fend dan K2 jugak. Maybe the event that triggered their journey is when Chad who is Fend’s cousin passed away (friend of K2 also).

Walaupun CD The 11th hour (pemberian Lia) membuatkan Fend mula berfikir, tapi pengalaman perjalanan cari Tuhan hanya bermula bila dia pergi backpacking dengan Chad kat Australia masa bulan puasa. Namun, perkara ni tak berlaku pada K2 walaupun selepas Fend bagi CD The 11th hour dan ajak K2 pergi teman dia backpacking ke Sydney selepas kematian Chad. Pengalaman perjalanan cari Tuhan dan erti hidup K2 adalah di Jakarta dan Bandung. Kota yang penuh dengan hidup tapi hidupnya beda.

Contengan Jalanan lain sikit dengan novel-novel sebelum ni. Ayat atau perkataan ‘bombastic’ tak berapa ada. Novel ni lebih bersifat peribadi cara penyampaiannya – pengalaman perjalanan. Novel ni tak macam Rooftop Rant atau Versus. Contengan Jalanan memang ada style yang tersendiri. I like it...=) When read it, try to put yourself into the character shoes. You will experience their journey as it is your journey..that’s why I said it is personal. Close to your heart.

Hlovate tak pernah gagal membuatkan aku berpusing 360 darjah bila baca novel-novel dia. Penulis yang bagi aku berada dalam kelasnya yang tersendiri.


p/s: diulangi, Hlovate berada dalam kelasnya yang tersendiri..



epitjack!
160511@1654

Monday, May 16, 2011

Sutera Bidadari by Ramlee Awang Murshid

Aku mula baca novel ni dulu antara semua novel-novel yang aku beli kat KLIBF 2011. Hampir 2 minggu baru aku habis baca. Sebab terlalu sibuk (penat) dan banyak sangat kekangan masa. Kepada peminat dan pengikut Saifudin a.k.a Laksamana Sunan, novel ni memang yang ditunggu-tunggu. Kisah sambungan novel Cinta Sufi.

Sutera Bidadari lebih baik dari Cinta Sufi. Mungkin kali ni aku tak letak harapan yang tinggi kot sebab takut frust. Ahahahha…;p Anyway, secara keseluruhannya novel Sutera Bidadari ni memang lebih baik dari yang sebelumnya (untuk siri Laksamana Sunan). Bahasa yang digarap kali ni nampaknya lebih mantap, halus dan indah sekali.

Plotnya macam biasa la pengembaraan Laksamana Sunan menentang Taghut. Dan cross-over watak-watak dari abad 21 untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik, adventure. Mungkin RAM akan sambung lagi pengembaraan Laksamana Sunan ni. Sebab jalan cerita masih tergantung di akhir Sutera Bidadari.

“Cinta Sang Ratu... laksana langit mencengkam purnama... ibarat mutiara di lautan biru... saujana mata memandang... seluas langit terbentang... tatkala cinta berbisik... suaranya memuji TUHAN... apabila rindu terusik... Rasul-NYA menjadi pilihan... sampai masanya cinta jadi taruhan... Sang Ratu menjadi impian.”


Kalau watak Laksamana Sunan terus mendapat sambutan dari pembaca, aku rasa RAM patut fikirkan yang novel berkaitan pengembaraan Laksamana Sunan boleh jadi dalam satu bentuk siri. Ye la macam Jeffery Deaver dengan siri Inspector Rhymes, Agatha Cristie dengan siri Detective Poirot, Patricia Cornwell dengan siri Dr. Kay Scarpeta. Rasanya belum ada penulis yang buat novel bersiri macam ni lagi kot kat Malaysia ni. Patut rasanya difikirkan secara serius untuk siri Laksamana Sunan ni. Kelompok pembaca untuk kisah Laksamana Sunan ni ramai. Tak mustahil kalau dijadikan siri ia sesuatu yang memberangsangkan. Dunia perbukuan di Malaysia seharusnya berkembang dengan produktif tak kisah samada ia untuk genre apa pun.


p/s: aku rindukan watak Haryani..


epitjack!
160511@1222

Thursday, May 12, 2011

exhausted

Sakit2 badan. Kaki pun sakit. Serius tido mati malam semalam.

Tu la melampau sangat main badminton semalam. Petang dah main malam pun nak main lagi..!!
Maklumlah lepas ni dah tak boleh main kat gym tu lagi coz under renovation. Lepas raya baru boleh main balik kat gym tu.

Mak aiiihhhh lama giler tu...keras la otot2 aku nanti kalo rest lama sangat. Kena cari venue baru ni. Tripartite game (Perak Bar-PDRM-Bench) hujung bulan ni & Penang-Perak Bar game maybe bulan Julai. Aduh memang kena cari venue baru ni....

Disebabkan bulan ni agak sibuk (penat) bersukan lepas keja, aku dah takde daya nak membaca. Dapat la baca sket beberapa mukasurat/bab tapi lepas tu "pengsan". Maka banyaklah buku2 yang tersadai tak dibaca.

Jadi tiadalah dapat diputuskan dalam hati bila akan dapat membaca habis kesemua buku2 itu..

Tuesday, May 10, 2011

Lari dari godaan..

Jangan mudah terpedaya dengan godaan.

Lari dari godaan untuk obses pada sesuatu. Lari dari godaan untuk sesuatu trend. Lari dari godaan tekanan persekitaran. Teruskan berlari sampai anda tahu hala tuju. Tetapkan kompas tujuan.

Pastikan anda tahu apa yang anda mahu. Tentukan sendiri. Bukan kerana anda digoda dengan godaan yang sungguh menggoda.

Tuesday, May 3, 2011

me @ KLIBF 2011

Aku sampai PWTC seawal jam 9.30 pagi lepas breakfast roti telur bawang kat kedai mamak dengan Etty. Orang dah ramai dan gerai-gerai di ruang legar PWTC tu pun dah buka. Sempat la cuci mata kat gerai Al-Ameen Books. Banyak buku Faisal Tehrani dan Isa Kamari kat gerai ni. Gerai Galeri Ilmu pulak tengah promosi buku baru "Senyumlah".

Aku cepat-cepat cari gerai Jemari Seni dan PTS. Kena cepat sebelum orang bertambah ramai. Orang masih belum terlalu ramai kat gerai Jemari Seni. Dengan pantas aku amik dua (2) buah buku Blues Retro by Imaen, dua (2) buah buku Langsir Biji Remia by Noor Suraya, Quartet by Saidatul Saffaa, Tinta by Nasron Sira Rahim, Syud, Pingu Toha; dan Contengan Jalanan by Hlovate. Tujuh (7) buah buku di gerai Jemari Seni. Sebab masih terlalu awal masa tu jadi penulis-penulis masih belum ada kat gerai Jemari Seni.

Seterusnya gerai PTS...sebelah gerai Jemari Seni je. Aku cuma nak cari dwilogi Padang Bulan by Andrea Hirata. Ramai betul orang kat gerai PTS ni. Susah aku nak menyelit. Jadi aku terus je tanya petugas PTS kat situ. Dia cakap dwilogi Padang Bulan kat tengah-tengah. Dah sampai tengah-tengah tapi aku tak nampak pun buku tu. Tiba-tiba petugas tadi bagitau aku buku tu dah habis stok. Takde stok untuk pesta buku lagi. Dah HABIS. Aduhhh kecewanya aku....!!! Penat aku menyelit-nyelit tengah orang ramai tadi.

Misi mencari gerai karangkraf plak sebab aku kena beli lima (5) buah buku Sutera Bidadari by Ramlee Awang Murshid. Tak jumpa..aku terus naik tingkat atas. Pegi gerai ITNM. Etty dah bagi aku kupon diskaun 30% tadi. Rugi la kalau aku tak guna. Aku beli Scattered Bones by Usman Awang.

Turun bawah pegi gerai Karangkraf. Beli lima (5) buah buku Sutera Bidadari by Ramlee Awang Murshid dan Berpantang Cara Alami by Pa&Ma. Punya la ramai orang sampai aku tak sempat nak belikan Fafa edisi hardcover Sutera Bidadari.

Konon nak stay sampai petang kat bookfair...tapi tak boleh la. Orang tersangatlah ramai sampai nak berjalan pun tak boleh. Jalan aci tolak-tolak je..pijak kaki orang bagai.

Hari terakhir aku bawak anak-anak buah aku pegi. Diorang ni aim nak beli barangan Ana Muslim je pun. banyak gak la diorang beli barangan Ana Muslim..baju, button badge, buku nota, magic mug, beg. Kopak gak la aku kena pau dengan diorang....huhu

Aku cuma beli 8 buah buku je..cek gaji tak clear lagi masa tu...=( [selebihnya tolong belikan buku untuk K.Rin, Fafa, Mar & K.Ita]


Maaf la kepada K.Rin & Fafa sebab tak dapat penuhi permintaan untuk autograf dan edisi hardcover..


p/s: siapa kata rakyat Malaysia ni tak suka membaca..??