Showing posts with label M E M O R Y L A N E. Show all posts
Showing posts with label M E M O R Y L A N E. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

old days time at oldtown white coffee


last week aku melepak di oldtown white coffee, greentown ipoh. 

dulu masa awal2 keja aku dan kawan2 selalu la lepak kat oldtown ipoh padang lepas ofis. (bos aku cakap oldtown di ipoh padang adalah yang pertama dan original) melepak di oldtown sambil bercerita hal2 keja yang stress dan juga funny maybe. 

aku secara personal ada banyak memori dengan oldtown white cofffee. ada sentimental value. 

1st day aku chambering, bos belanja aku makan kat oldtown. dan ni 1st time aku makan kat oldtown. nak order apa pun tak tau. 

lepas tu, oldtown menjadi tempat regular kami budak2 chambering and later as junior lawyer melepak lepas ofis. 

aku pernah bawak arwah mak, abah & anak2 buah aku makan kat oldtown. arwah mak memang suka french toast oldtown. 

and paling utama, oldtown adalah tempat kami melepak lepas jamuan call to the bar (long call) kat ipoh royal club. kami tak dapat makan makanan jamuan sebab makanan tak cukup. orang yang datang meraikan memang ramai. tetamu memang cukup makan. tapi kami yang long call takde makanan lagi. so it end up kami makan dan lepak di oldtown. it's really a happy time...=)) 

dan itu adalah kali terakhir kami melepak di oldtown dengan happy. that was about 4-5 years ago.

banyak perkara dah berubah sehingga sekarang. kami dah lama tak melepak di oldtown lepas ofis macam dulu. majoriti dah berkahwin dan dah berpindah keluar dari ipoh. yang masih bujang pun dah takde masa nak melepak macam dulu. konon sibuk stay back di ofis. 

it just so happened last week aku lepak di oldtown greentown dengan kawan aku. and tiba2 kami berdua terfikir betapa lamanya kami tak melepak di oldtown lepas ofis. but then hanya kami berdua yang masih available. yang lain dah sibuk dengan hal keluarga, suami dan anak masing2. 

then i realized that i really miss our old days at oldtown white coffee ipoh padang. our naive world in the legal profession..we grumble, complain about our days in court and ofis and our 'nightmare' 9 months chambering as well as 'gossiping' when we met at oldtown. it's such a relief to us after a tired and stressful day. then the next day we face the same thing again and again...   

when you go to oldtown, take your time....=) 


p/s: aku masih ingat hari itu aku bersama dia di oldtown white coffee sambil lagu 'Killing Me Softly' berkumandang dan itu adalah kali terakhir aku dan dia di situ bersama...  


 

Monday, February 13, 2012

adjusting life..

My mom passed away 2 days after my last entry.

And today, she had left us for a month.

So many things happened before and after she passed away. And the whole family is adjusting life without her, our beloved mom, grandma and faithful wife of my father.

I'm sad indeed. But Allah love her more.

Al- fatihah.

Sunday, November 13, 2011

Lollipop & Aku..






Perisa kegemaran aku adalah oren.


Akibat suka sangat makan lollipop, aku pernah didenda berdiri di luar kelas sambil makan lollipop. Selagi tak habis, tak boleh masuk kelas!!

Friday, July 29, 2011

memori ramadhan

Semua orang pun bercakap pasal bulan puasa yang dah semakin dekat.

Disebabkan aku datang dari keluarga yang susah..jadi makanan berbuka tu memang tak mewah la. Jarang2 dapat bukak puasa dengan air dan makanan yang sedap2. Kalau abah ada duit, merasa la makan tembikai. Tu pun abah beli 1/4 je. Kalau ada rezeki lebih merasa la minum air sirap bandung..ye la nak beli susu buat sirap bandung mana ada duit kan.

Dan kalo ada rezeki lebih lagi mak akan buat mee bandung dan murtabak telur untuk bukak puasa. Ye la nak buat mee bandung tu banyak bahan nak kena letak. Biasanya dalam bulan puasa tu sekali je mak masak mee bandung untuk kami semua. Ni la masanya aku akan makan sampai tak boleh bangun..huhu [dan sampai sekarang kakak2 aku memang akan ejek aku makan mee bandung sampai tak boleh bangun...ciisss!! ] Sama la murtabak telur tu pun sekali je dalam bulan puasa mak akan buat. Sebab telur tu nak jual buat belanja..so kalo asyik nak buat murtabak telur je maka kami takde duit belanja la nanti.

Tapi sekarang ni nak beli tembikai sebiji pun takde hal. Cumanya tak habis makan la pulak. Nak minum sirap bandung hari2 pun boleh ja..tapi nanti kena diabetis la pulak kan. Nak makan mee bandung dan murtabak telur bila2 masa je. Tak payah tunggu bulan puasa. Pendek kata, senang nak makan la semua tu. Bab mee bandung dan murtabak telur tu memang menu wajib yang mesti ada dalam bulan puasa. Nostalgia family aku...=)

So, ke mana je aku 'merantau' aku pasti balik cari mee bandung dan murtabak telur mak.

Masa sekolah asrama dulu, nak makan sedap dan penuh tray makanan bulan puasa la (time bukak puasa je). Time sahur memang aku tido tepi tray makanan la kat dewan makan..haha...;p Tapi syok la bukak puasa ramai2, terawih pun ramai2 (terawih di asrama aku memang lama. ustaz siap baca surah dari Al-Quran dan lepas tu ada tazkirah lagi). Waktu prep petang pun diganti dengan tadarus Al-Quran. Kesimpulannya suasana ramadhan memang dapat dirasai la. Bila dah habis bulan puasa, pakat ramai2 puasa sunat pulak kat asrama..memang meriah la beramal ibadat....=)

Di universiti lain pulak. Meriah bukak puasa kat masjid [read: bukak puasa percuma]. Memang boleh hidup la kalau takdak duit bulan puasa. Murah je rezeki orang bersedekah kat masjid bagi makan kat orang yang berpuasa. Solat di masjid lepas bukak puasa. Ada duit lebih boleh la jenguk pasar ramadhan. Tapi bab beramal ibadat tu pandai2 sendiri la. Ye la takdak sapa nk suruh dan kawal macam di asrama.

Semoga puasa tahun ni akan bertambah meriah dengan amal ibadat..


p/s: masa aku kecik dulu, kampung aku masih mengamalkan konsep bertukar juadah untuk berbuka puasa. bila start orang ngaji ja kat radio, mak dah suruh aku hantar kuih kat jiran sebelah.



Friday, January 28, 2011

Memori

Kalau aku tengok mak ayah hantar dan ambik anak2 diorang pegi dan balik sekolah especially naik motor...teringat masa aku kecik dulu.....

Abah hantar dan ambik aku kat sekolah naik motor Honda 70. Kalau bas atau lori lalu mesti motor rasa bergoyang punya...hmmm
Kalau hujan pun naik motor jugak dengan baju hujan bagai....tapi yang penting mesti pegi sekolah. Tak merasa la nak naik kereta ni sume. Kalau abah keja jauh, mak akan ambik aku kat sekolah naik basikal. Sepanjang perjalanan seksa menahan bontot sakit duduk atas pelantar basikal dengan jalan yang tak rata...huhu

Sebab tu kalau tengok budak2 ni balik sekolah ayah ambik naik motor, teringat masa aku kecik dulu....and after that I wonder what would the child be in the future..

Anyway, thanks to my parents atas kesungguhan mereka menyekolahkan aku sampai jadi seorang yang berjaya sehingga hari ini. Dan harapnya ia sesuatu yang membanggakan mereka dan rasa berbaloi dengan apa yang telah mereka korbankan selama ni.....luv both of you mak and abah....=)


epitjack!
250210