Showing posts with label B O O K R E V I E W. Show all posts
Showing posts with label B O O K R E V I E W. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

Geng ABCDE Bercuti ke Pasir Salak oleh Hlovate





Ini buku kedua dalam siri Geng ABCDE. 

Kali ni Geng ABCDE (Azlin, Badrul, Choon Wai, Deva & Ee Lin) menghabiskan cuti sekolah mereka dengan bercuti ke Pasir Salak, Perak. Mereka memilih Pasir Salak kerana Badrul, Choon Wai dan Deva harus menyiapkan tugasan sekolah mereka mengenai tempat bersejarah. Dan mereka telah memilih Pasir Salak. Azlin dan Badrul mempunyai atok saudara yang tinggal di Pasir Salak. Sepanjang percutian itu mereka tinggal di rumah atok saudara Azlin dan Badrul. 

Kompleks Sejarah Pasir Salak adalah lokasi wajib yang harus dilawati oleh mereka kerana Badrul, Choon Wai dan Deva harus menyiapkan tugasan sekolah mereka khususnya mengenai sejarah pembunuhan J.W.W Birch, residen pertama di Perak. Setelah tugasan Badrul, Choon Wai dan Deva selesai, Geng ABCDE telah dibawa melawat ke Pusat Pembiakan Tuntung di Bota Kanan. 

Sepanjang mereka bercuti di Pasir Salak, mereka telah berhadapan dengan satu konflik pengambilan tanah di situ untuk tujuan pembangunan. Konflik tersebut akhirnya berjaya diselesaikan apabila Geng ABCDE telah menjumpai geran asal tanah tersebut!     

Rasa: Gembira sekali menikmati buku comel ni. Hlovate buat aku teruja mengingati zaman kanak-kanak yang riang ria! Tambahan lagi Pasir Salak memang hampir dengan kampung halaman aku. Dulu pun masa sekolah kami pernah adakan program berbasikal ke Pasir Salak. Pusat Pembiakan Tuntung di Bota Kanan tu memang menjadi lokasi biasa aku dan kawan-kawan melepak sambil menunggu bas balik dari kelas tambahan. 

Sebenarnya di kawasan Perak Tengah ni banyak sekali tempat bersejarah. Di tepi jalan utama Lebuhraya Ipoh-Lumut betul-betul di simpang empat Ipoh-Lumut-Parit-Bota Kanan memang ada makam Sultan. Aku selalu rasa sedih bila terpandang makam ni. Aku selalu rasa makam ni tak cukup mendapat perhatian sebagai salah satu tempat yang harus dilawati. Kalau makam Sultan pun tak berapa mendapat perhatian, apatah lagi makam-makam pembesar. Bagi aku amatlah rugi bila tempat-tempat begini kurang mendapat perhatian untuk menjadi tempat yang harus dilawati bila berkunjung ke Perak Tengah. Tempat-tempat ni terbiar saja. Kurang penjagaan. Sedihnya. 


p/s: pembelajaran melalui pengalaman sebenar selalunya memberi kesan yang mendalam. 



epitjack!
140513@1709    




Monday, February 18, 2013

Sitora Harimau Jadian by P. Ramlee

Diceritakan semula oleh Zakaria Mohd Yassin. Diterbitkan pada tahun 1965 oleh Penerbitan Angkatan Baru, Kuala Lumpur. Dan kini diterbitkan semula oleh Buku Fixi di bawah label Fixi Retro.  

Aku pinjam buku ni dari Buku Jalanan Ipoh. Menurut penerbit Buku Fixi, ini adalah satu-satunya filem arahan P. Ramlee yang 'hilang'. Mujur ada usaha daripada Penerbitan Angkatan Baru pada tahun 1965 untuk menjadikan filem dalam bentuk bahan bacaan. Kalau tidak mungkin Sitora Harimau Jadian (SHJ) ni akan terus lenyap. Dalam buku ni ada diselitkan beberapa gambar daripada filem tersebut. 

Apalah yang boleh dikatakan lagi tentang P. Ramlee. Semua orang tahu cerita-ceritanya hebat. Dia genius dalam kritikan sosial masyarakat melalui filem-filemnya. 

Seperti yang dikatakan Buku Fixi, SHJ adalah pertembungan sains moden vs tahyul i.e Dr. Effendi vs Tok Dukun. OCPD Mutalib yang memang tak percayakan tahyul selagi tiada bukti. Pendekar Amin yang tegas dengan kependekarannya. Tok Penghulu yang juga memainkan peranan tak kurang pentingnya di Kampung Kiambang itu. Tapi hero sebenarnya adalah Dr. Abu Bakar! 

Deduksi aku:- Saat Pendekar Amin kononnya berjaya membunuh Sitora dan lebih kurang 3 bulan penduduk Kampung Kiambang tidak lagi diserang dan diganggu oleh Sitora serta pada masa yang sama Tok Dukun juga menghilangkan diri, aku dah boleh agak Tok Dukun tu lah sebenarnya Sitora Harimau Jadian. Kalau Tok Dukun bukan Sitora, kenapa dia turut 'menghilang' sama dalam tempoh 3 bulan tu? Melainkan dia memang Sitora dan dalam tempoh 3 bulan tu dia sedang memulihkan kecederaannya akibat ditikam oleh Pendekar Amin dengan parang.

Benarlah orang melayu ni pandai bermuka-muka. Dalam hati marah bukan main lagi. Tapi depan orang senyum sampai ke telinga. Tok Penghulu dok marah-marah dalam hati bila orang datang kacau waktu dia tengah makan dan tidur. Macam tu juga OCPD Mutalib. Tapi bila depan orang yang datang senyum ja dan sambut dengan baik. Satu kritikan sosial yang tak dapat disangkal. Tapi ye lah sapa pulak yang tak marah nak nak lagi kalau diganggu waktu tengah malam yang kita sedang lena diulit mimpi.   

Cuma ending nya jadi begitu mudah dan cepat dengan kehadiran Dr. Abu Bakar. Ada kayu tas. masalah selesai.  Sila google kalau nak tau apa tu kayu tas.

Adalah beberapa perkataan yang buat aku kagum seketika. Contoh 'skeptikal'. Perkataan ni telah digunakan dalam novel P. Ramlee pada tahun 1965. Tapi aku baru je dalam 2-3 tahun ni 'pandai' menggunakan perkataan skeptikal! Ahh teruknya aku..orang dah lama gunakan perkataan ni. huhu..
Perkataan lain seperti 'lungkas', 'berderin'. Maksud sila cari sendiri dalam Kamus Dewan. Ohh perkataan 'fragmen' pun dah digunakan. Errghh..aku memang betul-betul teruk..............       

Quotes from SHJ: "Untuk melupakan peristiwa yang sudah-sudah bukanlah merupakan suatu perkara yang gampang."



epitjack!
180213@6:05



  

Wednesday, August 8, 2012

Min, Kopi & Zzzzz by Kamisah Majid


Buku yang ada kaitan dengan kopi lagi. Sebagai penggemar kopi, aku dan kopi/nescafe memang tak dapat dipisahkan. 

Kopi memang sinonim sebagai ejen penghalang mengantuk. Dan kopi memang dadah yang berkesan pada aku masa student life di universiti dulu. Bila dah pekena kopi boleh tahan tak tidur 2 hari! 

Tengok tajuk buku ni pun dah tau yang si Min tu kuat tidur dan dia perlukan kopi sebagai penghalang mengantuk. Fakta yang aku setuju dalam buku ni: budak asrama memang ada sindrom mengantuk yang tahap melampau! Aku pun tak pasti kenapa. Sekolah aku kononnya pernah menduduki carta no. 2 pelajar paling ramai tidur dalam kelas. Tapi aku tak tau la betul ke tak. Entah2 cikgu saje je cakap macam tu supaya kami malu. Tapi percayalah..tak berkesan pun ugutan cikgu2 tu.hahaha 
Cakap pasal tidur dalam kelas ni memang mengimbau kenangan la..macam2 gaya tidur ada. Yang paling glamour gaya renang bebas! 

Okey buku ni pasal Min yang baru masuk sekolah asrama di tingkat 4. Dia ni ratu tidur. Macam2 la cerita tipikal budak masuk asrama dalam buku ni. Minggu orientasi, dibuli senior (walaupun sama je form 4 tapi sebab Min budak baru, so dia dikira junior gak la..), survivalship di asrama (berebut bilik air, ampaian, dsb), cerita hantu, ponteng prep, etc. Jadi buku ni bukan la 100% bercerita tentang Min yang kuat tidur dan ketagihan kopinya yang tahap kronik. Ia adalah tentang Min dan masalah kuat tidurnya. Dan 20% adalah pasal kopi yang dijadikan ejen penghalang mengantuk yang mereka jual secara 'haram' di asrama. Yang dramatik adalah kisah penjualan kopi yang diberi penjenamaan semula oleh Min and the geng di kalangan penghuni asrama. Itu je. Yang lain kisah biasa budak asrama. 

Secara peribadi, buku ni baik untuk anak remaja. Anak buah aku yang form 1 tu dok mengekek gelak baca buku ni. Untuk yang dah tua macam aku ni, ia mengimbau balik kehidupan di asrama dulu.hehe 

Apapun ada sedikit kecewa bila baca buku ni. Mungkin aku terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada buku ni. Makanya aku kecewa. Mungkin aku terlalu berharap ia berkisar tentang kopi secara keseluruhannya. Sapa plak nak bercakap pasal kopi satu buku kan! Nanti ada plak yang suggest aku pi beli buku ensiklopedia pasal kopi kalau nak sangat baca pasal kopi.hahaha 

Anyway, sesuai la buku ni untuk bacaan anak2 remaja. Sekian. 


epitjack!
080812@1430

 

Monday, July 30, 2012

MURTAD by Hasrul Rizwan


Cam haram!  [ perkataan yang aku dok sebut bila baca  buku ni. LOL ]

Luar biasa. Aku memang ada 6th sense samada buku tu best ke tak. Aku baca je sinopsis proposal buku ni aku dah tau buku ni Fixi kena publish and confirm meletup.

Enough said, buku ni memang tengah hot kat kedai buku sekarang.

Cover buku ni memang macho..hahaha!! Isi dalam guna kertas kuning yang ringan. Aku suka.

Buku ni pasal 2 orang kembar seiras yang diupah untuk membunuh orang2 yang murtad. Stylo sehh..pembunuh upahan yang handsome pakai suit mahal, drive nissan fairlady and ducati (colour merah ok!), cekap berlawan dan guna senjata. Dalam buku ni ada Azwan Ali ( ?? ), Faizal Tahir pun ada.

Buku ni konsep pembunuh upahan yang berbeza. Bunuh orang yang murtad! Tapi ada konflik sikit bila Zulaikha mempersoalkan Akhil tentang tugasnya membunuh orang2 yang murtad. Awek punya pasal Akhil sanggup bergadai nyawa melaksanakan tugasan yang terakhir sebelum dia dan abangnya, Adam bersara daripada membunuh. Tapi dalam tugasan yang terakhir tu, depa kena pi bunuh ayah kepada awek Adam, si Maria. Dalam 'pertempuran' tu Maria tertembak.  

Cam haram loghat kedah dalam buku ni. Aku pun lama dah tak praktis loghat kedah sejak grad. Takpa lepas raya ni aku ada reunion kat Pendang. Nanti boleh test power ke dak lagi loghat kedah aku. hohoho


p/s: Aku rasa aku boleh rasa perasaan Zulaikha masa depa dok bergaduh sakan kat i-city tu..and bila dia dok call Akhil kat dataran tugu tu. Syahdu ja... 



epitjack!
300712@1444



Thursday, April 12, 2012

Lagi review 3 buku JS Adiwarna

Buku Pertama:-

Tajuk: Wanginya Bunga Rampai
Penulis: Haswida Abu Bakar
Harga: RM19.00
Kategori: Si Manis 17

Plot yang nampak klise bila jodoh telah ditentukan oleh keluarga kerana wasiat dan juga keturunan. Tapi apa yang membuatkan plot yang kononnya klise ini nampak berbeza?

Latar ceritanya berbeza dan terima kasih kepada penulis kerana mengembalikan nostalgia saya pada kemeriahan persiapan kenduri kahwin di kampung. Orang ramai datang bergotong-royong untuk menyediakan juadah kenduri disamping cerita politik dan gosip orang kampung. Ahhh sungguh nostalgia sekali!

Arif dan Seri masing-masing telah ditunangkan dengan pilihan keluarga. Tapi hati mereka bergetar dengan irama yang sama bila pertama kali bersua muka di Kg. Molek untuk persiapan perkahwinan Helmi. Betullah kata orang bahawa orang bertunang ni darah manis dan cabaran semasa bertunang lebih hebat lagi. Saya kagum pada sikap Seri yang kuat menepis godaan dan berpegang teguh pada ikatan pertunangannya walau tidak ada setitis kasih pun pada tunangnya, Haikal. Berkat doa dan kesabaran Seri, Allah telah menghembuskan perasaan sayang dan rindu itu kepadanya dan Haikal.

Maka tinggallah Arif, si penunggu fajar yang sia-sia. Sikap Arif yang tegar mengikut perasaannya dan cuba merebut Seri dari tunangannya, Haikal amatlah menjengkelkan sedang dia sendiri juga telah ditunangkan dengan Nurul. Walaupun Arif dan Seri tidak dapat bersatu tapi darah mereka telah bersatu dalam tubuh Hana.

Pengakhirang novel ini yang telah mengikat kejap hati saya bila akhirnya Arif Azri Baharin menemui dirinya kembali dalam misi pencarian si ‘dia’. Dan pastinya gambar cover buku itu adalah Syarifah Seri Indah Syed Ilham al-Habsyi & Syed Haikal Syed Uzair al-Idrus!


Buku Kedua:-

Tajuk: Langsir Biji Remia
Penulis: Noor Suraya
Harga: RM17.00
Kategori: Si Manis 17

Salahkah Umair bila hatinya tak dapat menerima Duha seadanya? Dan Duha, apakah dia benar-benar redha dan pasrah dengan ketentuan daripada Allah? Berapa ramaikah insan seperti Muhsin yang mampu memandang terus ke dalam hati insan lain tanpa menghakimi rupa luaran seseorang? Inilah persoalan-persoalan yang timbul di benak hati saya seusai membaca novel ini.

Seperti biasa, gaya penulisan dan bahasa yang digunakan oleh Kaksu halus dan meresap masuk terus ke hati saya. Kaksu tak pernah gagal membuatkan hati saya yang beku ni untuk kembali hangat dengan soal hati dan perasaan!

Kakak saya mengalirkan airmata masa baca novel ni. Tapi saya kurang percaya dengan dia sebab dia memang hantu airmata kalau layan novel. Jadi saya cakap dengan dia, “Okey kita tengok samada aku pun akan mengalirkan airmata atau tak.” Wah! Angkuh sekali bunyinya. Saya berjaya mengempang airmata dari gugur tapi genangan airmata tetap memedihkan mata saya. Syahdu je bunyinya.

Habis baca novel ni perasaan saya bercampur baur. Kalau saya ditempat Duha, adakah saya akan kecewa dan putus asa? Atau mungkinkah saya pun akan hipokrit juga dengan diri saya sendiri? Saya bencikan Umair secara umumnya. Tapi saya tak salahkan Umair bila hatinya tak mampu memilih Duha. Cuma tentang Muhsin itu, saya tak pasti masih adakah orang sepertinya yang begitu tulus sekali hatinya.

Dalam novel ni saya berjumpa balik dengan Ain Najwa yang tabah dan itu membuatkan saya semakin kagum dengan Ain Najwa. Melalui novel ni barulah saya tahu wind chime tu dipanggil ‘peranggu angin’ dalam bahasa melayu.

Persoalannya: apakah yang ada dalam hati kita sebenarnya?


Buku Ketiga:-

Tajuk: Blues Retro
Penulis: Imaen
Harga: RM17.00
Kategori: Si Manis 17

Bang, burger daging spesial tambah cheese satu!” Saya suka makan burger dan ini yang saya selalu beli di gerai burger ‘kampung’.

Lepas habis baca novel ni, saya asyik makan burger kampung saja dan langsung membayangkan Ghazi dan Alias. Ini bukan setakat cerita gerai burger kampung saja tapi cerita yang seputar dengan pemilik gerai burger kampung ‘Wrap n Roll Express’ itu.

Tentang Ghazi, mahasiswa yang hanya layak belajar dalam jurusan antropologi dan jatuh hati dengan Nik Farhana, mahasiswi dalam jurusan perubatan. Ghazi yang datang daripada keluarga yang susah terpaksa berniaga burger dengan rakan kongsinya, Alias untuk menampung perbelanjaan dan kelangsungan hidup di Universiti Lembah Pantai. Kegigihan dan keperitan Ghazi untuk terus hidup dalam dunia intelek di kotaraya besar itu menyentuh hati saya. Walaupun saya tidaklah sampai kena berniaga burger macam Ghazi masa belajar di kampus dulu, tapi bab makan sedap yang hanya sesekali saja di kafeteria dan kerap kalinya makan nasi putih, telur dadar dan kicap atau roti nan seringgit memang biasa masa belajar dulu.

Ghazi ni revolusioner (kata Nik Farhana). Dia ikut demonstrasi pelajar bagi membela nasib golongan bawahan yang ditindas. Rasanya saya dulu pun macam Ghazi masa belajar. Rebel. Pernah satu hari masa saya telefon mak di kampung, mak siap pesan jangan ikut mana-mana demonstasi atau kegiatan bawah tanah. Mak macam tahu-tahu saja. Tapi sekarang walau dah bekerja pun saya masih berjiwa revolusioner. Tambahan lagi moto pekerjaan saya adalah ‘uphold justice without fear and favour’.

Cinta antara dua darjat antara Ghazi dan Nik Farhana memang dramatik. Dah tentulah bonda Nik Farhana tak berkenan dengan Ghazi yang bukan berdarah keturunan raja dan miskin pula. Tapi Nik Farhana nekad tak mahu kahwin dengan sepupunya, Tengku Nordin dan ajak Ghazi kahwin lari! Berjayakah mereka kahwin lari ke Siam?

Apapun saya memang suka sikap Ghazi yang optimis dan realistik itu. Ghazi optimis untuk mengembangkan perniagaan gerai burgernya, Wrap n Roll Express. Dan dia juga realistik tentang cintanya terhadap Nik Farhana.



epitjack!
120412@1631

Wednesday, March 21, 2012

kerana KOPI aku sanggup..

..mengembara sejauh 40km dan mengheret kawan aku bersama. Dan kerana KOPI juga aku sanggup mengorbankan sisa baki duit yang aku ada untuk bulan ni. Sungguh aku memang kecanduan kopi!

Aku nikmati KOPI ni dengan kek cawan perisa coklat yang sedap. Sedap sangat ke KOPI ni sampai aku sanggup bergadai nyawa untuk dapatkannya? Inilah dia KOPI yang aku cari tu..


"Dik, saya nak KOPI satu!" dengan senyum lebar dan puas.

Sambil berjalan ke tempat kereta nak balik, aku nampak ada adik pengawas sedang pegang plastik BookXcess. Ehh ada BookXcess ke kat sini? Patah balik kejar adik pengawas tu. Ya, memang ada BookXcess kat sini. Tapi aku kecewa sebab aku memang dah takde duit untuk dikeluarkan dari mesin wang automatik kalau nak beli buku kat booth BookXcess. Nak mengharungi perjalanan 40km balik ni pun kereta bakal tersadai sebab takde minyak.

Aku berjaya habiskan KOPI dengan dua cangkir nescafe panas. Dan terus pagi ni aku kecanduan kopi yang amat sangat. Pagi ni kawan aku belanja kopi kurang gula lebih krimer di McDonald.

Aku bagitau dia aku dah habis nikmati KOPI semalam. Aku bagitau dia lagi yang aku tak tahu samada dia boleh terima dan nikmati KOPI ni atau tak. Kawan aku tanya KOPI ni 'half porn' ke tapi aku cakap KOPI ni realiti pahit yang kita cuba sembunyikan dan nafikan. Memang pahit tapi sedap. Aku bagitau kat dia macam ni sebab aku tak mau nanti dia tuduh aku bagi dia baca bahan lucah pulak!

KOPI ni saiz kompak. Aku suka kertas yang digunakan. KOPI jadi ringan. Aku sukakan keseluruhan fizikal KOPI. Aku juga suka hampir kesemua 19 perisa yang ada dalam KOPI ni. Perisa yang paling aku suka adalah 'Kopi 3 Rasa', 'Bersaksi Kopi', 'Kopi Kola', 'Cinta Kopi', 'Kopi Jantan Kaw', 'Barista Cinta', 'Ritual', 'Kopi Julia', 'Secangkir Kopi Bersama Dia', dan 'Kopi Mimpi'.

Nampak label "EDISI TERHAD" pada KOPI tu? Jadi itulah sebabnya kenapa aku sanggup mengembara menggadai nyawa sejauh 4okm dan duit terakhir aku untuk bulan ni. Kalau/bila KOPI dah masuk pasaran gelap nanti, aku mungkin terpaksa berperang untuk dapatkannya.

AMARAN: nikmatilah KOPI dengan fikiran yang terbuka dan luas.


p/s: Aku suka kopi kaw kurang gula tapi lebih krimer..



epitjack!
210312@1244

Tuesday, March 13, 2012

Review 3 buku JS Adiwarna

Buku Pertama:-
Tajuk: Damai Aku dalam Haruman Sakura
Penulis: Hafizul Osman
Harga: RM15.00
Kategori: Kreatif

Ya, saya memang tertarik dengan kulit buku ni secara keseluruhannya. Kulit bukunya sangat comel!! Perkataan “Sakura” pada tajuk buku ni yang paling menarik perhatian saya. Sebagai peminat manga dan anime jepun, buku ni memang menjadi perhatian. Ohhh lukisan manga yang diselitkan dalam buku ni pun cantik. Saya suka dan satu pendekatan yang sangat menarik.

Secara ringkasnya, Azmil ‘terperangkap’ dengan perasaannya terhadap tiga bunga: bunga anggerik, bunga sakura dan bunga matahari. Shahida si bunga anggerik, kembali mendambakan kasih Azmil. Sedang Azmil sudah jatuh hati pada gadis Jepun, Kamei Aki si bunga sakura. Tapi perasaan Azmil kuat tertarik pada Amira si bunga matahari yang sama-sama mengikuti program pertukaran pelajar ke Jepun.

Si Azmil ni agaknya suka pada gadis yang berlesung pipit dan yang tersenyum manis. Banyak betul perkataan ‘manis’ dalam buku ni. Haiihhh jangan sampai kena kencing manis sudah la Azmil…

Buku ni ‘manis’ sekali bila dibaca tapi dalam manis tu ada pahitnya juga. Cabaran dan dugaan di tempat asing memang sangat menguji keteguhan iman kita sebagai muslim. Juga cabaran untuk kita membawa identiti seorang muslim yang berakhlak tinggi serta dapat berdakwah adalah lebih mencabar. Apapun, saya suka bunga sakura dan tentu seronok kalau dapat duduk di bawah pohon sakura sambil membaca buku dan melihat bunga sakura berkembang…=)


Buku Kedua:-
Tajuk: Arjuna Mencari Cinta
Penulis: Adlinz Alexandria
Harga: RM18.00
Kategori: Si Manis 17

Melihat kulit buku ni teringat pada pensyarah saya masa di matrikulasi dulu. Katanya, “Tak payahlah kamu semua ni nak bawa busur dan anak panah pergi memburu cinta. Sampai sanggup mengambil yang bukan kamu punya. Kalau ‘dia’ adalah jodoh kamu, ‘dia’ akan datang mengetuk pintu rumah kamu.”

Saat membaca novel ni, memang tak boleh berhenti. Rasa teruja. Lebih tepat lagi saya rasa lebih muda 12 tahun bila baca novel ni. Teringat masa zaman sekolah dulu.

Novel ni bagi saya cukup perisa dan rencahnya. Sesuai dan wajib dibaca oleh golongan remaja. Saya memang tak suka watak Nejad. Seorang ketua pengawas yang hampir sempurna tapi ‘oportunis’ juga hipokrit. Rasanya Nejad perlu dapat pengajaran yang lebih teruk lagi daripada apa yang telah Vilma lakukan padanya. SPM 11B masih belum setimpal dengan ‘pengkhianatan’ yang telah dia lakukan terhadap ‘geng’ kumpulan belajarnya. Khayal dan lupa diri dengan keindahan cinta memang sentiasa menjadi duri dalam daging dalam hubungan persahabatan.

Memang ibarat buku bertemu ruas bila Nejad berjumpa dengan Nur Dalilah si ketua disiplin yang digelar ‘diktator maut’. Apa saja yang berkaitan dengan disiplin sekolah, ‘it is no nonsense’ bagi Dalilah. Samada kamu pelajar biasa atau adik angkat ketua pengawas hatta ketua pengawas sendiri pun tak terkecuali daripada tindakan disiplin. Fuhh pendek kata Dalilah ni memang ketua disiplin yang tegas dan tak boleh dibuat main-main. Dia pasti akan kotakan segala denda yang tertakluk dalam buku disiplin sekolah. Dalilah memang seorang yang tegas dan teguh dengan prinsipnya. Watak yang sangat bagus. Kalau masa sekolah dulu ada ketua disiplin macam ni di sekolah mesti saya dah jadi budak yang paling baik sekali di sekolah.

Kesian juga bila tengok Nejad ‘gagal’ dalam pelajaran. Tapi ia menjadi pengajaran yang besar untuk Nejad bahawa ‘pangkat dan kuasa’ tak menjamin apa-apa tanpa usaha untuk berjaya dan sesungguhnya persahabatan itu yang membuatkan kita untuk terus hidup berdaya maju.

Jadi, dapatkah panah sang arjuna menembusi pintu hati sang dewi?


Buku Ketiga:-
Tajuk: Alahai Jijah!
Penulis: Dihsar Ludba Haqifa
Harga: RM17.00
Kategori: Si Manis 17

Novel yang comel tapi sinis. Dari mula sampai akhir saya asyik ketawa saja baca novel ni. Dialog-dialog dalam novel ni ‘keras’ tapi menghiburkan. Aduhh saya masih mahu ketawa sambil menulis ulasan ni.

Jijah, budak berumur 10 tahun yang sangat tabah bagi saya. Walaupun dibuli dan didera oleh ibu tiri dan kakak tirinya, Jijah tetap positif menghadapi hari-hari yang mendatang. Mujurlah orang-orang disekeliling Jijah sering membantunya. Pak Meon selalu saja memberi kerja menebas lalang yang diternaknya kepada Jijah. Kawan baik Jijah, si Sodah pula selalu saja mengajak Jijah makan nasi percuma dirumahnya. Mereka berdua ni juga selalu makan cendol pulut Abang Abu lepas habis sekolah.

Walaupun Jijah selalu dibuli dan didera, tapi Jijah masih setia menjaga ibu tirinya yang sakit ketika kakak tirinya lari menghilangkan diri dan sanggup memberi peluang kedua kepada ibu tirinya untuk bertaubat. Saya amat kagum dengan sikap positif yang ada dalam diri Jijah. Belum tentu sikap yang begini ada pada setiap orang dewasa.

Novel yang kelihatan comel, menghiburkan dan penuh dengan drama ini sebenarnya tersembunyi makna tersirat yang sangat mendalam. Ingat! Jangan sesekali menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Jangan makan harta anak yatim. Jangan khianati amanah yang telah diberikan kepada kita. Sentiasalah bersikap positif dan memaafkan orang lain.


p/s: I'm enjoy reading these 3 books...=)



epitjack!
130312@1234



Wednesday, January 4, 2012

Salina by A. Samad Said

Dulu masa aku belum cukup 'dewasa', aku diberitahu buku Salina ni mengenai kisah seorang pelacur. Seolahnya 'pemberitahu' itu cuba mengatakan buku ni tak 'sesuai' untuk dibaca oleh aku [yang belum cukup dewasa].

Anehnya aku cuma tahu dan dengar saja tapi tak pernah lihat buku ni di perpustakaan sekolah. Jadi aku nekad mahu benar-benar tahu apakah benar seperti yang dikatakan oleh si pemberitahu itu.

Akhirnya aku jumpa buku Salina di perpustakaan universiti tapi dalam versi bahasa Inggeris. Aku baca tapi tak habis sebab kekangan tugas sebagai pelajar [ceh!konon macam rajin sangat baca buku pelajaran la..]

Setelah beberapa tahun bekerja, aku jumpa 'kembali' buku ni di perpustakaan awam negeri. Aku pinjam saja sebab buku ni memang kategori 'rare' dan memang dah tak ada di kedai buku untuk dibeli.

Edisi yang aku baca ni adalah edisi ringkas. Kata penulisnya, Pak Samad:-

"Ada yang menganggapnya 'tebal', 'berat' dan 'dewasa' bagi khalayak muda. Kerana 'tebal'nya maka ramai yang 'bercakap tanpa membaca'nya. Kerana 'berat'nya, maka lebih ramai pula yang 'meninggalkannya separuh jalan'. Dan kerana 'dewasa'nya, maka ia selalu 'terlarang' kepada khalayak muda."

"Apakala hasrat mengerjakan edisi ringkasnya timbul, tidak pula bererti bahawa ia tergerak oleh keinginan saya untuk 'menipiskan', meringankan' dan 'meremajakan'nya."

"... . Saya terdorong mengerjakan edisi ringkas ini lebih kerana ingin menemukan kaedah 'memempatkan'nya, dengan menggunting beberapa renda ayat yang dirasakan kurang membantu."

"Saya tidak mahu mengganggu inti kisah dan sebahagian penting dialog hariannya yang memang khusus mencerminkan tabii dan masalah masyarakat dekad empat puluhan."

"Saya ingin megekalkan ceritanya di tempat yang sama; cuma biarlah penceritaannya lebih mengalir. Segala lukisan, cakapan, ingatan dan khayalan yang berlaku dalam masyarakat dekad itu juga biar terpelihara kukuh."

Itu kata Pak Samad dalam edisi ringkas buku ni.

Bagi aku, ini satu karya yang hebat dari Pak Samad. Ia adalah salah satu novel sepanjang zaman yang mesti dibaca. Dengan membacanya hingga noktah terakhir, kita boleh 'menghukum' Salina apakah dia 'benar-benar' seorang pelacur? Bagaimana pula pada ketika itu, orang yang berkelulusan sekolah Inggeris begitu 'laku' jika dibandingkan dengan orang yang berkelulusan sekolah Melayu? Petikan di bawah diambil di mukasurat 284:-

“Kata cikgu kami buku-buku Inggerislah yang tinggi mutunya di dalam dunia ini. Sebab itulah kami baca buku-buku tu - kami baca semua buku Inggeris yang tinggi mutunya,” kata Hilmy.

“Yalah. Tapi takkanlah benar buku-buku Inggeris saja yang tinggi mutunya. Lagi pula kalau tinggi pun mutu buku-buku Inggeris tu, takkanlah awak orang Melayu tu tak mau baca-baca buku Melayu pulak. Kalau benar buku-buku orang Melayu tak bermutu, bacalah saja kerana isinya, periksalah apa yang terkandung di dalam hati dan fikiran penulis-penulis Melayu tentang orang sebangsanya. Kata orang sekarang ni zaman bangsa kita mulai belajar kenal dirinya sendiri, zaman kita mulai sedar. Hah, kalau dah gitu bila lagi endak sedar kalau buku bangsa sendiri pun tak endak dibaca? Endak tunggu sampai bangsa Melayu tenggelam terus baru endak dibaca sejarah kejatuhannya itu?” kata Nahidah.

Aku percaya novel ini ditulis seputar realiti masyarakat pada waktu itu. Ya, realiti memang pahit dan menyakitkan. Tapi apakah kita terus mahu ber'fantasi' dengan kehidupan dan cuba sedaya mungkin menolak 'realiti'nya? Hadapi saja realiti itu dan cuba 'mengatasi'nya.


p/s: aku pernah 'terserempak' dengan Pak Samad di stesen Putra LRT Pasar Seni beberapa tahun dulu waktu aku masih bergelar seorang pelajar di Petaling Jaya. Kami berbalas senyuman tapi aku lebih berasa 'segan' kerana dia seorang Sasterawan Negara.
[haihhh rugi aku tak minta tandatangan atau bergambar dengan Pak Samad waktu tu..sebagai bukti yang aku memang pernah 'terserempak' dengan Pak Samad di tempat awam].



epitjack!
040112 @ 1004

Thursday, December 15, 2011

Antologi Cerpen Kemerdekaan

Aku pinjam buku ni dari perpustakaan awam negeri. Ada 8 buah cerpen dalam buku ni. Muka hadapan buku ni aku dapat daripada blog Ibnu Ahmad Al-Kurauwi (Azman Bin Ahmad), salah seorang penulis cerpen dalam buku ni. Perkataan 'koleksi' pada buku tu telah ditukar kepada 'antologi' selepas pruf cetak.

RARE & UNIK. Maklumlah sekarang ni bukan senang nak dapat bahan bacaan dalam tulisan jawi. Suratkhabar utusan melayu bertulisan jawi pun sekarang ni dah menjadi sisipan je dalam akhbar tulisan rumi utusan.

Buku ni terbitan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai usaha mengembalikan kegemilangan tulisan jawi. Antologi cerpen ni pulak sempena sambutan kemerdekaan yang ke-50. Kira macam edisi khas la. Sekarang ni pun beberapa seminar dan bengkel mengenai tulisan jawi dan mahir jawi sedang giat dijalankan. Di TV9 pun ada program mahir jawi.

Aku boleh baca jawi. Kira aku ni mahir gak la baca jawi. Tapi mencabar jugak bila kadang-kadang ada satu dua perkataan tak dapat nak baca. Tulisan jawi masa aku belajar kat sekolah dulu dengan sekarang ada perubahan jugak walaupun taklah besar sangat.

Bila baca buku ni, tiba-tiba baru aku tersedar yang kehidupan kita sekarang ni dah tak banyak menggunakan tulisan jawi kalau nak dibandingkan 50 tahun yang lepas. Tapi kepala surat pejabat aku dulu masih gunakan tulisan jawi tau..

Aku tak nak cakap pasal kenapa kegemilangan tulisan jawi semakin merosot. Rasanya kalau kita lihat dasar pendidikan negara yang lepas kita akan tahu kenapa tulisan jawi sekarang ni macam terpinggir. Kaji dan fikirlah. Jangan mudah sangat lupa.

Sesungguhnya kita patut berbangga dengan tulisan jawi dan mestilah dipertahankan. Rugilah kiranya tulisan jawi ni hilang ditelan zaman. Apapun aku menyokong penuh atas usaha yang dilakukan oleh pelbagai dalam memartabatkan kembali kegemilangan tulisan jawi.


p/s: agaknya ada ke penulis novel pop yang berani nak ambil inisiatif terbitkan buku dia dalam tulisan jawi..hmm



epitjack!
151211@2106


Tuesday, November 29, 2011

Interlock by Abdullah Hussain

Buku yang penuh kontroversi, polemik, di'politik'kan dan sebagainya untuk tahun 2011. Dari isu kononnya tentang perkauman dalam buku ni yang sehingga membawa kepada 'pembakaran' buku ni oleh golongan tertentu yang mengekspresikan emosi dan rasa mereka tentang buku ini.

Aku sengaja tak nak baca buku ni waktu ia sedang hangat dilanda kontroversi. Saja nak baca di saat bila orang dah mula 'lupa' tentangnya. Lagi pun aku nak baca edisi asal. Bukan edisi pelajar dan bukan juga edisi yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Kesimpulannya agak sukar nak dapatkan edisi asal yang diterbitkan pada tahun 1971 oleh DBP ni. Kebetulannya, aku pinjam saja edisi terjemahan dalam Bahasa Inggeris buku ni di perpustakaan awam.

Interlock terbahagi kepada 4 bahagian yang mana bahagian terakhirnya bagi aku adalah 'kunci' yang mengikat 3 bahagian awal yang ceritanya setiap satu berdiri dengan sendiri.

Tahu apa yang aku rasa setelah baca Interlock ni? Aku rasa 'biasa' saja. Aku tak 'patriotik'? Terpulang. Baca dulu dan tanya apa yang anda 'rasa' setelah membaca dan menghadamnya.

Karya ini tak lebih bagi aku kepada generasi pasca merdeka sebagai 'karya sejarah' untuk mengenal bagaimana Negara Malaysia itu terbentuk sehingga hari ini. Ya, bagaimana Malaysia itu terbentuk dengan 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Tak suka sejarah? Suka atau tak suka tapi untuk masa depan yang gemilang, kita mesti tahu 'sejarah' lampau. Jangan hanya bercakap tentang integrasi antara kaum tapi kalau tak tahu asal usulnya.

Apa yang kontroversi sangat dengan buku ni? Hanya satu perkataan 'paria' yang muncul hanya 2 kali dalam karya ini, Interlock menjadi satu 'fenomena'. Menyentuh sensitiviti. Kalau nak ikut sensitiviti, rasanya aku pun sensitif juga rasanya tentang orang Melayu dalam Interlock ni. Tapi itu adalah realiti. Ringkasnya dari kacamata aku, kontroversi dan polemik yang melanda fenomena Interlock ni tidaklah seperti yang digembar-gemburkan oleh media massa. Macam aku cakap, Interlock ini 'biasa' saja. Tak ada apa yang 'luar biasa' sampai dapat mencetuskan ketidakstabilan. Rasanya ada karya yang lebih provokatif dari Interlock.

Ada cerita disebalik Interlock itu sendiri. Aku malas nak tulis kat sini. Kalau rajin, baca je lah kat sini: Semangkuk Interlok - Himpunan essei, pandangan dan kritik tentang Interlock. E-book ni percuma dan boleh dimuat turun.


p/s: to whom who might forget how Malaysia is built, read this book.



epitjack!
291111@1446


Saturday, July 9, 2011

Nuansa Kota Merah by Khairyn Othman

Pertamanya, tajuk ‘Nuansa Kota Merah’ itu dah menarik perhatian aku. Tapi sinopsis/caption belakang buku ni yang paling menarik perhatian aku untuk beli buku ni. Ternyata memang tak silap pilihan aku kali ni..=)

‘Bagaimana mungkin cinta antara dua benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?’

Sebelum buku yang dipesan ni selamat tiba, aku dah baca Bab 1 di laman web Jemari Seni. Bab 1 ni biasa je..tipikal bagi aku. Mengisahkan Dina yang tersasar dari landasan agamanya, kematian neneknya yang aku kira mula mencetuskan ‘kesedaran’ minda separuh sedar Dina, mimpi yang sama berulang kali didatangi oleh sepasang suami isteri. Aku rasa ini satu permulaan yang biasa..tak ada apa yang lain. Tapi disebabkan pengakhiran Bab 1 ni ialah Dina akan pergi bercuti ke Sepanyol yang kononnya ‘as getaway’, maka di sinilah aku rasa bermulanya penceritaan untuk caption di atas dan yang membuat aku ingin terus membaca walaupun permulaannya biasa saja.

90% cerita ni adalah mengenai ‘Salma-Shuaib’ (pasangan suami isteri yang selalu datang dalam mimpi Dina dan kononnya dia datang dari susur galur Salma-Shuaib) kerana Dina sedang membaca journal yang ditulis tentang kisah hidup perjalanan, perjuangan dan pengorbanan Salma-Shuaib. Perjuangan mereka mempertahankan agama dan tanahair hingga ke titisan darah yang terakhir. Betapa peperangan itu sungguh meruntun jiwa dan menuntut banyak nyawa dan harta benda akibat daripada pemerintah yang tamak dan gila kuasa sampai sanggup menggadaikan agama, maruah dan tanahair. Lepas habis baca journal tu, Dina mula berfikir dan akhirnya berubah menjadi pejuang jugak...=)

Buku ni mungkin tak menarik bagi mereka yang tak berapa minat dengan unsur-unsur sejarah. Tapi bagi aku buku ni memang kena dengan citarasa aku...=) Dari mana datangnya kita kalau bukan dari sejarah silam masa lampau. Apa mungkin kita boleh menjadi manusia, bangsa, umat yang hebat tanpa melihat sejarah lepas untuk menjadi iktibar dan pedoman di masa depan? Sebab tu Allah dalam kitab suci Al-Quran menceritakan kisah orang-orang terdahulu supaya kita dapat mengambil pengajaran daripadanya.

Lenggok bahasa dalam buku ni tersusun dengan baik. Cumanya kadang-kadang aku rasa penulis terlalu terperinci (too descriptive). Tapi mungkin juga penulis memang berniat berbuat begitu sebab di belakang buku ni memang ada caption:-

‘KHAIRYN OTHMAN menulis sesuatu yang baharu, lain daripada yang lain. Kali ini dia menggunakan kemahiran kewartawanannya untuk memperincikan Bumi Sepanyol pada pembacanya.’

Aku cepat ‘lost’ dan hilang focus kalau ‘too descriptive’. Itu kelemahan aku. Mungkin kurang imaginasi. Jadi kalau jalan cerita kurang menarik dan ditambah dengan ‘too descriptive’..risiko untuk buku tu ’tersadai’ tak dibaca adalah tinggi…hehe

Ada sebab kenapa aku hanya rate buku ni 4 bintang je kat Shelfari dan bukannya 5 stars out of 5. Aku rasa terganggu dengan kesalahan macam “Granada” yang sepatutnya Gharnatah di mukasurat 312 & 313, dan “Sarah” yang sepatutnya Salma di mukasurat 204 & 465. Siapa Sarah? Tak ada langsung watak Sarah dalam cerita ni. Ke penulis ‘mixed up’ dengan watak Sarah dalam buku dia Dame Zoete Sarah? Ini menunjukkan peringkat penyuntingan (editing) dan penyemakan (proof reading) tidak cukup kemas.

Apapun buku ni secara keseluruhannya baik. Penulis berjaya menarik aku untuk baca karya dia yang lain. Mar tanya aku, “Mana lebih best..Imaen atau Khairyn?” Aku jawab, “Masing-masing ada style yang tersendiri. Tak adil untuk aku komen pasal Khairyn sebab aku baru baca satu je buku dia. Wait until I read all her books. But honestly, not bad..she’s good.”


p/s: Cik Mar, aku nak pinjam Dame Zoete Sarah...=))


epitjack!
090711@2118

Sunday, June 19, 2011

Nothing Lasts Forever by Sidney Sheldon

First time reading Sidney Sheldon's novel. Even my sister and my colleague love to read Sidney Sheldon's novel but I haven't read before. Until last Friday I bought 'Nothing Lasts Forever' for my colleague at Novel Hut, Ipoh Parade. What I can say the novel just...superb, thrill and intriguing! I spent the whole weekend reading it...=)

I just love Dr. Paige Taylor as much as I love Dr. Joanna Blalock in Deadly Exposure by Leonard Goldberg. This novel really irresistible and I can't stop from reading it.

Dr. Paige Taylor is an intern at Embarcadero Hospital at San Francisco together with Dr. Kat Hunter and Dr. Honey Taft. Through out the four years of her intern, she progress to be a good surgeon. But at the end of her intern she was charged for murder of her patient, John Cronin and inherit 1 million from the patient. She swore it was euthanasia. But the District Attorney wants her to be convicted for first degree murder and send her to the gas chamber.

Will she be convicted or acquitted? Did she really killed the patient for 1 million dollars??


epitjack!
190611@2333



Tuesday, May 17, 2011

Contengan Jalanan by Hlovate



Novel 2 dalam 1 Hlovate. I – kisah Fend dan II – kisah K2 . 2 cover dan isi tunggang terbalik mengikut cover.

Permulaan macam kebanyakkan novel-novel Hlovate yang lain. Watak muda-mudi yang tak berapa menitik-beratkan soal agama. Tapi kali ni watak-wataknya semua orang seni dan suka muzik. Fend dengan seni fotografi; K2 dan Pa’an dengan seni lukis, Azad dan Erdi seni bina. Kumpulan muzik mereka nama Creepy Hues. Mereka ni layan muzik rock. Tapi K2 semua jenis muzik pun dia layan dan dia boleh main banyak alat muzik (dia ni ulat buku jugak).

Fend dan K2 kawan sejak kecik. Sepertinya tagline di depan novel tu ‘contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan’. Jadi ini adalah pengalaman perjalanan Fend cari Tuhan dan juga pengalaman perjalanan K2 cari Tuhan. Ia lebih bersifat peribadi. Setiap seseorang tu tak sama. Macam Fend dan K2 jugak. Maybe the event that triggered their journey is when Chad who is Fend’s cousin passed away (friend of K2 also).

Walaupun CD The 11th hour (pemberian Lia) membuatkan Fend mula berfikir, tapi pengalaman perjalanan cari Tuhan hanya bermula bila dia pergi backpacking dengan Chad kat Australia masa bulan puasa. Namun, perkara ni tak berlaku pada K2 walaupun selepas Fend bagi CD The 11th hour dan ajak K2 pergi teman dia backpacking ke Sydney selepas kematian Chad. Pengalaman perjalanan cari Tuhan dan erti hidup K2 adalah di Jakarta dan Bandung. Kota yang penuh dengan hidup tapi hidupnya beda.

Contengan Jalanan lain sikit dengan novel-novel sebelum ni. Ayat atau perkataan ‘bombastic’ tak berapa ada. Novel ni lebih bersifat peribadi cara penyampaiannya – pengalaman perjalanan. Novel ni tak macam Rooftop Rant atau Versus. Contengan Jalanan memang ada style yang tersendiri. I like it...=) When read it, try to put yourself into the character shoes. You will experience their journey as it is your journey..that’s why I said it is personal. Close to your heart.

Hlovate tak pernah gagal membuatkan aku berpusing 360 darjah bila baca novel-novel dia. Penulis yang bagi aku berada dalam kelasnya yang tersendiri.


p/s: diulangi, Hlovate berada dalam kelasnya yang tersendiri..



epitjack!
160511@1654

Monday, May 16, 2011

Sutera Bidadari by Ramlee Awang Murshid

Aku mula baca novel ni dulu antara semua novel-novel yang aku beli kat KLIBF 2011. Hampir 2 minggu baru aku habis baca. Sebab terlalu sibuk (penat) dan banyak sangat kekangan masa. Kepada peminat dan pengikut Saifudin a.k.a Laksamana Sunan, novel ni memang yang ditunggu-tunggu. Kisah sambungan novel Cinta Sufi.

Sutera Bidadari lebih baik dari Cinta Sufi. Mungkin kali ni aku tak letak harapan yang tinggi kot sebab takut frust. Ahahahha…;p Anyway, secara keseluruhannya novel Sutera Bidadari ni memang lebih baik dari yang sebelumnya (untuk siri Laksamana Sunan). Bahasa yang digarap kali ni nampaknya lebih mantap, halus dan indah sekali.

Plotnya macam biasa la pengembaraan Laksamana Sunan menentang Taghut. Dan cross-over watak-watak dari abad 21 untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik, adventure. Mungkin RAM akan sambung lagi pengembaraan Laksamana Sunan ni. Sebab jalan cerita masih tergantung di akhir Sutera Bidadari.

“Cinta Sang Ratu... laksana langit mencengkam purnama... ibarat mutiara di lautan biru... saujana mata memandang... seluas langit terbentang... tatkala cinta berbisik... suaranya memuji TUHAN... apabila rindu terusik... Rasul-NYA menjadi pilihan... sampai masanya cinta jadi taruhan... Sang Ratu menjadi impian.”


Kalau watak Laksamana Sunan terus mendapat sambutan dari pembaca, aku rasa RAM patut fikirkan yang novel berkaitan pengembaraan Laksamana Sunan boleh jadi dalam satu bentuk siri. Ye la macam Jeffery Deaver dengan siri Inspector Rhymes, Agatha Cristie dengan siri Detective Poirot, Patricia Cornwell dengan siri Dr. Kay Scarpeta. Rasanya belum ada penulis yang buat novel bersiri macam ni lagi kot kat Malaysia ni. Patut rasanya difikirkan secara serius untuk siri Laksamana Sunan ni. Kelompok pembaca untuk kisah Laksamana Sunan ni ramai. Tak mustahil kalau dijadikan siri ia sesuatu yang memberangsangkan. Dunia perbukuan di Malaysia seharusnya berkembang dengan produktif tak kisah samada ia untuk genre apa pun.


p/s: aku rindukan watak Haryani..


epitjack!
160511@1222

Friday, March 18, 2011

Anwar on Trial by Pawancheek Marican


Notes: Excerpt taken from the book at page 35.


Cross Examination on Azizan Abu Bakar by Christopher Fernando

Fernando : I put it to you that it was because Dato’ Seri Anwar did not do anything to you that you continued to go to his house between 1992 and 1997. Otherwise you would have kept far away from him.

Azizan : Yes, it’s true.

Azizan : Yes, it’s true but I don’t understand the words “did not do anything”.

Fernando : I put it to you that Dato’ Seri Anwar did not sodomise you. That was why you continued to visit him and his family between 1992 and 1997.

Azizan : I agree that he didn’t sodomise me. That was why I still went to his house between 1992 and 1997.



Keep in your mind:-
- rule of law
- due process
- justice through law, without fear and favour
- innocent until proven guilty and not the other way round

This book written by the author from his eyes as counsel of the accused. You may or may not like the book.


p/s: whoever got the power, he ruled the world….


epitjack!
180311@1307

Sunday, February 20, 2011

Tiga Kali Seminggu by Dr. Faisal Tehrani


Penampilan buku ni dari segi kulit buku dan tajuk memang menarik. Jadi, 'cover' memainkan peranan jugak dalam menarik perhatian pembaca dan pembeli. Harga buku mampu beli. Aku beli buku ni dengan harga RM15.20 selepas diskaun 20% (Pilihan Popular) kat Popular untuk ahli.Ada 15 cerita pendek dalam buku ni. Jadi buku ni nipis je. Dalam 198 mukasurat.

1. Rindu Ini Luar Biasa
Aku suka cerita ni. Ahh memang membuatkan aku 'rindu'..sungguh luar biasa!!
Kisah perjuangan mahasiswa di kampus untuk memperjuangkan Bahasa Melayu. Aku suka cerita ni bukan sebab elemen 'Bahasa Melayu' tu sahaja. Tapi elemen perjuangan mahasiswa di kampus. Dan adakah perjuangan 'pemimpin' itu di kampus akan terus dia perjuangkan sampai bila-bila? Atau sekadar hangat dan membaranya hati seorang anak muda terhadap polisi pemerintah yang kemudiannya setelah graduasi dan menyertai kelompok masyarakat yang lebih luas, berubah angin dan bersetuju pula dengan polisi yang ditentang hebat semasa menjadi 'pemimpin' di kampus?? Situasi dan keadaan mungkin telah merubah pandangan 'pemimpin' tersebut. Di sinilah elemen keteguhan prinsip dan perjuangan seorang 'pemimpin' yang kita nak lihat. Ahh aku rindu nak baca balik novel Arca Berdiri Senja by Baharudin C.D

2. Abuya Dongeng Tokoh yang Memakan Babi
Aku kena baca balik cerita ni. Kena ada lebih energy to digest this story..

3. Antiplot
Sungguh. Kita sebagai orang Islam mesti menampilkan akhlak yang baik dan terpuji. Kita mesti berilmu.

4. Bulan Penuh di Saigon
Menarik. Tapi mungkin lebih menarik kalau pertemuan Manisah dengan ibu kandungnya yang berlainan agama di Ho Chi Minh dapat dipaparkan. Aku nak lihat dan rasa 'emosi' mereka. Haiihhh tengah syok tenggelam dalam 'rasa'...cerita telah dinoktahkan.

5. Cinta Medeni
Suka cerita ni! Ohh Medeni kena jawab 3 soalan teka-teki sebelum Zanjabila menerima lamarannya..=)

6. Dangai, Pau dan Maruku
Hmmm tengok tajuk pun dah boleh agak plot ceritanya kot. Yang tersirat, walau kita berbeza..kita semua tetap mahukan kehidupan yang aman damai dan bebas dari penjajahan.

7. Hajah Abidah
Untuk renungan.

8. Latar
...dan sebagai pembaca apa pulak yang kita faham dengan terminologi 'kekerasan' dan 'antikekerasan'???

9. Manifesto Mergastua
Aku tersedar dari mimpi dan lamunan yang panjang. Ya Allah...aku hampir terlupa akan kehadiran dan kewujudan mereka.

10. Muhammad Ulul Albab
Kita ada seni melayu yang patut dipelihara dan dibanggakan...

11. Muthupalaniappan
Sinis sebenarnya. Tapi itulah realiti. Panas dan pedas sindirannya walaupun ditampilkan dengan bentuk humor. Ahh kesian Muthu...

12. Perlak Emak
Adab dan tamadun melayu itu memang indah sekali..

13. Tiga Kali Seminggu
Dewasa. Poligami.

14. Setelah diciptakan Adam
Fitrah manusia itu berpasang-pasangan. Lelaki dan perempuan itu ada peranan masing-masing dalam kehidupan ni. Saling melengkapi. Bukan untuk saling menyatakan siapa lebih berkuasa dan dikuasai.

15. Kegawatan
Sungguh gawat sekali masa baca cerita ni. Memang gawat perasaannya. Ahhh segalanya gawat!


Ini buku Faisal Tehrani. Ia bukan sebuah buku atau antologi cerpen yang 'direct'. Walaupun sesetengah cerpen mungkin ditampilkan dengan gaya ringan tapi sebenarnya kesemua cerita sarat dengan mesej yang tersendiri.

Ini buku Faisal Tehrani. Penulis adalah penerima Anugerah Seni Negara. Gaya penulisan, bahasa dan kosa kata yang digunakan bukan sesuatu yang mudah untuk diadaptasi sekiranya kita tak biasa membaca karya-karya beliau.

Ini buku Faisal Tehrani. Jadi ia bukanlah satu pembacaan yang 'ringan'.

Keseluruhannya, buku ni baik dan aku suka. Buku ni buat aku berfikir, mentafsir dan menganalisis. Macam yang aku cakap..ia bukan sesuatu yang 'direct'. Perlukan extra energy to explore the book. Ohh mungkin juga kena ada perbincangan dengan orang lain yang dah baca buku ni. Perbincangan akan meluaskan lagi pemandangan...=)

[maaf tak dapat review dengan baik sebab buku ni macam terlalu luas untuk dijelajahi. Makin jauh dijelajahi, makin tak tercapai..so I reserve my further comments on this book until I've discussions and exchange views and comments with 'YOU' who read this book. Feel free to leave your comment here after reading the book.]


p/s: Jelasnya, cerita pilihan aku adalah Rindu Ini Luar Biasa. What about you?



epitjack!
200211@0735

Thursday, February 17, 2011

Panggil Aku Dahlia by Noor Suraya


Aku: Macam mana? Best tak??
Mar: Kalau compare dengan Jaja & Din, Panggil Aku Dahlia macam maggie tanpa perisa..
Aku: Huh? Eh tak best ke??
Mar: Bukan tak best tapi Jaja & Din terlalu tinggi…
Aku: Oh kalau macam tu kena hilangkan aura Jaja & Din dulu la baru boleh baca Panggil Aku Dahlia..kalau tak nanti tak feel..


Premisnya mudah. Dahlia, anak tunggal kepada pemilik ladang Teh Timor, terpaksa balik (dan meninggalkan kerjayanya) untuk menguruskan perniagaan keluarga disebabkan ayahnya jatuh sakit. Macam biasa, perniagaan dalam keadaan tak memberangsangkan dan banyak masalah. Ditambah dengan permusuhan turun-temurun dua (2) keluarga pemilik ladang teh - Teh Timor (Dahlia) vs. Teh Sutra (Wadi).

Dahlia memang tak dapat pertahankan ladang Teh Timor. Tipikalnya, Wadi, anak kepada pemilik ladang Teh Sutra yang juga musuh ketat Dahlia dari kecik, dapat beli ladang Teh Timor.

Lagi sekali ditekankan. Premisnya kelihatan nampak mudah dan biasa. Begitu juga dengan konflik. Bukanlah dramatik.

Tapi apa yang menarik dengan Panggil Aku Dahlia yang sepertinya kelihatan nampak mudah dan biasa ini adalah nilai diri yang ada pada karakter-karakter, terutamanya Dahlia dan Wadi. Kagum dengan sikap Dahlia - berusaha untuk bangun dari kekalahan. Dan yang paling aku kagum, keteguhan hati dan prinsip yang Dahlia pegang. Wadi pun akhirnya ikhlas dengan perubahan yang dia lakukan.

Hubungan Dahlia-Wadi: ’percaya’ dan ’janji setia’. Tapi aku suka bila dalam hubungan ada sikap ’berterus-terang’. Kredit/bonus point untuk Wadi bila dia mahukan Dahlia sentiasa berterus-terang.

Walaupun Panggil Aku Dahlia tidaklah terlalu ’enak’ tapi ia memang ’mengenyangkan’…=)


p/s: Dah lama tak makan nasi pulut dengan ikan wadi..



epitjack!
170211@1452

Saturday, February 5, 2011

Aku Sanggup Duhai Muhammad by Muhd Nasruddin Dasuki

Jatuh cinta pandang pertama masa aku nampak buku ni kat kedai buku. Cover dan tajuk buku ni sangat menarik dan caption kat belakang buku ni yang paling menarik bagi aku:

“Buku ini tidak akan menjadikan diri anda sehebat dan semulia Rasulullah SAW, namun sekurang-kurangnya jadilah yang paling hampir dengannya.

Buku ni ada 100 kisah pendek mengenai Rasulullah yang menampilkan akhlak terpuji baginda untuk kita renungi dan jadikan panduan hidup.

Buku ni bagi aku hampir sempurna. Maksud aku di sini adalah ia mencakupi kriteria sebuah buku yang aku rasa berbaloi untuk dimiliki dari segi isi buku yang dah tentu tiada keraguan, kulit buku dan tajuk yang menarik, penampilan dalam buku ni jugak menarik - ada gambar-gambar, dan harga buku ni adalah “affordable” untuk dibeli. Jadi kesimpulannya buku ni baik dari segi isi, kulit dan tajuk buku, serta harga.


p/s: kita terlalu jauh dengan zaman Rasulullah SAW..dan semoga dengan buku ni kita akan merasa dekat dengan baginda…



epitjack!
050211@1905

Wednesday, February 2, 2011

A Thousand Splendid Suns by Khaled Hosseini

Buku kedua Khaled Hosseini yang aku baca selepas The Kite Runner. Tak pasti samada tepat pada masa, suasana dan keadaan waktu aku habis baca buku ni. Sebab sekarang tengah hangat dengan isu pergolakan pemerintahan di Tunisia dan Mesir.

Kalau The Kite Runner watak utamanya adalah lelaki tapi A Thousand Splendid Suns watak utamanya adalah wanita. Walaubagaimanapun, premis penceritaan masih lagi berkisar mengenai persahabatan, perjuangan untuk terus hidup, nilai diri. Sungguh A Thousand Splendid Suns memang lebih hebat daripada The Kite Runner. Bukan sebab watak utamanya wanita. Tapi lebih kepada elemen nilai kemanusiaan dan perjuangan untuk terus hidup yang ada.

Rupanya aku memang tak tahu langsung pasal sejarah Afghanistan. Kesan peperangan tu sangat mahal harganya untuk dibayar oleh rakyat Afghanistan.

Terima kasih kepada Khaled Hosseini kerana buku-bukunya yang sekurang-kurangnya membawa aku mengenali Afghanistan.


p/s: A Thousand Splendid Suns berjaya membuatkan aku mengalirkan air mata...


epitjack!
020211@2337

Wednesday, January 5, 2011

Nama Atas Kertas by Nasron Sira Rahim

PERINGATAN: Review ini mungkin mengandungi spoiler.


Banyak kali nampak buku ni kat kedai buku tapi aku tak tau la plak buku ni genre thriller..sampai la aku terbaca pasal buku ni kat internet. Sejak tu aku dah senaraikan buku ni untuk dibeli. Tapi bila aku nak beli buku ni dah takde kat kedai buku yang aku selalu pegi tu.

Buku ni aku pinjam dari Kak Arin yang pembacaannya terhenti di bab 10. Katanya tak nak baca dulu buku ni sebab apa yang berlaku seperti yang dia jangka....

Past few weeks mood aku asyik nak baca buku-buku thriller dan yang berat-berat je. Mungkin minda aku sangat lapar..hahaha....!!

Secara ringkasnya buku ni: "thrill, suspen, irresistible dan tidak keterlaluan kalo aku cakap ia HEBAT!!"

Buku ni pasal pembunuh bersiri. Yang uniknya pembunuh ni akan meninggalkan puzzle pada mayat yang dibunuh. Dan pihak polis kena selesaikan puzzle-puzzle tu kalo nak selesaikan kes dan tangkap dia. Aku yang suka main puzzle word search dan sudoku ni pun pening gak la tengok puzzle-puzzle pembunuh ni. Adeh memang mencabar la...

Tak dapat selesaikan puzzle, bermakna anda di jalan buntu. Pembunuh ni memang ada IQ yang tinggi. Aku dengan ringkasnya rasa pembunuh ni memang seorang yang psiko la..

Semakin penghujung, elemen suspen memang terasa la bagi aku. Sampai aku terpaksa berhenti membaca beberapa kali sebab aku pun dah rasa macam nak 'giler'.

Watak-watak dalam buku ni mengetengahkan kerjaya seorang polis, wartawan, doktor psikologi, doktor forensik. Di sini mungkin boleh dikatakan ada konflik etika kerja bagi setiap kerjaya. Yang jelas etika-etika ini saling berhubung kait dan mesti ditangani dengan bijak oleh setiap watak. Oh buku ni pun ada resipi masakan 'spaghetti marinara'....=)

Untuk peminat buku genre thriller, buku ni memang antara yang wajib dibaca kalo nak mencabar minda. Setakat ni bagi aku buku ni memang buku thriller yang terbaik aku baca..superb! Tahniah kepada penulis kerana minda aku memang tercabar.

Eh buku ni ada gak romantisnya tapi sikit je la. Ada puisi....=)) Kadang-kadang lafaz cinta dan lamaran tu bukan dalam bentuk jelas macam 'I love U' atau 'sudikah awak berkahwin dengan saya' tapi ia mungkin begini "Biar saya menjaga awak...seumur hidup saya."


p/s: masih mencari penulis wanita yang menghasilkan genre thriller..



epitjack
050111@0240