Showing posts with label R A S A J I WA I N I. Show all posts
Showing posts with label R A S A J I WA I N I. Show all posts

Monday, January 9, 2012

KAKI BOLA 5 minit terakhir

!@#$%^&*()(*&^%$#@!!!

daripada 3 soalan, satu ja pasal bola. tu pun pasal bola 'luar negara'. jadahnya..kalo macam tu baik tukar je tajuk program 'kaki sukan'.

Q1 - Nicol David berasal dari mana?

Q2 - Siapakah pemain luar negara yang baru bersara datang ke Malaysia baru-baru ni?

Q3 - Berapakah pingat emas yang dimenangi oleh Malaysia di Sukan Sea Indonesia?


A1 - Penang. tapi Nicol David ni main 'bola' ka?

A2 - Gary Neville. Player MU - Barclays Premiere League (Liga Perdana Inggeris). 'luar negara'.

A3 - 59 pingat emas. so what??


Tajuk program 'Kaki Bola' kot...tak boleh ka tanya:-

Q1 - Allahyarham Mokhtar Dahari berasal dari mana?

Q3 - Siapakah pemain Malaysia yang gagal menjaringkan penalti diperlawanan akhir Sukan Sea antara Malaysia dan Indonesia?


Ni contoh soalan berkaitan bola yang aku terfikir ja..tapi lebih baik la daripada soalan depa tu.

Weiihhh..sekali lagi aku ulang ni program 'KAKI BOLA' kot..jadi apa la jadahnya tanya soalan pasal nicol david plak. ke aku tak tau yang nicol david dah tukar daripada main skuasy dia main 'bola sepak' pulak???

Blah la weii..kecewa aku tengok program ni!!


p/s: freedom of expression

Saturday, July 9, 2011

Rusuhan Jiwa

I
Jiwanya reformis
dan jiwa kamu juga mungkin

II
Kekasihnya berhati 'revolusioner'
Tapi dia tidak mungkin.

III
Dia..dan juga mungkin kamu
mahu ke arah yang sama.
Garis haluan selari
yang mungkin sampai di depan
bersimpang dua.


epitjack!
090711@1106

Friday, June 10, 2011

Jiwa

Andai kita tak dapat bersama
itu memang takdir-Nya
Jangan pernah menyesal
Jalanilah hidupmu
Jangan menoleh lagi.

Tak perlu gusar kerna
Alam ini luas terbentang
Untuk kamu.

Jasad kamu tak mungking mati
hanya kerna jiwa kamu tidak bernafas
Bangunkan jiwa merdeka kamu!!


epitjack!
100611@0916
Ipoh

Thursday, March 24, 2011

Rindu Semalam (untuk masa depan)

Tanpa dijemput..rindu ini datang menyapa.
Ahh rupanya telah terlalu lama masa berlalu..
Masih ada rindu di hati rupanya!

Memang masa tak dapat diputar kembali.
Memang yang berlalu akan dirindui.
Manis atau pahit
Hiduplah hari ini dengan rindu semalam..
Tak perlu kesal.

Binalah apa saja
Kerana rindu itu pasti datang menyapa.


epitjack!
240311@1623
Ipoh

Monday, February 7, 2011

kenyataan & realiti

- Bila kita terlalu sibuk dan banyak perkara penting yang perlu diutamakan, perkara yang kurang penting akan diketepikan dan akan terlepas pandang yang akhirnya akan tak ingat..

- Kita ni manusia dan fitrah manusia tu lupa.

- We got nothing to lose, we've a lot of wonderful people around us and we deserve to be happy in our own way.

- Mengapa kita perlu kejar perkara yang kita tak boleh dapat sedangkan kita sepatutnya menikmati dan menghargai apa yang kita dah ada.

-Hidup ni tak selalu indah. Nak tak nak kena hadapi.

- Layakkah untuk meminta-minta sedangkan kita masih belum cukup memberi....


p/s: bersyukurlah..=)

Thursday, December 16, 2010

Jangan cepat menghukum

Ini entri emosi. Walaupun aku rasa ada rasionalnya.

Aku memang pembaca komik. Maksud di sini, suka baca komik. Aku baca Majalah Gila-Gila, Lanun, Ujang, Kreko & Arena Komik (dalam Kreko & Arena Komik ada banyak manga), Doraemon, Initial D, Mata Kucing, Dragon Ball, Penyiasat Remaja, Black Cat, Chocolate, Umizaru, Team Medical Dragon dan banyak lagi la.

Emosinya bermula di sini..yang sampai bila-bila pun aku takkan lupa.

Masa aku belajar kat matrik dulu dalam kelas 'contemporary issues'. Aku tak puas hati bila lecturer aku ni dengan nada sinis cakap, "saya tak nampak apa-apa faedah pun dengan membaca komik." Wooohhhhoooo...jap rewind. what? No benefit?? Hold on.
Aku: "Sir, reading comics do have benefits..." - belum sempat habis cakap dah kena cantas..
Lecturer: "In what sense? To me it just nonsense..no benefit."
Aku: "Sir, I believe the most important thing is how we digest what we read.."
- hati memang panas dan terbakar. Aku memang nak cakap lagi. Nak bagi tau lecturer ni yang komik ada pelbagai genre dan mesej. Tapi nampaknya suasana perbincangan dalam kelas masa tu dah makin tegang. Aku dengan hati yang sebal, decide let it be. One day he will serve his right!!!

9 tahun dah berlalu. He's no more a lecturer there. He is now a managing director in a government agency which among others involve in promoting books. It just so happened my good friend also working there. Just recently I told my good friend that I really 'simpan dendam' with her managing director.

This morning, I saw in the website/facebook of the agency that they suggest 'comic' to be used in learning process in school. Huh? Betul ke apa yang aku nampak dan baca ni?

See. I told 'you' 9 years ago...comics do have benefits. Why so ego? Now, the agency suggested comics to be used in learning process in school where 'you' are the managing director there.

I still respect him but don't ask how much I respect him.

Janganlah cepat menghukum kalau bukan 'ahli' dalam sesuatu perkara. Dengarlah dulu pendapat orang lain yang mungkin lebih maklum.

Sampai saat ini aku masih kecewa dengan reaksi lecturer ni 9 tahun yang lalu. Dia telah mencantas pendapat aku sebelum sempat aku berhujah dengan sepenuhnya. Sikap dia waktu tu yang seolah-olah tak mahu dengar apa-apa lagi sungguh dan amat mengecewakan aku.

Let the person state his/her case and support with argument first. Then only you rebut.


p/s: respect other people's opinion. You may or may not like it. Let we just agree to disagree.

Saturday, December 11, 2010

Jodoh tu kerja Allah

Okey entri ni bukan sempena musim cuti sekolah yang penuh dengan majlis kenduri kawin. Bukan jugak sempena umur aku yang makin meningkat tapi masih tak kawin-kawin lagi. Tapi cuma luahan rasa dan apa yang ada dalam minda aku.

Ni soalan cepu emas yang selalu orang tanya kat aku: "Bila nak kawin??"
Dan jawapan aku: "InsyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana. Sampai masanya nanti aku hantar kad.." [dengan senyum yang lebar]

Klise tak jawapan aku di atas? Bunyi memang macam jawapan yang klise dan standard.

Baiklah. Saya ni seorang manusia. Dan antara fitrah seorang manusia tu adalah berkahwin. Jadi di sini, saya tak kata saya tak nak kawin.

Oh kadang-kadang bila orang asyik tanya je bila nak kawin, aku pun terfikir jugak...bila aku nak kawin eh?? Sesungguhnya aku tak ada jawapan tu. Maksud aku 'bila' la. Sebab tu rahsia Allah.

Kadang-kadang aku kononnya dalam nada berseloroh tanya balik kat orang yang tanya soalan cepu emas tu: "Ada lebih ka? Kalau ada lebih bagi la satu. hahahaa..."

Ada sorang kawan aku ni dia akan jawab: "bagi saya sorang lelaki dan sponsor majlis kawin. Sekarang pun boleh kawin...." [dalam nada sinis]

Sorang lagi jawab macam ni: "INSYAALLAH.........=))" [dengan senyum lebar]

Sorang lagi jawab macam ni plak: "Raya tahun depan..." [tahun depan tanya, dia akan jawab 'raya tahun depan' lagi....;P ]

Makcik kawan aku kata: "hangpa ni memilih sangat kot....tak kan la takdak yang nak kat hangpa. Ka hangpa ni jual mahal sangat??"
Aku jawab: "ish...tanya pun dak lagi mana nak tau kami ni mahal ka dak. tanya la dulu...kot boleh tawar menawar ka. Ni lalu ja...tak tanya. Lepas tu kata kami ni mahal....."

Ada sorang kawan aku ni cakap: "kita tak boleh tunggu ja jodoh ni..kita kena usaha...."

Ada sorang lecturer aku masa kat matrik dulu cakap macam ni: "jodoh tu akan datang mengetuk pintu rumah kamu. jadi tak perlu la kamu memburu cinta sampai sanggup ambil yang bukan hak dan kamu punya..."

Alhamdulillah sampai saat ini jumlah kawan-kawan aku yang masih tak kawin makin berkurangan.

Ini adalah jawapan dari hati:-

Kawan aku yang jawab soalan cepu emas dalam nada sinis kata: "Sapa yang tak mau kawin..tapi jodoh tu masih belum sampai dan ketentuan Allah."

Kawan yang jawab dengan senyum lebar kata: "memang nak kawin tapi mungkin jambatan jodoh tu masih panjang..."

Kawan yang jawab tahun depan kata: "entah la...mungkin belum rezeki." [dia masih cuba dan sedang bangkit dari kekecewaan dek cinta yang tak kesampaian]

Kawan aku yang makcik dia kata kami jual mahal cakap: "mungkin sebelum ni aku tak pernah fikir dan tak pernah berusaha untuk ke arah itu. tapi sekarang aku dah mula berfikir dan berusaha...."

Okey la..bab jodoh dan cinta ni aku memang failed..!!

Konsep aku senang ja.

Betul kita kena berusaha. Kita kena berdoa. Dan setelah itu, kita kena tawakal.

Kalau 'dia' tu adalah jodoh kita, tak kan ke mana. Allah tu tau apa yang terbaik untuk kita. Dia tak kan sesekali kejam dengan kita. Cuma kita je kejam dan tak mau ikut perintah dan larangan-Nya.

Kita berhak untuk hidup bahagia. 'Bahagia' tu subjektif. Jadi, tafsiran dan interpretasinya luas.

Suara hati aku: "Ya Allah, kalau lah dengan datangnya 'jodoh' tu lebih mendekatkan aku dengan-Mu maka segerakanlah. Tapi kalau lah datangnya 'jodoh' tu lebih menjauhkan aku dengan-Mu maka jauhkanlah ia..."

Monday, October 11, 2010

independent or berani?

Smlm lps solat subuh trus gerak blk bota. pkul 7.15am dh smpai. mak tgh msk air kt dapur. tak lm lps tu abah blk dr kdai kopi bwk blk breakfast. mak bancuh air teh, aku goreng telur nk mkn dgn ns lemak yg abah beli. smbil menikmati breakfast..mcm biasa aku sembang2 dgn mak. cite psl ari jumaat ari tu kena cover kes di ipoh n taiping, cite psl open house perak bar, cite psl k.rin n mar g penang (chowrasta) - dgn penuh emosi.

Tiba2 mak ckp, "ko ni bukannya tau takut. kalo dibiarkan jauh mn pn smpai. mak risau jugak tp apa blh buat..berdoa je la." aku sentap. berani? atau aku kena berani n independent??

Oh kakak aku pn pernah gak kluar kn ayat yg sarcastic time world cup ari tu coz aku sanggup tgk bola jauh mlm kt kdai mamak, "ko ni bukan nya takut hantu, tp hantu yg takut dgn ko..!!"

Ms sekolah dl ada sorang ustaz ni (dlm kelas apa ntah aku tak ingt mbe kelas mantiq or balaghah) ckp, "semua manusia ni takut, yg berani tu cuma buat2 berani je.."

Smpai saat ni aku tak pasti samada aku ni independent atau berani. mbe dh biasa buat sume sendiri. mak n abah ok je asalkan hati2, tau jaga diri, ingat Allah slalu. mak slalu ckp, "kita ni org perempuan kena pndai berdikari. kalo semua nk harap laki susah la.."

Even blh buat sendiri tp kadang2 teringin jugak nk dependent. hati ni kadang2 slalu gak menangis sbb kena buat sendiri. tp aku mmg x suka mntk tlg org sbb org akan tgk aku ni lemah. haiiihhh...egonya aku ni. bukan ke manusia tu mmg lemah n diciptakan oleh Allah utk saling tolong menolong? bukan sume benda kita blh buat sendiri. ada benda yg kita kena mntk tlg org. baru la hidup ni lbh harmoni kn...=)

Jd kalo org dh tlg tu kena la appreciate. give n take. jgn la amik kesempatan plak!

Kakak aku ckp, "org laki ni suka kita independent. tp kalo over independent sgt diorang tak suka." jd independent n dependent yg mcm mn harus org perempuan ada..???


-epitjack!-
111010@1923


Monday, August 30, 2010

Hati kecil ku berkata...

Aku ingin jadi hamba-Nya yang takutkan mati
kerana mati itu pasti dan hidup itu insyaAllah..
Aku ingin jadi anak yg berbudi
kerana sampai mati pun budi mereka tak dapat ku balas.
Aku ingin jadi sahabat
yang boleh diharapkan dalam apa jua keadaan.
Aku ingin jadi kekasih
yang membahagiakannya di dunia dan di akhirat....
Dan aku ingin jadi aku
yang bisa membuatkan orang di sekeliling
merasa bahagia dan gembira
walau hatiku meruntun hiba.....


-epitjack!-
150410@1054

Saturday, August 28, 2010





"..tahu ia sentiasa ada. Namun kewujudannya bagaikan angin yg hanya dapat dirasa tapi tak dapat dilihat..."