Wednesday, December 28, 2011

yes, i'm a book snob!

I - over bought used book and new book.

II - every week few times in a week, went to bookstore just to check the new book and to get discount on the book.

III - returned 2 books and borrowed another 2 books from the public library. [another 2 books "currently reading". 4 books altogether.]

IV - borrowed 1 book from my friend and another 1 book from my eldest sister.

V - need a new bookshelf [i guess].

VI - love the smell of the new book [and even the smell of the old used book].

VII - 59 books read so far.

VIII - i have shortlisted the list for the book award.


p/s: so many great books out there but not enough time to read them..

Sunday, December 25, 2011

Apa jadahnya sampai tengahari Ahad 25 Dis 2011 aku masih di Ipoh???

Thursday, December 22, 2011

'parti buih'..

baru saja tamat.

Harap takde yang sakit perut makan spaghetti 'meatball' aku. [meatball buatan sendiri..=) ]

Dah lama aku tak masak dan jamu kawan-kawan sambil berborak dan bergosip...hahaa

Tujuan sebenar aku adalah nak bagi diorang rasa resipi meatball buatan aku sendiri. Kalau sedap, lepas ni boleh la aku buat bakso plak.

Ni kali ketiga dah ujian rasa meatball buatan sendiri kepada orang lain.

Mangsa pertama adalah ahli keluarga (mak, anak-anak buah dan kakak aku) 2 minggu lepas. Lepas tu minggu lepas kakak aku buat meatball tu untuk makan beradab pengantin kenduri adik ipar dia. Wahhh..!!!!!! Meatball aku jadi makan beradab pengantin tu...hoho

Mangsa ketiga, kawan-kawan aku yang terpaksa makan spaghetti 'meatball'..hehe

Feedback terhadap meatball tu memberansangkan. Jadi lepas ni aku nak test meatball untuk bakso, kuayteow/bihun sup. Dalam mee goreng aku dah try..kakak aku cakap sedap.

p/s: nak belajar masak western food..


kedekut

- sabar. tunggu diskaun.

- hmm..perlu rak buku baru lagi? haihhh...

- too many books to read, not enough time.

- so many books to buy, not enough money. huhu

Thursday, December 15, 2011

Antologi Cerpen Kemerdekaan

Aku pinjam buku ni dari perpustakaan awam negeri. Ada 8 buah cerpen dalam buku ni. Muka hadapan buku ni aku dapat daripada blog Ibnu Ahmad Al-Kurauwi (Azman Bin Ahmad), salah seorang penulis cerpen dalam buku ni. Perkataan 'koleksi' pada buku tu telah ditukar kepada 'antologi' selepas pruf cetak.

RARE & UNIK. Maklumlah sekarang ni bukan senang nak dapat bahan bacaan dalam tulisan jawi. Suratkhabar utusan melayu bertulisan jawi pun sekarang ni dah menjadi sisipan je dalam akhbar tulisan rumi utusan.

Buku ni terbitan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai usaha mengembalikan kegemilangan tulisan jawi. Antologi cerpen ni pulak sempena sambutan kemerdekaan yang ke-50. Kira macam edisi khas la. Sekarang ni pun beberapa seminar dan bengkel mengenai tulisan jawi dan mahir jawi sedang giat dijalankan. Di TV9 pun ada program mahir jawi.

Aku boleh baca jawi. Kira aku ni mahir gak la baca jawi. Tapi mencabar jugak bila kadang-kadang ada satu dua perkataan tak dapat nak baca. Tulisan jawi masa aku belajar kat sekolah dulu dengan sekarang ada perubahan jugak walaupun taklah besar sangat.

Bila baca buku ni, tiba-tiba baru aku tersedar yang kehidupan kita sekarang ni dah tak banyak menggunakan tulisan jawi kalau nak dibandingkan 50 tahun yang lepas. Tapi kepala surat pejabat aku dulu masih gunakan tulisan jawi tau..

Aku tak nak cakap pasal kenapa kegemilangan tulisan jawi semakin merosot. Rasanya kalau kita lihat dasar pendidikan negara yang lepas kita akan tahu kenapa tulisan jawi sekarang ni macam terpinggir. Kaji dan fikirlah. Jangan mudah sangat lupa.

Sesungguhnya kita patut berbangga dengan tulisan jawi dan mestilah dipertahankan. Rugilah kiranya tulisan jawi ni hilang ditelan zaman. Apapun aku menyokong penuh atas usaha yang dilakukan oleh pelbagai dalam memartabatkan kembali kegemilangan tulisan jawi.


p/s: agaknya ada ke penulis novel pop yang berani nak ambil inisiatif terbitkan buku dia dalam tulisan jawi..hmm



epitjack!
151211@2106


Tuesday, December 6, 2011

masa menunggu

1. Last Saturday I went to public library at Seri Iskandar, near my parents house. Banyak jugak novel fiksyen yang baru. Tapi public library ni agak messy bagi aku. Buku-buku yang dah dipulangkan menimbun kat kaunter pemulangan dan dalam troli. Tak disusun semula kat rak. Buku2 kat rak plak tak tersusun dengan baik especially di ruangan kanak-kanak. Tak pasti kenapa buku-buku ni tak disusun semula di rak yang sepatutnya. Sebagai pengguna, susah la kalau nak cari buku. Aku rasa macam nak tolong susun kan je...

2. Semalam separuh hari dihabiskan di hospital saja. Bawak mak buat pemeriksaan doktor. Macam biasa, memang ramai pesakit yang menunggu giliran. Jadi tak hairan la kalau aku dapat baca sampai separuh buku masa menunggu. Giler bosan kalau aku tak bawak buku agaknya..

3. Parking public library kat Ipoh ni penuh. Aku terpaksa merayau tempat lain dulu sementara tunggu parking mungkin kosong nanti. Destinasi: Popular & MPH. Cari buku RAM yang baru 'Fiksyen 302'. Tapi masih belum ada. Yang ada buku terbaru Eyman Hykal 'Detik Debar'. Yang aku beli cuma komik Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi yang baru 'Kes Pembunuhan Alkimia (2)'.


p/s: sampai jumpa lagi..

Thursday, December 1, 2011

random

- semalam akibat stress aku cuba tulis cerpen. tapi alih-alih pagi ni aku check laptop, cerpen tu takdak. eh dah hilang ke mana? aisehhh....

- musim cuti sekolah ni bukan setakat shopping complex penuh, public library pun penuh dengan parents bawak anak-anak pegi library.

- buku terbaru RAM 'Fiksyen 302' dah boleh dapat kat karnival buku karangkraf, Shah Alam hari Ahad ni. Tapi sapa plak yang aku nak suruh pegi beli ni? Kat kedai buku mesti lamabat lagi kot baru ada,,

- otak aku masih tak bape betul lagi..

Tuesday, November 29, 2011

Interlock by Abdullah Hussain

Buku yang penuh kontroversi, polemik, di'politik'kan dan sebagainya untuk tahun 2011. Dari isu kononnya tentang perkauman dalam buku ni yang sehingga membawa kepada 'pembakaran' buku ni oleh golongan tertentu yang mengekspresikan emosi dan rasa mereka tentang buku ini.

Aku sengaja tak nak baca buku ni waktu ia sedang hangat dilanda kontroversi. Saja nak baca di saat bila orang dah mula 'lupa' tentangnya. Lagi pun aku nak baca edisi asal. Bukan edisi pelajar dan bukan juga edisi yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Kesimpulannya agak sukar nak dapatkan edisi asal yang diterbitkan pada tahun 1971 oleh DBP ni. Kebetulannya, aku pinjam saja edisi terjemahan dalam Bahasa Inggeris buku ni di perpustakaan awam.

Interlock terbahagi kepada 4 bahagian yang mana bahagian terakhirnya bagi aku adalah 'kunci' yang mengikat 3 bahagian awal yang ceritanya setiap satu berdiri dengan sendiri.

Tahu apa yang aku rasa setelah baca Interlock ni? Aku rasa 'biasa' saja. Aku tak 'patriotik'? Terpulang. Baca dulu dan tanya apa yang anda 'rasa' setelah membaca dan menghadamnya.

Karya ini tak lebih bagi aku kepada generasi pasca merdeka sebagai 'karya sejarah' untuk mengenal bagaimana Negara Malaysia itu terbentuk sehingga hari ini. Ya, bagaimana Malaysia itu terbentuk dengan 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Tak suka sejarah? Suka atau tak suka tapi untuk masa depan yang gemilang, kita mesti tahu 'sejarah' lampau. Jangan hanya bercakap tentang integrasi antara kaum tapi kalau tak tahu asal usulnya.

Apa yang kontroversi sangat dengan buku ni? Hanya satu perkataan 'paria' yang muncul hanya 2 kali dalam karya ini, Interlock menjadi satu 'fenomena'. Menyentuh sensitiviti. Kalau nak ikut sensitiviti, rasanya aku pun sensitif juga rasanya tentang orang Melayu dalam Interlock ni. Tapi itu adalah realiti. Ringkasnya dari kacamata aku, kontroversi dan polemik yang melanda fenomena Interlock ni tidaklah seperti yang digembar-gemburkan oleh media massa. Macam aku cakap, Interlock ini 'biasa' saja. Tak ada apa yang 'luar biasa' sampai dapat mencetuskan ketidakstabilan. Rasanya ada karya yang lebih provokatif dari Interlock.

Ada cerita disebalik Interlock itu sendiri. Aku malas nak tulis kat sini. Kalau rajin, baca je lah kat sini: Semangkuk Interlok - Himpunan essei, pandangan dan kritik tentang Interlock. E-book ni percuma dan boleh dimuat turun.


p/s: to whom who might forget how Malaysia is built, read this book.



epitjack!
291111@1446


Wednesday, November 16, 2011

tandus

iye..memang dah agak lama aku tak review apa-apa buku pun kat blog ni. bukan tak nak review buku-buku yang dibaca, tapi akhir-akhir ni aku baca buku yang sarat dengan isu-isu yang 'serius' jika dibincangkan. lagipun rasa segan nak review buku yang begini bila baca review orang lain di blog mereka masing-masing yang lebih mendalam kupasannya...jadi aku rasa seperti tandus kata-kata untuk review. rasa tak best langsung kalau hanya dapat review "recommended" atau "must read" atau "best" atau "menarik"...

Sunday, November 13, 2011

Lollipop & Aku..






Perisa kegemaran aku adalah oren.


Akibat suka sangat makan lollipop, aku pernah didenda berdiri di luar kelas sambil makan lollipop. Selagi tak habis, tak boleh masuk kelas!!

Thursday, November 10, 2011

Public Library

Lama tak menggunakan library. Masa di sekolah dan di universiti dulu pun aku bukan suka sangat pergi library. Jadi aku agak skeptikal dengan public library. Aku membayangkan buku-buku yang berhabuk, lama dan keadaan library yang suram, tak best, tak ramai orang..ala-ala hidup segan mati tak mahu.

Aku tak lah mengharapkan public library Perak di hadapan rumah Menteri Besar ni secantik, secanggih dan semesra pengguna macam public library Selangor (website & facebook) yang baru tu...

Pertama kali datang selepas lunch hour. Serius tak sama seperti yang aku gambarkan. Library penuh sampai tak ada meja nak duduk di tingkat bawah. Aku terpaksa naik ke tingkat satu. Ada la satu meja lagi yang kosong. Library ni penuh dengan budak-budak sekolah mengulangkaji.

Ada juga novel-novel fiksyen yang menarik di library ni kalau nak buat pinjaman. Tapi aku lebih tertarik nak pinjam buku-buku sastera yang memang susah nak cari di kedai-kedai buku. Makanya, aku jadi ahli untuk buat pinjaman. Bayaran keahlian RM4.00 untuk setahun dan boleh pinjam 4 buku sekaligus untuk 2 minggu (public library Selangor keahlian percuma). Public library Perak ni dibuka dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang Isnin-Jumaat dan 9.00 pagi - 3.00 petang pada hari Sabtu. Ahad dan cuti umum tutup. Ruang meletak kenderaan tak banyak jadi memang susah nak dapat parking kalau datang lambat terutamanya lepas lunch hour. Public library ni ada cafe diluar.

Library ni adakalanya bising dengan budak-budak sekolah yang datang ulangkaji sebab mereka ni lebih nak 'bercengkarama' dengan pasangan. Nak aje aku cepok budak-budak ni..library bukan tempat nak bercengkarama okey!!

Aku datang library seawal jam 9.00 pagi pun meja di tingkat bawah dah penuh. Malas nak naik ke tingkat atas. Jadi aku duduk aje di tempat meja untuk kegunaan sumber elektrik untuk laptop (penggunaan eletrik untuk laptop percuma).

Sekarang ni aku dalam usaha membina mini library di rumah. Dan nampaknya, kakak-kakak aku dan anak-anak buah aku semua dah terpengaruh dengan obsesi aku terhadap buku..ahaaha


p/s: Teringin nak ke public library Selangor. Banyak buku yang dah dibaca tapi tak sempat nak di 'review'..haihh

Monday, October 31, 2011

KHAIRYN OTHMAN (dari kacamata aku...)

Salah seorang penulis yang menjadi 'eksperimen' aku. Kenapa? Sebab aku nak baca karya penulis yang lain dari selalu aku baca.

Aku memang tak pernah baca karya penulis ni sebelum ni..apatah lagi nak kenal orangnya kan. "Nuansa Kota Merah" buku dia yang pertama aku baca (ini buku ke-3 penulis). Aku 'tergoda' dengan tajuk, cover dan sinopsis belakang buku ni. Aku ambil risiko beli buku ni. Kira macam try and error la. Secara ringkas, memang tak mengecewakan. Kawan aku ada 2 buku terdahulu penulis i.e "Zahrah de Tigris" & "Dame Zoete Sarah". Oleh sebab Nuansa Kota Merah tu aku suka dan kawan aku memang dok kata 'syok' baca Dame Zoete Sarah..maka aku pun pinjam buku tu dari dia. Tapi aku tak berapa 'syok' baca buku ni. Aku suka Sarah tapi aku memang tak suka 'Encik Selamat'. Jadi, Zahrah de Tigris aku baca agak lambat sikit. Takut kecewa. Sebaliknya aku rasa rugi pulak tak baca dulu. Tak keterlaluan kalau aku cakap "I'm loving it..!!". Okey aku nangis baca Zahrah de Tigris (terima kasih berjaya buat aku menangis..ahaha...;p ) [Notes: aku menang ulasan buku Nuansa Kota Merah anjuran publisher, Jemari Seni. Yes, I'm showing off. I don't care.]



Apa yang aku rasa tentang Khairyn Othman setelah baca ketiga-tiga karya di atas?

1. Storyline ketiga-tiga buku ni tak sama. Aku suka. Jadi penulis bukanlah yang membosankan kalau asyik baca buku dia saja. Pembaca seperti aku akan teruja sebab tak tahu apa gaya cerita seterusnya yang dia akan tulis.

2. Deskriptif. Penulis adalah wartawan. Jadi buku-buku dia memang deskriptif. Aku tak suka buku yang 'too descriptive'. Tapi walaupun buku-buku penulis 'deskriptif', aku suka sebab penulis masih berjaya buat aku 'stay on track' of the story. Deskriptif tapi menarik. Bila penulis describe sesuatu tempat, dia buat kita berasa dekat dan seolah-olah nampak suasana tu di depan mata. [Jodi Picoult punya buku pun descriptive tapi aku selalu 'lost'..aku tak berapa suka. Jadi Khairyn Othman telah mengatasi Jodi Picoult dari kacamata aku..hoho]

3. Rare. Aku suka penulis ni. Aku suka Khairyn Othman.

Tapi ada satu persamaan dalam ketiga-tiga karya di atas. Ketiga-tiga karya di atas menampilkan watak utama seorang perempuan yang cekal, tabah, kuat, independent tapi tetap 'ayu' dalam erti kata tersendiri. Heroin pilihan aku adalah Nisa (Zahrah de Tigris). Shuib (Nuansa Kota Merah) pulak hero pilihan aku. Kawan aku pasti pilih 'Encik Selamat' (Dame Zoete Sarah) sebagai hero pilihan dia..ahaha...=))

Aku tak sabar menunggu karya penulis yang seterusnya. Aku harapkan kelainan lagi dari penulis ni.


p/s: Ini dari kacamata aku. Jadi, lihatlah dari kacamata anda. Lets celebrate the difference..;D

Friday, October 28, 2011

50 book challenge?!

It is certainly not my target for this year 'my reading challenge'. My target to read 36 books had completed months ago. In addition, I reached 50 books read as at to date! Okey let see how many books I manage to read by end of this year...=) [I don't care if people say I'm showing off..]

This is my goal, my challenge, what I want to read, etc..so what people say and think on my reading challenge & list, I don't care.

To me, lets celebrate and respect others on their reading..

After completed my original target, aku bereksprimentasi dengan penulis2 lain yang aku tak pernah baca bukunya sebelum ni.


p/s: tengah fikir [pilih] buku seterusnya untuk dibaca. My sister going to Expo Buku Islam and already asked her to buy books for me..=)

Tuesday, October 25, 2011

a w a r d

towards the end of the year 2011.

this year, aku akan pilih buku terbaik yang aku baca sepanjang tahun 2011.



buku yang aku baca ye. jadi ikut suka aku la nak pilih buku apa daripada senarai baca aku untuk tahun ni.

masih ada dalam 2 bulan sebelum tarik tamat.

Friday, October 21, 2011

tasteless

setelah meninggalkan, dan kemudiannya kembali seketika..masih takde rasa apa2 buat masa ni.

Wednesday, October 19, 2011

Tuesday, October 18, 2011

tumpuan


aku tak biasa jadi perhatian dan tumpuan di khalayak ramai.

Sunday, October 16, 2011

kesan


mak cakap sekali lagi aku beli buku, rak buku tu dah penuh.

aku cakap ye.

[haihh kena beli rak buku baru lagi nampaknya]

mak cakap susun aje buku2 yang beli nanti kat atas rak yang masih ada ruang kosong.

aku cakap tak cantik letak buku 'double park' [or whatever you want to call it].



p/s: kalau beli rak buku baru pun, dah takde tempat nak letak..


Saturday, October 15, 2011

Okey. Perak kalah. Titik.

[jangan cuba2 cakap pasal game bola semalam dengan aku!]

Wednesday, October 12, 2011

Debor..

Serius aku berdiskusi dengan abang ipar aku pasal team bola Perak yang berjaya masuk suku akhir dan akan lawan dengan Selangor untuk tentukan siapa yang layak ke separuh akhir, minggu lepas masa aku kat KL. Kakak aku macam biasa, takde interest dengan diskusi kami...hoho

Okey, Perak main memang macam cap ayam last monday sampai tewas 3-1 dengan Selangor. Aku tak tau la apasal Perak main macam tu. Kalau diorang main macam lawan Kedah hari tu aku jamin separuh terkubur dah misi 33 Selangor tu. Tapi takpa. Ada 90 minit lagi game di Ipoh Jumaat ni. Aku optimis. Kalau Perak main lebih baik ditambah dengan 5 orang pemain yang dah bebas dari digantung oleh FAM tu, aku yakin Selangor akan dicabar dengan hebat. Jangan harap Perak nak menyerah kalah dengan mudah ok!!

Tolonglah menang Perak dan sekurang-kurangnya tunjukkanlah permainan yang berkualiti, berdisiplin dan kemas. Last but not least,

MOH KITA KUBURKAN MISI 33 SELANGOR!!!!!!


Sunday, October 9, 2011

Mencabar diri

Pergi KL dengan public transport ETS (Electric Train Services). Agak mencabar bagi aku. Sebab sejak ada kereta sendiri tak pernah ke KL naik public transport. Nak2 lagi tujuan ke KL adalah 'book hunting'. Selalunya aku takkan ke KL dengan public transport dengan alasan susah nak bawak balik buku2 yang dibeli nanti. Tapi kali ni setelah dipertimbangkan, aku patut cuba sesuatu yang baru kan...=)

ETS: Ipoh - KL Sentral

Macam2 perasaan ada pertama kali nak naik ETS ni. Cemas ada..teruja pun ada. Ada yang kata best. Ada yang kata bosan. Ada jugak yang kata cuba la apa salahnya..cari pengalaman baru. Aku dapat koc C. Kira koc tengah la. Tempat duduk pun agak depan dalam koc C tu. Teruja..rupanya ada Wi-fi dalam ETS ni. Tapi betul2 boleh guna Wi-fi ke tak la pulak aku cuba.

Perjalanan lebih kurang 2 jam 30 minit sebab aku ambik pakej silver dengan tiket RM25.00 sehala. Ini pakej paling murah. Ada 'stewardess' ETS yang jual makanan dalam train ni. Aku tak beli sebab aku syak mesti mahal harga makanannya. 2 jam 30 minit perjalanan aku dihidangkan dengan tayangan entah movie apa lakonan Jackie Chan dan lepas tu cerita kartun. Aku tak tengok sangat pun. Aku lebih rela baca buku Post-mortem by Patricia Cornwell sepanjang perjalanan. Sampai KL Sentral dah malam dan kawan aku pun dah tunggu kat McD. Nampak sangat aku dah lama tak ke KL Sentral tempat 'mainan' aku masa student dulu. Macam2 dah ada...

Kembara 'book hunting' pertama aku esoknya adalah ke pejabat Jemari Seni di Bandar Baru Bangi. Ada diskaun 30% setiap sabtu di pejabat Jemari Seni. Kena beli beberapa buku yang dipesan kawan2 disamping aku pun nak membeli jugak. Tambahan pulak penulis buku Gulai Pisang Ikan Masin akan ada di situ dan boleh la aku mintak autograf dia bagi pihak kawan2 yang beli buku tu (aku pun turut 'tergoda' beli buku ni..haihhhh...).

Tak sangka warga Jemari Seni memang mesra. Kak Yah memang best. Boleh sembang macam2 pasal buku2 Jemari Seni dengan gembiranya...=) Penulis Gulai Pisang Ikan Masin, Szalies pun best. Jarang dapat peluang bersembang dengan penulis dengan tenang2. Maklum la kalau kat pesta buku KL contohnya mana nak dapat sembang dengan relax dengan penulis. Ni kitorang siap sembang kat sofa Jemari Seni dengan santai sambil berbincang isu2 buku. Wahhhh!!!! Teruja...hehe [malangnya Kaksu takde di ofis Jemari seni masa tu..=( ]

Hampir sejam di Jemari Seni. Dan ini hasil 'tangkapan' di sana..

Dia Yang Kunikahi, Bulan di atas Champs-Elysees & [sebuah] Gulai Pisang Ikan Masin aku punya. Selebihnya kawan2 pesan.


Szalies bukan setakat sign autograf kat buku Gulai Pisang Ikan Masin tu, tapi siap bagi cute gift lagi (tapi dah kena 'rembat' dengan anak buah aku..huhu..).

Destinasi seterusnya adalah destinasi asal dan tujuan utama aku ke KL. Yeahh.!!! 'book hunting' di Big Bad Wolf Booksales di MAEPS, Serdang. Aku sampai sana dah tengahari. Matahari tegak atas kepala. Panas. Kawan aku pulak dengan bijaknya ajak aku 'hiking' dari tempat parking ke Hall A. Fuhhh semput gak la aku 'hiking' nak ke Hall A tu..adoiyai

Sampai di Hall A, tengok ramai sungguh orang beratur nak masuk. Dalam hati confirm la setengah jam baru aku dapat masuk dalam ni..tapi rupanya dalam 10 minit aku dah dapat masuk....=)) Okey. Get ready dengan beg yang aku dah siap bawak untuk book hunting. Hall A ni memang besar. Buku2 tak payah cakap la memang banyak melaut kot. Aku sampai rasa nak pening tengok buku ni semua. Rasa nak pengsan pun ada. hoho

Booksale macam ni memang mencabar. Sebab buku2 banyak dan hanya di label mengikut genre sahaja. Jadi kena rajin cari buku yang kita dah aim. Jangan la berharap buku2 penulis yang terkenal atau biasa kita dengar ada kat sini. Mungkin ada dan mungkin jugak takdak. It is really book hunting ok! Ala2 macam jualan gudang atau jualan kat kedai buku terpakai. Cuma ada klasifikasi genre dan tak ada klasifikasi penulis secara khusus. Ye la buku2 yang dijual kat sini dengan diskaun harga 75% - 95% tau and it is first hand book not used book.

Secara overall buku2 kat sini dijual dengan harga RM8.00. Buku kanak2 dalam RM3.00 - RM5.00 kebanyakannya. Buku masakan memang banyak termasuk la buku Jamie Oliver. Aku beli buku masakan 'Kids Can Bake' untuk anak buah aku yang suka memasak tu. Semua orang kat situ memang 'shopping' sakan la. Ada yang buku letak dalam kotak, beg, troli, stroller baby etc. Dalam hall ni ada DJ kaunter pasang lagu. Tapi aku rasa lebih banyak digunakan sebagai 'lost & found' kaunter. Mana taknya macam2 pengumuman mencari suami, isteri, anak, kawan, kasut Kiki Lala yang hilang sebelah dalam hall yang penuh dengan orang dan buku melaut. Aku pun hampir buat pengumuman mencari best friend aku yang hilang lepas kami berpisah bila masuk hall tu tadi.hahaaha... (she found me first without making any announcement at the DJ counter).

Lebih kurang 2 jam aku kat sini. My best friend really have to drag me out from this place. Otherwise, I'll be declared bankrupt! Inilah cabaran paling besar aku. Pergi ke booksales dengan kewangan yang terhad. Sungguh mencabar ok!!! Terpaksa memilih buku2 yang betul2 nak beli je. Agak berjaya jugak la dengan cabaran ni. hoyeahh..!! Thanks to my best friend who actually control me...hehe

I bought all these books for myself

Alright. Time to pay the books that I grabbed. Panjangnya barisan nak membayar. Perut dah lapar ni tak lunch lagi. Dah membayangkan mungkin setengah jam kena berbaris. Nasib baik orang yang berbaris di depan aku tak banyak 'bershopping'. Jadi dalam 10 minit dah sampai di kaunter bayaran. Staffs Big Bad Wolf memang cepat buat kerja. Kejap je dah selesai. Sebelum keluar hall aku sempat 'sambar' sandwich yang Big Bad Wolf jual. Aku dengan my best friend ambil tram yang disediakan nak ke tempat parking. Tak larat kot nak turun bukit jalan kaki ke parking dengan bawak buku bagai. Bolehlah dianggap aku puas dengan book hunting ni.

Destinasi terakhir hari tu adalah Alamanda, Putrajaya. Dah janji dengan my other best friend untuk lepak sama-sama lepas book hunting di Serdang. Huh! Kami bertiga hampir 'tertewas' di MPH Alamanda tu. Nasib baik berjaya 'diselamatkan'..ahahahaa...=))

Ahad, balik semula ke Ipoh dengan ETS. Memang mencabar. Mengendong 1 beg yang penuh dengan buku Big Bad Wolf dan jugak beg sandang yang berat dengan buku Jemari Seni. Train ETS pulak delayed 15 minutes from its schedule. Balik Ipoh aku dapat koc D. Dapat tempat duduk yang masih agak depan dalam koc D tu. Dalam perjalanan, sambung baca Post-mortem sebelum akhirnya aku terlelap dalam perjalanan sampai Ipoh.

Safely arrived. Memang penat. Tapi satu perjalanan dan kembara book hunting yang aku kira mengujakan setelah aku biasanya begitu selesa pergi dengan kereta sendiri...

Thursday, October 6, 2011

Monday, October 3, 2011

Wednesday, September 28, 2011

disturbed

- reading few books at the same time.

- doing few works at the same time [?].

- sometimes too free but sometimes toooo busy [???].


anyway, a lot of things in my head.


p/s: will buy Perak's jersey if the team go to final for Malaysia Cup 2011....=))

Monday, September 19, 2011

warna warni



Sungguhlah hidup ni sentiasa memerlukan sesuatu yang baru dan kepelbagaian...


Thursday, September 15, 2011

P E R A K

My favourite local football team forever!!! Apa pun jadi dengan team bola Perak, aku memang tetap sokong.


Untuk kempen Piala Malaysia 2011 ni, aku tak la meletak harapan yang tinggi gara-gara 5 tonggak utama digantung 7 perlawanan oleh FAM. Ditambah pulak Perak satu kumpulan dengan Kedah. Masa Liga Super baru-baru ni Perak banyak seri dan dihujung musim kalah. Sabah satu kumpulan dengan Perak jugak yang bagi aku boleh menghancurkan harapan Perak ke pusingan kalah mati untuk Piala Malaysia kali ni. Sabah ni liat. Kalau tidak Perak takkan seri 0-0 hari tu.

Perlawanan dengan Kedah baru-baru ni memang berdebar. Kedah ni memang badi pasukan Perak. Lega juga la bila tau Baddrol Baktiar tak main untuk Kedah malam tu. Tapi aku tak tau la Perak mampu ke nak 'makan' Kedah.

Game lawan Kedah hari tu memang puas hati. Terbaik. Perak main dengan penuh disiplin, tersusun, lari laju, kejar bola, tak kasi chance..asak pemain Kedah bila bola kat depa. Macam ni la game yang aku nak tengok. Kalau kalah pun puas hati. Tapi kalau main macam 'cap ayam' memang hampeh la. Pujian untuk keeper Perak, Kamarul Affendi yang menggantikan Nasril. Dia berjaya buktikan yang dia mampu ambil alih tempat Nasril. Hebat keeper ni aku tengok. Ada potensi pergi lebih jauh. Cekap, tenang dan refleks dia sebagai keeper memang bagus.

Defence Kedah malam tu memang 'bocor'. Kesilapan yang bagi aku tak sepatutnya berlaku. Tapi aku rasa Perak ni pun ada penyakit macam team Malaysia gak. Bila dah hujung-hujung game dah hilang fokus dan longlai. Cemas jugak aku nak tunggu sampai wisel tamat. Kedah memang tak berhenti serang masa separuh masa kedua tu. Tapi midfield dan defence Perak memang cekap dan cepat buat intercept.

Gol Kedah dari Khyril Muhymin memang cantik. Memang satu sepakan yang tepat dari Thiru mencari Khyril Muhymin. 2 gol Perak dari Syafiq Jamal dan Failee Ghazali memang terbaik. Tenang je menyudahkan peluang yang terhidang di depan. Tewas Helmi Eliza.

Amar Rohidan pemain team Malaysia tu agak tenggelam malam tu. Sabree Abu ni berat..dia tak larat nak lari atas bawah kejar pemain Perak. Pak Long main bagus malam tu. Dia ni memang 'otai' untuk team Kedah.

Secara keseluruhannya, game Perak v Kedah memang smart dan Perak memang deserve to win that night. Sabtu ni game dengan Sabah. Satu lagi game yang berdebar. Tak nak harap apa-apa. Tapi kalau Perak maintain dan konsisten, ikut arahan dan disiplin..insyaAllah boleh compete dengan Sabah. Team Perak malam tu memang terbaik!!!


p/s: pengulas sukan tak best langsung masa tu !@#$%^&*

Tuesday, September 6, 2011

Majalah hiburan

Puduraya yang sesak dengan orang ramai dan asap bas. Memang sungguh menyesakkan. Masih ada masa lagi sebelum bas bertolak.

Penat melihat gelagat orang yang lalu lalang. Penat lagi melihat orang yang membaca majalah hiburan sambil menunggu bas. Apalah faedahnya baca majalah hiburan yang penuh dengan gosip artis. Bukannya masuk periksa pun! Tak boleh ke baca sesuatu yang berfaedah sikit. Paling kurang pun bacalah suratkhabar ke..


[Monolog hati aku aje. Ini kejadian sebelum aku kena kow2 di stesen komuter seperti entri di bawah. Dan sebelum Puduraya diubahsuai seperti sekarang. Mungkin catatan anekdot aku 6-7 tahun yang lepas. Lepas 2 peristiwa ni, aku belajar menghormati minat orang lain. Tapi kalau kita dapat baca bahan yang lebih berfaedahkan lebih baik...=) ]

Sunday, September 4, 2011

Komik vs Novel Cinta

Tren komuter ke UKM tak sampai lagi. Seperti biasanya, komuter ni tak pernah datang 'on time' pun.

Menunggu di platform bukanlah sesuatu yang menarik apatah lagi kalau orang ramai dan tak ada tempat nak duduk. Mujur sekarang bukan 'peak hour' orang balik kerja. Jadi platform menunggu tak ramai orang dan ada banyak tempat duduk yang masih kosong. Aku duduk. Sambil menunggu komuter yang kononnya akan sampai sebentar lagi.

Tiba-tiba ada suara sinis datang dari belakang tempat yang aku duduk tu.

P: "Ish I tak boleh la tengok orang baca komik. Tak faham apa yang diorang baca. I memang tak suka betul orang yang baca komik ni."

L: "Eh tak baik cakap macam tu. Biarlah diorang nak baca apa pun. Setiap seorang kan ada minat masing-masing."

P: "Memang la..tapi I tetap tak boleh terima orang yang suka baca komik ni. Entah apa-apa. Lainlah kalau baca novel cinta."


[Aku pun tak faham apa yang korang baca dalam novel cinta tu..]

Thursday, September 1, 2011

Juadah raya pilihan

Macam biasa la banyak juadah raya tahun ni. Sehari sebelum raya, aku dengan kakak aku tolong mak masak hampir 12 jam!! Leper tapak kaki aku. Penatnya tak payah cakap la kan..

Makanan memang banyak la. Tak kira la samada yang kami masak ataupun yang sedara mara dan jiran tetangga bagi.

Tapi juadah pilihan aku tahun ni adalah SUP EKOR yang dimakan bersama bihun dan sambal kicap yang pedas..juga ITIK MASAK KICAP....=))

Masa macam ni la aku, kakak2 aku dan mak belajar memasak sesama sendiri. Maklum la setiap seorang ada kepakaran masing2..hehe

Disebabkan mak dah tak larat nak masak kuah kacang, jadi anak buah aku jadi 'mangsa' kena belajar masak kuah kacang. Hohoho...;D Hmmm tapi kami yang sudahkan masak kuah kacang dia tu. Masaknya sekerat jalan je..dah hilang tengok t.v tak pun layan facebook. Esoknya abah siap pesan kat kami semua suruh puji kuah kacang dia. Takpe la walaupun kurang cabainya, tapi dimaafkan sebab baru pertama kali dia masak kuah kacang.


p/s: jom kita mula berpuasa sunat dan ganti lepas ni...=)

Monday, August 22, 2011

Rezeki bulan ramadhan

Aku menang peraduan ulasan buku Nuansa Kota Merah di facebook Jemari Seni.

Pertama kali masuk peraduan menang...=)

Harap ini suatu petunjuk untuk suatu permulaan baru yang cerah.

Tak sangka gak ulasan aku antara yang terpilih. Maklum la aku tak pernah lagi serius mengulas buku sampai masuk peraduan macam ni.

Walaupun kawan aku yang keja kat ITNM tu dah banyak kali suruh aku masuk peraduan ulasan buku anjuran syarikat dia setiap kali pesta buku, tapi aku tak masuk pun sebab takde masa nak baca buku2 terbitan ITNM untuk diulas dalam tempoh peraduan. Hadiah diorang ni memang agak lumayan la.

Tapi peraduan ulasan buku Jemari Seni ni bagi aku sengit jugak. Gerun jugak bila baca ulasan2 orang lain. Rasa macam aku punya ulasan tak menarik pun.

Apa2 pun betul la sesungguhnya rezeki tu rahsia Allah.


p/s: full review di sini

Friday, August 12, 2011

hampir seminggu ke bazar ramadhan

Dari 1 ramadhan hingga 5 ramdhan aku ke bazar je beli juadah berbuka puasa.

Hujung minggu balik kampung. Bakar ikan keli dan buat murtabak telur.

Kemudiannya aku diserang cirit-birit.

Akibat kena jaga makan, sepanjang minggu ni aku memasak je di apartment. Dari sup sayur sampai la kari ayam.

Esok balik kampung dah janji dengan mak nak buat kuih jala dengan kari ayam...=)


p/s: takde selera nak ke bazar. hari ni goreng nugget dah la..

Tuesday, August 9, 2011

Dugaan di bulan puasa

Diserang cirit-birit.

MC satu hari semalam.

My stomach cramp and squeezing....adoii la................=(

Thank God I'm not vomitting etc.

Doc advised: no heavy foods. no spicy foods. eat porridge or bread.

Sedihnya..selalu bila tak sihat macam ni ada mak tolong masakkan bubur nasi dan sup ayam. Tak pun paling koman masa belajar kat U dulu ada kakak2 nak melayan masakkan bubur untuk aku.

Terbuktilah yang aku ni memang tak boleh duduk jauh dengan mak. Ciss rupanya aku ni memang lembik dan manja!!

Apa boleh buat..terpaksa la aku masak sendiri sup sayur dan mintak tolong housemate aku belikan bubur nasi kat bazar.


p/s: semoga dengan kesakitan ini menghapuskan dosa2 dan lebih bersabar..

Saturday, August 6, 2011

2 more to go

Lagi 2 buah buku cukup target aku untuk tahun 2011 ni.

Aku macam dah slow sket nak baca buku. Banyak buku yang masih belum dibaca tapi takde mood nak baca buku2 tu.

Rasa macam nak baca cerpen2 pendek je.


p/s: sedang gigih baca komik GetBackers..=)

Saturday, July 30, 2011

Penyakit

Parah. Mungkin semakin parah!

Tapi aku tak fikir aku mahu sembuh dari penyakit ni.

Kononnya aku baru beli 1 buku je untuk bulan ni. Tapi berjangkit beli 5 buku di Chowrasta, Penang. Kemudian konon cuma nak cuci mata je di Novel Hut..tapi aku beli 2 buku pulak. Berazam cukup lah untuk bulan ni. Simpan duit untuk raya dan Big Bad Wolf bulan 10 nanti. Tapi ada member sale pulak di MPH..jadi aku beli 1 lagi buku.

Kawan2 aku cakap:-

"tak cukup lagi ke?"

"Bukan ke baru je beli buku?"

"hentikan pembelian berterusan. baca dulu yang ada."


Aku bosan. Jadi aku tenang sikit bila aku pegi kedai buku dan lepak2 di tempat awam sambil makan dan baca buku.

Isu tak cukup, baru je beli atau habiskan baca tak pernah ada. Buku memang tak pernah cukup untuk aku dan tak kira la baru je beli ke tak. Habiskan dulu baru beli?? Tak mungkin. Ada lebih 100 buku 'unread' kat rumah. Jadi, kenapa beli lagi? Adoiii...memang aku takde jawapan untuk itu. Bukan la aku ni banyak sangat duit sampai beli je tapi tak baca. Buku2 aku tu kebanyakannya aku beli buku terpakai atau ada jualan murah macam Big bad Wolf atau Payless Book.

Buku2 yang aku beli kat Pesta Buku KL last April, aku dah habis baca. See..siapa kata aku tak baca dan habiskan. Cumanya aku tak mungkin habiskan semuanya dan berhenti daripada membeli.

Mak dan abah tak pernah bising aku beli buku. Mungkin sebab tak tau berapa banyak duit yang aku habiskan beli buku. Cuma mak selalu bising sebab buku2 yang banyak tu bersepah2 penuh dalam bilik, berkotak2 kat luar bilik. Bising suruh aku letak kat rak buku (read: beli rak buku). Katanya sayang takut nanti buku2 dalam kotak2 tu dimakan tikus.

Aku kalau dah beli sesuatu buku tu jarang aku jual balik kat kedai buku terpakai. Melainkan aku ada 2 buku yang sama. Buku tu tak best macam mana pun aku simpan je. Sebab tu kalau nak beli buku aku sangat berhati-hati. Tengok dulu review di internet, baca sinopsis dan bab awal di internet. Tak menarik..aku tak beli. Pinjam je dari kawan2 yang ada beli....=)


p/s: dah banyak kali pegi Popular dan MPH tapi buku hadis 40 Imam Nawawi yang aku nak beli tu tak nampak pun...=(


Friday, July 29, 2011

memori ramadhan

Semua orang pun bercakap pasal bulan puasa yang dah semakin dekat.

Disebabkan aku datang dari keluarga yang susah..jadi makanan berbuka tu memang tak mewah la. Jarang2 dapat bukak puasa dengan air dan makanan yang sedap2. Kalau abah ada duit, merasa la makan tembikai. Tu pun abah beli 1/4 je. Kalau ada rezeki lebih merasa la minum air sirap bandung..ye la nak beli susu buat sirap bandung mana ada duit kan.

Dan kalo ada rezeki lebih lagi mak akan buat mee bandung dan murtabak telur untuk bukak puasa. Ye la nak buat mee bandung tu banyak bahan nak kena letak. Biasanya dalam bulan puasa tu sekali je mak masak mee bandung untuk kami semua. Ni la masanya aku akan makan sampai tak boleh bangun..huhu [dan sampai sekarang kakak2 aku memang akan ejek aku makan mee bandung sampai tak boleh bangun...ciisss!! ] Sama la murtabak telur tu pun sekali je dalam bulan puasa mak akan buat. Sebab telur tu nak jual buat belanja..so kalo asyik nak buat murtabak telur je maka kami takde duit belanja la nanti.

Tapi sekarang ni nak beli tembikai sebiji pun takde hal. Cumanya tak habis makan la pulak. Nak minum sirap bandung hari2 pun boleh ja..tapi nanti kena diabetis la pulak kan. Nak makan mee bandung dan murtabak telur bila2 masa je. Tak payah tunggu bulan puasa. Pendek kata, senang nak makan la semua tu. Bab mee bandung dan murtabak telur tu memang menu wajib yang mesti ada dalam bulan puasa. Nostalgia family aku...=)

So, ke mana je aku 'merantau' aku pasti balik cari mee bandung dan murtabak telur mak.

Masa sekolah asrama dulu, nak makan sedap dan penuh tray makanan bulan puasa la (time bukak puasa je). Time sahur memang aku tido tepi tray makanan la kat dewan makan..haha...;p Tapi syok la bukak puasa ramai2, terawih pun ramai2 (terawih di asrama aku memang lama. ustaz siap baca surah dari Al-Quran dan lepas tu ada tazkirah lagi). Waktu prep petang pun diganti dengan tadarus Al-Quran. Kesimpulannya suasana ramadhan memang dapat dirasai la. Bila dah habis bulan puasa, pakat ramai2 puasa sunat pulak kat asrama..memang meriah la beramal ibadat....=)

Di universiti lain pulak. Meriah bukak puasa kat masjid [read: bukak puasa percuma]. Memang boleh hidup la kalau takdak duit bulan puasa. Murah je rezeki orang bersedekah kat masjid bagi makan kat orang yang berpuasa. Solat di masjid lepas bukak puasa. Ada duit lebih boleh la jenguk pasar ramadhan. Tapi bab beramal ibadat tu pandai2 sendiri la. Ye la takdak sapa nk suruh dan kawal macam di asrama.

Semoga puasa tahun ni akan bertambah meriah dengan amal ibadat..


p/s: masa aku kecik dulu, kampung aku masih mengamalkan konsep bertukar juadah untuk berbuka puasa. bila start orang ngaji ja kat radio, mak dah suruh aku hantar kuih kat jiran sebelah.



Tuesday, July 26, 2011

S T R I K E !

[Lambat update sebab satu badan sakit2 lepas Penang-Perak Bar Games last Saturday]

Harap maklum aku adalah 'bidan terjun' dalam acara bowling. Giler aku baru 1st time main last thursday kot..(sila rujuk entri S P A R E).

Kena main 3 games kot bowling tu...adoiii abeh sakit tangan aku. aku dah risau takut tak boleh main badminton lepas tu.

Memandangkan aku baru 2nd time main bowling maka memang banyak la yang masuk longkang. eh tapi aku dapat STRIKE sekali. ahahhaa...=) group penang yang lawan dengan group aku memang hebat tak ingat. Diorang aci kira berapa yang tak strike ok. punya la nak cakap yang diorang ni memang confirm strike la...tak pun spare.

(Diorang semua dok kutuk aku..rupa je brutal tapi bola serius slow lemah gemalai..sampai nak tertido tunggu bola tu sampai kat pin...;p )


Lepas main bowling tu gagah la kena main badminton kot. Yang aku tak puas hati main satu game je. Dah la main kira style point lama. aisehh..geram sebab tak puas main badminton.

(kalau dah tak puas hati tu dah tentulah kalahkan...)


Rest kejap sebelum sambung game netball. giler tamak aku ni..sume nak main. giler kuasa..ahaha..;p

Anyway, aku just reserve player je untuk netball. Aku tukang sorak kat tepi padang (read: tukang bagi semangat). Netball main 3 quarter. Serius cakap game netball ni paling dramatik sekali. Kali ni all the netballers turun padang dengan bersemangat sekali. Tambah bersemangat lepas captain bagi 'political speech'..=)

Perak Bar netball team turun sebagai underdog. Kalau dah underdog tu memang orang pandang sebelah mata je la kan. And advantage to us..we play under no pressure. We want to fight Penang Bar netball team till the end. Hingga ke titisan peluh yang terakhir! Matlamat utama kitorang nak rapatkan jurang mata. But of course kalau ada rezeki kami nak menang..!!

1st quarter: We won. Leading 6-5. Penang 'shocked' tak ingat. awal2 lagi Perak dah score sampai 4-2 (sebab aku yang jaga score). 2nd quarter: Penang dah tau kitorang memang akan fight habis-habisan. So kalau diorang tak bangun dari 'terkejut' memang kena makan la dengan kitorang. Demi maruah yang diorang tak pernah kalah dengan Perak, diorang bangkit bagi tentangan yang lagi sengit. It end up draw 3-3. 3rd quarter: Both team want to win. Penang of course nak pertahankan kemenangan dan maruah diorang. And Perak mahu melakar sejarah baru..untuk menang buat pertama kalinya. Game makin sengit. Tapi nampaknya kitorang dah hilang momentum bila dah hujung2 game. Banyak faktor yang menyebabkannya...and Penang desperately want to win. We lost 7-5. Final score: Perak 14 - 15 Penang. It so close..!! Nampaknya takde rezeki untuk menang. Tapi kitorang hepi...=) even ramai netballers yang tak boleh tido mengenangkan beza 1 gol tu...huhu

Esoknya tu sebelum balik Ipoh, aku sempat gak pegi chowrasta cari buku2 terpakai kat situ. Tak banyak buku yang menarik (mengikut perkiraan aku..) mungkin sebab satu kedai je yang bukak. Tak menarik kononnya pun aku beli gak 5 buku terpakai...=))

p/s: i love penang because of the foods..


Friday, July 22, 2011

S P A R E

Cemas tak ingat bila first time main bowling.

Memang confirm masuk longkang kot....hahahaha...;p

Tapi dalam banyak2 yang masuk longkang tu aku dapat gak la 'spare' sekali. *hepi giler..kahkah

Lepas ni aku akan 'mengasah' bakat untuk jadi bowler plak.hehe


p/s: sebagai budak baru belajar, jatuhan pin aku memang failed..!!

Saturday, July 9, 2011

Nuansa Kota Merah by Khairyn Othman

Pertamanya, tajuk ‘Nuansa Kota Merah’ itu dah menarik perhatian aku. Tapi sinopsis/caption belakang buku ni yang paling menarik perhatian aku untuk beli buku ni. Ternyata memang tak silap pilihan aku kali ni..=)

‘Bagaimana mungkin cinta antara dua benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?’

Sebelum buku yang dipesan ni selamat tiba, aku dah baca Bab 1 di laman web Jemari Seni. Bab 1 ni biasa je..tipikal bagi aku. Mengisahkan Dina yang tersasar dari landasan agamanya, kematian neneknya yang aku kira mula mencetuskan ‘kesedaran’ minda separuh sedar Dina, mimpi yang sama berulang kali didatangi oleh sepasang suami isteri. Aku rasa ini satu permulaan yang biasa..tak ada apa yang lain. Tapi disebabkan pengakhiran Bab 1 ni ialah Dina akan pergi bercuti ke Sepanyol yang kononnya ‘as getaway’, maka di sinilah aku rasa bermulanya penceritaan untuk caption di atas dan yang membuat aku ingin terus membaca walaupun permulaannya biasa saja.

90% cerita ni adalah mengenai ‘Salma-Shuaib’ (pasangan suami isteri yang selalu datang dalam mimpi Dina dan kononnya dia datang dari susur galur Salma-Shuaib) kerana Dina sedang membaca journal yang ditulis tentang kisah hidup perjalanan, perjuangan dan pengorbanan Salma-Shuaib. Perjuangan mereka mempertahankan agama dan tanahair hingga ke titisan darah yang terakhir. Betapa peperangan itu sungguh meruntun jiwa dan menuntut banyak nyawa dan harta benda akibat daripada pemerintah yang tamak dan gila kuasa sampai sanggup menggadaikan agama, maruah dan tanahair. Lepas habis baca journal tu, Dina mula berfikir dan akhirnya berubah menjadi pejuang jugak...=)

Buku ni mungkin tak menarik bagi mereka yang tak berapa minat dengan unsur-unsur sejarah. Tapi bagi aku buku ni memang kena dengan citarasa aku...=) Dari mana datangnya kita kalau bukan dari sejarah silam masa lampau. Apa mungkin kita boleh menjadi manusia, bangsa, umat yang hebat tanpa melihat sejarah lepas untuk menjadi iktibar dan pedoman di masa depan? Sebab tu Allah dalam kitab suci Al-Quran menceritakan kisah orang-orang terdahulu supaya kita dapat mengambil pengajaran daripadanya.

Lenggok bahasa dalam buku ni tersusun dengan baik. Cumanya kadang-kadang aku rasa penulis terlalu terperinci (too descriptive). Tapi mungkin juga penulis memang berniat berbuat begitu sebab di belakang buku ni memang ada caption:-

‘KHAIRYN OTHMAN menulis sesuatu yang baharu, lain daripada yang lain. Kali ini dia menggunakan kemahiran kewartawanannya untuk memperincikan Bumi Sepanyol pada pembacanya.’

Aku cepat ‘lost’ dan hilang focus kalau ‘too descriptive’. Itu kelemahan aku. Mungkin kurang imaginasi. Jadi kalau jalan cerita kurang menarik dan ditambah dengan ‘too descriptive’..risiko untuk buku tu ’tersadai’ tak dibaca adalah tinggi…hehe

Ada sebab kenapa aku hanya rate buku ni 4 bintang je kat Shelfari dan bukannya 5 stars out of 5. Aku rasa terganggu dengan kesalahan macam “Granada” yang sepatutnya Gharnatah di mukasurat 312 & 313, dan “Sarah” yang sepatutnya Salma di mukasurat 204 & 465. Siapa Sarah? Tak ada langsung watak Sarah dalam cerita ni. Ke penulis ‘mixed up’ dengan watak Sarah dalam buku dia Dame Zoete Sarah? Ini menunjukkan peringkat penyuntingan (editing) dan penyemakan (proof reading) tidak cukup kemas.

Apapun buku ni secara keseluruhannya baik. Penulis berjaya menarik aku untuk baca karya dia yang lain. Mar tanya aku, “Mana lebih best..Imaen atau Khairyn?” Aku jawab, “Masing-masing ada style yang tersendiri. Tak adil untuk aku komen pasal Khairyn sebab aku baru baca satu je buku dia. Wait until I read all her books. But honestly, not bad..she’s good.”


p/s: Cik Mar, aku nak pinjam Dame Zoete Sarah...=))


epitjack!
090711@2118

Rusuhan Jiwa

I
Jiwanya reformis
dan jiwa kamu juga mungkin

II
Kekasihnya berhati 'revolusioner'
Tapi dia tidak mungkin.

III
Dia..dan juga mungkin kamu
mahu ke arah yang sama.
Garis haluan selari
yang mungkin sampai di depan
bersimpang dua.


epitjack!
090711@1106

Friday, July 1, 2011

yellow hit

Aku tak nak mencetuskan kontroversi, provokasi, konflik atau apa saja kat sini.

Tapi disebabkan sekarang ni warna 'kuning' tu sangat sensitif, maka semalam buat pertama kalinya aku berfikir berpuluh-puluh kali samada nak keluar pakai jersey brazil aku yang warna kuning tu ke tak. Kalau pakai nanti tengah aku sedap makan lepak2 kena tangkap plak...buat naya je.

"Kuning" atau tidak, hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati kita.


p/s: suddenly i feel that my freedom of choice (to wear my lovely brazil's jersey) has been deprived

Friday, June 24, 2011

pesta buku lagi..!!!

Pesta Buku Selangor 2011: 24.6.2011 - 4.7.2011 Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)

Kali ni mungkin tak dapat pegi. Sebab duit tak bape nak ada..nak mintak tolong kakak aku pun, rumah dia agak jauh dengan Shah Alam.

Alhamdulillah Fab kawan Mar tu duduk dekat Shah Alam dan dia pun suka jugak pegi bookfair ni. Jadi aku pesan aje la dekat Fab tolong belikan buku Nuansa Kota Merah by Khairyn Othman. Tak pernah baca karya penulis ni tapi sinopsis buku ni yang menarik aku untuk beli. Dah baca bab awal buku ni kat laman web Jemari Seni tadi. Hmmm...first impression aku: intro yang tipikal tapi not bad la. Sebab ending bab awal tu yang menarik aku untuk baca bab seterusnya. Rasa ingin tahu yang kuat buat aku tak sabar nak baca ni. Harap Fab dapat kourier buku tu dengan cepat...;D

Sepanjang tahun ni aku memang plan nak menikmati semua bookfair yang ada sepanjang tahun. Antara perkara yang paling best masa bookfair, sebab boleh dapat banyak diskaun..!! Dan juga perasaan dapat beli buku yang panas baru keluar dari kilang..;p


p/s: Tengah tunggu Big Bad Wolf..

Monday, June 20, 2011

kasih abah

Scene: Di meja makan masa breakfast

Mak: Ni abah ada bagi duit..kot takdak duit nak belanja
Aku: Mana abah dapat duit? Abah ada duit ka??
Mak: Abah ada ja duit..abah ada ja keja sikit-sikit..
Aku: Hmmmm

(Abah berjalan masuk dapur..baru balik dari kedai kopi bawak balik kuih untuk mak)

Abah: Ambik dak lagi duit yang abah bagi?
Mak: Ni haa duitnya..
Abah: Ambik la duit tu. Abah kesian tengok dompet hang takdak duit. Nanti nak belanja macam mana...


- Sah abah dah check dompet aku dalam beg sandang yang aku letak kat ruang tamu. Selalunya aku letak beg tu kat dalam bilik. Kantoi kali ni..aku terlupa yang abah memang kadang-kadang akan 'spot check' dompet anak-anak dia ada duit ke tak. Dan kali ni aku yang kena...adoii

- Terharu tapi pada masa yang sama aku lebih berasa malu sebab dah keja tapi masih abah bagi duit...


p/s: walau aku tak pernah 'sebulu' dengan abah..but he is d best to me....=)

Sunday, June 19, 2011

Nothing Lasts Forever by Sidney Sheldon

First time reading Sidney Sheldon's novel. Even my sister and my colleague love to read Sidney Sheldon's novel but I haven't read before. Until last Friday I bought 'Nothing Lasts Forever' for my colleague at Novel Hut, Ipoh Parade. What I can say the novel just...superb, thrill and intriguing! I spent the whole weekend reading it...=)

I just love Dr. Paige Taylor as much as I love Dr. Joanna Blalock in Deadly Exposure by Leonard Goldberg. This novel really irresistible and I can't stop from reading it.

Dr. Paige Taylor is an intern at Embarcadero Hospital at San Francisco together with Dr. Kat Hunter and Dr. Honey Taft. Through out the four years of her intern, she progress to be a good surgeon. But at the end of her intern she was charged for murder of her patient, John Cronin and inherit 1 million from the patient. She swore it was euthanasia. But the District Attorney wants her to be convicted for first degree murder and send her to the gas chamber.

Will she be convicted or acquitted? Did she really killed the patient for 1 million dollars??


epitjack!
190611@2333



Thursday, June 16, 2011

sisi hati yang lain

"Aku bukan pernah mencintai kau. Sebenarnya sampai sekarang masih mencintai kau dengan sepenuh hati. Perasaan itu ialah sejenis perasaan cinta yang berkekalan. Ia akan menemani aku sampai bila-bila." ~ Tze Fei Sian (Pahlawan Naga Kembar - Tony Wong)



p/s: mode jiwang....;p

Wednesday, June 15, 2011

B.L.O.C.K.I.N.G

Sejak akhir-akhir ni tempat parking kereta kat apartment yang aku sewa ni selalu je penuh. Jadi situasi kereta parking blocked kereta lain tu biasa la. Rule: kalau kita blocked kereta orang sila jangan tarik handbrake. Common knowledge kan...

Tapi ada satu kereta ni..memang selalu blocked kereta orang la. Memang la dia tak tarik handbrake, tapi yang buat orang marah, tuanpunya kereta ni suka parking (blocked) kereta ikut suka hati dia je. Walaupun kadang-kadang ada parking kosong pun masih nak blocked kereta orang. Aku faham la dia mungkin balik lewat 2-3 pagi..parking semua dah penuh and no choice terpaksa blocked kereta orang. Tapi apa salahnya bangun awal sikit parking kat tempat yang dah kosong. Pukul 6.30 pagi dah ada kereta yang keluar kot. Orang-orang kat apartment tu dah tak larat nak tolak kereta dia setiap pagi.

Tapi yang aku marah sangat satu hari tu bukan apa...dia balik awal dalam pukul 8 malam macam tu and still ada parking kosong lagi tapi dia tak parking kat tempat kosong and parking blocked kereta orang. Yang aku lagi naik hangin tu dia blocked tempat parking yang kosong!! Terpaksa aku tolak kereta dia semata-mata aku nak masuk kat parking yang kosong tu. Memang la takde rasa hormat kat orang langsung. Dia ingat dia sorang je ke yang duduk kat apartment tu. Respect la orang lain sama. Orang ni memang takde perasaan bertimbang rasa langsung. Ikut sedap rasa dia je...


p/s: jangan sampai satu hari nanti ada yang buat naya kat kereta dia sudah..





Saturday, June 11, 2011

Bibliophile

Peminat buku. Itu maksud tajuk di atas dalam kamus.

Tak berapa pasti sejak bila aku menjadi bibliophile. Seingat-ingat aku memang dari kecik aku suka baca buku. Masa kecik dulu selalu baca majalah Gila-Gila (rembat pak su aku punya). Komik kegemaran aku dalam Gila-Gila tu Tiga Dara Pingitan by Cabai; Dan Din Don, Usop 2020; From Taiping with Love; Along (& Cik Li); Ujang.

Kalau kat library sekolah plak aku suka pinjam buku siri penyiasatan Salma. Masa sekolah rendah dulu aku rajin gak la pinjam buku kat library. Tapi aku ni tak boleh duduk dalam library membaca. Confirm aku tido dalam library tu. Kesimpulannya aku tak suka stay dalam libarary la..(sampai la masuk "U" pun aku masih tak suka stay dalam library melainkan aku terpaksa untuk buat research). Antara buku yang aku dah baca sekolah rendah dulu Hujan Pagi by A.Samad Said; Srengenge; Seorang Tua di Kaki Gunung; dan banyak lagi la..tak ingat dah aku.

Satu rahsia yang mungkin orang (kawan-kawan) tak tau. Aku ni luarannya aja nampak 'otai' atau susah nak nangis menghadapi dunia realiti (konon tabah..;p) tapi aku senang je nak nangis kalau baca buku atau tengok cerita. Tapi buku/cerita yang betul-betul menyentuh perasaan la..
Masa sekolah rendah dulu aku pernah baca satu buku ni tajuknya Mendung Berarak tak silap aku...aku nangis sampai tersedu-sedu...punya la sedih........huhu paling latest aku nangis masa baca A Thousand Splendid Suns by Khaled Hosseini.

Masa sekolah menengah aku suka baca cerpen siswa dalam Majalah Siswa. Cerpen yang paling aku suka Kerana Manisnya Epal. Dan pembacaan komik aku makin berkembang. Aku baca Dragonball; Mata Kucing; Initial D; Penyiasat Remaja Hajime Kindaich; Slam Dunk. Masa student mana ada duit nak membeli semua tu..biasanya tumpang baca kawan-kawan punya komik la..hehe novel cinta ni aku layan gak la tapi biasa-biasa ja. Aku baca Hartini; Donia; Isabella; buku-buku Ahadiat Akashah dan Zuraidah Othman. Tapi macam agak pelik sebab aku rasa macam tak penah baca Legenda Budak Setan masa sekolah dulu. Nampak sangat aku tak bape layan novel-novel cinta.

Berbalik ke tajuk asal. Aku tak punya banyak duit untuk membeli buku-buku (selain buku rujukan aku masa kat "U"). Jadi kalau ada booksale memang aku akan borong sakan la. Payless Book selalu datang kat "U" aku buat booksale. Time ni la aku boleh dapat english novel dengan harga yang murah. 3 for 10 untuk paperback. Or sometimes 3 for 20 untuk hardcover. Jadi kesimpulannya aku suka beli buku terpakai. Sebab tu aku berazam (berazam?!) bila dah keja nanti ada duit sendiri aku nak beli buku sebulan sekurang-kurangnya satu buku.

Bila dah keja dan ada duit sendiri ni aku rasa pemebelian buku aku semakin 'parah'. Bukan sebulan satu buku tapi lebih dari tu. Aku masih beli buku terpakai. Maklum la gaji aku masih belum memungkinkan aku membeli semua buku '1st hand'. Aku ni memang ketagihan buku. Dalam sebulan dua tiga kali pegi kedai buku. Kalau dah pegi kedai buku tu ada la yang sangkut. Tu belum lagi kira aku surf kedai buku online setiap hari....hoho

Tahun lepas tak dapat pegi bookfair langsung. Jadi tahun ni duit dan cuti aku plan untuk ke bookfair je. Bookfair kat KL last April aku dah pegi. Sekarang tengah tunggu bookfair Big Bad Wolf plak (antara bookfair yang menarik yang mesti aku pegi). Sedikit kecewa bila kat Perak ni takde bookfair.

Aku dan buku memang tak dapat dipisahkan. Dalam beg sandang aku akan ada buku yang sedang aku baca. Dalam kereta pun ada buku. Dalam bilik di rumah kampung dan di apartment dah semestinya penuh dengan buku. Aku boleh je baca buku di mana-mana. Dan tempat favourite aku adalah di tempat awam yang ramai orang. Biasanya aku lepak baca buku kat tempat makan (cafe macam tu la). Sambil baca sambil makan...hehe (Ye la..aku kan tak boleh stay membaca dalam library). Kalau dah masuk dan asyik dalam dunia novel tu, suasana bising di sekeliling tu rasa macam senyap sunyi je.

Panjang betul entri kali. kahkahkah.... jumpa lagi di lain entri....=)


p/s: semalam ke kedai buku terpakai dan lepak di Marry Brown sambil baca Theodore Boone by John Grisham..



Friday, June 10, 2011

Jiwa

Andai kita tak dapat bersama
itu memang takdir-Nya
Jangan pernah menyesal
Jalanilah hidupmu
Jangan menoleh lagi.

Tak perlu gusar kerna
Alam ini luas terbentang
Untuk kamu.

Jasad kamu tak mungking mati
hanya kerna jiwa kamu tidak bernafas
Bangunkan jiwa merdeka kamu!!


epitjack!
100611@0916
Ipoh

Wednesday, June 8, 2011

Berehat sebentar...

Rehat sebentar daripada aktiviti bersukan (badminton & netball) akibat kecederaan lutut. Cedera bukan sebab main tapi sebab jatuh tangga naik ke apartment lepas tripartite games last two weeks. Sekarang ni memang trauma sebab kecederaan lama datang balik. Because of the injury I stopped playing badminton for 6-7 years. Untuk orang yang bersukan, mengalami kecederaan memang sesuatu yang amat menyedihkan. Because you can't play and you hate when you can't play..!! Harap lutut akan bertambah baik sebab next month masih ada Penang-Perak Bar Games.

Berehat juga dari membaca buku/novel buat sementara waktu. Jadi semalam aku layan drama Jepun Code Blue online kat internet. Ada beberapa episod yang aku terlepas tengok kat t.v. Sambil-sambil tu baca komik. Nak bagi otak aku relaks sikit dari baca novel ni.

So, jom lepak tengok wayang or karok....=))

Thursday, June 2, 2011

new update

Banyak perkara yang berlaku selepas entri aku yang terakhir.

Selepas baca Contengan Jalanan by Hlovate aku baca empat (4) buku lagi: Blues Retro - Imaen, Puisi Untuk Esdyzuar - Nisah Haron, Scattered Bones - Usman Awang, dan Langsir Biji Remia - Noor Suraya.

Lepas baca Blues Retro, aku asyik rasa macam nak makan burger 'kampung' aja. Teringat pulak masa aku sekolah dulu jual burger untuk Persatuan Usahawan Muda (PUM). Ada orang yang lebih susah dari aku. Sejauh mana perjuangan mahasiswa dapat memberi kesan terhadap polisi dan isu semasa negara??





Puisi Untuk Esdyzuar aku baca dalam masa semalam je. Giler ahhh...baca non stop sampai pukul 4.20 pagi kot. Esoknya pegi keja kepala rasa weng...ngantuk ya amat!! Dua tiga ari gak la aku berfantasi lepas baca buku ni..hoho....;p Tapi serius sikap manusia yang tamak sungguh menjengkelkan aku. Kalo dah aku baca buku ni non stop...maknanya buku ni sesuatu yang irresistible..=)





Daripada berfantasi..aku dah jadi jiwang karat dan puitis semacam je bila aku baca Scattered Bones. Buku sastera memang buat hati dan emosi jadi lebih sensitif. Memang sebuah buku yang mencengkam jiwa dan emosi. Kalo baca dalam bahasa asal (bahasa melayu) buku ni mesti lebih menyentuh kalbu.

Tak perlu la cerita banyak pasal gaya tulisan Noor Suraya. Langsir Biji Remia berjaya buat Kak Yong aku menangis tapi tidak cukup untuk buat aku menangis (cuma bergenang air mata je). Rasanya hati Umair tu masih belum cukup kuat untuk terima Duha. Ye la bak kata Fend dalam Contengan Jalanan 'hati manusia ni Allah yang pegang'... Pandangan Muhsin pulak lebih jauh ke dalam hati Duha. Bukan setakat pandangan luaran sahaja. Tapi berapa ramaikah yang pandangannya tembus terus ke hati?

Tripartite games Bar-PDRM-Bench dah pun berakhir last week. Aku enjoy the games walaupun ada menang dan kalah. Next, preparation untuk Penang-Perak Bar Games end of next month kat Penang.


p/s: sedang baca 1515 by Faisal Tehrani

Tuesday, May 17, 2011

Contengan Jalanan by Hlovate



Novel 2 dalam 1 Hlovate. I – kisah Fend dan II – kisah K2 . 2 cover dan isi tunggang terbalik mengikut cover.

Permulaan macam kebanyakkan novel-novel Hlovate yang lain. Watak muda-mudi yang tak berapa menitik-beratkan soal agama. Tapi kali ni watak-wataknya semua orang seni dan suka muzik. Fend dengan seni fotografi; K2 dan Pa’an dengan seni lukis, Azad dan Erdi seni bina. Kumpulan muzik mereka nama Creepy Hues. Mereka ni layan muzik rock. Tapi K2 semua jenis muzik pun dia layan dan dia boleh main banyak alat muzik (dia ni ulat buku jugak).

Fend dan K2 kawan sejak kecik. Sepertinya tagline di depan novel tu ‘contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan’. Jadi ini adalah pengalaman perjalanan Fend cari Tuhan dan juga pengalaman perjalanan K2 cari Tuhan. Ia lebih bersifat peribadi. Setiap seseorang tu tak sama. Macam Fend dan K2 jugak. Maybe the event that triggered their journey is when Chad who is Fend’s cousin passed away (friend of K2 also).

Walaupun CD The 11th hour (pemberian Lia) membuatkan Fend mula berfikir, tapi pengalaman perjalanan cari Tuhan hanya bermula bila dia pergi backpacking dengan Chad kat Australia masa bulan puasa. Namun, perkara ni tak berlaku pada K2 walaupun selepas Fend bagi CD The 11th hour dan ajak K2 pergi teman dia backpacking ke Sydney selepas kematian Chad. Pengalaman perjalanan cari Tuhan dan erti hidup K2 adalah di Jakarta dan Bandung. Kota yang penuh dengan hidup tapi hidupnya beda.

Contengan Jalanan lain sikit dengan novel-novel sebelum ni. Ayat atau perkataan ‘bombastic’ tak berapa ada. Novel ni lebih bersifat peribadi cara penyampaiannya – pengalaman perjalanan. Novel ni tak macam Rooftop Rant atau Versus. Contengan Jalanan memang ada style yang tersendiri. I like it...=) When read it, try to put yourself into the character shoes. You will experience their journey as it is your journey..that’s why I said it is personal. Close to your heart.

Hlovate tak pernah gagal membuatkan aku berpusing 360 darjah bila baca novel-novel dia. Penulis yang bagi aku berada dalam kelasnya yang tersendiri.


p/s: diulangi, Hlovate berada dalam kelasnya yang tersendiri..



epitjack!
160511@1654

Monday, May 16, 2011

Sutera Bidadari by Ramlee Awang Murshid

Aku mula baca novel ni dulu antara semua novel-novel yang aku beli kat KLIBF 2011. Hampir 2 minggu baru aku habis baca. Sebab terlalu sibuk (penat) dan banyak sangat kekangan masa. Kepada peminat dan pengikut Saifudin a.k.a Laksamana Sunan, novel ni memang yang ditunggu-tunggu. Kisah sambungan novel Cinta Sufi.

Sutera Bidadari lebih baik dari Cinta Sufi. Mungkin kali ni aku tak letak harapan yang tinggi kot sebab takut frust. Ahahahha…;p Anyway, secara keseluruhannya novel Sutera Bidadari ni memang lebih baik dari yang sebelumnya (untuk siri Laksamana Sunan). Bahasa yang digarap kali ni nampaknya lebih mantap, halus dan indah sekali.

Plotnya macam biasa la pengembaraan Laksamana Sunan menentang Taghut. Dan cross-over watak-watak dari abad 21 untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik, adventure. Mungkin RAM akan sambung lagi pengembaraan Laksamana Sunan ni. Sebab jalan cerita masih tergantung di akhir Sutera Bidadari.

“Cinta Sang Ratu... laksana langit mencengkam purnama... ibarat mutiara di lautan biru... saujana mata memandang... seluas langit terbentang... tatkala cinta berbisik... suaranya memuji TUHAN... apabila rindu terusik... Rasul-NYA menjadi pilihan... sampai masanya cinta jadi taruhan... Sang Ratu menjadi impian.”


Kalau watak Laksamana Sunan terus mendapat sambutan dari pembaca, aku rasa RAM patut fikirkan yang novel berkaitan pengembaraan Laksamana Sunan boleh jadi dalam satu bentuk siri. Ye la macam Jeffery Deaver dengan siri Inspector Rhymes, Agatha Cristie dengan siri Detective Poirot, Patricia Cornwell dengan siri Dr. Kay Scarpeta. Rasanya belum ada penulis yang buat novel bersiri macam ni lagi kot kat Malaysia ni. Patut rasanya difikirkan secara serius untuk siri Laksamana Sunan ni. Kelompok pembaca untuk kisah Laksamana Sunan ni ramai. Tak mustahil kalau dijadikan siri ia sesuatu yang memberangsangkan. Dunia perbukuan di Malaysia seharusnya berkembang dengan produktif tak kisah samada ia untuk genre apa pun.


p/s: aku rindukan watak Haryani..


epitjack!
160511@1222

Thursday, May 12, 2011

exhausted

Sakit2 badan. Kaki pun sakit. Serius tido mati malam semalam.

Tu la melampau sangat main badminton semalam. Petang dah main malam pun nak main lagi..!!
Maklumlah lepas ni dah tak boleh main kat gym tu lagi coz under renovation. Lepas raya baru boleh main balik kat gym tu.

Mak aiiihhhh lama giler tu...keras la otot2 aku nanti kalo rest lama sangat. Kena cari venue baru ni. Tripartite game (Perak Bar-PDRM-Bench) hujung bulan ni & Penang-Perak Bar game maybe bulan Julai. Aduh memang kena cari venue baru ni....

Disebabkan bulan ni agak sibuk (penat) bersukan lepas keja, aku dah takde daya nak membaca. Dapat la baca sket beberapa mukasurat/bab tapi lepas tu "pengsan". Maka banyaklah buku2 yang tersadai tak dibaca.

Jadi tiadalah dapat diputuskan dalam hati bila akan dapat membaca habis kesemua buku2 itu..

Tuesday, May 10, 2011

Lari dari godaan..

Jangan mudah terpedaya dengan godaan.

Lari dari godaan untuk obses pada sesuatu. Lari dari godaan untuk sesuatu trend. Lari dari godaan tekanan persekitaran. Teruskan berlari sampai anda tahu hala tuju. Tetapkan kompas tujuan.

Pastikan anda tahu apa yang anda mahu. Tentukan sendiri. Bukan kerana anda digoda dengan godaan yang sungguh menggoda.

Tuesday, May 3, 2011

me @ KLIBF 2011

Aku sampai PWTC seawal jam 9.30 pagi lepas breakfast roti telur bawang kat kedai mamak dengan Etty. Orang dah ramai dan gerai-gerai di ruang legar PWTC tu pun dah buka. Sempat la cuci mata kat gerai Al-Ameen Books. Banyak buku Faisal Tehrani dan Isa Kamari kat gerai ni. Gerai Galeri Ilmu pulak tengah promosi buku baru "Senyumlah".

Aku cepat-cepat cari gerai Jemari Seni dan PTS. Kena cepat sebelum orang bertambah ramai. Orang masih belum terlalu ramai kat gerai Jemari Seni. Dengan pantas aku amik dua (2) buah buku Blues Retro by Imaen, dua (2) buah buku Langsir Biji Remia by Noor Suraya, Quartet by Saidatul Saffaa, Tinta by Nasron Sira Rahim, Syud, Pingu Toha; dan Contengan Jalanan by Hlovate. Tujuh (7) buah buku di gerai Jemari Seni. Sebab masih terlalu awal masa tu jadi penulis-penulis masih belum ada kat gerai Jemari Seni.

Seterusnya gerai PTS...sebelah gerai Jemari Seni je. Aku cuma nak cari dwilogi Padang Bulan by Andrea Hirata. Ramai betul orang kat gerai PTS ni. Susah aku nak menyelit. Jadi aku terus je tanya petugas PTS kat situ. Dia cakap dwilogi Padang Bulan kat tengah-tengah. Dah sampai tengah-tengah tapi aku tak nampak pun buku tu. Tiba-tiba petugas tadi bagitau aku buku tu dah habis stok. Takde stok untuk pesta buku lagi. Dah HABIS. Aduhhh kecewanya aku....!!! Penat aku menyelit-nyelit tengah orang ramai tadi.

Misi mencari gerai karangkraf plak sebab aku kena beli lima (5) buah buku Sutera Bidadari by Ramlee Awang Murshid. Tak jumpa..aku terus naik tingkat atas. Pegi gerai ITNM. Etty dah bagi aku kupon diskaun 30% tadi. Rugi la kalau aku tak guna. Aku beli Scattered Bones by Usman Awang.

Turun bawah pegi gerai Karangkraf. Beli lima (5) buah buku Sutera Bidadari by Ramlee Awang Murshid dan Berpantang Cara Alami by Pa&Ma. Punya la ramai orang sampai aku tak sempat nak belikan Fafa edisi hardcover Sutera Bidadari.

Konon nak stay sampai petang kat bookfair...tapi tak boleh la. Orang tersangatlah ramai sampai nak berjalan pun tak boleh. Jalan aci tolak-tolak je..pijak kaki orang bagai.

Hari terakhir aku bawak anak-anak buah aku pegi. Diorang ni aim nak beli barangan Ana Muslim je pun. banyak gak la diorang beli barangan Ana Muslim..baju, button badge, buku nota, magic mug, beg. Kopak gak la aku kena pau dengan diorang....huhu

Aku cuma beli 8 buah buku je..cek gaji tak clear lagi masa tu...=( [selebihnya tolong belikan buku untuk K.Rin, Fafa, Mar & K.Ita]


Maaf la kepada K.Rin & Fafa sebab tak dapat penuhi permintaan untuk autograf dan edisi hardcover..


p/s: siapa kata rakyat Malaysia ni tak suka membaca..??

Saturday, April 23, 2011

it is World Book Day..!!

MPH ada members weekend sale - 20% discount on all books till tomorrow (24.4.2011) & sempena ulangtahun MPH yg ke-105 tahun, mana-mana buku yang ada sticker '105' dapat diskaun 30% till 13.6.2011.

KL International Book Fair 2011 (KLIBF 2011) dah mula semalam sampai 1.5.2011 kat PWTC. Tahun ni aku memang dah plan nak pegi KLIBF 2011.

BookXcess pun ada buat promotion. Tension sebab promosi semua hujung bulan..duit dah kering dalam akaun bank!!

Tapi semalam aku beli jugak buku.hehe....;p ish mana boleh lepaskan peluang yang baik. Tolong belikan Mar buku Lentera Cinta Albaicin (30% less - sticker 105). Dan aku macam biasa sentiasa dalam dilema nak beli buku bila ada members sale macam ni..huhu

Antara The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History atau Doctor in the House?

The 100 ada sticker 105 which is 30% less and the promotion till 13.6.2011. Tapi masalahnya buku ni susah nak dapat dan selalu unavailable. Kalau aku tak beli, nanti habis. Walaupun masih ada promotion sampai 13.6.2011 tapi kalau dah takde bukunya, tak guna pun promotion tu..lagipun aku memang dah aim nak beli buku ni. Kalau aku tak beli mesti tak boleh tido malam plak nanti.

Doctor in the House. Aku nak beli tapi tak la begitu teruja. Cumanya harga selepas diskaun 20% mengujakan aku. Ye la..from RM100 I can get RM80 after 20% discount. Beza RM20 tu..boleh dapat beli satu buku lagi. Dilemanya aku cuma akan dapat beli buku ni dengan harga RM80 sampai esok je - promosi 20% discount on all books. Lepas tu kena beli dengan harga RM100.

Apa pilihan aku?? Setelah mempertimbangkan dari semua sudut, aku pilih The 100. Sebab aku memang dah aim nak beli buku ni. Availability - kalau aku tak beli, mungkin nanti dah takde dan susah nak dapat. Lagipun aku boleh dapat 30% less from RM86.40. So, semalam aku dapat beli buku ni dengan harga RM60.50.

Aku rasa Doctor in the House takde masalah availability. Kalau ada rezeki, mungkin aku boleh dapat beli buku tu dengan harga yang murah lain kali. Ahh kita tak boleh dapat semua benda pada masa yang sama...lagipun kalau aku tak beli The 100 semalam, mungkin tak boleh tido lena malam tadi.hahaha..=)

The 100 by Michael H. Hart - It is a biographies of 100 persons who is the most influential in history. Penulis bukan setakat memilih orang yang dirasakannya berpengaruh dalam sejarah tapi juga memberi 'ranking' kepada orang-orang yang berpengaruh tersebut..!! Memang kontroversi bila buku ni pertama kali diterbitkan pada tahun 1978.

Sebagai Muslim, aku bangga dan kagum bila penulis memilih Nabi Muhammad S.A.W berada di ranking No. 1.

Buku ni memang menarik bagi aku sebab penulis bukan setakat menceritakan tentang karier dan sumbangan seseorang tersebut but explaining his ratings. At the back cover of the book "...Hart's yardstick is influence, not the greatest people, but the most influential, the people who swayed the destinies of millions of human beings, determined the rise and fall of civilizations, changed the course of history."

Anyway, it is not easy to scrutinize all these people and ranked it. A lot of research is required. That's why in this revised and updated edition the author has removed 3 persons from the ranking in order to fit in 3 other persons.


p/s: teruja beli buku macam orang teruja dengan Y.E.S..!

Saturday, April 16, 2011

Macam2 feeling

- Lepas Perak kenduri gol lawan bola dengan Kelantan hari tu, aku rasa macam nak masuk ofis pakai jersey Perak pulak..teruja sangat bila Perak menang!

- Perasaan sangat cemas untuk siapkan written submission...arrggghhhh!!!!!!!!

- Perasaan tak boleh berhenti bila baca novel Meniti Maut by Eyman Hykal. Fast & Furious..haha

- Tapi perasaan yang paling tak best bila aku rasa 'keliru'. Ohh aku tak tau apa yang aku nak.

Takpe abaikan segala perasaan yang tak best. Yang penting sekarang ni fokus untuk book fair kat KL hujung bulan ni...hoho....=)


p/s: I deserve to live happily in my own way..=))

Wednesday, April 6, 2011

Apa saja tentang buku..

Lately fikiran aku asyik berkisar apa saja tentang buku.

Rak buku
Letih bila memikirkan rak buku yang dah penuh. Dah tak ada ruang langsung! Finally last week aku beli rak buku baru. So misi weekend ni adalah 'memenuhkan' rak buku baru...=)


Doctor in the House by Dr. M
Awal bulan lepas buku baru Dr. Mahathir 'Doctor in the House' dah keluar kat MPH (I received notification e-mail from MPH). My third sister siap bagi 'hint' kat aku pasal buku tu. Nak suruh aku beli la tu apa lagi...

Disebabkan agak sibuk, maka agak lambat aku 'review' buku ni kat MPH. It's so strange MPH kat Jaya Jusco Ipoh ni tak letak buku Dr. M ni kat rak depan or rak 'new arrival' or rak display (whatever rak you want to call it). I'm just surprised. Eh tak kan takde kot buku ni kat MPH Ipoh..takkan kat KL je. La..rupanya MPH letak buku ni kat rak belakang kaunter bayaran. Ish macam tak bagi orang 'review' je gayanya. Orang kat MPH tu cakap "boleh tengok tapi kat sini je.." maksudnya kena review baca kat kaunter. Pelik betul MPH kali ni. Makanya aku pun review baca kat kaunter tu je la. Sempat la selak-selak baca buku tu. Orang kat MPH tu kata edisi bahasa melayu akan keluar tapi tak tau bila. [Popular kat Tesco Manjung & Ipoh Parade pun display buku ni kat rak buku depan..pelik pulak bila MPH Jaya Jusco Ipoh tak display buku ni kat rak depan sedangkan buku ni terbitan MPH...]

Aku bukan pro Dr. M dan juga bukan anti Dr. M. Tapi disebabkan aku dah baca buku Anwar Ibrahim so why not aku baca buku Dr. M pulak kan. No harm. Learn to hear from both side then only you decide. [hmmm aku masih fikir nak beli buku ni ke tak. tapi Kak Nab boleh bagi aku pinjam buku ni bila dia dah habis baca nanti. ahhh tunggu Kak Nab habis baca dan pinjam dari dia dulu...;D ]


KLIBF 2011: 22.4.2011 - 1.5.2011
Yeah I'm coming to the book fair!!! Will take leave on 30.4.2011. So far dah aim 2 buku. Buku baru Ramlee Awang Murshid (RAM) 'Sutera Bidadari' dan Dwilogi Padang Bulan by Andrea Hirata. Haiiihhh pening memikirkan bajet 'RM' kat sana nanti. I need more money..!!


Renovation Promotion at Popular Ipoh Parade till 12.4.2011
Clearance stock I can say. Perhaps you can get good book at really cheap price. I've got one book yesterday. Foreign Body by Robin Cook. Hardcover book with original price of the book RM85.60 but Popular sell it at RM16.90 nett. Ohh I really love to buy books at lowest price..;p


Reader's Digest April 2011 issue
Front cover: Prince William & Kate. 23 pages about them. The tagline: Wedding of the decade. Free July 2010 issue. But to me the most interesting in this April issue is Bonus Book - An article about child marriage in Yemen. A girl name Nujood, age 10 and divorced.



p/s: dah masuk pertengahan minggu pertama April, tapi masih belum habis baca apa-apa buku pun untk bulan ni..


Saturday, March 26, 2011

..almost every Saturday.

Sebelum masuk ofis hari sabtu aku akan breakfast kat Clock Tower. Dan biasanya aku akan breakfast kat gerai Mona 60-an.

Menu biasa breakfast aku: nasi lemak dan nescafe ais.

Breakfast sambil baca paper The Star dan lagu 60-70an yang dipasang kat gerai ni. Nostalgia!!

Kat rumah abah yang suka pasang lagu-lagu macam ni. Jadi kami semua kat rumah layan je la..=)

Dan pagi ni macam biasa; nasi lemak + nescafe ais + The Star + lagu Tenda Biru = layan...;D
oppss..tambah aku tapau cucur untuk makan kat ofis pukul 10.00..