Saturday, February 5, 2011

Aku Sanggup Duhai Muhammad by Muhd Nasruddin Dasuki

Jatuh cinta pandang pertama masa aku nampak buku ni kat kedai buku. Cover dan tajuk buku ni sangat menarik dan caption kat belakang buku ni yang paling menarik bagi aku:

“Buku ini tidak akan menjadikan diri anda sehebat dan semulia Rasulullah SAW, namun sekurang-kurangnya jadilah yang paling hampir dengannya.

Buku ni ada 100 kisah pendek mengenai Rasulullah yang menampilkan akhlak terpuji baginda untuk kita renungi dan jadikan panduan hidup.

Buku ni bagi aku hampir sempurna. Maksud aku di sini adalah ia mencakupi kriteria sebuah buku yang aku rasa berbaloi untuk dimiliki dari segi isi buku yang dah tentu tiada keraguan, kulit buku dan tajuk yang menarik, penampilan dalam buku ni jugak menarik - ada gambar-gambar, dan harga buku ni adalah “affordable” untuk dibeli. Jadi kesimpulannya buku ni baik dari segi isi, kulit dan tajuk buku, serta harga.


p/s: kita terlalu jauh dengan zaman Rasulullah SAW..dan semoga dengan buku ni kita akan merasa dekat dengan baginda…



epitjack!
050211@1905

Thursday, February 3, 2011

Rambang mata

Kak Yong aku dengan ghairahnya kata dia memang tak boleh tengok beg tangan. Pendek kata asal tengok yang berkenan je mesti nak beli la. Sampai ada yang beli tapi tak sempat nak pakai. Tau-tau bila nak pakai dah tak elok (kulit beg tangan dah mengelupas..huhu...)

Jadi aku dengan ghairahnya pulak kata aku memang tak boleh tengok buku. Pendek kata asal tengok yang berkenan di minda dan rasa je mesti nak beli. Sama..sampai ada yang beli masih tak sempat nak baca. Oh tapi buku-buku yang aku beli tapi masih belum sempat dibaca tak rosak...;D


p/s: esok nak pegi cari rak buku yang baru kat kedai..

Wednesday, February 2, 2011

A Thousand Splendid Suns by Khaled Hosseini

Buku kedua Khaled Hosseini yang aku baca selepas The Kite Runner. Tak pasti samada tepat pada masa, suasana dan keadaan waktu aku habis baca buku ni. Sebab sekarang tengah hangat dengan isu pergolakan pemerintahan di Tunisia dan Mesir.

Kalau The Kite Runner watak utamanya adalah lelaki tapi A Thousand Splendid Suns watak utamanya adalah wanita. Walaubagaimanapun, premis penceritaan masih lagi berkisar mengenai persahabatan, perjuangan untuk terus hidup, nilai diri. Sungguh A Thousand Splendid Suns memang lebih hebat daripada The Kite Runner. Bukan sebab watak utamanya wanita. Tapi lebih kepada elemen nilai kemanusiaan dan perjuangan untuk terus hidup yang ada.

Rupanya aku memang tak tahu langsung pasal sejarah Afghanistan. Kesan peperangan tu sangat mahal harganya untuk dibayar oleh rakyat Afghanistan.

Terima kasih kepada Khaled Hosseini kerana buku-bukunya yang sekurang-kurangnya membawa aku mengenali Afghanistan.


p/s: A Thousand Splendid Suns berjaya membuatkan aku mengalirkan air mata...


epitjack!
020211@2337

Tuesday, February 1, 2011

Cabaran & Dugaan

Sungguh la kerjaya aku ni memang menuntut kesabaran yang tinggi atas cabaran dan dugaan yang dihadapi.

To make it short, today I've got "dirty words" from the clerk as a price to get my documents..!!

Alright, I don't take it. But do I really deserved those "ditry words" just to get my documents??


p/s: fed-up..

Friday, January 28, 2011

Memori

Kalau aku tengok mak ayah hantar dan ambik anak2 diorang pegi dan balik sekolah especially naik motor...teringat masa aku kecik dulu.....

Abah hantar dan ambik aku kat sekolah naik motor Honda 70. Kalau bas atau lori lalu mesti motor rasa bergoyang punya...hmmm
Kalau hujan pun naik motor jugak dengan baju hujan bagai....tapi yang penting mesti pegi sekolah. Tak merasa la nak naik kereta ni sume. Kalau abah keja jauh, mak akan ambik aku kat sekolah naik basikal. Sepanjang perjalanan seksa menahan bontot sakit duduk atas pelantar basikal dengan jalan yang tak rata...huhu

Sebab tu kalau tengok budak2 ni balik sekolah ayah ambik naik motor, teringat masa aku kecik dulu....and after that I wonder what would the child be in the future..

Anyway, thanks to my parents atas kesungguhan mereka menyekolahkan aku sampai jadi seorang yang berjaya sehingga hari ini. Dan harapnya ia sesuatu yang membanggakan mereka dan rasa berbaloi dengan apa yang telah mereka korbankan selama ni.....luv both of you mak and abah....=)


epitjack!
250210

Pagi Jumaat yang...

Waktu jalan kaki pegi court tadi aku rasa hari ni antara pagi Jumaat yang tenang.

Sungguh. Sebab tak sampai 15 minit, kes aku dah habis. Seronoknya. Tak perlu tunggu lama macam semalam!!

Sudah double joy dari semalam.

Sampai kat ofis, belum sempat duduk..triple joy sudah datang....=))

Dan untuk meraikannya, secangkir nescafe. Ahh rasa nescafe yang staff aku buat ni tak pernah berubah sikit pun walaupun dah hampir 3 tahun aku minum.


p/s: benarlah hidup ni satu misteri..

Monday, January 24, 2011

Sebiji pisang, sepotong kek coklat & secangkir nescafe..

Menu makan pagi aku hari ni.

Sebiji pisang sebelum pegi keja pagi tadi dan sepotong kek coklat (yang bos aku buat) dengan secangkir nescafe lepas balik dari court seawal jam 9.00 pagi.

Lunch hari ni aku bawak bekal dari rumah....=)


p/s: sedapnya kek coklat..