Thursday, February 16, 2012

Pasar Seni

Cuaca yang tak berapa panas. Okey ada tempat duduk kosong depan kedai mamak ni. [tempat duduk yang orang selalu lepak tengok busker nyanyi kat Pasar Seni]

No rush. Boleh duduk jap belek-belek komik Pahlawan Naga Kembar yang aku baru beli kat kedai mamak tadi. Tiba-tiba....

"Komik ni ada keluar yang baru ke?" Entah datang dari mana mamat ni tak bagi salam apa bagai tiba-tiba tegur aku macam tu sambil tunjuk iklan komik Golok Keramat kat komik Saga Senjata yang aku baru beli tadi.

Adoi kacau la mamat ni..aku tengah layan baca komik dia sibuk tanya plak. Kalau aku tak jawab karang dia cakap aku sombong plak. "Errr..saya tak pasti la komik Golok Keramat ni ada keluar yang baru ke tak sebab komik ni dah lama rasanya."

"Ha'ah komik ni memang dah lama. Saya tengah nak kumpul balik tapi tiba-tiba dah stop macam tu ja."

"Ohh ya ke..tak tau la plak. Hmm may be boleh check dengan publisher dia dan beli melalui pos je la."

"Hmm tu la..takpe la nanti saya check dengan publisher dia je la.."

Mamat tu pun pergi. Chop! Apsal mamat tu boleh tiba-tiba je tegur aku cakap pasal komik macam dah lama kenal je?? Confused aku.

Anggap je la dia tengok aku tengah baca komik di khalayak ramai kat Pasar Seni ni dengan selamba dan tak pedulikan suasana sekeliling. Makanya dia pasti ingat aku adalah orang yang sangat selamba dan tak kisah pun kalau ditegur oleh orang yang tak dikenali mengenai komik.

This was happened 10 years ago.


It happened again a year ago bila aku tengah beli komik Pahlawan Naga Kembar kat kedai pakcik India yang aku selalu beli newspaper dan komik-komik aku kat Ipoh ni. [Ohh dah lebih 10 tahun aku baca komik Pahlawan Naga Kembar ni..!!]

Mamat ni asyik tengok aku beli komik dan sementara tunggu duit baki, aku belek-belek la komik Pahlawan Naga Kembar dan Kreko. Takut tak cukup mukasurat ke apa. Pakcik India ni plak memang baik dengan aku..regular customer la katakan.hehehe

Sebelum aku pergi, mamat ni tegur. "Suka baca komik ni ke? Dah lama baca komik ni?"

"Haaa..dah lama baca komik ni sejak saya belajar lagi sampai la dah kerja sekarang. Saya memang suka baca komik."

"Ohh ye ke. Saya pun baca komik gak..komik Pedang Setiawan dan Raja Rimba. Tapi lepas dah lama tu stop.Banyak la komik..ni rasa macam nak sambung balik."

"Pedang Setiawan dan Raja Rimba tu saya baca gak la tapi tumpang baca komik orang. Panjang sangat la komik tu sampai lebih 400 episod pun tak habis-habis lagi.Dah mati tapi hidup balik la. Tak larat nak follow dah."

"Haaa tula..memang panjang sangat ceritanya."

Dah dapat duit baki, aku pun pergi. Mamat yang tegur aku ni adalah bapak orang yang lebih kurang baya-baya abang ipar aku ja..late 30's macam tu aku rasa.


Semalam di facebook.

Ada sorang mamat ni komen tanya 'ada cover lain ke' untuk buku A. Samad Said tajuk Cinta Fansuri tu. [Sebelum tu aku ada buat status di facebook PTS pasal buku ni..yang mana aku lebih suka cover terbitan Wira Bukit (Pak Samad's publishing company) daripada cover terbitan PTS. Sebab cover terbitan Wira Bukit sejuk mata memandang.]

Aku balas balik di ruangan komen tu dan jawab, 'ya, ada cover lain'. Aku tanya dia, 'nak aku tag cover buku tu ke'. Mamat ni balas, 'ya'. Aku pun bagi link Ujana Ilmu online untuk dia tengok cover yang aku suka tu. Mamat ni balas, 'dia setuju yang cover terbitan Wira Bukit tu nyaman dan sejuk mata memandang'.


Kesimpulannya, comic lover/book lover memang macam ni. Diorang ni tak kisah nak tegur orang yang tak dikenali asal nampak orang tu ada interest yang sama dan boleh berkongsi maklumat serta 'passion' on comic/book.



p/s: hanya comic lover/book lover saja yang mungkin faham situasi di atas..





Monday, February 13, 2012

adjusting life..

My mom passed away 2 days after my last entry.

And today, she had left us for a month.

So many things happened before and after she passed away. And the whole family is adjusting life without her, our beloved mom, grandma and faithful wife of my father.

I'm sad indeed. But Allah love her more.

Al- fatihah.

Thursday, January 12, 2012

Laksa Johor

Aku cuma cakap kat kakak aku yang aku dah lama tak makan laksa johor yang dia selalu buat masa aku belajar kat Petaling Jaya dulu.

Tup-tup esoknya dia buat laksa johor...=)) bestnya!!! Lama dah kot tak makan laksa johor. Nak makan kat Laksa Shack, dah tutup kat tempat aku ni. lagipun tak berapa ada duit nak makan laksa kat Laksa Shack.

Lepas ni kalau aku rasa nak makan laksa johor dah boleh buat sendiri. Dah belajar resipi dengan kakak aku..hoho ^_~

Ohh laksa johor ni lain sikit dengan laksa utara. Laksa johor guna spaghetti dan tak guna bunga kantan dan daun kesum. Laksa johor ni tak berapa pedas.

Ahhh sedapnya...yummy!!!!

Wednesday, January 11, 2012



Yang kamu lihat bukan semestinya meyakinkan
sedang yang kamu yakini itulah yang kamu pasti melihatnya
- Anas K.Hadimaja (Muhammad Akhir) -




Monday, January 9, 2012

KAKI BOLA 5 minit terakhir

!@#$%^&*()(*&^%$#@!!!

daripada 3 soalan, satu ja pasal bola. tu pun pasal bola 'luar negara'. jadahnya..kalo macam tu baik tukar je tajuk program 'kaki sukan'.

Q1 - Nicol David berasal dari mana?

Q2 - Siapakah pemain luar negara yang baru bersara datang ke Malaysia baru-baru ni?

Q3 - Berapakah pingat emas yang dimenangi oleh Malaysia di Sukan Sea Indonesia?


A1 - Penang. tapi Nicol David ni main 'bola' ka?

A2 - Gary Neville. Player MU - Barclays Premiere League (Liga Perdana Inggeris). 'luar negara'.

A3 - 59 pingat emas. so what??


Tajuk program 'Kaki Bola' kot...tak boleh ka tanya:-

Q1 - Allahyarham Mokhtar Dahari berasal dari mana?

Q3 - Siapakah pemain Malaysia yang gagal menjaringkan penalti diperlawanan akhir Sukan Sea antara Malaysia dan Indonesia?


Ni contoh soalan berkaitan bola yang aku terfikir ja..tapi lebih baik la daripada soalan depa tu.

Weiihhh..sekali lagi aku ulang ni program 'KAKI BOLA' kot..jadi apa la jadahnya tanya soalan pasal nicol david plak. ke aku tak tau yang nicol david dah tukar daripada main skuasy dia main 'bola sepak' pulak???

Blah la weii..kecewa aku tengok program ni!!


p/s: freedom of expression

Wednesday, January 4, 2012

Salina by A. Samad Said

Dulu masa aku belum cukup 'dewasa', aku diberitahu buku Salina ni mengenai kisah seorang pelacur. Seolahnya 'pemberitahu' itu cuba mengatakan buku ni tak 'sesuai' untuk dibaca oleh aku [yang belum cukup dewasa].

Anehnya aku cuma tahu dan dengar saja tapi tak pernah lihat buku ni di perpustakaan sekolah. Jadi aku nekad mahu benar-benar tahu apakah benar seperti yang dikatakan oleh si pemberitahu itu.

Akhirnya aku jumpa buku Salina di perpustakaan universiti tapi dalam versi bahasa Inggeris. Aku baca tapi tak habis sebab kekangan tugas sebagai pelajar [ceh!konon macam rajin sangat baca buku pelajaran la..]

Setelah beberapa tahun bekerja, aku jumpa 'kembali' buku ni di perpustakaan awam negeri. Aku pinjam saja sebab buku ni memang kategori 'rare' dan memang dah tak ada di kedai buku untuk dibeli.

Edisi yang aku baca ni adalah edisi ringkas. Kata penulisnya, Pak Samad:-

"Ada yang menganggapnya 'tebal', 'berat' dan 'dewasa' bagi khalayak muda. Kerana 'tebal'nya maka ramai yang 'bercakap tanpa membaca'nya. Kerana 'berat'nya, maka lebih ramai pula yang 'meninggalkannya separuh jalan'. Dan kerana 'dewasa'nya, maka ia selalu 'terlarang' kepada khalayak muda."

"Apakala hasrat mengerjakan edisi ringkasnya timbul, tidak pula bererti bahawa ia tergerak oleh keinginan saya untuk 'menipiskan', meringankan' dan 'meremajakan'nya."

"... . Saya terdorong mengerjakan edisi ringkas ini lebih kerana ingin menemukan kaedah 'memempatkan'nya, dengan menggunting beberapa renda ayat yang dirasakan kurang membantu."

"Saya tidak mahu mengganggu inti kisah dan sebahagian penting dialog hariannya yang memang khusus mencerminkan tabii dan masalah masyarakat dekad empat puluhan."

"Saya ingin megekalkan ceritanya di tempat yang sama; cuma biarlah penceritaannya lebih mengalir. Segala lukisan, cakapan, ingatan dan khayalan yang berlaku dalam masyarakat dekad itu juga biar terpelihara kukuh."

Itu kata Pak Samad dalam edisi ringkas buku ni.

Bagi aku, ini satu karya yang hebat dari Pak Samad. Ia adalah salah satu novel sepanjang zaman yang mesti dibaca. Dengan membacanya hingga noktah terakhir, kita boleh 'menghukum' Salina apakah dia 'benar-benar' seorang pelacur? Bagaimana pula pada ketika itu, orang yang berkelulusan sekolah Inggeris begitu 'laku' jika dibandingkan dengan orang yang berkelulusan sekolah Melayu? Petikan di bawah diambil di mukasurat 284:-

“Kata cikgu kami buku-buku Inggerislah yang tinggi mutunya di dalam dunia ini. Sebab itulah kami baca buku-buku tu - kami baca semua buku Inggeris yang tinggi mutunya,” kata Hilmy.

“Yalah. Tapi takkanlah benar buku-buku Inggeris saja yang tinggi mutunya. Lagi pula kalau tinggi pun mutu buku-buku Inggeris tu, takkanlah awak orang Melayu tu tak mau baca-baca buku Melayu pulak. Kalau benar buku-buku orang Melayu tak bermutu, bacalah saja kerana isinya, periksalah apa yang terkandung di dalam hati dan fikiran penulis-penulis Melayu tentang orang sebangsanya. Kata orang sekarang ni zaman bangsa kita mulai belajar kenal dirinya sendiri, zaman kita mulai sedar. Hah, kalau dah gitu bila lagi endak sedar kalau buku bangsa sendiri pun tak endak dibaca? Endak tunggu sampai bangsa Melayu tenggelam terus baru endak dibaca sejarah kejatuhannya itu?” kata Nahidah.

Aku percaya novel ini ditulis seputar realiti masyarakat pada waktu itu. Ya, realiti memang pahit dan menyakitkan. Tapi apakah kita terus mahu ber'fantasi' dengan kehidupan dan cuba sedaya mungkin menolak 'realiti'nya? Hadapi saja realiti itu dan cuba 'mengatasi'nya.


p/s: aku pernah 'terserempak' dengan Pak Samad di stesen Putra LRT Pasar Seni beberapa tahun dulu waktu aku masih bergelar seorang pelajar di Petaling Jaya. Kami berbalas senyuman tapi aku lebih berasa 'segan' kerana dia seorang Sasterawan Negara.
[haihhh rugi aku tak minta tandatangan atau bergambar dengan Pak Samad waktu tu..sebagai bukti yang aku memang pernah 'terserempak' dengan Pak Samad di tempat awam].



epitjack!
040112 @ 1004

Tuesday, January 3, 2012

2012

Di pagi tahun baru 3 Januari 2012, tenang-tenang je bersarapan dengan kawan aku. Menikmati gitu..;D

Sampai hampir ke tengahari, tenang-tenang pulak ke Novel Hut..tempat kedai buku terpakai kegemaran kami. Aku nekad cakap kat dia, "Kita pegi je..bukan nak beli. Tengok-tengok je."

Sampai kat Novel Hut, taklah banyak buku-buku yang menarik (pada hemat aku). Tapi kami 'tertewas' jugak! Ceh kawan aku ni 'berlagak' siot...beli 2 buku yang aku dah ada. Aku cakap kat dia tak payah la beli..pinjam je dari aku. Tapi dia tetap nekad nak beli jugak...

Dia sibuk nak goda aku 'lepaskan' buku Detektif Indigo karya Faisal Tehrani. Tapi aku nekad nak beli. Apapun aku berjaya goda suruh dia beli buku Diari Mat Despatch karya Bahruddin Bekri. Sedang kami dok tertonggek-tonggek 'korek' buku-buku terpakai kat kedai ni, aku jumpa lagi satu buku Faisal Tehrani tajuk Nama Beta Sultan Alauddin. Berlaku sedikit 'perebutan' di situ dengan kawan aku ni. Tapi kami mencapai kata sepakat.

Kenapa aku suka beli buku terpakai? Obviously sebab aku tak banyak duit. Kat kedai buku terpakai ni aku boleh dapat novel serendah RM2.00. Bila beli buku di kedai macam ni kena pertimbangkan samada berbaloi atau tak. Kalau rasa berbaloi, beli la. Kalau tak jangan beli. Seronoknya kedai macam ni sebab kadang-kadang kita boleh dapat buku yang susah nak dapat di kedai buku biasa. Dalam erti kata lain mungkin boleh dapat buku yang 'rare' kat sini.

Buku-buku yang terpakai ni jugak sebenarnya penuh dengan 'sejarah'nya yang tersendiri. Sebagai contoh, aku dapat beli:-

- 2 buku John Grisham yang hanya untuk dijual di India sahaja.
- 1 buku dari perpustakaan awam di Leicester.
- 1 buku yang pemilik sebelumnya beli di Switzerland.
- 1 buku milik budak Izzudin Shah (SIS). [erkk??!!]
- 1 buku yang dihadiahkan oleh seorang kawan kepada seorang kawannya sebagai tanda maaf. [macam mana aku tau? Sebab ada 'nota maaf' tercatat di buku tu.]

Heh! Tiba-tiba putus idea pulak nak tulis apa lagi.


p/s: [my] book award 2011 sudah disenarai pendek. akan diumumkan tak lama lagi..