Tuesday, May 8, 2012

karma!?

Sesekali jumpa kawan lama masa sekolah dulu memang mengimbau kenangan saja.

Kawan aku cakap baru-baru ni mak dia bagitau adik dia kena buli di sekolah dan cakap siapa la yang kaki buli dulu sampai sekarang ni adik depa plak kena buli. Sambil tu mata mak dia dok tengok dia. Tapi kawan aku ni buat tak reti ja. Takdak respon. Aku tanya dia mak dia syak ke yang dia kaki buli masa sekolah dulu? Dia kata mak dia mungkin syak dia kaki buli dulu. Dan sekarang adik2 dia semua kena buli kat sekolah. Karma!

Kami bantai gelak sakan bila ingat zaman sekolah dulu. hahaha

Aku fikir aku selamat. Aku takdak adik untuk jadi mangsa buli di sekolah. Tapi hujung minggu lepas balik kampung, kakak aku cakap anak dia kena buli di sekolah. Duhh!! Karma kah!?? Ahh whatever..tapi bila fikir balik, semua anak buah aku jadi mangsa buli di sekolah! Alamak..agaknya kakak2 aku tau tak yang aku ni kaki buli kat sekolah dulu?


p/s: atas faktor2 keselamatan, aku tak boleh dedahkan corak pembulian kami kat sekolah dulu.kehkeh




Friday, May 4, 2012

^_^

Buku free yang aku dapat daripada JS Adiwarna untuk peraduan 'Redeem & Review'.
Staff JS Adiwarna cakap aku boleh redeem apa-apa buku kecuali Hikayat Hang Tuah. Aduhh kecewa di situ. Jadi diorang cakap pilihlah buku yang paling mahal kalau tak rugi nanti. Hmm memandangkan kebanyakan buku diorang aku dah baca, aku serius tak tau nak pilih buku yang mana. Jenuh depa nak melayan aku yang banyak kerenah ni masa nak pilih buku mana yang aku nak redeem. Tapi depa ni memang sangat membantu la untuk aku membuat keputusan. Ada seorang staff ni macam malu-malu ja nak promote Gerabak Merah Jambu tu tapi aku cakap dengan dia "Ohh yang ni saya memang macam nak pilih cuma lagi satu buku saya tak tau nak pilih yang mana". Lepas tu depa kata penulisnya ada di kalangan mereka dan suruh aku teka. Aku tak nak teka tapi aku cakap nanti nak tandatangan penulisnya, Kamalia. Selesai sesi memilih, baru la depa cakap yang mana satu penulisnya. Rupa-rupanya orang yang mula-mula promote buku tu kat aku la penulisnya. Patut la macam malu-malu je dan tentunya aku dapat tandatangan penulisnya, Kamalia...=))  

Buku free from my best friend
Perempuan Nan Bercinta tu buku terbaru Faisal Tehrani dan karya asli pertama daripada ITBM. Lepas belek-belek buku ni, aku rasa macam buku ni sekuel kepada buku Tuhan Manusia. Ayat ini yang pertama aku nampak masa belek-belek buku ni dan aku terus rasa 'seram sejuk'. Thanks to my best friend yang 'bersungguh-sungguh' nak bagi aku buku ni..hoho 
"Cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati." - Perempuan Nan Bercinta (Faisal Tehrani) 


Buku free from my other best friend which she bought it in Jakarta
Aku pesan dengan kawan aku mintak tolong dia belikan buku Chairil Anwar masa dia outstation ke Jakarta bulan lepas. Jadi dia belikan 'Aku Ini Binatang Jalang' koleksi puisi Chairil Anwar dari 1942-1949. Aku tanya berapa harga buku ni tapi dia cakap ambik saja..dia bagi aku. Ini sajak yang paling aku suka dalam buku ni:- 

AKU

Kalau sampai waktuku 
Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau 

Tak perlu sedu sedan itu 

Aku ini binatang jalang 
Dari kumpulannya terbuang 

Biar peluru menembus kulitku 
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa lari 
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak peduli 

Aku mau hidup seribu tahun lagi 



Buku yang aku beli
Tunas Cipta (Februari 2012) tu aku beli sebab ada rencana yang aku nak baca. Rindu Seorang Rafik tu selalu je tak ada stok di kedai buku mainstream. Surat-surat Perempuan Johor tu lagi langsung jatuh kategori 'rare' yang memang aku tak pernah nampak langsung kat kedai buku mainstream.

2 Buku Fixi, 1 mug KOPI & free beg
Aku dah baca proposal novel Licik. Jadi aku mahu tahu keseluruhan ceritanya. Pecah pulak memang lama dah aku aim nak beli tapi malas nak beli online. Kat kedai buku mainstream pulak kadang-kadang ada kadang-kadang tak ada. Mug KOPI tu sebagai pelengkap kepada buku KOPI yang aku beli hari tu. Beg Sitora Harimau Jadian tu free dari Fixi.

beli kat gerai Payless
Untuk menambahkan koleksi buku John Grisham aku. Kat kedai buku terpakai Novel Hut yang aku selalu pergi tu memang susah nak dapat buku ni. (Padahal aku boleh je beli buku ni baru kat Popular or MPH..hoho)

Buku-buku untuk anak-anak buah aku

special untuk anak buah aku yang ambil subjek lukisan dan seorang lagi yang memang suka memasak

Ada 3 beg buku yang aku kena bawak balik kampung weekend ni. Dan sesungguhnya aku perlukan rak buku baru...huhu 

Ada sesiapa nak hadiahkan aku RAK BUKU?? 


p/s: mungkin besday tahun depan aku patut request rak buku pulak...LOL






Wednesday, May 2, 2012

Kembara PBAKL 2012

Ipoh yang sesak pada petang 30 April hampir membuatkan aku terlewat sampai ke stesen KTM. Train ETS ke KL Sentral berlepas 1 minit awal dari yang dijadualkan. Anehnya perjalanan kali ini aku tak membaca tapi memilih untuk melayan lagu-lagu di mp3 aku sambil memandang ke luar tingkap menikmati sinar mentari petang. (Taubat aku tak beli dah makanan kat dalam train ni sebab makanannya tak 'fresh' juga tak berapa sedap selain daripada faktor harga.) 

Dah bagi tau kawan aku yang mesti pergi pesta buku seawal jam 9.00 pagi untuk elakkan kesesakan yang melampau kat dalam PWTC nanti. 

1 Mei. Pukul 8.30 pagi dah sampai PWTC. Makan sarapan pagi yang berat sebab aku takut pengsan pulak dalam PWTC nanti sebab lapar. Selain memburu buku, faktor berjumpa kawan-kawan lama dan bertukar cerita antara faktor aku ke KL. Maklumlah ramai kawan-kawan aku kerja di KL. Aku je yang setia dengan Ipoh..;p 

Menjelajah dan mengharungi lautan manusia di PWTC ni memang mencabar. Jalan main aci tolak-tolak je. Tangan aku pulak dah sakit dok bawa buku yang berat. 

Dengan bajet yang terhad, aku dengan kakak senior aku memang berhati-hati memilih buku yang nak dibeli. Kalau tidak memang kami kena puasa setahun la jawabnya.

Tengok Majalah Solusi di gerai Telaga Biru. Nak tanya berapa hargnya sebab ada senior aku pesan minta tolong belikan tapi tak ada pulak pekerja Telaga Biru yang boleh aku tanya. Jadi aku pun pergi tempat lain la dulu. 

Gerai pertama yang kami pergi adalah penerbit buku Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. Dah tentunya kami mencari buku Faisal Tehrani (FT) kat sini. Kami pilih buku FT yang berlainan tajuk (sebab nanti boleh tukar baca) dan yang dah susah nak dapat di kedai-kedai buku (buku yang kami kira 'rare')

Gerai kedua adalah Jemari Seni (JS). Kawan aku pesan beli buku Surat Ungu Untuk Nuha (SUUN) nak bagi hadiah hari lahir pada kawan dia. Dengan pesanan dapatkan tandatangan penulisnya, Noor Suraya. Penulisnya ada di gerai JS Adiwarna di tingkat atas. 

Jadi aku heret senior aku ke gerai Buku Fixi dulu sebelum kami naik ke tingkat atas pulak nanti. Aku beli buku Licik dan Pecah serta ehem ehem..mug KOPI...=)) Ohh senior aku pun beli buku jugak kat gerai Fixi ni. Buku Zombijaya dengan apa entah lagi satu buku tu aku dah tak ingat...haha 

Mari cari eskalator untuk ke tingkat atas. Fuhh!! Sungguh mencabar nak rempuh lautan manusia ni semua. 

Ini misi paling utama dan penting kenapa aku ke pesta buku. Misi ke gerai JS Adiwarna adalah untuk menebus dua (2) buku percuma yang aku dapat. Ini gerai yang paling meriah bagi aku. Pekerja-pekerja JS Adiwarna semunya ceria dan memang amat mesra pelanggan! Sungguh aku sanggup je duduk lama-lama kat gerai ni. Aku pilih buku Gerabak Merah Jambu dan Saya Bukan Minah Perasan! untuk buku percuma. Dan beli buku Ya, Chef! untuk anak buah aku yang suka memasak tu. Penulis Gerabak Merah Jambu, Kamalia memang ada di gerai tu (aku syak dia adalah pekerja JS Adiwarna) dan semestinyalah aku dapatkan tandatangan dia. Tandatangan Imaen untuk buku dia Ya, Chef! pun aku dapat. Tapi aku tak tangkap gambar dengan diorang sebab aku tak ada kamera atau telefon kamera yang bergaya. T____T  Kaksu pulak tak ada kat gerai JS Adiwarna masa tu. Tapi diorang cakap kalau nak tandatangan Kaksu untuk SUUN mungkin boleh datang balik dalam setengah jam. 

Jadi kami pun terus ke tingkat atas cari gerai Payless pulak. Aku beli satu buku je kat gerai ni. Buku John Grisham 'The Appeal'. Tapi senior aku memang borong sakan la kat gerai Payless ni. 

Gerai Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) memang wajib pergi sebab kawan baik aku kerja kat sini. Aku nak tuntut dua (2) buku percuma yang dia janji nak bagi aku dari tahun lepas dan menggunakan diskaun 30% dia sebagai pekerja untuk beli buku Lukisan Cat Air untuk anak buah aku yang ambil subjek lukisan tu. Kawan aku bagi buku baru FT 'Perempuan Nan Bercinta' dan lagi satu aku pilih Sangeetha's Duet. Kesimpulannya kami memang menggunakan dia untuk beli buku ITBM dengan harga diskaun 30% dia sebagai pekerja ITBM..hoho 

Aku ke gerai JS Adiwarna balik. Bersungguh jugak nak dapatkan tandatangan Kaksu. Kali ni berjaya..=) Tapi yang lebih menarik adalah bila aku dapat berbual dengan Kaksu dan Imaen tentang dunia perbukuan di Malaysia hampir 30 minit! Diskusi yang hebat aku rasakan. Pertama kali berbicara dengan serius dengan mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia perbukuan dan sastera di Malaysia. Dan yang paling menarik adalah perbincangan yang tidak ada tekanan dan sangat santai. Aku yang kerdil ini selamba saja meluahkan apa yang aku rasa dan fikirkan tentang dunia perbukuan dan sastera negara kita. Terasa macam siapalah aku untuk mengkritik sedang aku cuma setakat pembaca tegar yang tidak begitu arif tentang sastera kononnya. Tapi Kaksu dan Imaen buat aku rasa selesa untuk mengekspresikan pendapat aku. Kesimpulannya, let us agreed to disagree. Peace no war! Bagi aku sastera itu luas dan bebas. Biarlah ia berkembang dan janganlah membantutkan dan menguncupkan serta menyempitkan sastera itu. 

Ohh aku terlupa. Aku dan senior aku ke gerai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) jugak. Tapi ini gerai yang paling 'menyedihkan' bagi kami. Nak tahu kenapa? Pekerjanya tidak cukup membantu dan tidak mesra pelanggan. Tidak murah senyuman. Ada seorang perempuan buat pertanyaan di kaunter bayaran (waktu tu aku tengah buat bayaran jadi aku memang jelas dengar apa yang terjadi). Perempuan ni tanya ada tak buku Bedar Sukma Bisu (BSB) oleh FT. Ini jawapan yang diberi oleh pekerja DBP "Ada tapi kat kedai. Tak bawak. Cik tulis kat sini nanti kami hubungi." Aku dan senior aku saling berpandangan. Kami kecewa dengan jawapan tu. Sebagai pelanggan dan bersusah payah datang ke pesta buku setahun sekali yang ramai orang ni semata-mata nak mendapatkan buku FT (yang pada aku memang susah nak dapat di kedai-kedai buku biasa) dan membawa segunung harapan terus ke gerai DBP untuk dapatkan buku tu, tapi jawapan yang diterima sungguh mengecewakan. FT tu bukan penulis kecil anak. Peminatnya ramai. Macam mana DBP boleh tak bawak buku FT ke gerai mereka di pesta buku? Kalau pun stok di gerai sudah habis, mereka mesti cepat menambah stok buku tersebut dengan cepat. Atas alasan apapun sekali buku FT tak ada di gerai DBP, mereka mesti katakan kepada pelanggan dengan cara yang baik. "ada tapi kat kedai" bukan jawapan yang aku nak dengar kalau aku adalah perempuan tu. Tiada kata maaf disebabkan buku tu tak ada di gerai mereka. Kalau mereka jawab "maaf cik buku tu ada di kedai dan orang kami tengah ambil buku tu di kedai untuk dibawa ke sini. apakata cik jalan-jalan dulu dan datang kemudian?" sejuk jugak lah hati yang mendengar. Tapi dengan jawapan "ada tapi kat kedai" memang boleh mendatangkan marah kalau aku adalah perempuan tu dan aku mungkin akan jawab "kalau ada tapi kat kedai nak buat apa!" Muka perempuan tu memang jelas sekali sangat kecewa dengan jawapan pekerja DBP tu. Aku nak je cakap dengan perempuan tu kalau dia nak BSB pergi ke PKNS Bangi sebab ada satu kedai buku yang jual BSB. Tapi aku tak tau perempuan tu orang KL atau tak. Entah-entah dia pun macam aku bukan orang KL dan peluang di pesta buku macam ni la untuk dapatkan buku FT. Mungkin ini adalah kes terpencil yang berlaku di gerai DBP yang kebetulan aku menjadi saksi kepada peristiwa yang tidak menyeronokkan ini. 

Aku ke gerai PTS jugak tapi buku Hati Emak oleh Bahrudin Bekri yang aku cari tu tak ada. Kecewa aku. 

Akhir sekali sebelum balik aku ke gerai Karangkraf nak beli buku resipi yang dipesan oleh senior aku di Ipoh. 

Kawan aku yang baik hati sedekahkan beg dia untuk aku muatkan kesemua buku yang aku beli di pesta buku. Dia kata senang aku nak bawak naik train ETS nanti. Satu beg galas belakang dan satu beg buku untuk digendong. 

Train ETS dari KL Sentral ke Ipoh tertangguh ketibaannya selama 15 minit. Jadi aku akan sampai Ipoh lebih kurang 9.45 malam. Hujan pun agak lebat di luar KL Sentral ni. Kawan aku kat Ipoh dah sedia tawarkan diri dia nak jemput aku di stesen KTM nanti bila aku sampai. Aku syak dia cuma cari alasan untuk keluar sebab seharian dia dah terperuk kat rumah..hehe 

Dalam perjalanan balik ke Ipoh, aku layan buku Chairil Anwar 'Aku Ini Binatang Jalang' bersama secangkir kopi dan juga hujan lebat serta kilat di luar tingkap train ETS ni. Inilah buku yang kawan aku belikan untuk aku masa dia ke Jakarta bulan lepas. Sebab buku ni jugak lah antara faktor kenapa aku datang ke KL. 

Penat tapi puas hati.  Secara keseluruhannya, aku beli 7 buah buku, 1 majalah, 1 mug cenderahati dan yang paling seronok aku dapat 5 buku percuma. Dan pembelian aku masih di bawah bajet yang aku dah peruntukkan. 

Nanti aku muatnaik gambar buku-buku yang aku beli di blog ni...=))

                 

             

Saturday, April 28, 2012

antara Jom Heboh dan..

aku pilih pergi public libary. Kakak aku pesan belikan buku-buku DBP yang ada diskaun kat situ untuk anak-anak dia. Aku pun nak buat kerja sikit kat library. 

Baru nak on laptop, staff public library tu ajak aku join sukaneka diorang sebab ada yang tak cukup pasangan. Huh?? Kesian. Aku pun join. Lawak betul! Umur dah dekat 30 nak main sukaneka plak...;p

Belumpun pergi pesta buku KL minggu depan, aku dah memborong buku-buku DBP kat public library ni. Aku borong yang ada diskaun 90%. Alahai..tinggal berapa sen je harga buku-buku ni. Aduhh sedih betul..buku-buku yang sebegini bagus dijual dengan harga begitu murah sekali. 


p/s: Jom Heboh tewas di hati aku..





Wednesday, April 25, 2012

not finalise

masih belum finalise list buku yang nak dibeli kat bookfair KL nanti.

buku2 yang dipesan oleh kawan2 dah ada. tapi aku sendiri belum betul2 ada buku apa yang kepingin sangat nak beli. setakat ni tujuan yang ada hanya nak tebus 2 baucar buku free dari JS Adiwarna dan nak ambik buku yang kawan aku beli kat Jakarta hari tu.

masa dah suntuk ni. kalau tak buat list, sure terbabas membeli nanti. huhu

public library kat tempat aku ni buat jualan buku DBP dengan diskaun up to 70%. jemput datang. pasti ada buku yang menarik untuk anda.  



Thursday, April 12, 2012

Lagi review 3 buku JS Adiwarna

Buku Pertama:-

Tajuk: Wanginya Bunga Rampai
Penulis: Haswida Abu Bakar
Harga: RM19.00
Kategori: Si Manis 17

Plot yang nampak klise bila jodoh telah ditentukan oleh keluarga kerana wasiat dan juga keturunan. Tapi apa yang membuatkan plot yang kononnya klise ini nampak berbeza?

Latar ceritanya berbeza dan terima kasih kepada penulis kerana mengembalikan nostalgia saya pada kemeriahan persiapan kenduri kahwin di kampung. Orang ramai datang bergotong-royong untuk menyediakan juadah kenduri disamping cerita politik dan gosip orang kampung. Ahhh sungguh nostalgia sekali!

Arif dan Seri masing-masing telah ditunangkan dengan pilihan keluarga. Tapi hati mereka bergetar dengan irama yang sama bila pertama kali bersua muka di Kg. Molek untuk persiapan perkahwinan Helmi. Betullah kata orang bahawa orang bertunang ni darah manis dan cabaran semasa bertunang lebih hebat lagi. Saya kagum pada sikap Seri yang kuat menepis godaan dan berpegang teguh pada ikatan pertunangannya walau tidak ada setitis kasih pun pada tunangnya, Haikal. Berkat doa dan kesabaran Seri, Allah telah menghembuskan perasaan sayang dan rindu itu kepadanya dan Haikal.

Maka tinggallah Arif, si penunggu fajar yang sia-sia. Sikap Arif yang tegar mengikut perasaannya dan cuba merebut Seri dari tunangannya, Haikal amatlah menjengkelkan sedang dia sendiri juga telah ditunangkan dengan Nurul. Walaupun Arif dan Seri tidak dapat bersatu tapi darah mereka telah bersatu dalam tubuh Hana.

Pengakhirang novel ini yang telah mengikat kejap hati saya bila akhirnya Arif Azri Baharin menemui dirinya kembali dalam misi pencarian si ‘dia’. Dan pastinya gambar cover buku itu adalah Syarifah Seri Indah Syed Ilham al-Habsyi & Syed Haikal Syed Uzair al-Idrus!


Buku Kedua:-

Tajuk: Langsir Biji Remia
Penulis: Noor Suraya
Harga: RM17.00
Kategori: Si Manis 17

Salahkah Umair bila hatinya tak dapat menerima Duha seadanya? Dan Duha, apakah dia benar-benar redha dan pasrah dengan ketentuan daripada Allah? Berapa ramaikah insan seperti Muhsin yang mampu memandang terus ke dalam hati insan lain tanpa menghakimi rupa luaran seseorang? Inilah persoalan-persoalan yang timbul di benak hati saya seusai membaca novel ini.

Seperti biasa, gaya penulisan dan bahasa yang digunakan oleh Kaksu halus dan meresap masuk terus ke hati saya. Kaksu tak pernah gagal membuatkan hati saya yang beku ni untuk kembali hangat dengan soal hati dan perasaan!

Kakak saya mengalirkan airmata masa baca novel ni. Tapi saya kurang percaya dengan dia sebab dia memang hantu airmata kalau layan novel. Jadi saya cakap dengan dia, “Okey kita tengok samada aku pun akan mengalirkan airmata atau tak.” Wah! Angkuh sekali bunyinya. Saya berjaya mengempang airmata dari gugur tapi genangan airmata tetap memedihkan mata saya. Syahdu je bunyinya.

Habis baca novel ni perasaan saya bercampur baur. Kalau saya ditempat Duha, adakah saya akan kecewa dan putus asa? Atau mungkinkah saya pun akan hipokrit juga dengan diri saya sendiri? Saya bencikan Umair secara umumnya. Tapi saya tak salahkan Umair bila hatinya tak mampu memilih Duha. Cuma tentang Muhsin itu, saya tak pasti masih adakah orang sepertinya yang begitu tulus sekali hatinya.

Dalam novel ni saya berjumpa balik dengan Ain Najwa yang tabah dan itu membuatkan saya semakin kagum dengan Ain Najwa. Melalui novel ni barulah saya tahu wind chime tu dipanggil ‘peranggu angin’ dalam bahasa melayu.

Persoalannya: apakah yang ada dalam hati kita sebenarnya?


Buku Ketiga:-

Tajuk: Blues Retro
Penulis: Imaen
Harga: RM17.00
Kategori: Si Manis 17

Bang, burger daging spesial tambah cheese satu!” Saya suka makan burger dan ini yang saya selalu beli di gerai burger ‘kampung’.

Lepas habis baca novel ni, saya asyik makan burger kampung saja dan langsung membayangkan Ghazi dan Alias. Ini bukan setakat cerita gerai burger kampung saja tapi cerita yang seputar dengan pemilik gerai burger kampung ‘Wrap n Roll Express’ itu.

Tentang Ghazi, mahasiswa yang hanya layak belajar dalam jurusan antropologi dan jatuh hati dengan Nik Farhana, mahasiswi dalam jurusan perubatan. Ghazi yang datang daripada keluarga yang susah terpaksa berniaga burger dengan rakan kongsinya, Alias untuk menampung perbelanjaan dan kelangsungan hidup di Universiti Lembah Pantai. Kegigihan dan keperitan Ghazi untuk terus hidup dalam dunia intelek di kotaraya besar itu menyentuh hati saya. Walaupun saya tidaklah sampai kena berniaga burger macam Ghazi masa belajar di kampus dulu, tapi bab makan sedap yang hanya sesekali saja di kafeteria dan kerap kalinya makan nasi putih, telur dadar dan kicap atau roti nan seringgit memang biasa masa belajar dulu.

Ghazi ni revolusioner (kata Nik Farhana). Dia ikut demonstrasi pelajar bagi membela nasib golongan bawahan yang ditindas. Rasanya saya dulu pun macam Ghazi masa belajar. Rebel. Pernah satu hari masa saya telefon mak di kampung, mak siap pesan jangan ikut mana-mana demonstasi atau kegiatan bawah tanah. Mak macam tahu-tahu saja. Tapi sekarang walau dah bekerja pun saya masih berjiwa revolusioner. Tambahan lagi moto pekerjaan saya adalah ‘uphold justice without fear and favour’.

Cinta antara dua darjat antara Ghazi dan Nik Farhana memang dramatik. Dah tentulah bonda Nik Farhana tak berkenan dengan Ghazi yang bukan berdarah keturunan raja dan miskin pula. Tapi Nik Farhana nekad tak mahu kahwin dengan sepupunya, Tengku Nordin dan ajak Ghazi kahwin lari! Berjayakah mereka kahwin lari ke Siam?

Apapun saya memang suka sikap Ghazi yang optimis dan realistik itu. Ghazi optimis untuk mengembangkan perniagaan gerai burgernya, Wrap n Roll Express. Dan dia juga realistik tentang cintanya terhadap Nik Farhana.



epitjack!
120412@1631

Friday, April 6, 2012

aku ini binatang jalang

Beberapa minggu lalu kawan aku beritahu dia akan 'outstation' ke Jakarta. Lantas aku terus pesan padanya untuk belikan aku buku HAMKA atau Chairil Anwar. Kalau tak jumpa buku-buku tu, penanda buku dari Jakarta pun takpa.

Baru sekejap tadi dia called. Dia kata buku yang aku pesan dia dah belikan. Wah!!! Seronoknya tak terkata. Tapi dia kata tak jumpa cari buku HAMKA. Sudah seluruh toko buku di Jakarta dia masuk. Jadi dia belikan saja buku Chairil Anwar 'Aku Ini Binatang Jalang'. Katanya lagi buku ni kumpulan puisi.

Ya, aku tahu. Chairil Anwar itu memang pemuisi legend di Indonesia yang meninggal dunia di usia muda, 27 tahun. Aku tanya dia lagi, buku "AKU" dalam cerita 'Ada Apa Dengan Cinta' (masih ingat cerita ni? Lakonan Dian Sastrowidayo & Nicholas Saputra) tu tak ada ke? Dia cakap tak ada.

Kawan aku tak mau hantar buku 'Aku Ini Binatang Jalang' pada aku. Dia suruh aku datang sendiri ke KL ambik buku ni. Aduhh! Saja nak mendera perasaan aku. Hmmmm...nampaknya bila aku pegi Pesta Buku KL hujung bulan ni baru boleh dapat buku Chairil Anwar tu.


p/s: nampaknya aku tak boleh tido la sampai dapat buku tu.huhu..