Tuesday, October 26, 2010

senyum la...=)

Semalam lepas main badminton dengan Mar...aku, Gra & Ida lepak makan2 kat dataran. Sedang aku menikmati nasi itik (2 piring itik), ada la sekumpulan perempuan yang aku rasa baru balik dari bersukan gak datang nak makan kat gerai nasi itik favourite aku tu.

Tapi ada la sorang pompuan ni dia "stare" aku smpai mcm nk terkeluar biji mata..!! aku pelik gak. apahal pompuan ni..aku bukannya kenal dia pun. macam nak cari gaduh je. aku pun "stare" la dia balik. dia pun "stare" aku balik..uish dah lawan2 "stare" pulak dah... last2 tak kuasa aku nak layan "stare" dia tu. lebih baik aku layan nasi itik aku ni..ahaha

Tapi aku sampai sekarang tak boleh blah apasal la pompuan tu dok "stare" aku macam nak cari gaduh je. Agaknya pompuan ni tengah datang 'angin' kot time tu. Kot ye pun senyum la...=) takde ruginya kalo senyum kan.. ish agaknya pompuan ni tak baca 'Al-Munabbihat' kot.

"Every good deed of a Muslim is charity; and meeting your (Muslim) brother
with a smiling face is one of the good deeds." - Abu Daud & At-Tirmizi


p/s: senyum selalu...=)

Saturday, October 23, 2010

Terima Kasih Cikgu - Memoir Seorang Murid

Malam semalam aku terima sms dari Aju, kawan sekolah rendah aku. Aku agak terkejut bila dapat sms tu sebenarnya. Rasa tak percaya pun ada. Perkabaran yang menurut Aju, Cikgu Zuber dah meninggal dunia. Aku sentap seketika. Eh betul ke ni?? Setahu aku Cikgu Zuber ni muda lagi..mungkin dalam lewat 40-an. Kata Aju lagi cikgu kena strok.

Masih tak puas hati dengan berita tu. Kebetulan Dila anak Cikgu Raudhah online facebook masa tu. Sahih berita yang aku dapat tu. Jenazahnya dikebumikan lepas solat Jumaat semalam. Menurut Cikgu Raudhah, Cikgu Zuber ada darah tinggi dan pening-pening kat padang sekolah...tumbang kat padang sekolah. Perlahan-lahan fakta yang aku terima dicerna. Aku masih dalam keadaan terkejut. Secara perlahan jugak banyak perkara dan kenangan pasal Cikgu Zuber kembali dalam kotak memori aku. Terusan memori tu menghentak kepala aku!

Jadi wajarlah kalau pagi ni aku berasa sedih. Mengapa? Sebab Cikgu Zuber adalah salah seorang cikgu yang memang memberi kesan dalam hidup aku selama ni dan sampai saat ini. Ya, saat ini dan selamanya. Justifikasinya adalah kejayaan aku hari ini adalah sebahagian daripada nasihatnya. Ramai orang yang menyentuh hidup aku dan Cikgu Zuber adalah salah seorang daripadanya.

Kenapa aku anggap Cikgu Zuber adalah salah seorang yang memberi kesan dalam hidup aku?

Satu hari masa aku darjah 4 dalam kelas KHB. Kami tak masuk bengkel hari tu. Cikgu Zuber masuk kelas tapi tak mengajar KHB. Hari tu dia bagi motivasi dalam kelas. Cikgu Zuber tanya "Siapa nak dapat 4A?" -aku blur je masa tu sebab aku tak tau apa benda 4A tu- (rupanya 4A dalam UPSR). Hari tu Cikgu Zuber ajar kami macam mana nak capai sasaran dapat 4A tu.

"SEBELUM, SEDANG DAN SELEPAS": 'Sebelum' - baca dulu sebelum masuk kelas. 'Sedang' - bagi tumpuan dalam kelas. 'Selepas' - buat latihan. Teknik ni memang berkesan. Aku praktikkan teknik ni sampai aku masuk sekolah menengah. Masa aku tingkatan 4 ada program motivasi kat sekolah oleh Dr. Shukri. Teknik Dr. Shukri : "SATU" i.e Sedia Awal, Tumpuan, Ulangkaji. Oh rupanya aku dah lama buat teknik ni. Jadi, 'Sebelum' tu adalah 'Sedia Awal; 'Sedang' tu adalah 'Tumpuan; dan 'Selepas' tu adalah 'Ulangkaji'. Gabungan dua teknik ni memang beri impak yang besar dalam persediaan exam SPM aku.

Tapi bila aku masuk universiti, aku dah kurang praktikkan teknik ni. Tak sempat nak buat 'sebelum- sedia awal' dan 'selepas - ulangkaji'. 'sedang -tumpuan' pun kadang-kadang tak buat sebab mengantuk dalam kelas. Kesimpulannya, keputusan di universiti langsung tak memberangsangkan!! Dan aku hanya graduate biasa-biasa je....The rest is history. Alhamdulillah perjalanan fasa pertama aku dah tamat dan aku dah capai apa yang aku cita-citakan selama ni.

Kini perjalanan fasa kedua baru saja bermula. Dan belum sempat buah yang masak ranum dan manis dapat aku petik dan tuai, orang yang patut merasanya dah tak ada lagi. Aku berasa sangat terkesan dengan pemergian Cikgu Zuber. Tak sempat nak cakap "Terima kasih cikgu." Juga tak sempat nak berkongsi kemenangan kecil pertama aku hari Isnin yang lalu...

Guru oh Guru by Usman Awang

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa dialah sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guru
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



AL-FATIHAH buat Cikgu Zuber. Semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.


Nota: Aku memang nak balik Bota hari ni dengan hajat yang besar nak meraikan kemenangan kecil pertama aku dengan cikgu-cikgu...=)

Friday, October 22, 2010

ruang senggang

Boleh dikatakan bln ni diary aku agak full dgn kes. Aduh! mmg melelahkan. Keja kt ofis pn kena dibereskan. Sejak lps posa n raya ni pun aku msh tak sempat lg nk main badminton.

Bnyk buku2 (Nelson Mandela - A Walk to Freedom; The Monk Who Sold His Ferrari; A Thousand Splendid Sun; buku Judith McNaught; Al-Munabbihat) yg tersadai ditepi bantal tak sempat nk dibaca. Mana taknya blk keja dh penat n terus je tertido. Ada hari tu smpai kan buku 'Al-Munabbihat (The Counsel)' dh t'telungkup kat muka aku..tgh baca aku tertido huhu [aku bc bnyk buku dlm ms yg sm..hoho]

Tp ari tu sempat jugak lepak dgn Mar, Farah n Gra lps ofis hour. kitorang pekena capati. perrgghhh sedap giler capati makcik tu. aku mkn smpai 3 keping...hohoho Lps tu berjimba kt karaoke plak..nyanyi smpai mcm nk pecah anak tekak. yg paling best "kolaborasi" kitorang nyanyi lagu Man Bai - Kau Ilhamku....hehehe...=)

Dan aku msh lg stress dgn tekanan keja. jd smlm msk spaghetti...adeh mmg tak sedap langsung aku msk!!! ni la akibatnya kalo dh lama tak buat spaghetti. sori la ye Mar, Gra n Ida yg terpaksa mkn spaghetti aku yg tak sedap tu........=(

Minggu ni mcm nk kena blk kg jugak. 1) nk bwk blk kain baju yg bnyk yg tak sempat nak dibasuh huhu 2) nk kena bg roadtax keta abg long. 3) nk blajar buat roti canai dgn mak...=)

Monday, October 18, 2010

Trofi Kemenangan

Alhamdulillah...

Kejayaan akan sentiasa bersama dgn org yg berusaha bersungguh2....

Manisnya kejayaan itu bila dpt dikongsi dgn org sekeliling....=)

Manis lagi kalau kejayaan itu dpt dikongsi dgn org tersayang.......=))

Sunday, October 17, 2010

Weekend @ Ipoh..

Sejak friday kiv nk blk bota. rs sgt penat utk travel lg..tp dlm hati rs mcm nk blk tgk mak abah. ah lps keja ari sbtu ptg2 sket la br blk. heh aku t'tido smpai ke petang lps blk keja ari sbtu. jd blk lps subuh esk (ari ni) je la.

tak jadi blk bota lps subuh. ingt nk g loken dl lps tu br blk bota. pkul 8am dh kluar g loken tgk2 tv 2nd hand. 9am blk apartment...breakfast dl la jp lg br nk gerak blk bota.

tiba2..aarrrgggghhhhhhhhh......................!!!!!!!!!! teeeetttttttt.............. cancelled blk bota.

last2 aku terperuk je kt apartment ni. huhu

reason tak blk bota: i'm juz not in good condition to travel. have to take rest at d apartment. serius 'terlantar' je...adeh

what else i can do apart from reading. read read n read. makanya aku telah mencapai target tahun ni utk bc 24 buah buku..!!! hoho....=)

next kena target 30 or 36 books by end of this year.

Friday, October 15, 2010

This week..

This week is a 'travelling' week for me.

Ipoh-Bota -vs- Ipoh-Taiping. sgt memenatkan......=(

This is my life..no life.........

Monday, October 11, 2010

independent or berani?

Smlm lps solat subuh trus gerak blk bota. pkul 7.15am dh smpai. mak tgh msk air kt dapur. tak lm lps tu abah blk dr kdai kopi bwk blk breakfast. mak bancuh air teh, aku goreng telur nk mkn dgn ns lemak yg abah beli. smbil menikmati breakfast..mcm biasa aku sembang2 dgn mak. cite psl ari jumaat ari tu kena cover kes di ipoh n taiping, cite psl open house perak bar, cite psl k.rin n mar g penang (chowrasta) - dgn penuh emosi.

Tiba2 mak ckp, "ko ni bukannya tau takut. kalo dibiarkan jauh mn pn smpai. mak risau jugak tp apa blh buat..berdoa je la." aku sentap. berani? atau aku kena berani n independent??

Oh kakak aku pn pernah gak kluar kn ayat yg sarcastic time world cup ari tu coz aku sanggup tgk bola jauh mlm kt kdai mamak, "ko ni bukan nya takut hantu, tp hantu yg takut dgn ko..!!"

Ms sekolah dl ada sorang ustaz ni (dlm kelas apa ntah aku tak ingt mbe kelas mantiq or balaghah) ckp, "semua manusia ni takut, yg berani tu cuma buat2 berani je.."

Smpai saat ni aku tak pasti samada aku ni independent atau berani. mbe dh biasa buat sume sendiri. mak n abah ok je asalkan hati2, tau jaga diri, ingat Allah slalu. mak slalu ckp, "kita ni org perempuan kena pndai berdikari. kalo semua nk harap laki susah la.."

Even blh buat sendiri tp kadang2 teringin jugak nk dependent. hati ni kadang2 slalu gak menangis sbb kena buat sendiri. tp aku mmg x suka mntk tlg org sbb org akan tgk aku ni lemah. haiiihhh...egonya aku ni. bukan ke manusia tu mmg lemah n diciptakan oleh Allah utk saling tolong menolong? bukan sume benda kita blh buat sendiri. ada benda yg kita kena mntk tlg org. baru la hidup ni lbh harmoni kn...=)

Jd kalo org dh tlg tu kena la appreciate. give n take. jgn la amik kesempatan plak!

Kakak aku ckp, "org laki ni suka kita independent. tp kalo over independent sgt diorang tak suka." jd independent n dependent yg mcm mn harus org perempuan ada..???


-epitjack!-
111010@1923


Saturday, October 9, 2010

Memoir Anak Setinggan by M.S. Anuar Mahmod

nmpk buku ni di fb bila ada kwn2 di 'tag' utk buku ni. tp aku slalu x perasan buku ni kalo g kdai buku. kenapa eh??? [rupanya buku ni diletak di rak paling bawah skali...]

aku mmg plan nk g mph weekend ni sbb mph ada offer 20% for member. jd lps open house perak bar dh plan nk g JJ dgn housemate aku. tp kt open house tu k.rin n mar telah men'jaki'kan aku dgn cerita diorang br blk dr kdai2 buku 2nd hand kt chowrasta, penang. rs sungguh bengang n 'dikhianati' saat itu!!! mar x abeh2 tersengeh mcm org 'angau' sepanjang open house...k.rin x abeh2 cite psl 'hebat'nya chowrasta tu. aarrrrgggghhhhh...!!! dan aku plak 'panas' hati dgr cite diorang. xpe lps ni diorang akan dipaksa utk bwk aku ke chowrasta..hahaha.....=)

plan aku nk g mph diteruskan jugak even 'bengang' dgn kisah 'chowrasta' kt open house tu. aku mmg plan nk beli buku gak coz member mph dpt 20% diskaun on all books. salah satu buku yg aku beli..'Memoir Anak Setinggan' by M.S. Anuar Mahmod. dh nmpk sblm ni buku ni di alam maya dgn review yg kononnya best n menarik. lps blk dr mph trus bc n ari ni dh berjaya abeh kn.

Review: buku ni mmg menarik. ada satu part yg buat aku sedih n nangis bila bc...huhu [bab bila hal Nuar tlg jual ns lemak mak dia kt skolah n guru besar tau n diberi amaran jgn berniaga lg.] even aku bukan la bdk 'sting garden'..tp sedikit sebanyak aku tau susah nya hidup diorang. sedar la aku...even aku dl pn ms kecik hidup susah mcm si Nuar ni tp x la seteruk hidup mereka di 'sting garden'.

Hebatnya buku ni bila ada isu pembangunan di KL, peranan sekolah ('penjara' bg Nuar) dlm melahirkn insan yg kreatif, n nilai hidup dr kacamata org susah n pemerintah. buku ni kena bc n digest btul2. kisah hidup 'sting garden' dr kacamata seorang budak.

lps abeh bc buku ni....aku trus terfikir bahawa betapa jauh nya ms telah berlalu n ditinggalkan. sedar x sedar cite 'sting garden', bas mini n KL di zaman 80-an n awal 90-an yg slalu aku dgr n lihat di tv ms kecik dl dh hilang ditelan kemajuan KL. sungguh ms terlalu pantas n memintas aku....

[query: tanpa mereka ('sting graden'), adakah KL akan maju n berkembang seperti sekarang?? adakah kita pasti n berbangga bahawasanya pembangunan n kemajuan yg kita kecapi hari ini (KL, Malaysia) bukanlah hasil dr penindasan n penderitaan org lain???]

This is a MUST READ book.


-epitjack!-
091010@2335

Wednesday, October 6, 2010

keja giler...

smlm ms nk blk keja, zip beg galas yg slalu aku pkai g keja rosak. sedihnya....aku trus rs xde mood. hati rs x syok sbb beg tu ada sentimental value. padahal dl aku kalo beg galas koyak atau zip rosak aku trus je beli yg lain.

blk umah sewa aku ckp dgn housemate aku nk g JJ lps maghrib sbb nk btulkn zip beg tu...x kira yg penting esk (ari ni) g keja mesti nk pkai beg galas tu. sanggup tu kluar.....hoho

smpai kt JJ, mamat bangla yg jaga kedai tu ckp dia cuma blh btul kn blk je zip tu tp x kn tukar zip yg baru sbb mahal.apa2 je la...aku desperate sgt nk guna beg galas tu esk..tp bila dh ok aku rs x berbaloi je aku byr kt mamat bangla tu...bcoz sooner or later zip tu akan rosak blk. mesti tukar zip br jugak...

Friday, October 1, 2010

pencinta..

2 ari lps aku bc dlm paper d sun psl novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari akan difilemkan dan ditayang kn di pawagam.huh?? ye ke ni? biar btul....x kisah la apa pn...kehkehkeh

apa yg menariknya, komen penulisnya adalah filem x kn sm mcm novel...sbb apa yg ada dlm novel x mungkin 100% blh n sesuai utk diterjemahkn ke layar..n audience 'pembaca' & 'penonton' ada expectation yg berbeza. jd kesimpulannya kalo anda 'pembaca' jgn expect filem akan 100% mcm yg ada dlm novel tu ya..!!

[Ombak Rindu antara novel favourite aku. ada 2 lg novel sambungan Ombak Rindu ni tp yg terakhir - Rindu Cintaku - dh hmpir 3 thn rsnya 'tersadai' atas meja studi aku sbb aku mcm bosan nk bc. bnyk kali dh nekad nk abeh kn bc..tp msh x bc jugak. setakat ni, antara 3 buku (Ombak Rindu, Cinta..Tiada Akhirnya & Rindu Cintaku) aku msh rs Ombak Rindu yg terbaik...!!]

pnjgnya intro...aku bukan nk ckp psl Ombak Rindu sebenarnya....hahaa

aku nk ckp psl 'pencinta' buku. rsnya aku msh blum layak lg la nk dilabelkn sbg 'pencinta' buku yg hardcore. tp aku nk smpaikn certain msg kpd penulis, publisher, pencetak n yg sewaktu dgn nya bahawa sbg 'pencinta' buku:-

1. harga buku tu penting. mcm org yg xde bnyk duit mcm aku ni mesti la bnyk perkara nk kena consider sblm beli. cnth, berbaloi ke aku beli buku ni dgn harganya? aku bukan la nk berkira sgt kalo beli buku ni kn...tp kadang2 nk kena tgk duit gak beb. ad abajet ke xde.

2. kenapa eh buku2 kt M'sia ni x cetak guna kertas yg kuning mcm buku2 overseas tu?? mbe ada rmai org x suka beli buku yg guna kertas kuning tu..tp aku suka. sbb buku lbh ringan n harga pn lbh murah...=) mmg la 'appearance' tu penting tp kalo xde isi nk buat apa. lbh baik la 'appearance' biasa2 je tp isi nya hebat.

3. aku mmg suka beli buku terpakai maklum la aku xde bnyk duit kalo nk beli sume buku 1st hand...

4. aku percaya dgn m'baca pengetahuan akan bertambah. jd kpd penulis, tulis la utk menambahkan pengetahuan pembaca ya..!!

5. jadilah pembaca yg bijak, kreatif n kritis. baca la apa saja pn tp yg penting mcm mn kita mencerna 'digest' apa yg kita bc tu.

6. membaca adalah mknn 'minda' aku..


p/s: msh berharap yg satu hari nnt buku2 di M'sia dicetak dgn kertas kuning..buku lbh ringan n murah. dan juga berdoa kalo ada rezeki lbh blh beli ebook reader....=)