Saturday, October 23, 2010

Terima Kasih Cikgu - Memoir Seorang Murid

Malam semalam aku terima sms dari Aju, kawan sekolah rendah aku. Aku agak terkejut bila dapat sms tu sebenarnya. Rasa tak percaya pun ada. Perkabaran yang menurut Aju, Cikgu Zuber dah meninggal dunia. Aku sentap seketika. Eh betul ke ni?? Setahu aku Cikgu Zuber ni muda lagi..mungkin dalam lewat 40-an. Kata Aju lagi cikgu kena strok.

Masih tak puas hati dengan berita tu. Kebetulan Dila anak Cikgu Raudhah online facebook masa tu. Sahih berita yang aku dapat tu. Jenazahnya dikebumikan lepas solat Jumaat semalam. Menurut Cikgu Raudhah, Cikgu Zuber ada darah tinggi dan pening-pening kat padang sekolah...tumbang kat padang sekolah. Perlahan-lahan fakta yang aku terima dicerna. Aku masih dalam keadaan terkejut. Secara perlahan jugak banyak perkara dan kenangan pasal Cikgu Zuber kembali dalam kotak memori aku. Terusan memori tu menghentak kepala aku!

Jadi wajarlah kalau pagi ni aku berasa sedih. Mengapa? Sebab Cikgu Zuber adalah salah seorang cikgu yang memang memberi kesan dalam hidup aku selama ni dan sampai saat ini. Ya, saat ini dan selamanya. Justifikasinya adalah kejayaan aku hari ini adalah sebahagian daripada nasihatnya. Ramai orang yang menyentuh hidup aku dan Cikgu Zuber adalah salah seorang daripadanya.

Kenapa aku anggap Cikgu Zuber adalah salah seorang yang memberi kesan dalam hidup aku?

Satu hari masa aku darjah 4 dalam kelas KHB. Kami tak masuk bengkel hari tu. Cikgu Zuber masuk kelas tapi tak mengajar KHB. Hari tu dia bagi motivasi dalam kelas. Cikgu Zuber tanya "Siapa nak dapat 4A?" -aku blur je masa tu sebab aku tak tau apa benda 4A tu- (rupanya 4A dalam UPSR). Hari tu Cikgu Zuber ajar kami macam mana nak capai sasaran dapat 4A tu.

"SEBELUM, SEDANG DAN SELEPAS": 'Sebelum' - baca dulu sebelum masuk kelas. 'Sedang' - bagi tumpuan dalam kelas. 'Selepas' - buat latihan. Teknik ni memang berkesan. Aku praktikkan teknik ni sampai aku masuk sekolah menengah. Masa aku tingkatan 4 ada program motivasi kat sekolah oleh Dr. Shukri. Teknik Dr. Shukri : "SATU" i.e Sedia Awal, Tumpuan, Ulangkaji. Oh rupanya aku dah lama buat teknik ni. Jadi, 'Sebelum' tu adalah 'Sedia Awal; 'Sedang' tu adalah 'Tumpuan; dan 'Selepas' tu adalah 'Ulangkaji'. Gabungan dua teknik ni memang beri impak yang besar dalam persediaan exam SPM aku.

Tapi bila aku masuk universiti, aku dah kurang praktikkan teknik ni. Tak sempat nak buat 'sebelum- sedia awal' dan 'selepas - ulangkaji'. 'sedang -tumpuan' pun kadang-kadang tak buat sebab mengantuk dalam kelas. Kesimpulannya, keputusan di universiti langsung tak memberangsangkan!! Dan aku hanya graduate biasa-biasa je....The rest is history. Alhamdulillah perjalanan fasa pertama aku dah tamat dan aku dah capai apa yang aku cita-citakan selama ni.

Kini perjalanan fasa kedua baru saja bermula. Dan belum sempat buah yang masak ranum dan manis dapat aku petik dan tuai, orang yang patut merasanya dah tak ada lagi. Aku berasa sangat terkesan dengan pemergian Cikgu Zuber. Tak sempat nak cakap "Terima kasih cikgu." Juga tak sempat nak berkongsi kemenangan kecil pertama aku hari Isnin yang lalu...

Guru oh Guru by Usman Awang

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa dialah sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guru
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



AL-FATIHAH buat Cikgu Zuber. Semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.


Nota: Aku memang nak balik Bota hari ni dengan hajat yang besar nak meraikan kemenangan kecil pertama aku dengan cikgu-cikgu...=)

1 comment:

  1. Al-fatihah dan takziah

    nice entry, dah boleh karang novel nih...hehe

    ReplyDelete