syawal ke-12 baru ada masa sikit nak merapu kat blog ni.
sibuk sejak nak raya hari tu sampai la ni. next week lagi haru biru court diary aku. maklum la sepanjang bulan puasa court diary aku clear ja...
selamat hari raya maaf zahir batin!
raya tahun ni yang pertama segalanya. pertama kali ambik cuti raya yang lama..lebih seminggu. pertama kali beraya tanpa mak tahun ni. rutin baru raya tahun ni..ziarah kubur mak lepas solat hari raya. dan...
reunion geng masa kat universiti dulu buat pertama kali lepas grad. reunion di pendang, kedah. maklum la geng aku ramai yang dok kat kedah. i still can speak loghat utara very well!! lama sungguh rasanya tak cakap utara..kehkeh
kami buat bbq hari tu. masa aku sampai, depa baru start bakaq ayam. tapi aku tengok laki kawan2 aku ni semua macam tak reti ja nak bakaq ayam. habis rentung! adoiii la...tak boleh jadi ni, aku sebagai 'master chef' mesti ambik alih. hahaha
sorang kipas..api marak. sorang lagi renjis ayaq bagi api padam! sorang lagi tengok ja..pasai tadi dah jenuh bagi hidup bara arang..kehkeh |
hat ni gambaq ayam yang closed up sikit daripada gambaq kat atas nu. tengok tahap kerentungan ayam tu...ish ish..... |
makanya aktiviti bakaq ayam aku takeover...
bakaq ayam ni nak kena kalih selalu..baru la masak elok...=) |
lepas bakaq ayam, bakaq sate plak...
sebagai 'master chef', aku kena rasa dulu sate ni sebagai quality control..hoho...;p |
sementara aku dok bakaq ayam dan sate, mai kita tengok apa yang kawan2 aku dok buat....
tu dia...bergebang sakan nih!! maklum la lama tak jumpa... |
pakat2 dah makan apa yang dah siap bakaq ayam, sate.... |
apa2 pun reunion ni best walaupun ada yang tak dapat menghadirkan diri atas beberapa halangan badak terlentang tengah jalan. tapi takpa..tahun depan ada rezeki kita buat lagi. ada yang suggest tahun depan buat kat perak plak.
buat kawan2 yang tak dapat mai tu jangan la sedih nooo...terima kasih jugak la kepada para suami kawan2 aku ni yang semuanya sporting....=))
dalam gambaq di atas dua orang ja yang masih single! |
i really missed our old days at IIUM...
[ behind d scene - tangan aku melecur gak la akibat bakaq ayam guna penyepit kuih tiga seringggit....jenuh aku paksa 'penganjur' pi beli pengepit besaq....=)) ]
No comments:
Post a Comment