last week aku bodek azie, mar dan fafa yang manis2 tu untuk teman aku pi pesta buku kat taiping sentral. sambil2 tu aku cakap boleh la pi makan mee udang kat kuala sepetang yang kononnya semua orang kata sedap.
aku, azie dan fafa bertolak ke taiping pukul 11.05 a.m. bajet nak sampai rumah mar kat changkat jering tu dalam pukul 12 tengahari. makan dan solat zohor kat rumah dia. lepas tu baru pi bookfair kat taiping sentral.
tapi hanya kerana kunyit kat rumah dia dah habis, dia cancel makan kat rumah dia dan ajak kami pi makan kat restoran asam pedas kat taiping. hahaha...kunyit je kot! dia kata takdak mood dah nak masak menu lain.
restoran asam pedas sangat ramai orang. tauke restoran dia macam garang sikit. kebetulan masa tu ada table reserve untuk artis makan lepas depa habis shooting. nampak la pelakon izara aisyah tu. tapi takdak sapa pun yang nak ambik autograf dia. mungkin sebab asam pedas lebih menarik dan sedap daripada pelakon tu. hehehe
lepas makan kami pi solat zohor kat masjid. lepas tu baru gerak pi taiping sentral.
pesta buku ni kat ruang legar bawah taiping sentral. ada beberapa buah booth yang jual buku. fokus aku cuma booth Jemari Seni/JS Adiwarna. nak jumpa penulis kegemaran kaksu dan imaen. tapi staff JS kata depa pi rehat. so aku terpaksa 'berlegar-legar' kat situ sampai kaksu dan imaen sampai.
bila kaksu sampai ja kat booth JS tu and nampak aku dah sedia tersengeh kat situ tunggu dia, kaksu terus cakap, "orang sini ka?" (aku dengan kaksu dan imaen pernah berdiskusi lama hampir 1 jam masa kat bookfair KL hari tu. sebab tu aku rasa kaksu cam muka aku). hehehe..aku bagitau aku bukan orang sini tapi ipoh dengan taiping ni dekat ja. ikut highway tak sampai 1 jam pun. tapi kawan aku si mar tu orang sini la. sembang sakan la dengan kaksu. dia dok cakap imaen tengah dok cari parking keta. satgi dia mai. aku dengan mar pun sibuk la dok ambik autograf kaksu. tak lama lepas tu imaen pun sampai. ambik autograf imaen jugak. sembang rancak gak dengan imaen.
fafa sebagai camera woman yang berjaya telah mengambil beberapa gambar kenang-kenangan.
|
sambil autograf, sambil berborak..=) |
|
aku dan kaksu |
|
aku dan imaen |
|
mar, aku, kaksu dan imaen |
|
|
|
ucapan ribuan terima kasih kepada jurugambar, fafa. (kena ampu sikit kalau tak dia tak mau upload gambar2 ni kat fb. LOL)
lepas habis kat bookfair ni kami pi makan dekat area taman tasik taiping sat sementara nak pi makan mee udang kat kuala sepetang. tapi kisah makan laksa kat taman tasik ni aku tak mau cerita sebab sesungguhnya sangat 'tragis'. huhuhu
kami pi kuala sepetang lepas solat asar. kawan2 aku cakap mee udang yang glamour masuk tv, mee udang mak jah. tapi ramai orang sentiasa kat mak jah tu. mar kata try makan kat mee udang salleh. sebab local people kata mee udang salleh yang sedap. kami pun pi la cari mee udang salleh.
mee udang salleh ni memang kena jalan sampai jumpa pekan kuala sepetang. lepas pekan tu belok kiri. kami makan mee udang biasa. udang dia memang banyak. ok sedap la jugak cuma kurang rasa sos sikit and kuah agak cair.
|
azie dan fafa bersama mee udang salleh...=)) |
|
|
|
kami decide nanti kalau panjang umur datang kuala sepetang lagi nak try mee udang mak teh pulak.
sebelum balik ipoh, kami singgah pasar malam kat simpang changkat jering. kat sini yang glamour kuih cok peneram tu la. aku kalau mai sini confirm singgah beli. sebab abah memang suka makan. jadi dah kebetulan lalu, singgah la beli. boleh bawak balik kampung cok peneram.
kesimpulannya, si azie n fafa tu rela ja nak pi taiping sentral sebab nak pi makan mee udang kuala sepetang. dan aku pulak kalau tak sebab bookfair kat taiping sentral tu, takdak la nak pi makan mee udang kuala sepetang. hari tu kira kami memang makan macam2 la...hoho
p/s: bookreview menyusul kemudian..