Terbitan DuBookPress (DBP) 2014. |
Aku ke Beijing dengan 'Bagaimana Anyss Naik ke Langit'. Jalan-jalan
di Beijing melawat tempat popular kunjungan pelancong seperti Kota
Larangan dan Tembok Besar Cina.
Itu hanya latar cerita. Pokok ceritanya lebih besar daripada
latarnya.
Cerita Prof Anyss ini tiada bab. Seperti cerita Budak Beca, penulis
menggunakan Prof Anyss untuk menyampaikan isu Penan yang tertindas.
Prof Anyss 'lari' ke Beijing daripada menjadi sasaran orang-orang
tertentu di Malaysia. Prof Anyss lari membawa dokumen penting untuk
menjuarai Penan yang tertindas. Wanita Penan yang dirogol pembalak.
Benar kata Prof Anyss, 'bukan dirinya yang kontroversi tapi isu yang
dibawanya yang kontroversi'.
Soalan Mustaqim anak Prof Anyss memberi tamparan buaya kepada aku,
'Mengapa orang kita rasa menolong Palestina lebih bersyurga kalau
Penan di halaman sendiri diperlakukan sebagai mangsa?'. Lama aku
terdiam dengan soalan ni. Tak tahu nak bereaksi bagaimana.
Prof Anyss adalah sasaran. Sasaran siapa dan apa? Semuanya akan
terjawab dalam 'Bagaimana Anyss Langit ke Langit'.
Isu Penan itu buat aku kaget dan berfikir panjang. Mencucuk-cucuk
otak aku. Penindasan sebegini kejam berlaku di halaman belakang rumah
sendiri! Dan aku buat apa?
Cerita ini terlalu pendek bagi aku dan sebab itu aku kecewa sebab tak puas. Tapi isu yang
diketengahkan penulis buat otak aku 'sakit' berhari-hari.
Terbitan ITBM 2013 |
Aku terus ke Rom kemudiannya. S.P.Q.R (Senatus Populusque Romanus –
Senat dan Rakyat Rom). Aku dibawa jalan-jalan di Vatican City
antaranya. Juga melihat Colliseum (terbayang novel Dan Brown).
Latarnya sudah tentu Rom kota purbakala. Tapi kisah naratifnya
bercampur aduk dengan cerita peribadi dan isu Islam pada pandangan
Barat.
Kisah Aliff @ 'Rafa' yang lari ke Rom membawa hati yang luka dan
lara. Mengapa Rom hanya penulis yang tahu. Dia lari ke Rom untuk
memulakan hidup baru. Dia tinggalkan suit mahal hanya untuk memakai
'apron kotor' (bak kata bosnya).
Rom kota purbakala itu menemukannya dengan Sofea si gadis bermata hijau
zamrud. Sepanjang persahabatannya dengan Sofea, dia dibawa keliling
kota Rom dan Vatican City. Juga Sofea mula bertanya tentang Islam
kepadanya. Di sinilah isu Islam di mata Barat ditimbulkan oleh
penulis Apa pandangan Barat terhadap Islam khususnya selepas kejadian
9/11.
Penceritaan diselang-selikan dengan kisah Aliff @ 'Rafa' sebelum lari
ke Rom. Pengakhiran kisah 'Rafa'-Sofea ini sudah dapat diagak. Cuma
ada sedikit elemen kejutan di akhir cerita.
S.P.Q.R ni mungkin lebih enak kalau penulis juga lebih sedikit cerita
tentang makanan Itali. Bukan sekadar menyebut beberapa nama makanan.
Aliff @ 'Rafa' itu wataknya seorang peguam hebat di sebuah firma guaman
besar di Kuala Lumpur sebelum lari ke Rom menjadi chef. Tapi tingkah
lakunya sepanjang prosiding perbicaraan kes kemalangan tunangnya
Amanda, ada yang tidak cocok bagi aku. Aku agak penulis ni seorang
peguam. Tapi aku rasa Aliff @ 'Rafa' ni tak seperti litigation lawyer
malah seperti conveyancing lawyer pula tingkahnya. Atau mungkin
seorang peguam akan berubah tingkah bila dia menjadi mangsa.
S.P.Q.R ni premisnya mudah dan bagi aku klise. Isu Islam yang
ditimbulkan tidak cukup 'thought provoking' bagi aku. Hanya menyentuh
permukaan saja. Apa pun, S.P.Q.R ni menang hadiah saguhati sayembara
ITBM-PENA-BH.
Jadi, selamat membaca semua!
epitjack!
010514@1410
wah best..lama juga berkampung dengan buku
ReplyDelete