Last weekend masa aku buat part time job ada la colleague aku ni cakap macam ni,
S: Haihh bila la nak ambik master ni...
Aku cuma sengih senget je la bila dengar dia cakap macam tu. Belum sempat aku komen apa2 dia tanya aku,
S: Ada master tak?
Aku: Takde.
S: So ada degree je la ni?
A: Ha'ah
The rest of conversation biasa la..tanya tahun bila grad, dah keja ke, etc.
Sampai hari ni soalan S pada aku "ada master tak?" masih menghantui fikiran aku. Penting ke master tu? Semua orang kena ada master ke sekarang ni? Kalau takde master tu kenapa? Tak pandai? Kira tak standard ke? Kira tak high social standing ke?? Semua benda pun sekarang ni nak pakai master ke? Semua kerja pun kalau ada master tu kira bergaya dan hebat ke?
Nampaknya sekarang ni bukan setakat orang takde degree rasa inferior, silap2 orang yang setakat ada degree tapi takde master pun boleh rasa inferior. Lagi la plak nak banding dengan orang yang ada phd dan pangkat associate profesor bagai tu.
Aku tak rasa inferior pun dengan orang yang ada master, phd dan pangkat professor bagai tu. Kawan2 aku pun ramai je yang ada master, phd dan pangkat professor semua tu.
Prinsip aku senang ja. Learning is neverending process. Belajar la apa saja pun sampai ke liang lahad. Manfaatkan apa yang kita belajar. Ilmu tanpa amal itu ibarat pokok yang tak berbuah. Dan tak dapat dinafikan orang yang bijak pandai memang dipandang tinggi dan mulia di sisi masyarakat. Bertambah hebat kalau orang bijak pandai dan berpangkat ini mempunyai kerendahan hati. Kerendahan hati ini kadang2 boleh jadi sukar untuk diamalkan.
Ada orang bila dah menjadi 'seseorang' berpangkat pula mula la rasa dia bagus dan betul semua benda. Jangan pula kita ingat orang yang takde degree apatah lagi master dan phd yang hanya setakat habis sekolah tingkat 5 saja ni tak bagus. Siapa yang berusaha keras itu dia yang akan berjaya. Kejayaan itu bukan hanya pada sekeping ijazah. Ia lebih lagi daripada itu.
Apa guna sekeping ijazah itu kalau pemiliknya tak punya jiwa dan sifat seorang manusia? Bangga dan bongkak dengan kepandaian kononnya.
Kalau saya takde master tapi saya pergi kelas belajar bahasa asing, atau kelas memasak buat kek, pastry atau kelas terjemahan atau kelas2 lain nya pula bagaimana?
Wajar ke aku balas soalan S "ada master tak?" dengan soalan "berapa banyak bahasa asing yang awak boleh bercakap?" atau "apa ilmu dalam bidang disiplin lain yang awak belajar?"
Pokoknya, jangan pandang rendah pada orang lain hanya kerana dia tak punya master atau tak punya cita2 tinggi sampai nak ambik master atau phd. Tambahan pulak kerja aku ni takde master pun takpa. Yang penting skil dan pengalaman yang kita kutip untuk meningkatkan mutu kerja.
Mungkin kerja S perlukan dia sampai ada master. Jadi kalau itu keperluan dia, maka teruskan usaha. Tapi mengeneralisasikan semua orang itu harus ada master dan phd bukankah sesuatu yang tidak tepat?
p/s: inilah kalau kepandaian dan kecerdikan itu sistem pendidikan kita nilai dengan pangkat UPSR, PMR, SPM, STPM/STAM, Sijil, Diploma, Degree, Master, atau PhD holder..