Dulu masa aku belum cukup 'dewasa', aku diberitahu buku Salina ni mengenai kisah seorang pelacur. Seolahnya 'pemberitahu' itu cuba mengatakan buku ni tak 'sesuai' untuk dibaca oleh aku [yang belum cukup dewasa].
Anehnya aku cuma tahu dan dengar saja tapi tak pernah lihat buku ni di perpustakaan sekolah. Jadi aku nekad mahu benar-benar tahu apakah benar seperti yang dikatakan oleh si pemberitahu itu.
Akhirnya aku jumpa buku Salina di perpustakaan universiti tapi dalam versi bahasa Inggeris. Aku baca tapi tak habis sebab kekangan tugas sebagai pelajar [ceh!konon macam rajin sangat baca buku pelajaran la..]
Setelah beberapa tahun bekerja, aku jumpa 'kembali' buku ni di perpustakaan awam negeri. Aku pinjam saja sebab buku ni memang kategori 'rare' dan memang dah tak ada di kedai buku untuk dibeli.
Edisi yang aku baca ni adalah edisi ringkas. Kata penulisnya, Pak Samad:-
"Ada yang menganggapnya 'tebal', 'berat' dan 'dewasa' bagi khalayak muda. Kerana 'tebal'nya maka ramai yang 'bercakap tanpa membaca'nya. Kerana 'berat'nya, maka lebih ramai pula yang 'meninggalkannya separuh jalan'. Dan kerana 'dewasa'nya, maka ia selalu 'terlarang' kepada khalayak muda."
"Apakala hasrat mengerjakan edisi ringkasnya timbul, tidak pula bererti bahawa ia tergerak oleh keinginan saya untuk 'menipiskan', meringankan' dan 'meremajakan'nya."
"... . Saya terdorong mengerjakan edisi ringkas ini lebih kerana ingin menemukan kaedah 'memempatkan'nya, dengan menggunting beberapa renda ayat yang dirasakan kurang membantu."
"Saya tidak mahu mengganggu inti kisah dan sebahagian penting dialog hariannya yang memang khusus mencerminkan tabii dan masalah masyarakat dekad empat puluhan."
"Saya ingin megekalkan ceritanya di tempat yang sama; cuma biarlah penceritaannya lebih mengalir. Segala lukisan, cakapan, ingatan dan khayalan yang berlaku dalam masyarakat dekad itu juga biar terpelihara kukuh."
Itu kata Pak Samad dalam edisi ringkas buku ni.
Bagi aku, ini satu karya yang hebat dari Pak Samad. Ia adalah salah satu novel sepanjang zaman yang mesti dibaca. Dengan membacanya hingga noktah terakhir, kita boleh 'menghukum' Salina apakah dia 'benar-benar' seorang pelacur? Bagaimana pula pada ketika itu, orang yang berkelulusan sekolah Inggeris begitu 'laku' jika dibandingkan dengan orang yang berkelulusan sekolah Melayu? Petikan di bawah diambil di mukasurat 284:-
“Kata cikgu kami buku-buku Inggerislah yang tinggi mutunya di dalam dunia ini. Sebab itulah kami baca buku-buku tu - kami baca semua buku Inggeris yang tinggi mutunya,” kata Hilmy.
“Yalah. Tapi takkanlah benar buku-buku Inggeris saja yang tinggi mutunya. Lagi pula kalau tinggi pun mutu buku-buku Inggeris tu, takkanlah awak orang Melayu tu tak mau baca-baca buku Melayu pulak. Kalau benar buku-buku orang Melayu tak bermutu, bacalah saja kerana isinya, periksalah apa yang terkandung di dalam hati dan fikiran penulis-penulis Melayu tentang orang sebangsanya. Kata orang sekarang ni zaman bangsa kita mulai belajar kenal dirinya sendiri, zaman kita mulai sedar. Hah, kalau dah gitu bila lagi endak sedar kalau buku bangsa sendiri pun tak endak dibaca? Endak tunggu sampai bangsa Melayu tenggelam terus baru endak dibaca sejarah kejatuhannya itu?” kata Nahidah.
Aku percaya novel ini ditulis seputar realiti masyarakat pada waktu itu. Ya, realiti memang pahit dan menyakitkan. Tapi apakah kita terus mahu ber'fantasi' dengan kehidupan dan cuba sedaya mungkin menolak 'realiti'nya? Hadapi saja realiti itu dan cuba 'mengatasi'nya.
p/s: aku pernah 'terserempak' dengan Pak Samad di stesen Putra LRT Pasar Seni beberapa tahun dulu waktu aku masih bergelar seorang pelajar di Petaling Jaya. Kami berbalas senyuman tapi aku lebih berasa 'segan' kerana dia seorang Sasterawan Negara.
[haihhh rugi aku tak minta tandatangan atau bergambar dengan Pak Samad waktu tu..sebagai bukti yang aku memang pernah 'terserempak' dengan Pak Samad di tempat awam].
epitjack!
040112 @ 1004

aku penah baca salina masa umur 14 tahun..
ReplyDeleteheh pernah baca..waktu tu sekolah rendah lagi..
ReplyDeletetapi sekadar baca tak meghayati pun haha..maklumlah kecik lagi..balik nanti nak cek kat rumah da lagi tak buku ni..
ada satu lagi buku lama nama hartini..buku ni zaman-zaman salina juga lah..menarik juga..
Sekarang ni buku Salina tu dah diterbitkan semula oleh syarikat Pak Samad (Wira Bukit), Yati. Ada jual kat kedai buku Popular. Cover buku pun cantik.hehe =)
DeleteAhh buku Hartini tu aku ada. Antara koleksi klasik yang aku suka. Sedih cerita tu. Sama sedih macam buku HAMKA Tenggelamnya Kapal Van der Wicjk..cinta tragis yang tak kesampaian.huhu