Thursday, December 30, 2010

Happy New Year 2011 & long weekend holiday...=))

Kesan daripada baca Deadly Exposure: aku sangat risau dengan 'open wound'...takut infection..!! Jadi jari yang luka masih berbalut dengan plaster...

Oh team Malaysia menang semalam untuk AFF Suzuki Cup.....hoyeahhh.....!!!!!!!!
Esok PM declared public holiday. So aku ada 3 days holiday...=))

3 days holiday akan terperap kat rumah je la sebab cek gaji masih belum dapat. As such, 3 books menanti untuk dibaca:-

1. Arqam: Tersungkur di Pintu 'Syurga' ~ tinggal sikit je lagi nak habiskan baca buku ni.
2. Cerita Piala Dunia ~ mesti kena habiskan baca weekend ni sebab aku dh potong giliran Abai untuk baca buku ni.
3. Nama Atas Kertas ~ maybe buku pertama aku baca untuk tahun baru 2011 ni...=)

HAPPY NEW YEAR 2011...!!


p/s: ada kawan suruh aku tulis kat dinding ofis azam tahun 2011 "KAWIN"....^_^

Wednesday, December 29, 2010

Bila nikmat ditarik Allah..

Akibat cuai memotong presipi kat pejabat semalam, aku terpotong jari sendiri...!! Aduhhh teruk gak la bleeding..

Nah sekarang jari telunjuk yang berbalut plaster tu tak dapat digunakan dengan sempurna. Pegi court hari ni pun pegang fail tak kuat..nak ikat tali fail pun tak kemas dan menaip pun agak terganggu.

Ya Allah, insaf aku...mungkin selama ni aku tak guna jari ni ke jalan yang diredhai...

Benarlah, kita mungkin tak menghargai apa yang kita ada selagi ia tidak hilang dan nikmat ditarik balik.........

Monday, December 27, 2010

Deadly Exposure by Leonard Goldberg


Almost 5 years this book on my 'unread' bookshelf. Aku tau masa beli dulu, buku ni best cuma masih belum sempat nak baca. [Actually almost 100 books on my 'unread' bookshelf..huhu]

Cik Mar nampak buku ni kat my online bookshelf dan nak pinjam baca. Review Cik Mar: buku ni best. Heh aku dah agak buku ni memang best punya sebab tu aku beli...;p

Last month aku mengalami 'reader's blocked' i.e tak boleh nak baca apa-apa buku langsung. Tepu!!! Tapi buku ni dah berjaya memecahkan 'blocked - ketepuan' dalam minda aku....hoho

Buku ni aku tag 'medical thriller'. Komen aku secara ringkas: Awesome, irresistible and great medical thriller..!!

Watak heroinnya seorang Doktor Forensik Patologi, Joanna Blalock. Macam biasa la..dia ni hebat, cekal, bijak, berani...kagum gak la dengan watak dia ni.

Storyline buku ni memang mendebarkan...new characters keep coming in maybe because some of the characters died because of the infection/bacteria. Di samping kumpulan saintis yang berada atas kapal Global Explorer II di Alaska ni mencari penawar kepada bacteria/toxic yang membunuh ni...ada pembunuhan berlaku dalam kumpulan saintis atas kapal ni. Part yang klimaks bila dah nak habis baru tau siapa 'pembunuh' dan yang menyebabkan serta menyebarkan bacteria tu lantas menjadi epidemic di China dan US.

Yang pasti hanya Dr. Joanna yang tahu 'siapa' orang tu - dan sebagai pembaca, I'm a bit shocked bila tau siapa orang tu. Sungguh tak sangka...

p/s: ini buku 'medical thriller' pertama yang aku baca..


epitjack!
020111@1953

Thursday, December 16, 2010

Jangan cepat menghukum

Ini entri emosi. Walaupun aku rasa ada rasionalnya.

Aku memang pembaca komik. Maksud di sini, suka baca komik. Aku baca Majalah Gila-Gila, Lanun, Ujang, Kreko & Arena Komik (dalam Kreko & Arena Komik ada banyak manga), Doraemon, Initial D, Mata Kucing, Dragon Ball, Penyiasat Remaja, Black Cat, Chocolate, Umizaru, Team Medical Dragon dan banyak lagi la.

Emosinya bermula di sini..yang sampai bila-bila pun aku takkan lupa.

Masa aku belajar kat matrik dulu dalam kelas 'contemporary issues'. Aku tak puas hati bila lecturer aku ni dengan nada sinis cakap, "saya tak nampak apa-apa faedah pun dengan membaca komik." Wooohhhhoooo...jap rewind. what? No benefit?? Hold on.
Aku: "Sir, reading comics do have benefits..." - belum sempat habis cakap dah kena cantas..
Lecturer: "In what sense? To me it just nonsense..no benefit."
Aku: "Sir, I believe the most important thing is how we digest what we read.."
- hati memang panas dan terbakar. Aku memang nak cakap lagi. Nak bagi tau lecturer ni yang komik ada pelbagai genre dan mesej. Tapi nampaknya suasana perbincangan dalam kelas masa tu dah makin tegang. Aku dengan hati yang sebal, decide let it be. One day he will serve his right!!!

9 tahun dah berlalu. He's no more a lecturer there. He is now a managing director in a government agency which among others involve in promoting books. It just so happened my good friend also working there. Just recently I told my good friend that I really 'simpan dendam' with her managing director.

This morning, I saw in the website/facebook of the agency that they suggest 'comic' to be used in learning process in school. Huh? Betul ke apa yang aku nampak dan baca ni?

See. I told 'you' 9 years ago...comics do have benefits. Why so ego? Now, the agency suggested comics to be used in learning process in school where 'you' are the managing director there.

I still respect him but don't ask how much I respect him.

Janganlah cepat menghukum kalau bukan 'ahli' dalam sesuatu perkara. Dengarlah dulu pendapat orang lain yang mungkin lebih maklum.

Sampai saat ini aku masih kecewa dengan reaksi lecturer ni 9 tahun yang lalu. Dia telah mencantas pendapat aku sebelum sempat aku berhujah dengan sepenuhnya. Sikap dia waktu tu yang seolah-olah tak mahu dengar apa-apa lagi sungguh dan amat mengecewakan aku.

Let the person state his/her case and support with argument first. Then only you rebut.


p/s: respect other people's opinion. You may or may not like it. Let we just agree to disagree.

Tuesday, December 14, 2010

Tak sedap tapi sihat

Macam biasa semalam lepas main badminton dengan Fafa, pegi lepak kat stall nasi itik favourite aku. (one day aku cite kenapa aku suka sangat lepak kat stall nasi itk ni...)

Memandangkan Mar takde malam tadi, jadi hanya kami berdua je 'open table' pasal buku. Fafa memang kami dah sedia maklum kalau baca buku memang lambat...heehee...;P

Aku dah buat 'spoiler' pasal Jaja & Din kat Fafa and review aku pasal Rayyan Fantasi.

Tetiba Fafa cakap, "tak boleh masuk buku Imaen sebab berat".
Aku: "eh tapi buku Ramlee Awang Murshid (RAM) pun berat gak". [Fafa adalah fan RAM dan 'jatuh cinta' dengan Laksamana Sunan]
Fafa: "buku RAM berat tapi ayat-ayat dia tak berat".
Aku: "ooooOOOooooo..maksudnya buku Imaen temanya mungkin tak seberat RAM tapi ayat-ayat dia berat. Lambat nak hadam. Buku RAM temanya mungkin berat tapi ayat-ayat dia tak berat".

Tapi kami semua sedia maklum yang Kak Rin memang suka buku-buku Imaen.

Aku cakap dengan Fafa, Imaen tak sama macam RAM. Buku-buku dia tak sama (sebab aku dah baca semua buku Imaen). Aku paling tak suka Sigaraning. oppss!! Jangan salah faham tak suka di sini ya. Maksud aku, aku tak suka reaksi watak hero si Ali tu bila putus cinta. Tapi antara semua buku-buku Imaen, Sigaraning paling sarat dengan falsafah dan tema yang perlu kita fikirkan.

Kesimpulan 'open table' semalam:-

1) Fafa tak boleh masuk dengan buku Imaen. Kak Rin tak boleh masuk buku Hlovate. Mar memang suka Syud.

2) Tapi secara majoriti: yang tak best tu bagus. yang tak sedap tu sihat. Bak kata Kak Rin lepas habis baca Tunggu Teduh Dulu, "macam sayur, tak sedap tapi sihat".


p/s: Mar, 'open table' seterusnya is on you...=)

Saturday, December 11, 2010

Rayyan Fantasi by Ramlee Awang Murshid

Buku terbaru Ramlee Awang Murshid (RAM) yang aku tunggu selama ni. Agak lama menunggu buku baru dari RAM selepas Cinta Sufi.

Dengan semangat minta tolong kakak aku pergi MPH Alamanda, Putrajaya belikan buku ni masa hari pelancaran, 4.12.2010.

Mula-mula tengok cover buku ni pun aku dah teruja. Sungguh la kadang-kadang cover buku tu memainkan peranan yang penting....=) Dalam hati berharap isinya nanti tidak mengecewakan.

Memang tidak mengecewakan! Hebat..!!!

Kalau sebelum ni ada sedikit rasa bosan dengan gaya penulisan RAM, (maklum la hampir kesemua karya dia aku dah baca...jadi macam dah tau apa seterusnya....) tapi kali ni aku rasa macam baca karya penulis yang baru. Ada nafas baru dan lain dari yang lain. Mungkin jugak sebab dah lama tak baca karya RAM.

Bagi aku ni karya Sci-fi thriller dari RAM.

Baca buku ni membuatkan anda berimiginasi, berfantasi. Mungkin apa yang kita fikirkan itu ada.

Rasa: oh aku memang sukakan cover buku ni!! nikmati dan berfantasi lah...haahahaa


-epitjack!-
111210@1141

Jodoh tu kerja Allah

Okey entri ni bukan sempena musim cuti sekolah yang penuh dengan majlis kenduri kawin. Bukan jugak sempena umur aku yang makin meningkat tapi masih tak kawin-kawin lagi. Tapi cuma luahan rasa dan apa yang ada dalam minda aku.

Ni soalan cepu emas yang selalu orang tanya kat aku: "Bila nak kawin??"
Dan jawapan aku: "InsyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana. Sampai masanya nanti aku hantar kad.." [dengan senyum yang lebar]

Klise tak jawapan aku di atas? Bunyi memang macam jawapan yang klise dan standard.

Baiklah. Saya ni seorang manusia. Dan antara fitrah seorang manusia tu adalah berkahwin. Jadi di sini, saya tak kata saya tak nak kawin.

Oh kadang-kadang bila orang asyik tanya je bila nak kawin, aku pun terfikir jugak...bila aku nak kawin eh?? Sesungguhnya aku tak ada jawapan tu. Maksud aku 'bila' la. Sebab tu rahsia Allah.

Kadang-kadang aku kononnya dalam nada berseloroh tanya balik kat orang yang tanya soalan cepu emas tu: "Ada lebih ka? Kalau ada lebih bagi la satu. hahahaa..."

Ada sorang kawan aku ni dia akan jawab: "bagi saya sorang lelaki dan sponsor majlis kawin. Sekarang pun boleh kawin...." [dalam nada sinis]

Sorang lagi jawab macam ni: "INSYAALLAH.........=))" [dengan senyum lebar]

Sorang lagi jawab macam ni plak: "Raya tahun depan..." [tahun depan tanya, dia akan jawab 'raya tahun depan' lagi....;P ]

Makcik kawan aku kata: "hangpa ni memilih sangat kot....tak kan la takdak yang nak kat hangpa. Ka hangpa ni jual mahal sangat??"
Aku jawab: "ish...tanya pun dak lagi mana nak tau kami ni mahal ka dak. tanya la dulu...kot boleh tawar menawar ka. Ni lalu ja...tak tanya. Lepas tu kata kami ni mahal....."

Ada sorang kawan aku ni cakap: "kita tak boleh tunggu ja jodoh ni..kita kena usaha...."

Ada sorang lecturer aku masa kat matrik dulu cakap macam ni: "jodoh tu akan datang mengetuk pintu rumah kamu. jadi tak perlu la kamu memburu cinta sampai sanggup ambil yang bukan hak dan kamu punya..."

Alhamdulillah sampai saat ini jumlah kawan-kawan aku yang masih tak kawin makin berkurangan.

Ini adalah jawapan dari hati:-

Kawan aku yang jawab soalan cepu emas dalam nada sinis kata: "Sapa yang tak mau kawin..tapi jodoh tu masih belum sampai dan ketentuan Allah."

Kawan yang jawab dengan senyum lebar kata: "memang nak kawin tapi mungkin jambatan jodoh tu masih panjang..."

Kawan yang jawab tahun depan kata: "entah la...mungkin belum rezeki." [dia masih cuba dan sedang bangkit dari kekecewaan dek cinta yang tak kesampaian]

Kawan aku yang makcik dia kata kami jual mahal cakap: "mungkin sebelum ni aku tak pernah fikir dan tak pernah berusaha untuk ke arah itu. tapi sekarang aku dah mula berfikir dan berusaha...."

Okey la..bab jodoh dan cinta ni aku memang failed..!!

Konsep aku senang ja.

Betul kita kena berusaha. Kita kena berdoa. Dan setelah itu, kita kena tawakal.

Kalau 'dia' tu adalah jodoh kita, tak kan ke mana. Allah tu tau apa yang terbaik untuk kita. Dia tak kan sesekali kejam dengan kita. Cuma kita je kejam dan tak mau ikut perintah dan larangan-Nya.

Kita berhak untuk hidup bahagia. 'Bahagia' tu subjektif. Jadi, tafsiran dan interpretasinya luas.

Suara hati aku: "Ya Allah, kalau lah dengan datangnya 'jodoh' tu lebih mendekatkan aku dengan-Mu maka segerakanlah. Tapi kalau lah datangnya 'jodoh' tu lebih menjauhkan aku dengan-Mu maka jauhkanlah ia..."

Friday, December 10, 2010

Year end

This year, time running so fast aku rasa. eh eh sedar2 je dah akhir tahun..huhu

Tahun ni aku dapat beberapa souvenir lagi dari org sekeliling yg pegi bercuti.

Bos pegi India balik bagi souvenir shawl colour pink, perfume & replika Taj Mahal.
Cik Mar pegi Sarawak bagi keychain & kek lapis Sarawak.
Uncle despatch kat ofis pegi Sarawak jugak..bagi keychain, gelang & fridge magnet kucing yg comel...=)

Wednesday, December 8, 2010

Jaja & Din by Noor Suraya

Cik Mar minta tolong aku belikan buku ni dan sebagai 'upah' aku 'boleh baca dulu'....=))

First impression: 'speechless'.

Gaya penulisan dan penceritaan yang berbeza. Awal-awal baca lagi memang dah tau apa yang akan jadi. Tapi apa yang membuatkan aku terus nak baca adalah 'bagaimana' Jaja & Din ni bersama.

"..bahagia itu bukan sepertimana yang orang nampak, tetapi sebagaimana yang kita rasa..."

Jaja: Ada terselit rasa kagum aku pada watak Jaja ni.
Din: Realitinya, ada ke lelaki macam si Din ni???

Disebabkan ini cerita 'JAJA' & Din..maka perkembangan watak Jaja tu lebih dominan.

Rasa: Bab-bab akhir buku ni berjaya buat aku terharu....


epitjack!
081210@2244

Thursday, December 2, 2010

Dikejar dan mengejar..


Dalam minggu ni aku memang penat main kejar-kejar dengan masa.

Aku terpaksa mengejar masa sebab nak siapkan semua kerja kat ofis sebelum bercuti minggu depan. Dan hari ni aku dikejar masa pulak sebab ada dokumen penting mesti failkan esok kat court.


Esok pun aku akan mengejar masa dan dikejar masa. Kena berkejar ke court Kuala Kangsar awal pagi esok dan mengejar masa untuk balik ke ofis secepat mungkin. Sebab setiba di ofis aku akan dikejar masa untuk siapkan semua kerja sebelum bercuti......



p/s: hari ni mata aku dah naik berbinar menghadap komputer kat ofis dan kepala aku dah rasa macam nak berasap..

Wednesday, December 1, 2010

mana..???

Dah berminggu-minggu (mungkin dah hampir sebulan) mood membaca aku hilang. Ke mana eh mood membaca itu pergi???

Serius aku takde mood langsung nak baca buku/novel. Buku-buku dan novel-novel yang tersadai di tepi bantal aku pandang sepi. Aku layan PSP je. Aduh parah betul kalau aku terusan takde mood nak membaca ni. Nasib baik mood membaca komik masih ada...hehe...=)

Tolonglah kembali mood membaca....