Thursday, December 2, 2010

Dikejar dan mengejar..


Dalam minggu ni aku memang penat main kejar-kejar dengan masa.

Aku terpaksa mengejar masa sebab nak siapkan semua kerja kat ofis sebelum bercuti minggu depan. Dan hari ni aku dikejar masa pulak sebab ada dokumen penting mesti failkan esok kat court.


Esok pun aku akan mengejar masa dan dikejar masa. Kena berkejar ke court Kuala Kangsar awal pagi esok dan mengejar masa untuk balik ke ofis secepat mungkin. Sebab setiba di ofis aku akan dikejar masa untuk siapkan semua kerja sebelum bercuti......



p/s: hari ni mata aku dah naik berbinar menghadap komputer kat ofis dan kepala aku dah rasa macam nak berasap..

1 comment:

  1. kalau tak kerja masa, kerja kita pun tertunggak kan?:-)

    ReplyDelete