Saturday, December 11, 2010

Jodoh tu kerja Allah

Okey entri ni bukan sempena musim cuti sekolah yang penuh dengan majlis kenduri kawin. Bukan jugak sempena umur aku yang makin meningkat tapi masih tak kawin-kawin lagi. Tapi cuma luahan rasa dan apa yang ada dalam minda aku.

Ni soalan cepu emas yang selalu orang tanya kat aku: "Bila nak kawin??"
Dan jawapan aku: "InsyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana. Sampai masanya nanti aku hantar kad.." [dengan senyum yang lebar]

Klise tak jawapan aku di atas? Bunyi memang macam jawapan yang klise dan standard.

Baiklah. Saya ni seorang manusia. Dan antara fitrah seorang manusia tu adalah berkahwin. Jadi di sini, saya tak kata saya tak nak kawin.

Oh kadang-kadang bila orang asyik tanya je bila nak kawin, aku pun terfikir jugak...bila aku nak kawin eh?? Sesungguhnya aku tak ada jawapan tu. Maksud aku 'bila' la. Sebab tu rahsia Allah.

Kadang-kadang aku kononnya dalam nada berseloroh tanya balik kat orang yang tanya soalan cepu emas tu: "Ada lebih ka? Kalau ada lebih bagi la satu. hahahaa..."

Ada sorang kawan aku ni dia akan jawab: "bagi saya sorang lelaki dan sponsor majlis kawin. Sekarang pun boleh kawin...." [dalam nada sinis]

Sorang lagi jawab macam ni: "INSYAALLAH.........=))" [dengan senyum lebar]

Sorang lagi jawab macam ni plak: "Raya tahun depan..." [tahun depan tanya, dia akan jawab 'raya tahun depan' lagi....;P ]

Makcik kawan aku kata: "hangpa ni memilih sangat kot....tak kan la takdak yang nak kat hangpa. Ka hangpa ni jual mahal sangat??"
Aku jawab: "ish...tanya pun dak lagi mana nak tau kami ni mahal ka dak. tanya la dulu...kot boleh tawar menawar ka. Ni lalu ja...tak tanya. Lepas tu kata kami ni mahal....."

Ada sorang kawan aku ni cakap: "kita tak boleh tunggu ja jodoh ni..kita kena usaha...."

Ada sorang lecturer aku masa kat matrik dulu cakap macam ni: "jodoh tu akan datang mengetuk pintu rumah kamu. jadi tak perlu la kamu memburu cinta sampai sanggup ambil yang bukan hak dan kamu punya..."

Alhamdulillah sampai saat ini jumlah kawan-kawan aku yang masih tak kawin makin berkurangan.

Ini adalah jawapan dari hati:-

Kawan aku yang jawab soalan cepu emas dalam nada sinis kata: "Sapa yang tak mau kawin..tapi jodoh tu masih belum sampai dan ketentuan Allah."

Kawan yang jawab dengan senyum lebar kata: "memang nak kawin tapi mungkin jambatan jodoh tu masih panjang..."

Kawan yang jawab tahun depan kata: "entah la...mungkin belum rezeki." [dia masih cuba dan sedang bangkit dari kekecewaan dek cinta yang tak kesampaian]

Kawan aku yang makcik dia kata kami jual mahal cakap: "mungkin sebelum ni aku tak pernah fikir dan tak pernah berusaha untuk ke arah itu. tapi sekarang aku dah mula berfikir dan berusaha...."

Okey la..bab jodoh dan cinta ni aku memang failed..!!

Konsep aku senang ja.

Betul kita kena berusaha. Kita kena berdoa. Dan setelah itu, kita kena tawakal.

Kalau 'dia' tu adalah jodoh kita, tak kan ke mana. Allah tu tau apa yang terbaik untuk kita. Dia tak kan sesekali kejam dengan kita. Cuma kita je kejam dan tak mau ikut perintah dan larangan-Nya.

Kita berhak untuk hidup bahagia. 'Bahagia' tu subjektif. Jadi, tafsiran dan interpretasinya luas.

Suara hati aku: "Ya Allah, kalau lah dengan datangnya 'jodoh' tu lebih mendekatkan aku dengan-Mu maka segerakanlah. Tapi kalau lah datangnya 'jodoh' tu lebih menjauhkan aku dengan-Mu maka jauhkanlah ia..."

1 comment:

  1. wah..epit artikel yg memujuk hati..jom kita berusaha hehe:-)

    ReplyDelete