Friday, January 28, 2011

Memori

Kalau aku tengok mak ayah hantar dan ambik anak2 diorang pegi dan balik sekolah especially naik motor...teringat masa aku kecik dulu.....

Abah hantar dan ambik aku kat sekolah naik motor Honda 70. Kalau bas atau lori lalu mesti motor rasa bergoyang punya...hmmm
Kalau hujan pun naik motor jugak dengan baju hujan bagai....tapi yang penting mesti pegi sekolah. Tak merasa la nak naik kereta ni sume. Kalau abah keja jauh, mak akan ambik aku kat sekolah naik basikal. Sepanjang perjalanan seksa menahan bontot sakit duduk atas pelantar basikal dengan jalan yang tak rata...huhu

Sebab tu kalau tengok budak2 ni balik sekolah ayah ambik naik motor, teringat masa aku kecik dulu....and after that I wonder what would the child be in the future..

Anyway, thanks to my parents atas kesungguhan mereka menyekolahkan aku sampai jadi seorang yang berjaya sehingga hari ini. Dan harapnya ia sesuatu yang membanggakan mereka dan rasa berbaloi dengan apa yang telah mereka korbankan selama ni.....luv both of you mak and abah....=)


epitjack!
250210

Pagi Jumaat yang...

Waktu jalan kaki pegi court tadi aku rasa hari ni antara pagi Jumaat yang tenang.

Sungguh. Sebab tak sampai 15 minit, kes aku dah habis. Seronoknya. Tak perlu tunggu lama macam semalam!!

Sudah double joy dari semalam.

Sampai kat ofis, belum sempat duduk..triple joy sudah datang....=))

Dan untuk meraikannya, secangkir nescafe. Ahh rasa nescafe yang staff aku buat ni tak pernah berubah sikit pun walaupun dah hampir 3 tahun aku minum.


p/s: benarlah hidup ni satu misteri..

Monday, January 24, 2011

Sebiji pisang, sepotong kek coklat & secangkir nescafe..

Menu makan pagi aku hari ni.

Sebiji pisang sebelum pegi keja pagi tadi dan sepotong kek coklat (yang bos aku buat) dengan secangkir nescafe lepas balik dari court seawal jam 9.00 pagi.

Lunch hari ni aku bawak bekal dari rumah....=)


p/s: sedapnya kek coklat..

Sunday, January 23, 2011

2 weeks to go

Aku jarang ada 'besday wish' dan tak kisah jugak samada dapat hadiah atau tak. Biasanya sms besday wish yang banyak masuk dalam handphone aku. Itu pun bagi aku dah memadai.

Pernah jugak aku terlupa bersday sendiri dulu..haha...

Bagi aku 'besday' bukan sesuatu yang happy sangat tapi lebih menakutkan. Sebab aku kena bersyukur Allah masih beri aku kehidupan sampai umur ini dan terfikir adakah umur sebanyak ini aku dah menggunakannya dengan sebaik mungkin. Aku lebih ingin meraikan besday aku untuk mak aku. Atas susah payah dia mengandung dan melahirkan aku ke dunia ni. Untuk abah juga atas segala pengorbanannya.

Haiihh tiba-tiba aku buat entri sentimental plak....kehkeh


p/s: masih fikir hadiah apa aku nak beli untuk diri sendiri tahun ni...

Saturday, January 15, 2011

back to something (at least..)

Otak aku masih tepu. Tapi dah ada tanda-tanda untuk mencair kembali. [dipaksa untuk mencair..]

Ahh sungguh memerlukan kekuatan untuk 'inject' (secara paksaan) sesuatu ke dalam otak bagi mencairkannya yang agak tepu. Sehinggakan nak inject sesuatu yang ringan seperti 'junkfood' pun tak boleh nak masuk.

Setelah berusaha keras (dan secara paksa), berjaya juga sesuatu yang ringan masuk ke dalam otak dan berjaya sedikit mencairkan ketepuan yang melanda.



p/s: kena cepat fikir injection apa seterusnya yang kena dimasukkan bagi memastikan kecairan otak secara berterusan...

Thursday, January 13, 2011

Back to nothing

Kembali tepu. Tak baca apa-apa buku selepas Nama Atas Kertas. Cuba tapi tak boleh masuk..masih mencuba.

Sebagai alternatif, baca komik, paper and main word search puzzle.

Arrggghhhhh....stress gak bila otak tepu macam ni........=(

Thursday, January 6, 2011

Biarlah rahsia...;p

Waitress: "belajar ke mengajar?"
Aku: "bekerja"
Waitress: "cikgu?"
Aku: "tak. ada muka cikgu ke? terharunya..sebab kata kami cikgu...."
Waitress: "kerani?"
Aku: "tak.."


Adakah muka aku, Fafa, Mar & Azie malam tadi 'suci dan innnocent' sampai orang cakap kami ni cikgu? Hahaha...;p

Kami boleh je cakap pekerjaan sebenar kami. Tapi berbaloi kah? Banyak impliksi akan timbul sekiranya pekerjaan kami semua terdedah....ceh macam la kami ni secret agent CIA or FBI or KGB...kahkah....;D

Wednesday, January 5, 2011

Nama Atas Kertas by Nasron Sira Rahim

PERINGATAN: Review ini mungkin mengandungi spoiler.


Banyak kali nampak buku ni kat kedai buku tapi aku tak tau la plak buku ni genre thriller..sampai la aku terbaca pasal buku ni kat internet. Sejak tu aku dah senaraikan buku ni untuk dibeli. Tapi bila aku nak beli buku ni dah takde kat kedai buku yang aku selalu pegi tu.

Buku ni aku pinjam dari Kak Arin yang pembacaannya terhenti di bab 10. Katanya tak nak baca dulu buku ni sebab apa yang berlaku seperti yang dia jangka....

Past few weeks mood aku asyik nak baca buku-buku thriller dan yang berat-berat je. Mungkin minda aku sangat lapar..hahaha....!!

Secara ringkasnya buku ni: "thrill, suspen, irresistible dan tidak keterlaluan kalo aku cakap ia HEBAT!!"

Buku ni pasal pembunuh bersiri. Yang uniknya pembunuh ni akan meninggalkan puzzle pada mayat yang dibunuh. Dan pihak polis kena selesaikan puzzle-puzzle tu kalo nak selesaikan kes dan tangkap dia. Aku yang suka main puzzle word search dan sudoku ni pun pening gak la tengok puzzle-puzzle pembunuh ni. Adeh memang mencabar la...

Tak dapat selesaikan puzzle, bermakna anda di jalan buntu. Pembunuh ni memang ada IQ yang tinggi. Aku dengan ringkasnya rasa pembunuh ni memang seorang yang psiko la..

Semakin penghujung, elemen suspen memang terasa la bagi aku. Sampai aku terpaksa berhenti membaca beberapa kali sebab aku pun dah rasa macam nak 'giler'.

Watak-watak dalam buku ni mengetengahkan kerjaya seorang polis, wartawan, doktor psikologi, doktor forensik. Di sini mungkin boleh dikatakan ada konflik etika kerja bagi setiap kerjaya. Yang jelas etika-etika ini saling berhubung kait dan mesti ditangani dengan bijak oleh setiap watak. Oh buku ni pun ada resipi masakan 'spaghetti marinara'....=)

Untuk peminat buku genre thriller, buku ni memang antara yang wajib dibaca kalo nak mencabar minda. Setakat ni bagi aku buku ni memang buku thriller yang terbaik aku baca..superb! Tahniah kepada penulis kerana minda aku memang tercabar.

Eh buku ni ada gak romantisnya tapi sikit je la. Ada puisi....=)) Kadang-kadang lafaz cinta dan lamaran tu bukan dalam bentuk jelas macam 'I love U' atau 'sudikah awak berkahwin dengan saya' tapi ia mungkin begini "Biar saya menjaga awak...seumur hidup saya."


p/s: masih mencari penulis wanita yang menghasilkan genre thriller..



epitjack
050111@0240