Aku tengok Hikayat Merong Mahawangsa ni sehari selepas hari pembukaan tayangan di pawagam. Ini hadiah hari lahir dari Kak Arin....=)
Expectation aku memang tinggi la untuk cerita ni.
Cerita ni secara keseluruhannya sangat bagus. Jalan cerita tak terlalu perlahan dan membosankan atau membuatkan penonton 'lost'. Plot bergerak pantas penuh dengan aksi-aksi. Sinematografi pun cantik dan bagus. Skrip memang bagus..aku kagum. Selalu kalau cerita epik ni mesti bahasanya susah sikit nak faham..tapi yang ni tak. Walaupun ada bahasa klasik tapi tak la sampai tak faham pulak. Sound effect dan muzik..aiihh yang ni dah tentu la terbaik..KRU kan....=))
Gambar memang cantik dan jelas. Pelakon-pelakon pun memang terbaik sebab memenuhi kriteria yang perlu ada pada watak tu. Bukan la sebab artis tu 'glamour' maka he/she got the job. Nak berlakon jadi Merong Mahawangsa ni kena pandai bertutur dalam bahasa inggeris, bahasa melayu lama dan juga bahasa cina. So, Stephen Rahman memang boleh la bertutur semua bahasa tu. Aku ingat dia tak boleh cakap bahasa melayu dengan baik..hehe ohh bab bahasa cina tu aku tak pasti bagus ke tak...;p
Walaupun cerita ni lebih banyak aksi, tapi ada yang lawak jugak..;D
Cerita ni mungkin tak berapa sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak bawah 12 tahun tanpa supervision from parents. Sebab aksi-aksi ganas dan bunuh memang jelas!
Mungkin kalau di Hollywood cerita macam ni dah biasa. Tapi bagi aku untuk filem Malaysia, ini sesuatu yang baik dan positif.
Hebatnya cerita ni sampai berjaya membuatkan aku kurang makan popcorn sambil menonton!! Punya la menghayati sampai aku diam tak berkutik takut terlepas scenes yang menarik..haha
Cuma ada sedikit rasa tak best bila diganggu dengan penonton yang masuk lambat...haiihh diorang ni tak boleh masuk awal ke..tau tak anda semua telah mengganggu penonton lain....!!!
"Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua,
bila dua jasad menjadi satu, hidup mati jadi bersama"
"do anything, give everything.."
bila dua jasad menjadi satu, hidup mati jadi bersama"
"do anything, give everything.."
p/s: reached my expectation! mesti tonton..ada possibility untuk tengok kali kedua...=)
No comments:
Post a Comment