Tuesday, January 3, 2012

2012

Di pagi tahun baru 3 Januari 2012, tenang-tenang je bersarapan dengan kawan aku. Menikmati gitu..;D

Sampai hampir ke tengahari, tenang-tenang pulak ke Novel Hut..tempat kedai buku terpakai kegemaran kami. Aku nekad cakap kat dia, "Kita pegi je..bukan nak beli. Tengok-tengok je."

Sampai kat Novel Hut, taklah banyak buku-buku yang menarik (pada hemat aku). Tapi kami 'tertewas' jugak! Ceh kawan aku ni 'berlagak' siot...beli 2 buku yang aku dah ada. Aku cakap kat dia tak payah la beli..pinjam je dari aku. Tapi dia tetap nekad nak beli jugak...

Dia sibuk nak goda aku 'lepaskan' buku Detektif Indigo karya Faisal Tehrani. Tapi aku nekad nak beli. Apapun aku berjaya goda suruh dia beli buku Diari Mat Despatch karya Bahruddin Bekri. Sedang kami dok tertonggek-tonggek 'korek' buku-buku terpakai kat kedai ni, aku jumpa lagi satu buku Faisal Tehrani tajuk Nama Beta Sultan Alauddin. Berlaku sedikit 'perebutan' di situ dengan kawan aku ni. Tapi kami mencapai kata sepakat.

Kenapa aku suka beli buku terpakai? Obviously sebab aku tak banyak duit. Kat kedai buku terpakai ni aku boleh dapat novel serendah RM2.00. Bila beli buku di kedai macam ni kena pertimbangkan samada berbaloi atau tak. Kalau rasa berbaloi, beli la. Kalau tak jangan beli. Seronoknya kedai macam ni sebab kadang-kadang kita boleh dapat buku yang susah nak dapat di kedai buku biasa. Dalam erti kata lain mungkin boleh dapat buku yang 'rare' kat sini.

Buku-buku yang terpakai ni jugak sebenarnya penuh dengan 'sejarah'nya yang tersendiri. Sebagai contoh, aku dapat beli:-

- 2 buku John Grisham yang hanya untuk dijual di India sahaja.
- 1 buku dari perpustakaan awam di Leicester.
- 1 buku yang pemilik sebelumnya beli di Switzerland.
- 1 buku milik budak Izzudin Shah (SIS). [erkk??!!]
- 1 buku yang dihadiahkan oleh seorang kawan kepada seorang kawannya sebagai tanda maaf. [macam mana aku tau? Sebab ada 'nota maaf' tercatat di buku tu.]

Heh! Tiba-tiba putus idea pulak nak tulis apa lagi.


p/s: [my] book award 2011 sudah disenarai pendek. akan diumumkan tak lama lagi..



3 comments:

  1. Betul tu kat kedai buku terpakai ni selalu terjumpa buku yg rare...dan berbaloi utk dibeli...bila nak bli rak buku yang baru?hehe

    ReplyDelete
  2. sekarang ni bajet tight la k.farihah..terpaksa 'double park' je dulu kat rak buku sedia ada. tgh 'plan' utk bookfair KL bln 4 nnt..=)

    ReplyDelete
  3. takpe pelan2...akak pun buku2 semua hantar balik ipoh. tinggal 2,3 buku favourite aje kat sini.walaupun mak akak buatkan bilik belakang kat rumah di ipoh tu library n blk menjahit, tapi akak rasa buku akak yg conquer semua space..hehe...nanti bila akak balik ipoh, mehla dtg rumah, tgk buku2 yg nak pinjam. kita tukar2. mak ngan ayah akak pun ada byk buku citer...
    nanti kita plan gi pesta buku sama2la...nanti pakat2la dgn azie, mar dgn fafa...pastu lepak kat rumah akak...

    ReplyDelete