Wednesday, March 28, 2012

buku FREE!

Aku malas nak tulis entri pasal ni sebenarnya. Tapi takpe la aku tulis gak.

Memang la aku tak selalu dapat buku free tapi kali ni lain. Special. Dapat buku free daripada publisher buku tu. Sebab apa aku dapat? Sebab aku 'special'. Kahkahkah...!!!

Hari ni kira aku dok tayang buku free tu je la kat kawan2 aku. hoho...peduli apa orang nak cakap aku poyo. Orang lain pun ada gak dok tayang handbag la, kasut la, tudung la, handphone la dan segala macam mak nenek...jadi kalo setakat aku tayang buku free yang aku dapat takdak hal kot! Giler sinis dah aku ni.hoho

Ok tak mau merepek melabun melalut. Aku tengah fokus baca buku free ni. Nanti aku review.

Jumpa lagi!

Monday, March 26, 2012

senarai buku

Aku masih tak tahu secara khususnya nak beli buku apa masa pesta buku KL bulan depan ni. Masih 'survey' buku-buku baru yang menarik dan bakal keluar masa pesta buku nanti. Ada la satu dua yang aku aimed. Yang pasti baru ada 2 buku yang nak dibeli. Itu pun untuk hadiahkan pada anak-anak buah aku saja. Buku yang aku nak beli untuk diri sendiri masih belum pasti yang mana satu lagi.

Mesti kena buat senarai buku yang nak dibeli untuk mengelakkan terlebih belanja!

Kalau dapat banyak buku free makanya kuranglah jumlah buku yang nak dibeli nanti. Tapi siapalah nak bagi buku free kan...huhu

Dengan bajet yang terhad, buatlah pilihan yang bijak!


p/s: waiting...


Wednesday, March 21, 2012

kerana KOPI aku sanggup..

..mengembara sejauh 40km dan mengheret kawan aku bersama. Dan kerana KOPI juga aku sanggup mengorbankan sisa baki duit yang aku ada untuk bulan ni. Sungguh aku memang kecanduan kopi!

Aku nikmati KOPI ni dengan kek cawan perisa coklat yang sedap. Sedap sangat ke KOPI ni sampai aku sanggup bergadai nyawa untuk dapatkannya? Inilah dia KOPI yang aku cari tu..


"Dik, saya nak KOPI satu!" dengan senyum lebar dan puas.

Sambil berjalan ke tempat kereta nak balik, aku nampak ada adik pengawas sedang pegang plastik BookXcess. Ehh ada BookXcess ke kat sini? Patah balik kejar adik pengawas tu. Ya, memang ada BookXcess kat sini. Tapi aku kecewa sebab aku memang dah takde duit untuk dikeluarkan dari mesin wang automatik kalau nak beli buku kat booth BookXcess. Nak mengharungi perjalanan 40km balik ni pun kereta bakal tersadai sebab takde minyak.

Aku berjaya habiskan KOPI dengan dua cangkir nescafe panas. Dan terus pagi ni aku kecanduan kopi yang amat sangat. Pagi ni kawan aku belanja kopi kurang gula lebih krimer di McDonald.

Aku bagitau dia aku dah habis nikmati KOPI semalam. Aku bagitau dia lagi yang aku tak tahu samada dia boleh terima dan nikmati KOPI ni atau tak. Kawan aku tanya KOPI ni 'half porn' ke tapi aku cakap KOPI ni realiti pahit yang kita cuba sembunyikan dan nafikan. Memang pahit tapi sedap. Aku bagitau kat dia macam ni sebab aku tak mau nanti dia tuduh aku bagi dia baca bahan lucah pulak!

KOPI ni saiz kompak. Aku suka kertas yang digunakan. KOPI jadi ringan. Aku sukakan keseluruhan fizikal KOPI. Aku juga suka hampir kesemua 19 perisa yang ada dalam KOPI ni. Perisa yang paling aku suka adalah 'Kopi 3 Rasa', 'Bersaksi Kopi', 'Kopi Kola', 'Cinta Kopi', 'Kopi Jantan Kaw', 'Barista Cinta', 'Ritual', 'Kopi Julia', 'Secangkir Kopi Bersama Dia', dan 'Kopi Mimpi'.

Nampak label "EDISI TERHAD" pada KOPI tu? Jadi itulah sebabnya kenapa aku sanggup mengembara menggadai nyawa sejauh 4okm dan duit terakhir aku untuk bulan ni. Kalau/bila KOPI dah masuk pasaran gelap nanti, aku mungkin terpaksa berperang untuk dapatkannya.

AMARAN: nikmatilah KOPI dengan fikiran yang terbuka dan luas.


p/s: Aku suka kopi kaw kurang gula tapi lebih krimer..



epitjack!
210312@1244

Tuesday, March 13, 2012

Review 3 buku JS Adiwarna

Buku Pertama:-
Tajuk: Damai Aku dalam Haruman Sakura
Penulis: Hafizul Osman
Harga: RM15.00
Kategori: Kreatif

Ya, saya memang tertarik dengan kulit buku ni secara keseluruhannya. Kulit bukunya sangat comel!! Perkataan “Sakura” pada tajuk buku ni yang paling menarik perhatian saya. Sebagai peminat manga dan anime jepun, buku ni memang menjadi perhatian. Ohhh lukisan manga yang diselitkan dalam buku ni pun cantik. Saya suka dan satu pendekatan yang sangat menarik.

Secara ringkasnya, Azmil ‘terperangkap’ dengan perasaannya terhadap tiga bunga: bunga anggerik, bunga sakura dan bunga matahari. Shahida si bunga anggerik, kembali mendambakan kasih Azmil. Sedang Azmil sudah jatuh hati pada gadis Jepun, Kamei Aki si bunga sakura. Tapi perasaan Azmil kuat tertarik pada Amira si bunga matahari yang sama-sama mengikuti program pertukaran pelajar ke Jepun.

Si Azmil ni agaknya suka pada gadis yang berlesung pipit dan yang tersenyum manis. Banyak betul perkataan ‘manis’ dalam buku ni. Haiihhh jangan sampai kena kencing manis sudah la Azmil…

Buku ni ‘manis’ sekali bila dibaca tapi dalam manis tu ada pahitnya juga. Cabaran dan dugaan di tempat asing memang sangat menguji keteguhan iman kita sebagai muslim. Juga cabaran untuk kita membawa identiti seorang muslim yang berakhlak tinggi serta dapat berdakwah adalah lebih mencabar. Apapun, saya suka bunga sakura dan tentu seronok kalau dapat duduk di bawah pohon sakura sambil membaca buku dan melihat bunga sakura berkembang…=)


Buku Kedua:-
Tajuk: Arjuna Mencari Cinta
Penulis: Adlinz Alexandria
Harga: RM18.00
Kategori: Si Manis 17

Melihat kulit buku ni teringat pada pensyarah saya masa di matrikulasi dulu. Katanya, “Tak payahlah kamu semua ni nak bawa busur dan anak panah pergi memburu cinta. Sampai sanggup mengambil yang bukan kamu punya. Kalau ‘dia’ adalah jodoh kamu, ‘dia’ akan datang mengetuk pintu rumah kamu.”

Saat membaca novel ni, memang tak boleh berhenti. Rasa teruja. Lebih tepat lagi saya rasa lebih muda 12 tahun bila baca novel ni. Teringat masa zaman sekolah dulu.

Novel ni bagi saya cukup perisa dan rencahnya. Sesuai dan wajib dibaca oleh golongan remaja. Saya memang tak suka watak Nejad. Seorang ketua pengawas yang hampir sempurna tapi ‘oportunis’ juga hipokrit. Rasanya Nejad perlu dapat pengajaran yang lebih teruk lagi daripada apa yang telah Vilma lakukan padanya. SPM 11B masih belum setimpal dengan ‘pengkhianatan’ yang telah dia lakukan terhadap ‘geng’ kumpulan belajarnya. Khayal dan lupa diri dengan keindahan cinta memang sentiasa menjadi duri dalam daging dalam hubungan persahabatan.

Memang ibarat buku bertemu ruas bila Nejad berjumpa dengan Nur Dalilah si ketua disiplin yang digelar ‘diktator maut’. Apa saja yang berkaitan dengan disiplin sekolah, ‘it is no nonsense’ bagi Dalilah. Samada kamu pelajar biasa atau adik angkat ketua pengawas hatta ketua pengawas sendiri pun tak terkecuali daripada tindakan disiplin. Fuhh pendek kata Dalilah ni memang ketua disiplin yang tegas dan tak boleh dibuat main-main. Dia pasti akan kotakan segala denda yang tertakluk dalam buku disiplin sekolah. Dalilah memang seorang yang tegas dan teguh dengan prinsipnya. Watak yang sangat bagus. Kalau masa sekolah dulu ada ketua disiplin macam ni di sekolah mesti saya dah jadi budak yang paling baik sekali di sekolah.

Kesian juga bila tengok Nejad ‘gagal’ dalam pelajaran. Tapi ia menjadi pengajaran yang besar untuk Nejad bahawa ‘pangkat dan kuasa’ tak menjamin apa-apa tanpa usaha untuk berjaya dan sesungguhnya persahabatan itu yang membuatkan kita untuk terus hidup berdaya maju.

Jadi, dapatkah panah sang arjuna menembusi pintu hati sang dewi?


Buku Ketiga:-
Tajuk: Alahai Jijah!
Penulis: Dihsar Ludba Haqifa
Harga: RM17.00
Kategori: Si Manis 17

Novel yang comel tapi sinis. Dari mula sampai akhir saya asyik ketawa saja baca novel ni. Dialog-dialog dalam novel ni ‘keras’ tapi menghiburkan. Aduhh saya masih mahu ketawa sambil menulis ulasan ni.

Jijah, budak berumur 10 tahun yang sangat tabah bagi saya. Walaupun dibuli dan didera oleh ibu tiri dan kakak tirinya, Jijah tetap positif menghadapi hari-hari yang mendatang. Mujurlah orang-orang disekeliling Jijah sering membantunya. Pak Meon selalu saja memberi kerja menebas lalang yang diternaknya kepada Jijah. Kawan baik Jijah, si Sodah pula selalu saja mengajak Jijah makan nasi percuma dirumahnya. Mereka berdua ni juga selalu makan cendol pulut Abang Abu lepas habis sekolah.

Walaupun Jijah selalu dibuli dan didera, tapi Jijah masih setia menjaga ibu tirinya yang sakit ketika kakak tirinya lari menghilangkan diri dan sanggup memberi peluang kedua kepada ibu tirinya untuk bertaubat. Saya amat kagum dengan sikap positif yang ada dalam diri Jijah. Belum tentu sikap yang begini ada pada setiap orang dewasa.

Novel yang kelihatan comel, menghiburkan dan penuh dengan drama ini sebenarnya tersembunyi makna tersirat yang sangat mendalam. Ingat! Jangan sesekali menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Jangan makan harta anak yatim. Jangan khianati amanah yang telah diberikan kepada kita. Sentiasalah bersikap positif dan memaafkan orang lain.


p/s: I'm enjoy reading these 3 books...=)



epitjack!
130312@1234



Tuesday, March 6, 2012

1st book hunting for 2012

Sabtu lepas aku pergi KL (lagi) dengan ETS. Ada promosi Koc 1Rakyat [Malaysia!]. Alasan pergi KL sebab ada Ekspo Buku Islam yang ke-2 di Putrajaya. Tapi sebelum nak pergi KL tu, perhatian aku dah teralih ke satu lagi ekspo buku di PKNS, Bangi. Menurut perkiraan aku, ekspo buku di PKNS, Bangi lebih berbaloi.

Aku sampai KL Sentral dah tengahari dan sementara tunggu kakak aku datang jemput, aku pergi makan dulu.

Destinasi pertama adalah ekspo buku di PKNS, Bangi. Nak tahu apa yang terbaik di ekspo buku ni? Tawaran buku-buku terbitan DBP dijual dengan potongan harga 50%!!! Memang best tapi pada masa yang sama aku rasa sedih sangat tengok buku-buku DBP ni dijual 'timbang kati' ja. Aku beli dua (2) buku Faisal Tehrani, 'Manikam Kalbu' dan 'Bedar Sukma Bisu' dengan potongan harga 50%. Buku-buku ni memang susah nak dapat di kedai buku Popular atau MPH. Dua (2) buku lagi yang aku beli tajuk 'Biar Orang Cina Pimpin Islam' dan 'Syarah Hadis 40 Imam Nawawi'. Buku-buku ni pun dah tak ada di Popular dan MPH. Nak kena tempah kalau nak beli.




Seterusnya aku pergi ekspo buku Islam di Putrajaya. Aku tengok-tengok ja. Diskaun cuma 10% saja yang diberi. Pukul rata. Mungkin penganjur tak nak ada monopoli oleh sesetengah pempamer. Kesimpulannya, tak syok. Tapi seperti yang aku katakan, penganjur mungkin tak nak ada monopoli. Memandangkan aku adalah 'mangsa' sistem kapitalis, makanya bajet aku kecil dan tak mampu nak membeli suka-suka hati. Aku beli satu (1) buku ja..'Diari Mat Despatch: Lelaki Baik' sebab buku ni pun jarang ada di kedai buku Popular atau MPH. Walaupun ekspo buku Islam kali ni lebih banyak pempamer, tapi aku tak rasa kemeriahannya. Aku tertanya-tanya adakah ekspo buku Islam di Indonesia juga penganjurnya menetapkan diskaun pukul rata kepada semua pempamer?

Train ETS balik ke Ipoh dipandu oleh Kapten Khairul. Kapten ni memang meriah sebab sepanjang perjalanan pasang lagu orang putih yang baru dan best! Aku pula sepanjang perjalanan baca 'Diari Mat Despatch: Lelaki Baik' sampai habis.


p/s: looking forward KL International Bookfair at PWTC in April, 2012.