Tuesday, April 9, 2013

buku oh buku

tiada entri sepanjang bulan mac. pelbagai alasan. sibuk dengan kerja antaranya.

banyak juga perkara yang berlaku sepanjang mac. tapi yang paling menarik hujung bulan mac hari tu, aku dan kakak-kakak aku memborong sakan novel di kedai buku. aku hanya beli satu ja. maklum la sedang menabung untuk pesta buku KL hujung bulan ni nanti. 

dari 6 buah buku (yang bagi aku sangat tebal) yang kak yong aku beli, dia dah habiskan 3 buah buku dalam masa seminggu! betul la kata laki dia, kalau baca buku untuk periksa ni dah pasti lulus dengan cemerlang. hahaha...

kak nim aku dah mula salahkan aku. katanya sebab aku la dia dah berjangkit habit baca buku masa lampu isyarat merah bertukar hijau. eh salah aku ka!?? 

dan kak na pulak siap dah pass 6 buah buku pada kak nim suruh bawak balik kampung hujung minggu ni. eh depa ni....rak buku aku kat rumah mak abah tu dah penuh kot. mana aku nak campak buku-buku depa ni semua? adoi la....nak beli rak buku baru pun abah kata dah takdak tempat nak letak rak buku. 

buku di rumah sewa aku pun dah menimbun. buku asyik bertambah. pening. 


No comments:

Post a Comment