Monday, March 9, 2015

Piatu

Sejauh mana pun kita bersedia, kita takkan pernah benar-benar bersedia untuk kematian orang yang dekat dan kita sayang.

Hari ni sudah lebih sebulan abah pergi tingalkan kami buat selama-lamanya. Abah pergi pada hari lahir aku, 7.2.2015 bersamaan 17 Rabi'ul Akhir 1436. Jujurnya aku masih rasa kebas dengan kejadian mendadak ini.

Tiga tahun lalu waktu mak tinggalkan kami selamanya, aku hampir setahun tak boleh tulis apa-apa di blog. Dan aku juga suffered delayed grief selama itu. Kali ini aku sedaya upaya mahu grief. Tapi tak boleh. Aduh susah sekali untuk aku grief.

Perasaan waktu abah pergi sungguh tak sama dengan perasaan waktu mak pergi. Apapun aku kini secara rasminya sudah yatim piatu. 32 tahun dan masih belum berkahwin. Syukur aku masih ada pekerjaan untuk aku pegang dan bergantung.

Perasaan mak dah pergi pun aku masih belum kebal. Dan sekarang aku kena mesti hadapi perasaan abah dah pergi juga. Aku sekarang ini ibarat berdiri tegak menahan hunjaman perasaan pedih. 




 

4 comments:

  1. takziah epit,,,berat mata memandang berta lagi bahu memikul..semoga tbah dan teruskan perjuangan utk menajdi anak yg solehah amiinnn

    ReplyDelete
  2. terima kasih yati. dan doa kita sebagai anak solehah utk kedua ibu bapa kita takkan terputus :)

    ReplyDelete
  3. takziah epit...mak ayah kite mmg xde galang gantinya..tapi mungkin 1 hari nanti akn ada org yg akn isi di ruang kosong hati..allahumma yassir wala tu'assir..

    ReplyDelete
  4. Takziah k.epit..maaf baru tahu..moga k.epit lebih tabah..-jira-

    ReplyDelete