Thursday, October 4, 2012

sambil menyelam minum air

last week aku bodek azie, mar dan fafa yang manis2 tu untuk teman aku pi pesta buku kat taiping sentral. sambil2 tu aku cakap boleh la pi makan mee udang kat kuala sepetang yang kononnya semua orang kata sedap.

aku, azie dan fafa bertolak ke taiping pukul 11.05 a.m. bajet nak sampai rumah mar kat changkat jering tu dalam pukul 12 tengahari. makan dan solat zohor kat rumah dia. lepas tu baru pi bookfair kat taiping sentral.

tapi hanya kerana kunyit kat rumah dia dah habis, dia cancel makan kat rumah dia dan ajak kami pi makan kat restoran asam pedas kat taiping. hahaha...kunyit je kot! dia kata takdak mood dah nak masak menu lain. 

restoran asam pedas sangat ramai orang. tauke restoran dia macam garang sikit. kebetulan masa tu ada table reserve untuk artis makan lepas depa habis shooting. nampak la pelakon izara aisyah tu. tapi takdak sapa pun yang nak ambik autograf dia. mungkin sebab asam pedas lebih menarik dan sedap daripada pelakon tu. hehehe

lepas makan kami pi solat zohor kat masjid. lepas tu baru gerak pi taiping sentral. 

pesta buku ni kat ruang legar bawah taiping sentral. ada beberapa buah booth yang jual buku. fokus aku cuma booth Jemari Seni/JS Adiwarna. nak jumpa penulis kegemaran kaksu dan imaen. tapi staff JS kata depa pi rehat. so aku terpaksa 'berlegar-legar' kat situ sampai kaksu dan imaen sampai.

bila kaksu sampai ja kat booth JS tu and nampak aku dah sedia tersengeh kat situ tunggu dia, kaksu terus cakap, "orang sini ka?" (aku dengan kaksu dan imaen pernah berdiskusi lama hampir 1 jam masa kat bookfair KL hari tu. sebab tu aku rasa kaksu cam muka aku). hehehe..aku bagitau aku bukan orang sini tapi ipoh dengan taiping ni dekat ja. ikut highway tak sampai 1 jam pun. tapi kawan aku si mar tu orang sini la. sembang sakan la dengan kaksu. dia dok cakap imaen tengah dok cari parking keta. satgi dia mai. aku dengan mar pun sibuk la dok ambik autograf kaksu. tak lama lepas tu imaen pun sampai. ambik autograf imaen jugak. sembang rancak gak dengan imaen.

fafa sebagai camera woman yang berjaya telah mengambil beberapa gambar kenang-kenangan.

sambil autograf, sambil berborak..=)

aku dan kaksu

aku dan imaen

mar, aku, kaksu dan imaen


ucapan ribuan terima kasih kepada jurugambar, fafa. (kena ampu sikit kalau tak dia tak mau upload gambar2 ni kat fb. LOL)

lepas habis kat bookfair ni kami pi makan dekat area taman tasik taiping sat sementara nak pi makan mee udang kat kuala sepetang. tapi kisah makan laksa kat taman tasik ni aku tak mau cerita sebab sesungguhnya sangat 'tragis'. huhuhu

kami pi kuala sepetang lepas solat asar. kawan2 aku cakap mee udang yang glamour masuk tv, mee udang mak jah. tapi ramai orang sentiasa kat mak jah tu. mar kata try makan kat mee udang salleh. sebab local people kata mee udang salleh yang sedap. kami pun pi la cari mee udang salleh.

mee udang salleh ni memang kena jalan sampai jumpa pekan kuala sepetang. lepas pekan tu belok kiri. kami makan mee udang biasa. udang dia memang banyak. ok sedap la jugak cuma kurang rasa sos sikit and kuah agak cair.

azie dan fafa bersama mee udang salleh...=)) 



kami decide nanti kalau panjang umur datang kuala sepetang lagi nak try mee udang mak teh pulak.

sebelum balik ipoh, kami singgah pasar malam kat simpang changkat jering. kat sini yang glamour kuih cok peneram tu la. aku kalau mai sini confirm singgah beli. sebab abah memang suka makan. jadi dah kebetulan lalu, singgah la beli. boleh bawak balik kampung cok peneram.

kesimpulannya, si azie n fafa tu rela ja nak pi taiping sentral sebab nak pi makan mee udang kuala sepetang. dan aku pulak kalau tak sebab bookfair kat taiping sentral tu, takdak la nak pi makan mee udang kuala sepetang. hari tu kira kami memang makan macam2 la...hoho 


p/s: bookreview menyusul kemudian.. 
 


Tuesday, October 2, 2012

tak sempat atau malas

actually lately ni memang aku ada baca beberapa buku yang menarik. tapi masih belum sempat nak buat review kat blog. 

entah. tengah ada idea berkobar2 nak review, time tu la aku tak online. maklum la aku takdak ipad or note or segala bagai gajet yang canggih2 tu. yang aku ada cuma laptop. makanya, nak on laptop tu kadang2 perlukan daya usaha yang kuat! hahaha

takpa la. nanti senang2 aku review buku. 

sedikit update: last week aku pi pesta buku kat taiping sentral. ada jemari seni dan js adiwarna. dan yang pasti penulis mereka, kaksu dan imaen ada sekali. so, aku dapat la ambik tandatangan dan bergambar dengan depa. nanti aku upload kat blog. maklum la gambar2 nya ada dalam telepon kawan aku. telepon aku tak canggih nak tangkap2 gambar ni.huhu 

update lagi: bulan lepas aku baca 4 buku ja. 3 buku yang aku rasa nak bagi komen; fiksyen 302 (RAM), Cerpen (Nadia Khan) dan Suami (S. Mara GD). 

lagi update: aku tengah baca; Isteri (S. Mara GD) dan Hikayat Hang Tuah (Noor Suraya). dua2 buku ni memang best. kalau rajin lepas habis baca nanti aku review. 

sampai sini dulu. adios.

  

Wednesday, September 26, 2012

suspek pembunuhan!

aku ditahan untuk disoal-siasat.

sambil tu diorang geledah rumah sewa aku. rumah mak ayah aku kat kampung pun diorang geledah. diorang sealed dengan pita kuning. macam dalam CSI tu.

habis kawan-kawan aku diorang soal-siasat sekali.

aku tetap mengaku tak bersalah. tak bertanggungjawab kepada mana-mana pembunuhan. diorang mati-mati tak percaya. nampaknya kalau macam ni belum apa-apa lagi aku dah dijatuhkan hukuman bersalah!

apa aku nak buat? aku mesti lari! kalau tidak aku mesti nahas.

nasib baik aku berjaya meloloskan diri. lagipun diorang takde bukti yang aku bunuh sapa-sapa. diorang tak boleh tahan aku buta2 je.

diorang tetap syak aku yang bunuh. diorang cakap aku mungkin pembunuh yang psiko. gila. masa diorang geledah rumah sewa dan rumah kat kampung diorang jumpa banyak buku2 thriller yang berkonsepkan pembunuhan. jadi diorang buat kesimpulan aku ni memang psiko. bunuh orang macam dalam buku2 yang aku baca.

tapi diorang takde bukti selain daripada buku2 thriller yang aku ada yang menunjukkan kedudukan minda aku. tu je bukti yang ada. no murder weapon. only motive (maybe) according to them.




Wednesday, September 19, 2012

pagi

obviously i'm not a morning person.

but aku selalu jugak bayangkan pagi yang indah dan tenang sambil minum kopi dan baca suratkhabar.

what else we want? hidup yang tenang2 aja kan..

pagi tadi aku dengar kat radio, expectation is a twin to disappointment.  or may be i can say expectation may lead to disappointment. i think yes. when i expect something but later on it's not turn out as what i expected, i feel disappointed.

so, is that mean we don't have to expect something in our life?


 

Monday, September 10, 2012

patriotik?

hujung minggu yang tidaklah begitu memberangsangkan.  hingga hari ni masih ada mild headache. 

kisah kak yong aku minggu lepas. beria sungguh cerita kat aku yang dia dah beli buku yang aku cadang kat dia hari tu..'Takdir itu Milik Aku'. Aku macam pening sikit. Ye ke aku yang suggest?? Apa2 je lah. Dia kata cerita ni best. Aku skeptikal sebab taste dia dengan aku tak sama. Maka aku suruh dia cerita sikit. 

Sah! Aku memang tak layan cerita yang isteri kena dera lepas tu bla bla bla.....non stop kakak aku cerita. kesimpulannya habis la satu buku cerita. Dia siap cakap baca sampai menangis bengkak2 mata! Ok serius tak boleh masuk. Aku cakap kat dia bukan ke buku2 ni semua sama je dengan yang lain2 macam ombak rindu, andai itu takdirnya dan lain2. So apa yang sedihnya? But still kakak aku dok cakap best..sedih....

Anyway, aku still respect genre buku yang kakak aku suka baca. Aku suggest kat dia suruh beli 'Kan Kukejar Cintamu'. aku rasa buku ni pun sesuai dengan dia. 

Kakak aku komplen dia tak boleh masuk dengan buku2 aku yang 'patriotik'. eh bila masa plak aku baca buku 'patriotik' ni?? Bila kami pi kat rak buku dan tengok buku2 aku yang ada kat rak buku tu baru aku sedar yang buku2 aku memang tak masuk dengan 'jiwa' kak yong aku. hahaaha...'patriotik' sungguh!! 

Sebenarnya buku2 yang aku ada bukanlah 'patriotik' seperti yang orang lain faham. 'Patriotik' dalam interpretasi kak yong aku adalah buku2 aku bukan novel romantis, jiwang atau isteri kena dera. apapun aku selalu jugak tengok2 novel romantis macam ni...untuk informasi kak yong aku la. nanti aku suggest la dia beli. mana tau kot time otak aku tak berapa nak betul aku nak layan novel isteri kena dera kan..jadi senang la aku nak pinjam buku kat dia.hehehe    


p/s: mari raikan perbezaan antara kita.hoyeaahhh..!!



Monday, September 3, 2012

in reality, people do judge others by it appearance


showing off!

macam ni la....adatnya manusia itu seringkali aja memandang manusia lainnya dengan sebelah mata andai orang itu tak punya 'class' di matanya. rupanya 'status', 'class', dan seumpanya masih benar2 aja dipandang sesetengah manusia yang 'gila' bagi aku. 

zaman sekarang ni, kalau ko pakai smart dan bergaya bagai memang orang layan ko baik2 la. tapi kalau ko dressing macam orang meniaga pasar malam atau dressing selekeh, baju cabuk dan pakai selipar jepun ja...memang orang layan ko macam sampah je la.

ni bukan pertama kali aku pi keluar jalan2 orang layan aku ni macam rakyat kelas bawahan. aku dah biasa. no big deal. kesimpulannya dengan cara macam ni lah aku boleh tau what kind of person that i'm deal with. serius cakap kalau deal dengan orang macam ni aku memang akan show off kaw2 and after that orang tu totally akan 360 darjah berubah terus bagi layanan yang baik. what the heck?!! adakah hanya orang yang konon dressing bergaya je yang layak dapat layanan baik?? realiti dan hakikatnya macam tu la. 

ok weekend ni aku nak dressing bergaya sket. tengok macam mana orang tu nak layan aku. and plus weekend ni aku nak taram kaw2 orang ni. walaupun semalam muka dia dah cuak habis, tapi itu baru permulaan ja. weekend ni tau la langit tinggi ke rendah ye..   

aku kalau orang dah start nak buat kerek dengan aku..memang tempah maut la orang tu. dia belum tau lagi kerek aku macam mana kan...!


p/s: aku menang lagi 'review & redeem' contest oleh JS Adiwarna. so tengah tunggu hadiah buku free and 2 buku free dari Fixi sebagai panel reader depa aku dah terima pagi tadi...=)) yep, i'm really showing off right now!