Monday, November 11, 2013

Tahun 2014

Dah hujung tahun 2013 pun. Cepat ja masa berlalu. Aku masih ada 5 buku kena baca untuk melengkapkan target baca 60 buah buku tahun 2013 ni. Dan pesta buku terakhir untuk tahun ni adalah Big Bad Wolf bulan depan.

Tahun depan 2014, tiada target baca berapa buku. Tiada pesta buku. Tahun depan freestyle. Tiada tekanan. Mungkin nak baca banyak buku non-fiction. Ada beberapa buku non-fiction yang tak berusik kat rak buku aku tu. 


p/s: surprisingly, bulan ni tak beli buku lagi untuk diri aku..
  

Wednesday, October 23, 2013

syabu atau shabu-shabu?

2 minggu lepas. Keluar jalan-jalan dengan anak2 buah. Masa dalam kereta berhenti kat lampu isyarat merah. 

All of us are talking about shabu-shabu. Planning to eat at shabu-shabu. But suddenly, my 9 years old niece shouted that we can't eat shabu-shabu because it's a drug! Everybody stunned. 

My immediate response: laughing out loud!!! 

After I composed myself, I told her that we are not talking about syabu the drug. But we are talking about shabu-shabu the steamboat restaurant. Then she said she thought we are talking about syabu the drug. I told her it's good for her to know that syabu is a drug and we can't consume it. 


p/s: no doubt, my 9 years old niece must be reading a lot... 



Friday, October 18, 2013

suka tak suka

Kadang-kadang buku yang kita suka baca orang lain tak suka. Dan begitulah sebaliknya. 

Bagi aku sinopsis, dan beberapa mukasurat permulaan penting untuk menarik minat aku terus baca. Kalau aku dah baca bermuka-mukasurat, berbab-bab tapi masih tak menarik..buku tu bakal di'peram'. 

Beberapa minggu lepas, kakak aku ada banyak masa membaca sebab dia dalam pantang. Amboi bukan main rakus sekali membaca. Dapat habiskan baca novel berbiji-biji katanya. Tapi ada satu novel ni. Dia baca. Lepas tu letak tepi. Dia tanya aku, "ada novel lain yang best tak?" yang dia belum baca. Aku tanya dia, "apsal? Tu novel tengah baca tak best ke?" Dia kata, "Bosan aku. Cerita nak pi kedai buku beli buku pun sampai 12 mukasurat!" Aku respon, "ohhh...entah tengok la kat rak ni kot ada buku yang berkenan". 

What the hell?! 12 pages? pasal nak pi kedai buku beli buku je?? errrggghhhhh.....entah la. 

Tapi aku pernah jugak baca novel yang rasa macam nak tarik2 rambut. Mental tortured aku rasa. Kalau tak habiskan rasa kesian plak kat buku tu. Plus, aku dah beli buku tu. Rugi plak kalau tak baca. Tapi aku memang takkan ulang baca la buku tu kan. Baru seminggu aku tinggal buku tu kat rak buku kat rumah abah. Anak buah aku cakap dia dah habis baca buku tu. Amboi cepatnya habis baca. Aku ambik masa 5 bulan kot! sebab aku peram buku tu... 



   

Friday, October 11, 2013

Pre BBW 2013

Sedang menabung dengan tekun untuk Big Bad Wolf akan datang bulan 12 ni. Kali ni depa bukak 24 jam tanpa henti dari 6-15hb 12. Terlalu. hahahahaha........tapi aku suka. senang nak pi bila2 masa saja. Ingat kali ni nak bawak sleeping bag la. Senang boleh tido kat situ sekali. kehkeh..

Kali ni kalau pi BBW tu aku kena bawak troli pi pasar tu la. tak larat nak kendong buku dengan beg. mau senget sebelah bahu aku nanti. 

Kali ni aku plan nak beli buku genre lain yang biasa aku beli. Selalu aku beli buku fiksyen. Kali ni maybe beli buku non fiction, buku masak, buku motivasi, history, ensiklopedia. Amboi banyaknya. Kalau macam ni bajet kena lebih la nampaknya. 

Masalah rak buku sampai sekarang belum selesai. Sebab aku memang tak beli rak buku baru lagi. Konon nak fully utilised rak buku yang ada. Tapi kalau aku borong sakan kat BBW nanti, nampaknya aku kena beli rak buku baru jugak. 

Tahun depan aku plan tak nak pergi bookfair KL yang biasa buat kat PWTC tu. Diulangi: aku tak nak pegi bookfair KL tahun depan. Tahun depan ada plan lain. Lagipun experience pi bookfair KL tahun ni buatkan aku tak nak pi tahun depan. So aku buat plan lain. 


p/s: BBW, here I come! 

Thursday, October 10, 2013

aku dan romance

Sibuk. 

Makanya bulan ni baru habis baca satu buku saja. Buku yang dah berbulan2 jugak aku 'peram'. Peram sebab baru baca 2-3 bab aku dah rasa macam nak tarik2 rambut! Mental tortured aku rasa bila baca novel romance yang tak tahu ke mana hala tuju, konflik ada la sikit dan aku tak perasan pun ada klimaks ke tak. Tapi nasib baik la konfliknya sikit daripada ada konflik tapi berbelit2 tak sudah2 kan..

Ya, aku dan novel romance ni ibarat love-hate relationship. More to hate relationship actually. Nak buat macam mana kalau aku tak berapa suka novel romance. Mungkin sebab aku tak romantik?

Aku baca je novel romance cuma nisbahnya mungkin 1:10. Kat rak buku aku di kampung banyak jugak novel romance. Tapi yang pasti bukan buku aku la kan. Tu semua buku kakak2 aku. Depa ni memang dok layan novel romance. Termasuk la sekali dengan anak2 buah aku. Kiranya aku sorang je la tak berapa layan novel romance. 

Tak pa la..kalau aku rasa nak romantik sikit aku baca la novel romance tu semua nanti. 


p/s: sedang baca buku untuk makanan jiwa. 





Monday, September 30, 2013

hujung minggu

Sudah 3 minggu tak balik ke kampung. Macam-macam alasan. Alasan utama: to cool down. I call it "cooling time". Mungkin 3 minggu sudah boleh kira sedikit 'sejuk'. Lain-lain alasan: harga minyak naik, kekangan kewangan. Ya, bagi aku masalah kewangan adalah masalah global. 

Disebabkan itu, bulan ni aku dapat baca 9 buku. Ye la weekend dok berkurung kat dalam rumah ja. Rancangan kat tv pun tak dak yang menarik. Lagi pun misi aku adalah mengurangkan jumlah buku yang penuh atas meja. Tertekan jugak aku tengok buku berlambak atas meja tak sempat nak dibaca. 

Kena berhenti beli buku rasanya. 

  

Tuesday, September 3, 2013

Soap Opera Si Miskin & Si Kaya

Tiba-tiba aku jadi ikutan siri drama sinetron indonesia Si Miskin & Si Kaya kat saluran 104 astro ria. Muhasabah diri jugak la bila tengok keluarga si miskin. Mereka miskin dari segi harta material tapi kaya dengan sifat baik dan syukur pada Allah. 

Bila harga minyak naik, macam2 aku rasa. Marah. Geram. Stress. Kecewa. Tak adil. Terhimpit. Akhirnya aku bersyukur. Walaupun lebih tepat aku KECEWA sebenarnya. 

Aku bersyukur harap ada rezeki dari Allah yang tak putus. Marah2 di bawah sini pun orang yang di atas tu pun bukan dengar dalam erti kata sebenar. Tak ubah apa2 pun. Aku yang kena ubah. Kena semak semula perbelanjaan bulanan. Kurang atau potong mana yang patut. Ni tak bermakna aku rela harga minyak naik. Sesungguhnya aku hanya boleh berdoa. Semoga hati aku lapang dan perasaan teraniaya dan tertindas aku ni Allah dengar. Sabar kerana Allah bersama dengan orang2 yang sabar. 

Dan pemimpin di atas sana: terima kasih kerana mencuba yang terbaik untuk memimpin dan mentadbir dengan aman makmur dan kaya. Sebagai pemimpin tanggungjawab anda sangat besar dan setiap tindakan anda akan dipertanggungjawabkan di sana nanti. Fikir2 lah. 

Aku syorkan pemimpin2 kita baca dan hayati buku '30 hari bersama Umar Al-Khatab' oleh Hepi Andi Bastoni terbitan Kemilau Publika. Buku ni mudah dibaca sebab ia adalah edisi bacaan untuk kanak-kanak. Mungkin dalam 30 minit dah boleh habis baca. Harga pun mampu milik. RM16.00 saja. 

Gambar daripada facebook page Kemilau Publika



Buku ni aku beli untuk hadiah hari lahir anak buah aku yang ke-9 tahun minggu lepas. Ada 30 kisah tentang Umar Al-Khatab. Bukan setakat bagus untuk kanak2 tapi bagus juga untuk bacaan orang dewasa. Di setiap pengakhiran kisah ada mutiara hikmah.

Secara tak langsung dengan kenaikan harga minyak ni, sedikit sebanyak ia menjejaskan juga bajet belian buku aku untuk setiap bulan, jualan murah dan pesta buku. 


p/s: lebih kepada rasa KECEWA sebenarnya.