Saturday, February 12, 2011

Masih entri tentang sukan...=)

Sekarang ni memang aku tengah mood pasal sukan.

Dua (2) sports event yang membuatkan aku takkan berganjak dari t.v i.e badminton dan bolasepak.

Tentang badminton: ini memang sport yang aku paling serius follow. Memang dari kecik dah follow dan suka badminton. Aku pernah la jadi player badminton untuk sekolah, asrama dan universiti. Tapi aku bukan la 'star' player..boleh la main sikit-sikit.
Sampai sekarang aku masih rindu nak main badminton macam dulu-dulu dengan teammate yang lain: Syateen (my partner), Poja & Dayout (doubles yang memang ada chemistry sangat kuat sebab diorang partner sejak Form 1), Wan dan AC (our single player). Sebab kami semua main sama-sama dari sekolah menengah sampai la masuk universiti. Jadi ikatan antara kami sangat kuat. Banyak yang telah kami lalui bersama. Sekarang ni semua dah bawak haluan masing-masing tapi badminton masih tetap di hati kami semua.

Team Badminton MCIIUM 2001/2002
Back (L-R): Poja, Dayout, Kak Dot, Kak Tini
Front (L-R): AC, aku, Wan, Kak Farah, Syateen



Tentang bolasepak: aku follow tapi masih belum boleh dianggap sebagai peminat bolasepak tegar. For local, aku memang sokong Team Perak forever. Aku sokong gak Team Malaysia.
If for international, aku memang sokong Team Brazil forever..;D
Aku tak berapa sokong England, jadi aku bukan la fan mana-mana kelab EPL. Tapi aku follow la EPL tu. Tapi honestly, for international club aku sokong Barcelona dan AC Milan.
Disebabkan aku bukanlah peminat bolasepak yang tegar sangat..jadi aku hanya ada jersey Perak, Brazil, MU, Arsenal & Chelsea.
Lahh...kata sokong Barcelona dan AC Milan tapi aku takde jersey diorang...kehkeh...;p




p/s: Malam ni Liga Super Perak lwn Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment