Monday, November 26, 2012

cinta dan sebuku roti

anak buah aku cakap, "love makes my world like a loaf of bread." 

aku terkedu beberapa minit. tak tau nak respon macam mana. tak pernah lagi aku dengar orang umpamakan cinta tu macam sebuku roti. lepas beberapa minit, aku gelak. 

aku tanya dia, "kenapa samakan cinta dengan sebuku roti?" dia cakap, "roti tu cantik, gebu, lembut, sedap dimakan dan mengenyangkan." aku senyum. tapi kawan aku add on it, "tapi roti ada expired date." betul. so makan cepat2 kalau tak mau expired dan berkulat! 

tapi kalau nak melambatkan proses pengkulatan (ada ke perkataan ni?) simpan roti dalam peti ais. lepas tu bakar dalam oven dan blender buat serbuk roti. hehehe 

itu cerita cinta dan sebuku roti.


p/s: sedang sibuk dengan Y.E.S!
  


Wednesday, November 21, 2012

Tuesday, November 20, 2012

Y.E.S!

Dah hujung tahun aku kira memang banyak jualan murah. Jualan murah sempena krismas, kembali ke sekolah, penghabisan stok dan macam-macam lagi la. Sana sini 'sale'. 

Sekarang ni kedai buku Popular tengah buat booksale. Memang murah sampaikan ada sesetengah buku untuk penghabisan stok diskaun sehingga 90%! Contoh, semalam aku beli 2 buku dengan harga RM7.90 satu. Harga asal RM46.90/RM36.90. Memang sungguh murah! Untuk buku classic english, beli satu percuma satu. So aku beli Pride & Prejudice (Jane Austen) dan ambik buku free The Picture of Dorian Gray (Oscar Wilde). Inilah masanya dapat beli buku murah. 

Popular kat sini ada buat pesta buku bermula hari Jumaat ni 23hb. Yang menarik adalah buku Who Move My Cheese dijual pada harga RM12.90 untuk ahli kad Popular. Perghh gila murah kot! Harga asal RM29.90 and mind you, buku ni nipis je. So aku memang berat je nak beli buku ni dengan harga asal.   

Hari ni MPH kat JJ dah mula buat pesta buku. Diskaun sehingga 50% katanya. Nanti lepas ofis ingat nak pegi melawat.hehee..

Awal bulan depan Big Bad Wolf (BBW) dah mula. Kali ni 3 million books! Aku dah plan nak pegi. 

Masalah sekarang ni adalah rak buku. Kalau beli rak buku, tak tau la masih ada ruang lagi ke tak nak letak rak buku baru tu. Abah sure pening tak tau nak letak mana rak buku tu nanti. 




Monday, November 12, 2012

delayed grief

aku sebenarnya tak berapa suka nak cakap pasal ni. tapi rasanya dah sampai masa sekurang-kurangnya aku meluahkan. bukan apa takut juga aku jadi tak betul ke apa nanti. 

rupanya aku ni jenis manusia yang suka memendam kesedihan. konon nak jadi kuat dan tabah. tak nak orang tengok aku ni lemah. i want people know i'm strong. i'm ok. i'm fine. my life would be fine. tapi rupanya benda ni semua kira macam makan dalam la. ada saatnya aku rasa sakit sangat hati dan perasaan ni tapi tak tau nak keluarkan macam mana. nak menangis pun tak tau. aku cuma tau menangis bila tengok cerita sedih kat tv je. realitinya aku tak reti menangis dalam kehidupan aku yang menyakitkan. ironi sungguh! 

ada orang kata, menangislah kerana ia akan membuatkan kita berasa lebih baik selepas menangis. entah. mungkin ya ia akan membuatkan kita berasa lebih baik lepas menangis. tapi adakah masalah tu akan selesai selepas kita menangis? rasanya tidak. jadi, aku akan menangis tapi otak aku kena lebih ligat fikir macam mana nak selesaikan masalah. menangis tak berhenti-henti pun takkan boleh menyelesaikan masalah. ye tak?!