Wednesday, April 24, 2013

Hari Buku Sedunia

Semalam Hari Buku Sedunia. 

Aku baca buku free je kat kedai buku semalam. Mula tu ingat nak beli. Tapi bila kira-kira, ongkosnya tak berapa nak cukup. Jadi aku baca free je la dulu. Nanti dah ada duit baru aku beli. 

Aku selalu rasa orang yang baca buku di tempat awam tu cool. Stylo gitu. Tak ke? Entah. Ahh whatever lah. Untuk aku kira stylo la. 

Minggu lepas pi bawak anak2 buah aku berjalan. Berjalan cara orang takdak duit. Pi shopping mall. Tapi tempat yang kami pi, library dalam shopping mall tu! nasib baik la budak2 ni tak banyak kerenah. dok diam baca buku. habis kuat aku bagitau depa suruh aim dulu nak beli barang apa. nanti minggu depan dah ada duit baru pi beli. 

Konon cuti panjang minggu lepas nak kemas rak buku kat rumah abah. Hampeh. Semuanya ke laut! Balik minggu ni kena nekad gak kemas rak buku tu. Dah macam kena bom nuklear aku tengok. Tu belum kira entah ada buku yang hilang daripada rak tu. Anak2 buah aku ni bukan boleh pakai sangat. Entah2 depa buat bagi pinjam kat kawan2 depa macam public library. 

Jenuh la aku nak susun rak buku minggu ni nanti....


p/s: syok gak kalo boleh lepak baca buku sambil minum kopi mahal


 

Thursday, April 18, 2013

hepi 5th anniversary!

5 years already since 2008. hari paling bersejarah setakat aku hidup ni. the most memorable event in my life so far. end of one journey and the beginning of another journey. and i'm still survive in this journey despite all bad and good times, up and down the hill etc.

what i got in 5 years? a lot.

friends.
new friends.
enemy (if u want to call it that)
valuable experience.
clients.
etc..

and not to forget. having brunch almost everyday at the same place after court case!

may i have a great year ahead. cheers!





Wednesday, April 17, 2013

klasik

selalu aku rasa lain bila meladeni bahan bacaan yang aku kira klasik. perasaan yang beza amat. selalunya ada perasaan halus yang menusuk dan mendalam. ada rasa berat dalam hati. jiwa rasa gelora dan kacau bilau. perasaan yang mencengkam. kadang-kadang rasa tak tentu arah. 

tak tahulah sebab apa. mungkin orang dulu-dulu menulis dengan sepenuh jiwa raga. segala rasa keluh kesah penulis sarat dalam karyanya. tapi karya yang macam ni tak boleh baca dengan laju. kita akan 'hilang' dalam karya itu. baca perlahan dan nikmati. itu saja. ambillah seluruh masamu. macam kau menikmati kopi.

pasti akan jadi orang yang beda buat seketika. beda yang bagaimana terserah bagaimana karya itu dihadam. 


p/s: sedang baca Jiwa Berontak oleh Kahlil Gibran

 

Tuesday, April 16, 2013

what more can i say...



Bahang Pesta Buku Antarabangsa KL yang bermula Jumaat hadapan 26hb memang dah terasa. Senarai buku untuk dibeli memang dah buat. Dan senarai buku makin bertambah. Bajet? Entah la...macam dah over bajet ni. huhuhuhu






Thursday, April 11, 2013

dari nasi arab ke yogurt cheese cake

having late lunch dengan kawan aku di kedai nasi arab. selain kami berdua, ada lagi dua orang pelanggan yang memang dah ada masa kami sampai. 

sementara tunggu nasi arab kami sampai, aku macam biasa baca buku yang aku bawak. kawan aku plak baca majalah yang kedai nasi arab tu sediakan. kami berdua senyap tak bercakap. dok khusyuk layan bacaan masing-masing. tiba-tiba kawan aku cakap, "kalau orang lain dok senyap tak bercakap sebab dok layan handphone dan gajet masing-masing. tapi kami dok sibuk baca buku.hahahaha..." ye la baru aku perasan. kami senyap saja. tak bercakap. kami sebenarnya pantang kalau keluar makan dengan kawan-kawan tapi masing-masing sibuk dok layan handphone dan gajet yang apa-apa tu. so kalau kami keluar makan-makan dengan kawan-kawan memang tak layan handphone dan gajet. tapi dok layan bacaan plak! we talk but at the same time we read. and talk what we read.  

pernah sekali tu dok melepak dengan kawan aku di kopitiam berjam-jam. pasangan kekasih bersilih ganti yang datang. tapi kami masih di kopitiam menikmati kopi dan buku. tak berapa bercakap. cuma kadang-kadang bercakap tentang apa yang kami baca. we just want to drink coffee, read, feel the moment and ditemani kawan di sisi. 

pernah juga lepak di tepi pantai membaca sambil deru angin pantai menghembus lembut. ditemani kawan di sisi tanpa bicara. just feel the moment. 

sepi? aku tak rasa kami ni manusia yang sepi. tapi kami manusia yang menikmati hidup dengan cara kami yang tersendiri. 

lepas makan nasi arab tu, aku ke kafe menikmati yogurt cheese cake dan secangkir kopi sambil sambung baca buku. orang silih berganti di kafe tu. ada ibu dan anak yang sedang menangis. ada pasangan yang boyfren nya mat salleh. ada family. ada pasangan emas sedang menikmati hidup berdua di hujung usia dengan sepotong kek dan secangkir kopi. tapi aku masih relax saja menikmati yogurt cheese cake dan kopi. riuh rendah sekeliling tak aku peduli. aku dah masuk dalam cerita yang aku baca. aku perlu ketenangan sebelum aku kembali ke alam realiti. 


p/s: jangan aku ke kopitiam plak untuk sambung 'mencari ketenangan'.... 


    

Tuesday, April 9, 2013

buku oh buku

tiada entri sepanjang bulan mac. pelbagai alasan. sibuk dengan kerja antaranya.

banyak juga perkara yang berlaku sepanjang mac. tapi yang paling menarik hujung bulan mac hari tu, aku dan kakak-kakak aku memborong sakan novel di kedai buku. aku hanya beli satu ja. maklum la sedang menabung untuk pesta buku KL hujung bulan ni nanti. 

dari 6 buah buku (yang bagi aku sangat tebal) yang kak yong aku beli, dia dah habiskan 3 buah buku dalam masa seminggu! betul la kata laki dia, kalau baca buku untuk periksa ni dah pasti lulus dengan cemerlang. hahaha...

kak nim aku dah mula salahkan aku. katanya sebab aku la dia dah berjangkit habit baca buku masa lampu isyarat merah bertukar hijau. eh salah aku ka!?? 

dan kak na pulak siap dah pass 6 buah buku pada kak nim suruh bawak balik kampung hujung minggu ni. eh depa ni....rak buku aku kat rumah mak abah tu dah penuh kot. mana aku nak campak buku-buku depa ni semua? adoi la....nak beli rak buku baru pun abah kata dah takdak tempat nak letak rak buku. 

buku di rumah sewa aku pun dah menimbun. buku asyik bertambah. pening.