Saturday, December 11, 2010

Rayyan Fantasi by Ramlee Awang Murshid

Buku terbaru Ramlee Awang Murshid (RAM) yang aku tunggu selama ni. Agak lama menunggu buku baru dari RAM selepas Cinta Sufi.

Dengan semangat minta tolong kakak aku pergi MPH Alamanda, Putrajaya belikan buku ni masa hari pelancaran, 4.12.2010.

Mula-mula tengok cover buku ni pun aku dah teruja. Sungguh la kadang-kadang cover buku tu memainkan peranan yang penting....=) Dalam hati berharap isinya nanti tidak mengecewakan.

Memang tidak mengecewakan! Hebat..!!!

Kalau sebelum ni ada sedikit rasa bosan dengan gaya penulisan RAM, (maklum la hampir kesemua karya dia aku dah baca...jadi macam dah tau apa seterusnya....) tapi kali ni aku rasa macam baca karya penulis yang baru. Ada nafas baru dan lain dari yang lain. Mungkin jugak sebab dah lama tak baca karya RAM.

Bagi aku ni karya Sci-fi thriller dari RAM.

Baca buku ni membuatkan anda berimiginasi, berfantasi. Mungkin apa yang kita fikirkan itu ada.

Rasa: oh aku memang sukakan cover buku ni!! nikmati dan berfantasi lah...haahahaa


-epitjack!-
111210@1141

1 comment: