Disclaimer: Tiada kena mengena dengan buku Dr. Faisal Tehrani 'Tiga Kali Seminggu'.
Minggu ni saja tiga kali kena pegi outstation. Dari Ipoh ke Kuala Kangsar sampai ke Lenggong!! Ahh lalu dekat Muzium Arkeologi Lenggong...=)
Penat...sampai satu hari tu masuk ofis cuma satu jam je. Dan esoknya outstation lagi!!!
Bila outstation dah tentu keja kat ofis banyak nak kena siapkan.
Minggu depan kena outstation kat Alor Setar plak. Yang ni excited sebab boleh jumpa kawan-kawan kat sana....hehe
Labels
- A N E C D O T E (3)
- A U T H O R (1)
- B O O K R E V I E W (28)
- C E R T O T (2)
- M E ' N ' O T H E R S (17)
- M E M O R Y L A N E (5)
- Q U O T E S (5)
- R A S A J I WA I N I (10)
Saturday, February 26, 2011
Sunday, February 20, 2011
Tiga Kali Seminggu by Dr. Faisal Tehrani
Penampilan buku ni dari segi kulit buku dan tajuk memang menarik. Jadi, 'cover' memainkan peranan jugak dalam menarik perhatian pembaca dan pembeli. Harga buku mampu beli. Aku beli buku ni dengan harga RM15.20 selepas diskaun 20% (Pilihan Popular) kat Popular untuk ahli.Ada 15 cerita pendek dalam buku ni. Jadi buku ni nipis je. Dalam 198 mukasurat.
1. Rindu Ini Luar Biasa
Aku suka cerita ni. Ahh memang membuatkan aku 'rindu'..sungguh luar biasa!!
Kisah perjuangan mahasiswa di kampus untuk memperjuangkan Bahasa Melayu. Aku suka cerita ni bukan sebab elemen 'Bahasa Melayu' tu sahaja. Tapi elemen perjuangan mahasiswa di kampus. Dan adakah perjuangan 'pemimpin' itu di kampus akan terus dia perjuangkan sampai bila-bila? Atau sekadar hangat dan membaranya hati seorang anak muda terhadap polisi pemerintah yang kemudiannya setelah graduasi dan menyertai kelompok masyarakat yang lebih luas, berubah angin dan bersetuju pula dengan polisi yang ditentang hebat semasa menjadi 'pemimpin' di kampus?? Situasi dan keadaan mungkin telah merubah pandangan 'pemimpin' tersebut. Di sinilah elemen keteguhan prinsip dan perjuangan seorang 'pemimpin' yang kita nak lihat. Ahh aku rindu nak baca balik novel Arca Berdiri Senja by Baharudin C.D
2. Abuya Dongeng Tokoh yang Memakan Babi
Aku kena baca balik cerita ni. Kena ada lebih energy to digest this story..
3. Antiplot
Sungguh. Kita sebagai orang Islam mesti menampilkan akhlak yang baik dan terpuji. Kita mesti berilmu.
4. Bulan Penuh di Saigon
Menarik. Tapi mungkin lebih menarik kalau pertemuan Manisah dengan ibu kandungnya yang berlainan agama di Ho Chi Minh dapat dipaparkan. Aku nak lihat dan rasa 'emosi' mereka. Haiihhh tengah syok tenggelam dalam 'rasa'...cerita telah dinoktahkan.
5. Cinta Medeni
Suka cerita ni! Ohh Medeni kena jawab 3 soalan teka-teki sebelum Zanjabila menerima lamarannya..=)
6. Dangai, Pau dan Maruku
Hmmm tengok tajuk pun dah boleh agak plot ceritanya kot. Yang tersirat, walau kita berbeza..kita semua tetap mahukan kehidupan yang aman damai dan bebas dari penjajahan.
7. Hajah Abidah
Untuk renungan.
8. Latar
...dan sebagai pembaca apa pulak yang kita faham dengan terminologi 'kekerasan' dan 'antikekerasan'???
9. Manifesto Mergastua
Aku tersedar dari mimpi dan lamunan yang panjang. Ya Allah...aku hampir terlupa akan kehadiran dan kewujudan mereka.
10. Muhammad Ulul Albab
Kita ada seni melayu yang patut dipelihara dan dibanggakan...
11. Muthupalaniappan
Sinis sebenarnya. Tapi itulah realiti. Panas dan pedas sindirannya walaupun ditampilkan dengan bentuk humor. Ahh kesian Muthu...
12. Perlak Emak
Adab dan tamadun melayu itu memang indah sekali..
13. Tiga Kali Seminggu
Dewasa. Poligami.
14. Setelah diciptakan Adam
Fitrah manusia itu berpasang-pasangan. Lelaki dan perempuan itu ada peranan masing-masing dalam kehidupan ni. Saling melengkapi. Bukan untuk saling menyatakan siapa lebih berkuasa dan dikuasai.
15. Kegawatan
Sungguh gawat sekali masa baca cerita ni. Memang gawat perasaannya. Ahhh segalanya gawat!
Ini buku Faisal Tehrani. Ia bukan sebuah buku atau antologi cerpen yang 'direct'. Walaupun sesetengah cerpen mungkin ditampilkan dengan gaya ringan tapi sebenarnya kesemua cerita sarat dengan mesej yang tersendiri.1. Rindu Ini Luar Biasa

Ini buku Faisal Tehrani. Penulis adalah penerima Anugerah Seni Negara. Gaya penulisan, bahasa dan kosa kata yang digunakan bukan sesuatu yang mudah untuk diadaptasi sekiranya kita tak biasa membaca karya-karya beliau.
Ini buku Faisal Tehrani. Jadi ia bukanlah satu pembacaan yang 'ringan'.
Keseluruhannya, buku ni baik dan aku suka. Buku ni buat aku berfikir, mentafsir dan menganalisis. Macam yang aku cakap..ia bukan sesuatu yang 'direct'. Perlukan extra energy to explore the book. Ohh mungkin juga kena ada perbincangan dengan orang lain yang dah baca buku ni. Perbincangan akan meluaskan lagi pemandangan...=)
[maaf tak dapat review dengan baik sebab buku ni macam terlalu luas untuk dijelajahi. Makin jauh dijelajahi, makin tak tercapai..so I reserve my further comments on this book until I've discussions and exchange views and comments with 'YOU' who read this book. Feel free to leave your comment here after reading the book.]
p/s: Jelasnya, cerita pilihan aku adalah Rindu Ini Luar Biasa. What about you?
epitjack!
200211@0735
Thursday, February 17, 2011
Panggil Aku Dahlia by Noor Suraya
Aku: Macam mana? Best tak??
Mar: Kalau compare dengan Jaja & Din, Panggil Aku Dahlia macam maggie tanpa perisa..
Aku: Huh? Eh tak best ke??
Mar: Bukan tak best tapi Jaja & Din terlalu tinggi…
Aku: Oh kalau macam tu kena hilangkan aura Jaja & Din dulu la baru boleh baca Panggil Aku Dahlia..kalau tak nanti tak feel..
Premisnya mudah. Dahlia, anak tunggal kepada pemilik ladang Teh Timor, terpaksa balik (dan meninggalkan kerjayanya) untuk menguruskan perniagaan keluarga disebabkan ayahnya jatuh sakit. Macam biasa, perniagaan dalam keadaan tak memberangsangkan dan banyak masalah. Ditambah dengan permusuhan turun-temurun dua (2) keluarga pemilik ladang teh - Teh Timor (Dahlia) vs. Teh Sutra (Wadi).
Dahlia memang tak dapat pertahankan ladang Teh Timor. Tipikalnya, Wadi, anak kepada pemilik ladang Teh Sutra yang juga musuh ketat Dahlia dari kecik, dapat beli ladang Teh Timor.
Lagi sekali ditekankan. Premisnya kelihatan nampak mudah dan biasa. Begitu juga dengan konflik. Bukanlah dramatik.
Tapi apa yang menarik dengan Panggil Aku Dahlia yang sepertinya kelihatan nampak mudah dan biasa ini adalah nilai diri yang ada pada karakter-karakter, terutamanya Dahlia dan Wadi. Kagum dengan sikap Dahlia - berusaha untuk bangun dari kekalahan. Dan yang paling aku kagum, keteguhan hati dan prinsip yang Dahlia pegang. Wadi pun akhirnya ikhlas dengan perubahan yang dia lakukan.
Hubungan Dahlia-Wadi: ’percaya’ dan ’janji setia’. Tapi aku suka bila dalam hubungan ada sikap ’berterus-terang’. Kredit/bonus point untuk Wadi bila dia mahukan Dahlia sentiasa berterus-terang.
Walaupun Panggil Aku Dahlia tidaklah terlalu ’enak’ tapi ia memang ’mengenyangkan’…=)
p/s: Dah lama tak makan nasi pulut dengan ikan wadi..
epitjack!
170211@1452
Wednesday, February 16, 2011
Ringkasan
Banyak perkara/kejadian ringkas yang berlaku beberapa hari ni.
- Team bolasepak Perak dah menunjukkan peningkatan di awal musim liga 2011.
- Last Monday, disebabkan Azie bercuti dan balik kampong..Mar dan Farah team-up together to beat me in badminton. 2 vs 1. Tak nak cakap banyak la...aku beat both of them....;p
- Lepas main, aku dan Mar lepak Kopi Secawan. Adeh pakcik waitress ni asyik dok lepak kat table kitorang and gave English class/lesson. After that we just wondering....apsal orang suka lepak kat table kitorang?busker la...haiihhh macam2 orang la kesimpulannya. muka kitorang ni 'approachable' ke??
- Pertama kali 'dandanan rambut' dari sentuhan salon dan bukan sentuhan nyonya...;D

Saturday, February 12, 2011
Masih entri tentang sukan...=)
Sekarang ni memang aku tengah mood pasal sukan.
Dua (2) sports event yang membuatkan aku takkan berganjak dari t.v i.e badminton dan bolasepak.
Tentang badminton: ini memang sport yang aku paling serius follow. Memang dari kecik dah follow dan suka badminton. Aku pernah la jadi player badminton untuk sekolah, asrama dan universiti. Tapi aku bukan la 'star' player..boleh la main sikit-sikit.
Sampai sekarang aku masih rindu nak main badminton macam dulu-dulu dengan teammate yang lain: Syateen (my partner), Poja & Dayout (doubles yang memang ada chemistry sangat kuat sebab diorang partner sejak Form 1), Wan dan AC (our single player). Sebab kami semua main sama-sama dari sekolah menengah sampai la masuk universiti. Jadi ikatan antara kami sangat kuat. Banyak yang telah kami lalui bersama. Sekarang ni semua dah bawak haluan masing-masing tapi badminton masih tetap di hati kami semua.

Team Badminton MCIIUM 2001/2002
Back (L-R): Poja, Dayout, Kak Dot, Kak Tini
Front (L-R): AC, aku, Wan, Kak Farah, Syateen

Tentang bolasepak: aku follow tapi masih belum boleh dianggap sebagai peminat bolasepak tegar. For local, aku memang sokong Team Perak forever. Aku sokong gak Team Malaysia.
If for international, aku memang sokong Team Brazil forever..;D
Aku tak berapa sokong England, jadi aku bukan la fan mana-mana kelab EPL. Tapi aku follow la EPL tu. Tapi honestly, for international club aku sokong Barcelona dan AC Milan.
Disebabkan aku bukanlah peminat bolasepak yang tegar sangat..jadi aku hanya ada jersey Perak, Brazil, MU, Arsenal & Chelsea.
Lahh...kata sokong Barcelona dan AC Milan tapi aku takde jersey diorang...kehkeh...;p
p/s: Malam ni Liga Super Perak lwn Negeri Sembilan

Thursday, February 10, 2011
Antara Koo-Tan Dan Epit-Mar
Sejak pembukaan Badminton Super Series 2011 (Malaysia Open & South Korea Open), pasangan beregu Koo-Tan masih belum memenangi mana-mana kejohanan Super Series. Pasangan ni perlu mendapatkan kembali keyakinan diri mereka untuk menghadapi German Open dan All-England.
Koo Kien Keat (L) -Tan Boon Heong (R)
Ahh beregu Epit-Mar pun masih belum menang lagi dalam game untuk tahun 2011 dengan beregu Azie-Farah. Kalau tahun 2010 game didominasi oleh kemenagan beregu Epit-Mar tapi nampaknya awal pembukaan game 2011 ni telah menampakkan beregu Azie-Farah cuba mendominasi kemenangan.
Mungkinkah pasangan beregu Epit-Mar juga perlu lakukan sesuatu untuk mengembalikan keyakinan diri mereka?

Monday, February 7, 2011
kenyataan & realiti
- Bila kita terlalu sibuk dan banyak perkara penting yang perlu diutamakan, perkara yang kurang penting akan diketepikan dan akan terlepas pandang yang akhirnya akan tak ingat..
- Kita ni manusia dan fitrah manusia tu lupa.
- We got nothing to lose, we've a lot of wonderful people around us and we deserve to be happy in our own way.
- Mengapa kita perlu kejar perkara yang kita tak boleh dapat sedangkan kita sepatutnya menikmati dan menghargai apa yang kita dah ada.
-Hidup ni tak selalu indah. Nak tak nak kena hadapi.
- Layakkah untuk meminta-minta sedangkan kita masih belum cukup memberi....
p/s: bersyukurlah..=)

Sunday, February 6, 2011
I wish..
- best gak kalo dpt telekung sembahyang
- best gak kalo dpt mkn homemade cookies
- best gak kalo dpt mkn chocolate & ice cream
- best gak kalo dpt buku Falsafah Hidup by HAMKA
- best gak kalo dpt cuti esk.....=))
p/s: bestnya kalo blh dpt sume yg kita nk..

Saturday, February 5, 2011
Aku Sanggup Duhai Muhammad by Muhd Nasruddin Dasuki
Jatuh cinta pandang pertama masa aku nampak buku ni kat kedai buku. Cover dan tajuk buku ni sangat menarik dan caption kat belakang buku ni yang paling menarik bagi aku:
“Buku ini tidak akan menjadikan diri anda sehebat dan semulia Rasulullah SAW, namun sekurang-kurangnya jadilah yang paling hampir dengannya.”
Buku ni ada 100 kisah pendek mengenai Rasulullah yang menampilkan akhlak terpuji baginda untuk kita renungi dan jadikan panduan hidup.
Buku ni bagi aku hampir sempurna. Maksud aku di sini adalah ia mencakupi kriteria sebuah buku yang aku rasa berbaloi untuk dimiliki dari segi isi buku yang dah tentu tiada keraguan, kulit buku dan tajuk yang menarik, penampilan dalam buku ni jugak menarik - ada gambar-gambar, dan harga buku ni adalah “affordable” untuk dibeli. Jadi kesimpulannya buku ni baik dari segi isi, kulit dan tajuk buku, serta harga.
p/s: kita terlalu jauh dengan zaman Rasulullah SAW..dan semoga dengan buku ni kita akan merasa dekat dengan baginda…
epitjack!
050211@1905

Thursday, February 3, 2011
Rambang mata
Kak Yong aku dengan ghairahnya kata dia memang tak boleh tengok beg tangan. Pendek kata asal tengok yang berkenan je mesti nak beli la. Sampai ada yang beli tapi tak sempat nak pakai. Tau-tau bila nak pakai dah tak elok (kulit beg tangan dah mengelupas..huhu...)
Jadi aku dengan ghairahnya pulak kata aku memang tak boleh tengok buku. Pendek kata asal tengok yang berkenan di minda dan rasa je mesti nak beli. Sama..sampai ada yang beli masih tak sempat nak baca. Oh tapi buku-buku yang aku beli tapi masih belum sempat dibaca tak rosak...;D
p/s: esok nak pegi cari rak buku yang baru kat kedai..

Wednesday, February 2, 2011
A Thousand Splendid Suns by Khaled Hosseini
Buku kedua Khaled Hosseini yang aku baca selepas The Kite Runner. Tak pasti samada tepat pada masa, suasana dan keadaan waktu aku habis baca buku ni. Sebab sekarang tengah hangat dengan isu pergolakan pemerintahan di Tunisia dan Mesir.
Kalau The Kite Runner watak utamanya adalah lelaki tapi A Thousand Splendid Suns watak utamanya adalah wanita. Walaubagaimanapun, premis penceritaan masih lagi berkisar mengenai persahabatan, perjuangan untuk terus hidup, nilai diri. Sungguh A Thousand Splendid Suns memang lebih hebat daripada The Kite Runner. Bukan sebab watak utamanya wanita. Tapi lebih kepada elemen nilai kemanusiaan dan perjuangan untuk terus hidup yang ada.
Rupanya aku memang tak tahu langsung pasal sejarah Afghanistan. Kesan peperangan tu sangat mahal harganya untuk dibayar oleh rakyat Afghanistan.
Terima kasih kepada Khaled Hosseini kerana buku-bukunya yang sekurang-kurangnya membawa aku mengenali Afghanistan.
p/s: A Thousand Splendid Suns berjaya membuatkan aku mengalirkan air mata...
epitjack!
020211@2337

Tuesday, February 1, 2011
Cabaran & Dugaan
Sungguh la kerjaya aku ni memang menuntut kesabaran yang tinggi atas cabaran dan dugaan yang dihadapi.
To make it short, today I've got "dirty words" from the clerk as a price to get my documents..!!
Alright, I don't take it. But do I really deserved those "ditry words" just to get my documents??
p/s: fed-up..

Subscribe to:
Posts (Atom)