Saturday, June 11, 2011

Bibliophile

Peminat buku. Itu maksud tajuk di atas dalam kamus.

Tak berapa pasti sejak bila aku menjadi bibliophile. Seingat-ingat aku memang dari kecik aku suka baca buku. Masa kecik dulu selalu baca majalah Gila-Gila (rembat pak su aku punya). Komik kegemaran aku dalam Gila-Gila tu Tiga Dara Pingitan by Cabai; Dan Din Don, Usop 2020; From Taiping with Love; Along (& Cik Li); Ujang.

Kalau kat library sekolah plak aku suka pinjam buku siri penyiasatan Salma. Masa sekolah rendah dulu aku rajin gak la pinjam buku kat library. Tapi aku ni tak boleh duduk dalam library membaca. Confirm aku tido dalam library tu. Kesimpulannya aku tak suka stay dalam libarary la..(sampai la masuk "U" pun aku masih tak suka stay dalam library melainkan aku terpaksa untuk buat research). Antara buku yang aku dah baca sekolah rendah dulu Hujan Pagi by A.Samad Said; Srengenge; Seorang Tua di Kaki Gunung; dan banyak lagi la..tak ingat dah aku.

Satu rahsia yang mungkin orang (kawan-kawan) tak tau. Aku ni luarannya aja nampak 'otai' atau susah nak nangis menghadapi dunia realiti (konon tabah..;p) tapi aku senang je nak nangis kalau baca buku atau tengok cerita. Tapi buku/cerita yang betul-betul menyentuh perasaan la..
Masa sekolah rendah dulu aku pernah baca satu buku ni tajuknya Mendung Berarak tak silap aku...aku nangis sampai tersedu-sedu...punya la sedih........huhu paling latest aku nangis masa baca A Thousand Splendid Suns by Khaled Hosseini.

Masa sekolah menengah aku suka baca cerpen siswa dalam Majalah Siswa. Cerpen yang paling aku suka Kerana Manisnya Epal. Dan pembacaan komik aku makin berkembang. Aku baca Dragonball; Mata Kucing; Initial D; Penyiasat Remaja Hajime Kindaich; Slam Dunk. Masa student mana ada duit nak membeli semua tu..biasanya tumpang baca kawan-kawan punya komik la..hehe novel cinta ni aku layan gak la tapi biasa-biasa ja. Aku baca Hartini; Donia; Isabella; buku-buku Ahadiat Akashah dan Zuraidah Othman. Tapi macam agak pelik sebab aku rasa macam tak penah baca Legenda Budak Setan masa sekolah dulu. Nampak sangat aku tak bape layan novel-novel cinta.

Berbalik ke tajuk asal. Aku tak punya banyak duit untuk membeli buku-buku (selain buku rujukan aku masa kat "U"). Jadi kalau ada booksale memang aku akan borong sakan la. Payless Book selalu datang kat "U" aku buat booksale. Time ni la aku boleh dapat english novel dengan harga yang murah. 3 for 10 untuk paperback. Or sometimes 3 for 20 untuk hardcover. Jadi kesimpulannya aku suka beli buku terpakai. Sebab tu aku berazam (berazam?!) bila dah keja nanti ada duit sendiri aku nak beli buku sebulan sekurang-kurangnya satu buku.

Bila dah keja dan ada duit sendiri ni aku rasa pemebelian buku aku semakin 'parah'. Bukan sebulan satu buku tapi lebih dari tu. Aku masih beli buku terpakai. Maklum la gaji aku masih belum memungkinkan aku membeli semua buku '1st hand'. Aku ni memang ketagihan buku. Dalam sebulan dua tiga kali pegi kedai buku. Kalau dah pegi kedai buku tu ada la yang sangkut. Tu belum lagi kira aku surf kedai buku online setiap hari....hoho

Tahun lepas tak dapat pegi bookfair langsung. Jadi tahun ni duit dan cuti aku plan untuk ke bookfair je. Bookfair kat KL last April aku dah pegi. Sekarang tengah tunggu bookfair Big Bad Wolf plak (antara bookfair yang menarik yang mesti aku pegi). Sedikit kecewa bila kat Perak ni takde bookfair.

Aku dan buku memang tak dapat dipisahkan. Dalam beg sandang aku akan ada buku yang sedang aku baca. Dalam kereta pun ada buku. Dalam bilik di rumah kampung dan di apartment dah semestinya penuh dengan buku. Aku boleh je baca buku di mana-mana. Dan tempat favourite aku adalah di tempat awam yang ramai orang. Biasanya aku lepak baca buku kat tempat makan (cafe macam tu la). Sambil baca sambil makan...hehe (Ye la..aku kan tak boleh stay membaca dalam library). Kalau dah masuk dan asyik dalam dunia novel tu, suasana bising di sekeliling tu rasa macam senyap sunyi je.

Panjang betul entri kali. kahkahkah.... jumpa lagi di lain entri....=)


p/s: semalam ke kedai buku terpakai dan lepak di Marry Brown sambil baca Theodore Boone by John Grisham..



No comments:

Post a Comment