Tuesday, July 31, 2012

asam pedas

bulan posa ni asyik dok cakap pasal makanan ja.

semalam giliran aku memasak. buntu sehh..ingat nak masak ayam blackpepper je la.

keluar awal ofis nak pi tesco beli ayam. eh ada daun kesom and bunga kantan. ok tukar menu. masak ayam asam pedas.hehehe

sampai rumah terus berkuntau kat dapur. aku tumis sawi jugak.

otak ni dok ligat berfikir nak masak apa lagi seterusnya. hari ni giliran tuan rumah memasak. menu macam2 dok ada dalam kepala ni.

roti sardin, ayam paprik, bihun sup, masak kurma, blackpepper, masak lemak, and so on...



Monday, July 30, 2012

MURTAD by Hasrul Rizwan


Cam haram!  [ perkataan yang aku dok sebut bila baca  buku ni. LOL ]

Luar biasa. Aku memang ada 6th sense samada buku tu best ke tak. Aku baca je sinopsis proposal buku ni aku dah tau buku ni Fixi kena publish and confirm meletup.

Enough said, buku ni memang tengah hot kat kedai buku sekarang.

Cover buku ni memang macho..hahaha!! Isi dalam guna kertas kuning yang ringan. Aku suka.

Buku ni pasal 2 orang kembar seiras yang diupah untuk membunuh orang2 yang murtad. Stylo sehh..pembunuh upahan yang handsome pakai suit mahal, drive nissan fairlady and ducati (colour merah ok!), cekap berlawan dan guna senjata. Dalam buku ni ada Azwan Ali ( ?? ), Faizal Tahir pun ada.

Buku ni konsep pembunuh upahan yang berbeza. Bunuh orang yang murtad! Tapi ada konflik sikit bila Zulaikha mempersoalkan Akhil tentang tugasnya membunuh orang2 yang murtad. Awek punya pasal Akhil sanggup bergadai nyawa melaksanakan tugasan yang terakhir sebelum dia dan abangnya, Adam bersara daripada membunuh. Tapi dalam tugasan yang terakhir tu, depa kena pi bunuh ayah kepada awek Adam, si Maria. Dalam 'pertempuran' tu Maria tertembak.  

Cam haram loghat kedah dalam buku ni. Aku pun lama dah tak praktis loghat kedah sejak grad. Takpa lepas raya ni aku ada reunion kat Pendang. Nanti boleh test power ke dak lagi loghat kedah aku. hohoho


p/s: Aku rasa aku boleh rasa perasaan Zulaikha masa depa dok bergaduh sakan kat i-city tu..and bila dia dok call Akhil kat dataran tugu tu. Syahdu ja... 



epitjack!
300712@1444



Friday, July 27, 2012

lainnya ramadhan tahun ni

[ ramadhan pertama tanpa mak. dan rutin baru untuk pertama kali. aku sedaya upaya menjadikan ramadhan kali ni biasa saja... ]

memandangkan semalam tuan rumah aku yang memasak untuk berbuka, jadi aku ambil kesempatan lepas kerja menyinggah kedai buku dulu. aku bajet buku2 yang aku nak beli di pesta buku selangor yang tak kesampaian tu dah ada di kedai buku. 

uishh 'murtad' dah ada di mph! takpa pi tengok di popular. kalau ada, beli 'murtad' kat popular. boleh dapat diskaun. 

'gadisku, wan adnin' dah ada kat popular. tapi 'murtad' takdak. kira punya kira...boleh beli 2 buku ja. hat yang lagi 3 buku tu tunggu dapat gaji la.


 


Wednesday, July 18, 2012

old days time at oldtown white coffee


last week aku melepak di oldtown white coffee, greentown ipoh. 

dulu masa awal2 keja aku dan kawan2 selalu la lepak kat oldtown ipoh padang lepas ofis. (bos aku cakap oldtown di ipoh padang adalah yang pertama dan original) melepak di oldtown sambil bercerita hal2 keja yang stress dan juga funny maybe. 

aku secara personal ada banyak memori dengan oldtown white cofffee. ada sentimental value. 

1st day aku chambering, bos belanja aku makan kat oldtown. dan ni 1st time aku makan kat oldtown. nak order apa pun tak tau. 

lepas tu, oldtown menjadi tempat regular kami budak2 chambering and later as junior lawyer melepak lepas ofis. 

aku pernah bawak arwah mak, abah & anak2 buah aku makan kat oldtown. arwah mak memang suka french toast oldtown. 

and paling utama, oldtown adalah tempat kami melepak lepas jamuan call to the bar (long call) kat ipoh royal club. kami tak dapat makan makanan jamuan sebab makanan tak cukup. orang yang datang meraikan memang ramai. tetamu memang cukup makan. tapi kami yang long call takde makanan lagi. so it end up kami makan dan lepak di oldtown. it's really a happy time...=)) 

dan itu adalah kali terakhir kami melepak di oldtown dengan happy. that was about 4-5 years ago.

banyak perkara dah berubah sehingga sekarang. kami dah lama tak melepak di oldtown lepas ofis macam dulu. majoriti dah berkahwin dan dah berpindah keluar dari ipoh. yang masih bujang pun dah takde masa nak melepak macam dulu. konon sibuk stay back di ofis. 

it just so happened last week aku lepak di oldtown greentown dengan kawan aku. and tiba2 kami berdua terfikir betapa lamanya kami tak melepak di oldtown lepas ofis. but then hanya kami berdua yang masih available. yang lain dah sibuk dengan hal keluarga, suami dan anak masing2. 

then i realized that i really miss our old days at oldtown white coffee ipoh padang. our naive world in the legal profession..we grumble, complain about our days in court and ofis and our 'nightmare' 9 months chambering as well as 'gossiping' when we met at oldtown. it's such a relief to us after a tired and stressful day. then the next day we face the same thing again and again...   

when you go to oldtown, take your time....=) 


p/s: aku masih ingat hari itu aku bersama dia di oldtown white coffee sambil lagu 'Killing Me Softly' berkumandang dan itu adalah kali terakhir aku dan dia di situ bersama...  


 

Monday, July 16, 2012

al-banjari

susur galur nenek moyang aku dari banjarmasin. dan kami bertutur bahasa banjar. ya, aku orang banjar. 

jarang sekali aku mengaku yang aku ni orang banjar. mungkin tak pernah ada orang tanya kot..

mak ayah aku memang cakap banjar. dari kecik aku hanya tau cakap banjar je sampai la masuk sekolah rendah. 

kat sekolah rendah aku cakap bahasa perak..maklum ler teman sekolah kat bote..dan kawan2 semua piyor cakap peghak. kalo tersasul cakap banjar, konpom kena kutuk! kat sekolah rendah aku ni ada diskriminasi sket. orang peghak tak suka orang banjar. kalo deme tau kamu orang banjar memang deme kutuk ler kamu makan katak bagai... [it's insulting to me..!] dan aku sedaya upaya menyembunyikan indentiti aku sebagai orang banjar for the sake of survivalship kat sekolah tu. ye le...sekolah aku ni didominasi oleh orang peghak. aku rasa orang banjar macam pelajar kelas kedua. tertekan ooo kalo asyik kena ejek je kat sekolah! seolah-olah macam ethnic cleansing..sbb bila kami budak2 banjar ni tak tahan kena ejek, kami tak nak pegi sekolah. so i have no choice..to survive i have to be one of them or menjadi lebih bijak and excellent supaya pelajar konon 'kelas pertama' ni mengakui kehebatan aku even aku ni orang banjar.   

kalo sekolah kat kawasan majoriti orang banjar lain le. maklang aku cakap kat kawasan dia semua orang cakap banjar kat sekolah..dari anak murid sampai la cikgu2 cakap banjar. sampai budak2 tak boleh cakap BM kebangsaan la...abah aku kata macam tu tak bagus la. kita kena tau cakap BM kebangsaan gak. 

mak ayah aku walaupun banjar tok2 tapi bila bercakap dengan bukan orang banjar, elok je cakap BM kebangsaan. cuma mak ayah aku tak boleh speaking org putih la.. 

sampai masuk U dah cakap ala orang KL. peghak dah hilang sket, banjar plak ala2 macam dah murtad.

anyway, aku masih boleh 'bersurah' dalam bahasa banjar. dan aku bangga aku adalah orang banjar! 

cakap peghak konpom ler teman boleh..aterr nye udah dudok kt peghak ye dok.haha

Bahasa Melayu Tinggi dan Bahasa Inggeris boleh cakap. cuma BI tu nak kena tengok Oh My English! jugak..tp aku rasa asal org paham ok dah. hehe

dulu aku boleh cakap arab sket2. la ni tak boleh dah...paham pun sket2 je kot. 

aku tak boleh cakap bahasa cina tapi aku paham cakap cina sket2. hoho 



Tuesday, July 10, 2012

buat perhiasan jek!

macam ni lah...jadi pemimpin atau ada jawatan dalam sesuatu organisasi bukan senang. penuh dengan tanggungjawab.

aku sebagai orang bawahan menghargai kerja2 depa ni. tapi kalau kerja tak lengkap lagi aku rasa belum layak nak diberi pujian melangit. kira layak untuk separuh je la.

kalau setakat dah dapat sediakan keperluan sesuatu benda tu tapi keperluan tu tak dapat nak digunakan pun nak buat apa kan. jadi perhiasan je. tapi dah canang kata keperluan telah disediakan. bila nak guna tak boleh pulak. ohhh rupa-rupanya tak boleh guna lagi..............! apa kejadahnya...tolonglah buat kerja bagi siap. jangan la bagi harapan palsu pada kami orang bawahan.

ya terima kasih kerana menyediakan tapi kami juga berharap ia berfungsi dan dapat digunakan. kalau tak berfungsi dan tak dapat digunakan serupa la macam tak ada apa-apa pun. sama je. tak ada apa yang berbeza.

harap pihak berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya. aku tengah tunggu reply dari pihak berwajib. kalau takdak respon jugak nak kena cakap in person dengan depa la kot....

fight for your right! hahahaa



Thursday, July 5, 2012

atas muka ada buku

aku selalu merasakan membaca karya sastera itu memerlukan tumpuan/fokus dan tenaga yang lebih. kadangkala membacanya sungguh melelahkan. dan paling letih bila aku tak berjaya sampai kepada apa yang ingin disampaikan oleh penulis. tapi aku suka. bahasanya indah. perasaan membacanya juga jauh berbeza. selalu hati aku menjadi sayu dan halus..tiba-tiba menjadi bersemangat luar biasa!

aku kira bukan mudah untuk menjadi penulis yang mampu menyentuh jiwa pembacanya dan akan berbekas di hati untuk satu tempoh atau mungkin mampu mempengaruhi kehidupan pembacanya. penulis begini sesungguhnya mempunyai mata pena yang tajam!

baik. mari teruskan pembacaan......

 

Wednesday, July 4, 2012

aku lapar

tiba-tiba aku rasa tak cukup kenyang. aku capai fiksyen 302. belek-belek. baca 2 prolog. aku berhenti baca. mungkin boleh kenyang tapi kena ada extra energy and tak boleh berhenti-henti baca fiksyen 302 ni. kalau tidak aku takkan dapat menikmati kesedapannya. letak balik fiksyen 302. belum bersedia rasanya.

macam mana dengan pecah yang masih berbalut plastik di rak buku tu? rasa sayang pulak nak koyak plastiknya. tapi sampai bila aku nak peram buku tu?

kalau tasik syahdu macam mana? nanti dululah..

akhirnya aku nekad nak habiskan map of the invisible world yang dah lama aku baca tapi asyik tertangguh saja. bukunya pun dah lunyai akibat diusung merata-rata.

akhirnya pagi ni aku capai tasik syahdu atas meja.  kata pak samad, "tidak membaca terasa seperti gagal bercinta di zaman remaja." 

dapatkah aku menelusuri inti kehidupan pak samad selama lebih 5 dekad melalui himpunan 22 cerpennya ini?