selepas stress dengan kajadian yang tiba2 datang dan pergi pada hari rabu lepas, aku kembali ke tabiat lama untuk kononnya menghilangkan stress yang dah tak berapa nak stress lagi..iaitu aku kembali 'melawat' ke kedai buku.
beberapa bulan lepas aku berusaha sedaya upaya untuk tidak melawat ke kedai buku. tapi akhirnya aku tewas. hampir lebih dua jam aku kat kedai buku tu. ada diskaun dan beberapa buku menarik.
satu perkara yang menarik aku perhatikan di kedai buku tu. kedai buku ni memang biasa bagi diskaun istimewa pada ahlinya untuk buku2 baru terbit yang terpilih. sayangnya aku perhatikan buku2 terpilih yang diberi diskaun untuk ahli itu masih belum mencakupi semua genre pembacaan ulat buku. kebanyakan buku2 terpilih tu adalah genre novel pop fiksyen romantik cinta yang juga hanya penerbit terpilih saja. buku2 islamik dan novel fiksyen bahasa inggeris pun termasuk dalam buku2 terpilih ni. genre apa yang tertinggal?atau kurang dapat perhatian? karya sastera salah satu tentunya. buku bercorak non fiksyen pun jarang dapat diskaun istimewa ni. hatta buku dr. m yang baru terbit dalam versi bahasa malaysia tu pun takde diskaun istimewa.
jadi aku yang mahu baca karya sastera dan non fiksyen ini rasa diketepikan. sekurang-kurangnya dalam 10 buku baru terbit yang terpilih untuk diskaun istimewa tu haruslah ada pelbagai genre. aku paham kalau genre pop romantik itu lebih laris. tapi takkan satu pun karya sastera atau non fiksyen tak boleh disenaraikan dalam diskaun istimewa bulanan kedai tu?
aku bukan graduate business study atau marketing. jadi aku tak tahu pasal marketing strategi kedai tu. tapi yang aku tahu setiap kali kedai ni buat clearance stock, buku2 sastera, non fiksyen (history, biografi, dll) yang banyak dijual dengan diskaun runtuh..kadang2 up to 70% - 90%. jadi aku yang tak tahu pasal business rasa ini mungkin marketing strategi kedai tu.
kalau mahu orang baca atau beli karya sastera atau buku non fiksyen yang ilmiah, apa kata cuba bagi diskaun istimewa bulanan tu untuk satu atau dua quota buku genre begini? test market gitu. atau apa kata kedai tu buat kaji selidik tentang genre pembacaan ahli2nya? aku rasa aku tak pernah dapat borang kaji selidik dari kedai ni..
No comments:
Post a Comment