Wednesday, May 2, 2012

Kembara PBAKL 2012

Ipoh yang sesak pada petang 30 April hampir membuatkan aku terlewat sampai ke stesen KTM. Train ETS ke KL Sentral berlepas 1 minit awal dari yang dijadualkan. Anehnya perjalanan kali ini aku tak membaca tapi memilih untuk melayan lagu-lagu di mp3 aku sambil memandang ke luar tingkap menikmati sinar mentari petang. (Taubat aku tak beli dah makanan kat dalam train ni sebab makanannya tak 'fresh' juga tak berapa sedap selain daripada faktor harga.) 

Dah bagi tau kawan aku yang mesti pergi pesta buku seawal jam 9.00 pagi untuk elakkan kesesakan yang melampau kat dalam PWTC nanti. 

1 Mei. Pukul 8.30 pagi dah sampai PWTC. Makan sarapan pagi yang berat sebab aku takut pengsan pulak dalam PWTC nanti sebab lapar. Selain memburu buku, faktor berjumpa kawan-kawan lama dan bertukar cerita antara faktor aku ke KL. Maklumlah ramai kawan-kawan aku kerja di KL. Aku je yang setia dengan Ipoh..;p 

Menjelajah dan mengharungi lautan manusia di PWTC ni memang mencabar. Jalan main aci tolak-tolak je. Tangan aku pulak dah sakit dok bawa buku yang berat. 

Dengan bajet yang terhad, aku dengan kakak senior aku memang berhati-hati memilih buku yang nak dibeli. Kalau tidak memang kami kena puasa setahun la jawabnya.

Tengok Majalah Solusi di gerai Telaga Biru. Nak tanya berapa hargnya sebab ada senior aku pesan minta tolong belikan tapi tak ada pulak pekerja Telaga Biru yang boleh aku tanya. Jadi aku pun pergi tempat lain la dulu. 

Gerai pertama yang kami pergi adalah penerbit buku Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. Dah tentunya kami mencari buku Faisal Tehrani (FT) kat sini. Kami pilih buku FT yang berlainan tajuk (sebab nanti boleh tukar baca) dan yang dah susah nak dapat di kedai-kedai buku (buku yang kami kira 'rare')

Gerai kedua adalah Jemari Seni (JS). Kawan aku pesan beli buku Surat Ungu Untuk Nuha (SUUN) nak bagi hadiah hari lahir pada kawan dia. Dengan pesanan dapatkan tandatangan penulisnya, Noor Suraya. Penulisnya ada di gerai JS Adiwarna di tingkat atas. 

Jadi aku heret senior aku ke gerai Buku Fixi dulu sebelum kami naik ke tingkat atas pulak nanti. Aku beli buku Licik dan Pecah serta ehem ehem..mug KOPI...=)) Ohh senior aku pun beli buku jugak kat gerai Fixi ni. Buku Zombijaya dengan apa entah lagi satu buku tu aku dah tak ingat...haha 

Mari cari eskalator untuk ke tingkat atas. Fuhh!! Sungguh mencabar nak rempuh lautan manusia ni semua. 

Ini misi paling utama dan penting kenapa aku ke pesta buku. Misi ke gerai JS Adiwarna adalah untuk menebus dua (2) buku percuma yang aku dapat. Ini gerai yang paling meriah bagi aku. Pekerja-pekerja JS Adiwarna semunya ceria dan memang amat mesra pelanggan! Sungguh aku sanggup je duduk lama-lama kat gerai ni. Aku pilih buku Gerabak Merah Jambu dan Saya Bukan Minah Perasan! untuk buku percuma. Dan beli buku Ya, Chef! untuk anak buah aku yang suka memasak tu. Penulis Gerabak Merah Jambu, Kamalia memang ada di gerai tu (aku syak dia adalah pekerja JS Adiwarna) dan semestinyalah aku dapatkan tandatangan dia. Tandatangan Imaen untuk buku dia Ya, Chef! pun aku dapat. Tapi aku tak tangkap gambar dengan diorang sebab aku tak ada kamera atau telefon kamera yang bergaya. T____T  Kaksu pulak tak ada kat gerai JS Adiwarna masa tu. Tapi diorang cakap kalau nak tandatangan Kaksu untuk SUUN mungkin boleh datang balik dalam setengah jam. 

Jadi kami pun terus ke tingkat atas cari gerai Payless pulak. Aku beli satu buku je kat gerai ni. Buku John Grisham 'The Appeal'. Tapi senior aku memang borong sakan la kat gerai Payless ni. 

Gerai Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) memang wajib pergi sebab kawan baik aku kerja kat sini. Aku nak tuntut dua (2) buku percuma yang dia janji nak bagi aku dari tahun lepas dan menggunakan diskaun 30% dia sebagai pekerja untuk beli buku Lukisan Cat Air untuk anak buah aku yang ambil subjek lukisan tu. Kawan aku bagi buku baru FT 'Perempuan Nan Bercinta' dan lagi satu aku pilih Sangeetha's Duet. Kesimpulannya kami memang menggunakan dia untuk beli buku ITBM dengan harga diskaun 30% dia sebagai pekerja ITBM..hoho 

Aku ke gerai JS Adiwarna balik. Bersungguh jugak nak dapatkan tandatangan Kaksu. Kali ni berjaya..=) Tapi yang lebih menarik adalah bila aku dapat berbual dengan Kaksu dan Imaen tentang dunia perbukuan di Malaysia hampir 30 minit! Diskusi yang hebat aku rasakan. Pertama kali berbicara dengan serius dengan mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia perbukuan dan sastera di Malaysia. Dan yang paling menarik adalah perbincangan yang tidak ada tekanan dan sangat santai. Aku yang kerdil ini selamba saja meluahkan apa yang aku rasa dan fikirkan tentang dunia perbukuan dan sastera negara kita. Terasa macam siapalah aku untuk mengkritik sedang aku cuma setakat pembaca tegar yang tidak begitu arif tentang sastera kononnya. Tapi Kaksu dan Imaen buat aku rasa selesa untuk mengekspresikan pendapat aku. Kesimpulannya, let us agreed to disagree. Peace no war! Bagi aku sastera itu luas dan bebas. Biarlah ia berkembang dan janganlah membantutkan dan menguncupkan serta menyempitkan sastera itu. 

Ohh aku terlupa. Aku dan senior aku ke gerai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) jugak. Tapi ini gerai yang paling 'menyedihkan' bagi kami. Nak tahu kenapa? Pekerjanya tidak cukup membantu dan tidak mesra pelanggan. Tidak murah senyuman. Ada seorang perempuan buat pertanyaan di kaunter bayaran (waktu tu aku tengah buat bayaran jadi aku memang jelas dengar apa yang terjadi). Perempuan ni tanya ada tak buku Bedar Sukma Bisu (BSB) oleh FT. Ini jawapan yang diberi oleh pekerja DBP "Ada tapi kat kedai. Tak bawak. Cik tulis kat sini nanti kami hubungi." Aku dan senior aku saling berpandangan. Kami kecewa dengan jawapan tu. Sebagai pelanggan dan bersusah payah datang ke pesta buku setahun sekali yang ramai orang ni semata-mata nak mendapatkan buku FT (yang pada aku memang susah nak dapat di kedai-kedai buku biasa) dan membawa segunung harapan terus ke gerai DBP untuk dapatkan buku tu, tapi jawapan yang diterima sungguh mengecewakan. FT tu bukan penulis kecil anak. Peminatnya ramai. Macam mana DBP boleh tak bawak buku FT ke gerai mereka di pesta buku? Kalau pun stok di gerai sudah habis, mereka mesti cepat menambah stok buku tersebut dengan cepat. Atas alasan apapun sekali buku FT tak ada di gerai DBP, mereka mesti katakan kepada pelanggan dengan cara yang baik. "ada tapi kat kedai" bukan jawapan yang aku nak dengar kalau aku adalah perempuan tu. Tiada kata maaf disebabkan buku tu tak ada di gerai mereka. Kalau mereka jawab "maaf cik buku tu ada di kedai dan orang kami tengah ambil buku tu di kedai untuk dibawa ke sini. apakata cik jalan-jalan dulu dan datang kemudian?" sejuk jugak lah hati yang mendengar. Tapi dengan jawapan "ada tapi kat kedai" memang boleh mendatangkan marah kalau aku adalah perempuan tu dan aku mungkin akan jawab "kalau ada tapi kat kedai nak buat apa!" Muka perempuan tu memang jelas sekali sangat kecewa dengan jawapan pekerja DBP tu. Aku nak je cakap dengan perempuan tu kalau dia nak BSB pergi ke PKNS Bangi sebab ada satu kedai buku yang jual BSB. Tapi aku tak tau perempuan tu orang KL atau tak. Entah-entah dia pun macam aku bukan orang KL dan peluang di pesta buku macam ni la untuk dapatkan buku FT. Mungkin ini adalah kes terpencil yang berlaku di gerai DBP yang kebetulan aku menjadi saksi kepada peristiwa yang tidak menyeronokkan ini. 

Aku ke gerai PTS jugak tapi buku Hati Emak oleh Bahrudin Bekri yang aku cari tu tak ada. Kecewa aku. 

Akhir sekali sebelum balik aku ke gerai Karangkraf nak beli buku resipi yang dipesan oleh senior aku di Ipoh. 

Kawan aku yang baik hati sedekahkan beg dia untuk aku muatkan kesemua buku yang aku beli di pesta buku. Dia kata senang aku nak bawak naik train ETS nanti. Satu beg galas belakang dan satu beg buku untuk digendong. 

Train ETS dari KL Sentral ke Ipoh tertangguh ketibaannya selama 15 minit. Jadi aku akan sampai Ipoh lebih kurang 9.45 malam. Hujan pun agak lebat di luar KL Sentral ni. Kawan aku kat Ipoh dah sedia tawarkan diri dia nak jemput aku di stesen KTM nanti bila aku sampai. Aku syak dia cuma cari alasan untuk keluar sebab seharian dia dah terperuk kat rumah..hehe 

Dalam perjalanan balik ke Ipoh, aku layan buku Chairil Anwar 'Aku Ini Binatang Jalang' bersama secangkir kopi dan juga hujan lebat serta kilat di luar tingkap train ETS ni. Inilah buku yang kawan aku belikan untuk aku masa dia ke Jakarta bulan lepas. Sebab buku ni jugak lah antara faktor kenapa aku datang ke KL. 

Penat tapi puas hati.  Secara keseluruhannya, aku beli 7 buah buku, 1 majalah, 1 mug cenderahati dan yang paling seronok aku dapat 5 buku percuma. Dan pembelian aku masih di bawah bajet yang aku dah peruntukkan. 

Nanti aku muatnaik gambar buku-buku yang aku beli di blog ni...=))

                 

             

No comments:

Post a Comment