Tuesday, May 15, 2012

salahkah!?

Ada satu cerpen yang saya baca baru2 ni. Menusuk. Tapi bila saya fikir2 balik, she might have a point there. Tapi secara keseluruhannya, di Malaysia bukan semua orang ada financial freedom. Nak memenuhi keperluan asas pun perlu bercatu setiap bulan. Jadi perbelanjaan untuk buku tu keutamaannya berada di bawah lagi. Oleh sebab itu, orang mengejar jualan gudang atau jualan buku dengan harga diskaun. Nah di situ jelas menunjukkan kuasa membeli itu bergantung kepada kewangan seseorang. 

Saya memang seorang yang seringkali 'mengejar' jualan gudang atau jualan buku dengan harga diskaun dan faktanya saya memang selalu membeli buku terpakai. Penulis, penerbit, pengedar mungkin anggap saya tidak membantu industri perbukuan. Agaknya royalti tidak sampai kepada mereka sebab saya membeli buku terpakai. Salahkah saya kalau mengejar jualan gudang? Salahkah saya kalau hanya membeli buku bila ada diskaun? Salahkah saya bila membeli buku terpakai? Salahkah saya kalau hanya meminjam buku daripada kawan2 atau perpustakaan awam? Bukankah Malaysia sebuah negara yang bebas dan mengamalkan demokrasi. Jadi hati saya kata tak salah. 

Apakah yang lebih penting? Mahu buku itu jadi bestseller?? 

Ini kata2 seorang penulis, Neil Gaiman; "Don't ever apologize to an author for buying something in paperback, or taking it out from a library (that's what they're there for. use your library). Don't apologize to this author for buying books second hand, or getting them from bookcrossing or borrowing a friend's copy. What's important to me is that people read the books and enjoy them, and that, at some point in there, the book was bought by someone. And that people who like things, tell other people. The most important thing is that people read...

Ini juga adalah pendirian saya; "people read". 

Tahu tentang kekuatan penyampaian mulut ke mulut? Saya lebih percaya kalau kawan saya rekomen sesuatu buku itu samada bagus atau tidak. Saya tak mungkin mampu untuk baca kesemua buku dan mengenali ramai penulis melalui buku mereka. Teori saya mudah. Kawan saya rekomen dan bagi saya pinjam bukunya. Saya baca. Kalau sesuai dengan citarasa saya, saya akan cari buku tu dan beli untuk koleksi saya. Dan saya akan beli buku2 lain yang penulis tu tulis. Dan sentiasa menanti buku baru penulis tu untuk dibeli. Jadi saya sudah jadi pembeli buku2 penulis tu walaupun sebelum ni saya tak pernah beli pun buku2 penulis tu. Bukankah sudah bertambah pembeli? Kalaupun buku tu tak menepati citarasa saya, tapi saya sudah baca. Tulisan mereka sampai kepada saya. Walaupun mungkin duit royalti tidak sampai kepada mereka. 

Saya bukan penulis buku. Tapi kalau saya seorang penulis, saya mahu orang baca tulisan saya. 

Mana lebih baik antara biarkan buku2 tu terperuk di dalam gudang tidak dijual sebab kononnya tak laku dan tak ada orang nak beli dan baca atau berusaha mempromosi dan menjual buku2 tu walaupun dengan harga gudang atau diskaun? Hati saya kata, keluarkan buku2 tu dari gudang. Buku2 tu berhak untuk 'bebas'. Kenapa perlu simpan? 

Hati saya kata lagi, pilihan di tangan saya. Jadi perlukah menganggap orang seperti saya yang 'mengejar' jualan gudang, diskaun, buku terpakai atau hanya meminjam sebagai orang yang tak tahu menilai buku, usaha dan buah fikiran penulis? Saya rasa kecil hati. Saya berusaha untuk membaca seberapa banyak buku yang ada. Tapi bila ada yang rasa orang seperti saya ini bukan pembaca sejati, saya kecewa dan patah hati. Saya hampir mengambil keputusan tak mahu membaca lagi!! 

Saya bukan siapa2. Saya hormati pendapatnya tentang orang seperti saya. 

Hati saya yang marah kata berhenti daripada membaca tulisannya!

Saya tak mungkin mampu mengubah persepsi orang terhadap orang seperti saya. Jadi saya telah memilih jalan saya. Ini jalan saya. Hakikat yang orang kena terima bahawa orang seperti saya wujud dalam dunia perbukuan mereka.



1 comment:

  1. Kan kan kan! Aku pun siap pinjam buku orang lain kalau nak test buku2 dari publisher or author yg aku x biasa. Lagi la takde kos. Ngee! Kalau best, lepas tu mmg aku beli yg baru.

    Tapi jgn la kecil hati smp merajuk tak mahu membaca dah. Haha. Relax lah, semua orang ada pendapat masing2. Itu pendapat dia. Jgn emo sangat deh..

    ReplyDelete