Thursday, December 30, 2010

Happy New Year 2011 & long weekend holiday...=))

Kesan daripada baca Deadly Exposure: aku sangat risau dengan 'open wound'...takut infection..!! Jadi jari yang luka masih berbalut dengan plaster...

Oh team Malaysia menang semalam untuk AFF Suzuki Cup.....hoyeahhh.....!!!!!!!!
Esok PM declared public holiday. So aku ada 3 days holiday...=))

3 days holiday akan terperap kat rumah je la sebab cek gaji masih belum dapat. As such, 3 books menanti untuk dibaca:-

1. Arqam: Tersungkur di Pintu 'Syurga' ~ tinggal sikit je lagi nak habiskan baca buku ni.
2. Cerita Piala Dunia ~ mesti kena habiskan baca weekend ni sebab aku dh potong giliran Abai untuk baca buku ni.
3. Nama Atas Kertas ~ maybe buku pertama aku baca untuk tahun baru 2011 ni...=)

HAPPY NEW YEAR 2011...!!


p/s: ada kawan suruh aku tulis kat dinding ofis azam tahun 2011 "KAWIN"....^_^

Wednesday, December 29, 2010

Bila nikmat ditarik Allah..

Akibat cuai memotong presipi kat pejabat semalam, aku terpotong jari sendiri...!! Aduhhh teruk gak la bleeding..

Nah sekarang jari telunjuk yang berbalut plaster tu tak dapat digunakan dengan sempurna. Pegi court hari ni pun pegang fail tak kuat..nak ikat tali fail pun tak kemas dan menaip pun agak terganggu.

Ya Allah, insaf aku...mungkin selama ni aku tak guna jari ni ke jalan yang diredhai...

Benarlah, kita mungkin tak menghargai apa yang kita ada selagi ia tidak hilang dan nikmat ditarik balik.........

Monday, December 27, 2010

Deadly Exposure by Leonard Goldberg


Almost 5 years this book on my 'unread' bookshelf. Aku tau masa beli dulu, buku ni best cuma masih belum sempat nak baca. [Actually almost 100 books on my 'unread' bookshelf..huhu]

Cik Mar nampak buku ni kat my online bookshelf dan nak pinjam baca. Review Cik Mar: buku ni best. Heh aku dah agak buku ni memang best punya sebab tu aku beli...;p

Last month aku mengalami 'reader's blocked' i.e tak boleh nak baca apa-apa buku langsung. Tepu!!! Tapi buku ni dah berjaya memecahkan 'blocked - ketepuan' dalam minda aku....hoho

Buku ni aku tag 'medical thriller'. Komen aku secara ringkas: Awesome, irresistible and great medical thriller..!!

Watak heroinnya seorang Doktor Forensik Patologi, Joanna Blalock. Macam biasa la..dia ni hebat, cekal, bijak, berani...kagum gak la dengan watak dia ni.

Storyline buku ni memang mendebarkan...new characters keep coming in maybe because some of the characters died because of the infection/bacteria. Di samping kumpulan saintis yang berada atas kapal Global Explorer II di Alaska ni mencari penawar kepada bacteria/toxic yang membunuh ni...ada pembunuhan berlaku dalam kumpulan saintis atas kapal ni. Part yang klimaks bila dah nak habis baru tau siapa 'pembunuh' dan yang menyebabkan serta menyebarkan bacteria tu lantas menjadi epidemic di China dan US.

Yang pasti hanya Dr. Joanna yang tahu 'siapa' orang tu - dan sebagai pembaca, I'm a bit shocked bila tau siapa orang tu. Sungguh tak sangka...

p/s: ini buku 'medical thriller' pertama yang aku baca..


epitjack!
020111@1953

Thursday, December 16, 2010

Jangan cepat menghukum

Ini entri emosi. Walaupun aku rasa ada rasionalnya.

Aku memang pembaca komik. Maksud di sini, suka baca komik. Aku baca Majalah Gila-Gila, Lanun, Ujang, Kreko & Arena Komik (dalam Kreko & Arena Komik ada banyak manga), Doraemon, Initial D, Mata Kucing, Dragon Ball, Penyiasat Remaja, Black Cat, Chocolate, Umizaru, Team Medical Dragon dan banyak lagi la.

Emosinya bermula di sini..yang sampai bila-bila pun aku takkan lupa.

Masa aku belajar kat matrik dulu dalam kelas 'contemporary issues'. Aku tak puas hati bila lecturer aku ni dengan nada sinis cakap, "saya tak nampak apa-apa faedah pun dengan membaca komik." Wooohhhhoooo...jap rewind. what? No benefit?? Hold on.
Aku: "Sir, reading comics do have benefits..." - belum sempat habis cakap dah kena cantas..
Lecturer: "In what sense? To me it just nonsense..no benefit."
Aku: "Sir, I believe the most important thing is how we digest what we read.."
- hati memang panas dan terbakar. Aku memang nak cakap lagi. Nak bagi tau lecturer ni yang komik ada pelbagai genre dan mesej. Tapi nampaknya suasana perbincangan dalam kelas masa tu dah makin tegang. Aku dengan hati yang sebal, decide let it be. One day he will serve his right!!!

9 tahun dah berlalu. He's no more a lecturer there. He is now a managing director in a government agency which among others involve in promoting books. It just so happened my good friend also working there. Just recently I told my good friend that I really 'simpan dendam' with her managing director.

This morning, I saw in the website/facebook of the agency that they suggest 'comic' to be used in learning process in school. Huh? Betul ke apa yang aku nampak dan baca ni?

See. I told 'you' 9 years ago...comics do have benefits. Why so ego? Now, the agency suggested comics to be used in learning process in school where 'you' are the managing director there.

I still respect him but don't ask how much I respect him.

Janganlah cepat menghukum kalau bukan 'ahli' dalam sesuatu perkara. Dengarlah dulu pendapat orang lain yang mungkin lebih maklum.

Sampai saat ini aku masih kecewa dengan reaksi lecturer ni 9 tahun yang lalu. Dia telah mencantas pendapat aku sebelum sempat aku berhujah dengan sepenuhnya. Sikap dia waktu tu yang seolah-olah tak mahu dengar apa-apa lagi sungguh dan amat mengecewakan aku.

Let the person state his/her case and support with argument first. Then only you rebut.


p/s: respect other people's opinion. You may or may not like it. Let we just agree to disagree.

Tuesday, December 14, 2010

Tak sedap tapi sihat

Macam biasa semalam lepas main badminton dengan Fafa, pegi lepak kat stall nasi itik favourite aku. (one day aku cite kenapa aku suka sangat lepak kat stall nasi itk ni...)

Memandangkan Mar takde malam tadi, jadi hanya kami berdua je 'open table' pasal buku. Fafa memang kami dah sedia maklum kalau baca buku memang lambat...heehee...;P

Aku dah buat 'spoiler' pasal Jaja & Din kat Fafa and review aku pasal Rayyan Fantasi.

Tetiba Fafa cakap, "tak boleh masuk buku Imaen sebab berat".
Aku: "eh tapi buku Ramlee Awang Murshid (RAM) pun berat gak". [Fafa adalah fan RAM dan 'jatuh cinta' dengan Laksamana Sunan]
Fafa: "buku RAM berat tapi ayat-ayat dia tak berat".
Aku: "ooooOOOooooo..maksudnya buku Imaen temanya mungkin tak seberat RAM tapi ayat-ayat dia berat. Lambat nak hadam. Buku RAM temanya mungkin berat tapi ayat-ayat dia tak berat".

Tapi kami semua sedia maklum yang Kak Rin memang suka buku-buku Imaen.

Aku cakap dengan Fafa, Imaen tak sama macam RAM. Buku-buku dia tak sama (sebab aku dah baca semua buku Imaen). Aku paling tak suka Sigaraning. oppss!! Jangan salah faham tak suka di sini ya. Maksud aku, aku tak suka reaksi watak hero si Ali tu bila putus cinta. Tapi antara semua buku-buku Imaen, Sigaraning paling sarat dengan falsafah dan tema yang perlu kita fikirkan.

Kesimpulan 'open table' semalam:-

1) Fafa tak boleh masuk dengan buku Imaen. Kak Rin tak boleh masuk buku Hlovate. Mar memang suka Syud.

2) Tapi secara majoriti: yang tak best tu bagus. yang tak sedap tu sihat. Bak kata Kak Rin lepas habis baca Tunggu Teduh Dulu, "macam sayur, tak sedap tapi sihat".


p/s: Mar, 'open table' seterusnya is on you...=)

Saturday, December 11, 2010

Rayyan Fantasi by Ramlee Awang Murshid

Buku terbaru Ramlee Awang Murshid (RAM) yang aku tunggu selama ni. Agak lama menunggu buku baru dari RAM selepas Cinta Sufi.

Dengan semangat minta tolong kakak aku pergi MPH Alamanda, Putrajaya belikan buku ni masa hari pelancaran, 4.12.2010.

Mula-mula tengok cover buku ni pun aku dah teruja. Sungguh la kadang-kadang cover buku tu memainkan peranan yang penting....=) Dalam hati berharap isinya nanti tidak mengecewakan.

Memang tidak mengecewakan! Hebat..!!!

Kalau sebelum ni ada sedikit rasa bosan dengan gaya penulisan RAM, (maklum la hampir kesemua karya dia aku dah baca...jadi macam dah tau apa seterusnya....) tapi kali ni aku rasa macam baca karya penulis yang baru. Ada nafas baru dan lain dari yang lain. Mungkin jugak sebab dah lama tak baca karya RAM.

Bagi aku ni karya Sci-fi thriller dari RAM.

Baca buku ni membuatkan anda berimiginasi, berfantasi. Mungkin apa yang kita fikirkan itu ada.

Rasa: oh aku memang sukakan cover buku ni!! nikmati dan berfantasi lah...haahahaa


-epitjack!-
111210@1141

Jodoh tu kerja Allah

Okey entri ni bukan sempena musim cuti sekolah yang penuh dengan majlis kenduri kawin. Bukan jugak sempena umur aku yang makin meningkat tapi masih tak kawin-kawin lagi. Tapi cuma luahan rasa dan apa yang ada dalam minda aku.

Ni soalan cepu emas yang selalu orang tanya kat aku: "Bila nak kawin??"
Dan jawapan aku: "InsyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana. Sampai masanya nanti aku hantar kad.." [dengan senyum yang lebar]

Klise tak jawapan aku di atas? Bunyi memang macam jawapan yang klise dan standard.

Baiklah. Saya ni seorang manusia. Dan antara fitrah seorang manusia tu adalah berkahwin. Jadi di sini, saya tak kata saya tak nak kawin.

Oh kadang-kadang bila orang asyik tanya je bila nak kawin, aku pun terfikir jugak...bila aku nak kawin eh?? Sesungguhnya aku tak ada jawapan tu. Maksud aku 'bila' la. Sebab tu rahsia Allah.

Kadang-kadang aku kononnya dalam nada berseloroh tanya balik kat orang yang tanya soalan cepu emas tu: "Ada lebih ka? Kalau ada lebih bagi la satu. hahahaa..."

Ada sorang kawan aku ni dia akan jawab: "bagi saya sorang lelaki dan sponsor majlis kawin. Sekarang pun boleh kawin...." [dalam nada sinis]

Sorang lagi jawab macam ni: "INSYAALLAH.........=))" [dengan senyum lebar]

Sorang lagi jawab macam ni plak: "Raya tahun depan..." [tahun depan tanya, dia akan jawab 'raya tahun depan' lagi....;P ]

Makcik kawan aku kata: "hangpa ni memilih sangat kot....tak kan la takdak yang nak kat hangpa. Ka hangpa ni jual mahal sangat??"
Aku jawab: "ish...tanya pun dak lagi mana nak tau kami ni mahal ka dak. tanya la dulu...kot boleh tawar menawar ka. Ni lalu ja...tak tanya. Lepas tu kata kami ni mahal....."

Ada sorang kawan aku ni cakap: "kita tak boleh tunggu ja jodoh ni..kita kena usaha...."

Ada sorang lecturer aku masa kat matrik dulu cakap macam ni: "jodoh tu akan datang mengetuk pintu rumah kamu. jadi tak perlu la kamu memburu cinta sampai sanggup ambil yang bukan hak dan kamu punya..."

Alhamdulillah sampai saat ini jumlah kawan-kawan aku yang masih tak kawin makin berkurangan.

Ini adalah jawapan dari hati:-

Kawan aku yang jawab soalan cepu emas dalam nada sinis kata: "Sapa yang tak mau kawin..tapi jodoh tu masih belum sampai dan ketentuan Allah."

Kawan yang jawab dengan senyum lebar kata: "memang nak kawin tapi mungkin jambatan jodoh tu masih panjang..."

Kawan yang jawab tahun depan kata: "entah la...mungkin belum rezeki." [dia masih cuba dan sedang bangkit dari kekecewaan dek cinta yang tak kesampaian]

Kawan aku yang makcik dia kata kami jual mahal cakap: "mungkin sebelum ni aku tak pernah fikir dan tak pernah berusaha untuk ke arah itu. tapi sekarang aku dah mula berfikir dan berusaha...."

Okey la..bab jodoh dan cinta ni aku memang failed..!!

Konsep aku senang ja.

Betul kita kena berusaha. Kita kena berdoa. Dan setelah itu, kita kena tawakal.

Kalau 'dia' tu adalah jodoh kita, tak kan ke mana. Allah tu tau apa yang terbaik untuk kita. Dia tak kan sesekali kejam dengan kita. Cuma kita je kejam dan tak mau ikut perintah dan larangan-Nya.

Kita berhak untuk hidup bahagia. 'Bahagia' tu subjektif. Jadi, tafsiran dan interpretasinya luas.

Suara hati aku: "Ya Allah, kalau lah dengan datangnya 'jodoh' tu lebih mendekatkan aku dengan-Mu maka segerakanlah. Tapi kalau lah datangnya 'jodoh' tu lebih menjauhkan aku dengan-Mu maka jauhkanlah ia..."

Friday, December 10, 2010

Year end

This year, time running so fast aku rasa. eh eh sedar2 je dah akhir tahun..huhu

Tahun ni aku dapat beberapa souvenir lagi dari org sekeliling yg pegi bercuti.

Bos pegi India balik bagi souvenir shawl colour pink, perfume & replika Taj Mahal.
Cik Mar pegi Sarawak bagi keychain & kek lapis Sarawak.
Uncle despatch kat ofis pegi Sarawak jugak..bagi keychain, gelang & fridge magnet kucing yg comel...=)

Wednesday, December 8, 2010

Jaja & Din by Noor Suraya

Cik Mar minta tolong aku belikan buku ni dan sebagai 'upah' aku 'boleh baca dulu'....=))

First impression: 'speechless'.

Gaya penulisan dan penceritaan yang berbeza. Awal-awal baca lagi memang dah tau apa yang akan jadi. Tapi apa yang membuatkan aku terus nak baca adalah 'bagaimana' Jaja & Din ni bersama.

"..bahagia itu bukan sepertimana yang orang nampak, tetapi sebagaimana yang kita rasa..."

Jaja: Ada terselit rasa kagum aku pada watak Jaja ni.
Din: Realitinya, ada ke lelaki macam si Din ni???

Disebabkan ini cerita 'JAJA' & Din..maka perkembangan watak Jaja tu lebih dominan.

Rasa: Bab-bab akhir buku ni berjaya buat aku terharu....


epitjack!
081210@2244

Thursday, December 2, 2010

Dikejar dan mengejar..


Dalam minggu ni aku memang penat main kejar-kejar dengan masa.

Aku terpaksa mengejar masa sebab nak siapkan semua kerja kat ofis sebelum bercuti minggu depan. Dan hari ni aku dikejar masa pulak sebab ada dokumen penting mesti failkan esok kat court.


Esok pun aku akan mengejar masa dan dikejar masa. Kena berkejar ke court Kuala Kangsar awal pagi esok dan mengejar masa untuk balik ke ofis secepat mungkin. Sebab setiba di ofis aku akan dikejar masa untuk siapkan semua kerja sebelum bercuti......



p/s: hari ni mata aku dah naik berbinar menghadap komputer kat ofis dan kepala aku dah rasa macam nak berasap..

Wednesday, December 1, 2010

mana..???

Dah berminggu-minggu (mungkin dah hampir sebulan) mood membaca aku hilang. Ke mana eh mood membaca itu pergi???

Serius aku takde mood langsung nak baca buku/novel. Buku-buku dan novel-novel yang tersadai di tepi bantal aku pandang sepi. Aku layan PSP je. Aduh parah betul kalau aku terusan takde mood nak membaca ni. Nasib baik mood membaca komik masih ada...hehe...=)

Tolonglah kembali mood membaca....

Monday, November 29, 2010

last week yg 'hectic'..

last week bz dgn prepration utk perak bar annual dinner 2010. at last rs lega coz sumenya dh berakhir. aku paling suka desert dia...=)

agak penat coz lps ofis ada 'date' plak dgn kawan2...hoho

sbtu keja n mlm ada dinner. ahad pegi kenduri najwa. in d end aku dh tak larat nk blk bota.

penatnya.....!!!!!!!!!!!!

tak sabar nk bercuti 6.12.2010 ni...=)

Monday, November 15, 2010

Versus by Hlovate

Novel ni antara yang 'terkesan' pada aku....ngeee..;D

1st impression tengok novel ni kat kedai buku:- "ok ke buku ni? lain macam je cover dan sinopsis kat belakang buku ni..."
even dah baca beberapa novel Hlovate, tapi masih tak sure buku ni macam mana. rasa macam best dan rasa macam tak best. hahaha..:D [setiap kali pegi kedai buku asyik belek je buku ni tapi asyik tak jadi beli je...ngeeee]

One day, balik lepak makan-makan kat dataran...cik maru des kata "buku ni memang best.try la baca." "oh ye ke?" [then i should try..why not.errr tapi aku tak nak beli.nak pinjam baca je.tapi sape yang ada buku ni?]

Last week, tengah sembang-sembang dengan housemate aku pasal buku...tetiba dia kata ada buku ni. huh? ye ke??wahhhh!! nak pinjam baca...hehehe

Lepas habis baca buku ni, one word: unexpected..!! tak sangkanya buku ni macam ni...=) rasanya antara novel Hlovate yang aku dah baca, yang ni memang yang terbaik sekali..;D [kepada kamu yang ingin berubah, baca la buku ni..] lepas baca buku ni aku asyik merenung balik diri aku...hmmmm....

so aku rekomen buku ni.tapi awas dengan bahasa yang digunakan dalam novel ni...anda mungkin suka atau tak suka...kalau rasa nak baca sesuatu yang 'berat' dalam keadaan yang 'relax'...why not try this book..=)

[aku bukan fan Hlovate tapi most of her book aku dah baca.dia memang ada style penulisan yang tersendiri dan 'fresh'.but who knows sooner or later i'll be one of her fan...;D ]


-epitjack!-
140710@2134


p/s: review taken from notes at my facebook..

4 reader(s) at Apartment No. 84B

Siapa kata rakyat Malaysia ni tak suka membaca?

Tapi penghuni yang tinggal di Apartment No. 84B adalah pembaca ok..!! Apartment ni ada banyak buku/novel (tapi tak ada t.v).

Weekend ni penghuni Apartment No. 84B tak balik ke kampung masing-masing. Jadi semuanya sibuk dan khusyuk dengan buku/novel masing-masing. Apartment senyap je. Penat baca..rehat dan cari makanan kat dapur lepas tu sambung balik baca...hoho....


Hasilnya:-


1. Aku - berjaya habiskan "The Monk Who Sold His Ferrari" & sedang
baca "Seikat Kembang
Merah" plak.
2. Gra - berjaya habiskan "Labyrinth".
3. Ain - hampir berjaya habiskan "Adam & Hawa".
4. Ida - juga hampir berjaya habiskan "Mikhail".



p/s: sooner or later apartment ni mungkin akan penuh dgn
buku/novel...=)

Sunday, November 14, 2010

The Monk Who Sold His Ferrari by Robin S. Sharma

Action Summary:-

1. MASTER YOUR MIND

- Cultivate your mind. It will blossom beyond your expectations.
- The quality of your life is determined by the quality of your thoughts.
- There are no mistakes, only lessons. See setbacks as opportunities for personal expansion and spiritual growth.

"The secret of happiness is simple: find out what you truly love to do and then direct
all of
your energy towards doing it. Once you do this, abundance flows into your life
and all your desires are filled with ease and grace."



2. FOLLOW YOUR PURPOSE

- The purpose of life is a life of purpose.
- Discovering and then realizing your lifework brings lasting fulfillment.
- Set clearly defined personal, professional and spiritual goals, and then have the courage to act on them.

"Never forget the importance of living with unbridled exbilaration. Never neglect to
see
exquisite beauty in all living things. Today, and this very moment, is a gift. Stay
focused on your purpose. The universe will take care of everything else."



3. PRACTICE KAIZEN

- Self-mastery is the DNA of life mastery.
- Success on the outside begins within.
- Enlightenment comes through the consistent cultivation of your mind, body and soul.

"The universe favors the brave. When you resolve to lift your life to its biggest level,
the
strength of your soul will guide you to a magical place with magnificent
treasures."



4. LIVE WITH DISCIPLINE

- Discipline is built by consistently performing small acts of courage.
- The more you nurture the embryo of self-discipline, the more it will mature.
- Willpower is the essential virtue of a fully actualized life.

"Wage war against the weaker thoughts that have crept into the palace of your mind.
They will see that they are unwanted and live like unwelcome visitors."



5. RESPECT YOUR TIME

- Time is your most precious commodity and it is non-renewable.
- Focus on your priorities and maintain balance.
- Simplify your life.

"Time slips through our hands like grains of sand, never to return again. Those who use
time wisely from an early age are rewarded with rich, productive and satisfying lives."



6. SELFLESSLY SERVE OTHERS

- The quality of your life ultimately comes down to the quality of your contribution.
- To cultivate the sacredness of each day, live to give.
- By elevating the lives of others, your life reaches its highest dimensions.

"The most noble thing you can do is to give to others. Start focusing on your higher
purpose."



7. EMBRACE THE PRESENT

- Live in the "now". Savor the gift of the present.
- Never sacrifice happiness for achievement.
- Savor the journey and live each day as your last.

"We are all here for some special reason. Stop being a prisoner of your past. Become
the
architect of your future."


My review:-
This is among the best self-help book I've read. By reading this book, its help me to raise my life to another level. It is highly recommended to those who want to fulfill their dreams and reach their destiny. Really worth to buy and read..!! I like the style of writing by this author. All in all I rated this book 5 stars..=)


p/s: read as much as you can..

Saturday, November 13, 2010

4 chef(s) for d dinner..

Lewat ptg smlm housemate aku, Gra sms tnya apa menu dinner. aku reply: no idea yet for d dinner. Gra reply: nk msk nasi pulut, nasi putih (sbb Ain x blh mkn nasi pulut), sambal ikan bilis dgn kentang & ikan masin. tp nasi pulut aku yg kena msk.

Dh nk siap msk, Ain n Ida blk. Ain beli kangkung...nk msk kangkung goreng belacan.

So dinner, kitorang last night adalah hasil 3 org chefs n sorang chef tukang buat air (Ida)..hehe

Chef Gra: Nasi putih, sambal ikan bilis dgn kentang
Chef Epit: Nasi pulut, ikan masin
Chef Ain: Kangkung goreng belacan
Chef Ida: Air oren

Friday, November 12, 2010

lama tak update nih..!!

Since last week aku bz n x sempat nk update apa2 kt blog....

Bakat terpendam
last saturday, 6.11.2010 ada besday party kt umah bos. aku buat kek batik je bg kt bos. pesan dgn bos simpan sket utk diorang jgn kluar kn sume utk guest. ye la diorang mmg suka mkn kek batik aku..hehe...=) sedang aku enak mkn kt besday party tu tiba2 'small bos' ckp, "Afidah, I have a good review from guest about ur kek batik. They asked me where I bought it." Suddenly, she said "this is Afidah, she made the kek batik.." erk..??? sume org tgk aku n start bg 'compliment' psl kek batik aku..siap ada yg mintak resipi lg tu. adeh biar betul ni....hoho
sejujurnya ini first time aku bg org rasa kek batik aku..slalunya kek batik ni aku buat utk family n frens only. mbe kalo aku dh bosan praktis law nnt aku blh buat bisnes kek batik..=)

Reading
'Memoir Tragedi Memali' dh abeh baca last week. skang sedang baca 'Seikat Kembang Merah', 'The Monk Who Sold His Ferrari' & 'Al-Munabbihat'. 'Rayyan Fantasi' msh x kluar lg. Yg paling tension aku x dpt nk g book fest "Big Bad Wolf Books 2010" kt South City Plaza, Seri Kembangan from 12-17 Nov 2010. Arrggghhhh...!!!!! ruginya..70%-90% off....huhu

Cooking
Menu dinner last tuesday adalah nasi pulut n sambal ikan bilis. smlm plak dinner nasi tomato n ayam masak merah. mlm ni??? tgh fikir....


p/s: esk ada jemputan kenduri...=)

Sunday, November 7, 2010






"Yang wajib kita perjuangkan ialah Islam, bukan bangsa."

-Ustaz Ibrahim Libya (1985)

Monday, November 1, 2010

maaf..kurang budi bahasa.

Setelah sekian lama setiap hari aku pergi court dengan senyuman. Tapi hari ni aku serius memang tak ada mood langsung nak senyum. Muka serius je aku rasa. Juga tak ada mood nak tampal senyum plastik. Kalau senyum pun aku rasa macam tak cukup gula je.

Sampai di court, status kes adalah "Saman Belum Serah(SBS)". Aku dengan ayat sarkastiknya cakap "Saya dah failkan affidavit penyampaian. Kalau hilang tu saya tak tau la. Saya nak amik judgment ari ni." Senafas, senada, toneless je aku cakap tanpa riak muka berdosa. Serius aku tak ada mood nak berbudi bahasa hari ni.

Later, they found the Affidavit. Fail aku diletakkan ke tepi - bakal dipanggil masuk depan registrar soon. 5 minit, 10 minit, 15 minit - masih lagi tak dipanggil masuk. Lawyer dah makin ramai ni. Aku bangun dari tempat duduk, "Fail ni (sambil tunjuk) lama lagi ke?". Again, toneless muka tanpa riak.


p/s: Bukan sebab monday blues ke apa. Tapi aku serius memang tak ada mood hari ini. Maaf, kurang budi bahasa. Sekian.

Tuesday, October 26, 2010

senyum la...=)

Semalam lepas main badminton dengan Mar...aku, Gra & Ida lepak makan2 kat dataran. Sedang aku menikmati nasi itik (2 piring itik), ada la sekumpulan perempuan yang aku rasa baru balik dari bersukan gak datang nak makan kat gerai nasi itik favourite aku tu.

Tapi ada la sorang pompuan ni dia "stare" aku smpai mcm nk terkeluar biji mata..!! aku pelik gak. apahal pompuan ni..aku bukannya kenal dia pun. macam nak cari gaduh je. aku pun "stare" la dia balik. dia pun "stare" aku balik..uish dah lawan2 "stare" pulak dah... last2 tak kuasa aku nak layan "stare" dia tu. lebih baik aku layan nasi itik aku ni..ahaha

Tapi aku sampai sekarang tak boleh blah apasal la pompuan tu dok "stare" aku macam nak cari gaduh je. Agaknya pompuan ni tengah datang 'angin' kot time tu. Kot ye pun senyum la...=) takde ruginya kalo senyum kan.. ish agaknya pompuan ni tak baca 'Al-Munabbihat' kot.

"Every good deed of a Muslim is charity; and meeting your (Muslim) brother
with a smiling face is one of the good deeds." - Abu Daud & At-Tirmizi


p/s: senyum selalu...=)

Saturday, October 23, 2010

Terima Kasih Cikgu - Memoir Seorang Murid

Malam semalam aku terima sms dari Aju, kawan sekolah rendah aku. Aku agak terkejut bila dapat sms tu sebenarnya. Rasa tak percaya pun ada. Perkabaran yang menurut Aju, Cikgu Zuber dah meninggal dunia. Aku sentap seketika. Eh betul ke ni?? Setahu aku Cikgu Zuber ni muda lagi..mungkin dalam lewat 40-an. Kata Aju lagi cikgu kena strok.

Masih tak puas hati dengan berita tu. Kebetulan Dila anak Cikgu Raudhah online facebook masa tu. Sahih berita yang aku dapat tu. Jenazahnya dikebumikan lepas solat Jumaat semalam. Menurut Cikgu Raudhah, Cikgu Zuber ada darah tinggi dan pening-pening kat padang sekolah...tumbang kat padang sekolah. Perlahan-lahan fakta yang aku terima dicerna. Aku masih dalam keadaan terkejut. Secara perlahan jugak banyak perkara dan kenangan pasal Cikgu Zuber kembali dalam kotak memori aku. Terusan memori tu menghentak kepala aku!

Jadi wajarlah kalau pagi ni aku berasa sedih. Mengapa? Sebab Cikgu Zuber adalah salah seorang cikgu yang memang memberi kesan dalam hidup aku selama ni dan sampai saat ini. Ya, saat ini dan selamanya. Justifikasinya adalah kejayaan aku hari ini adalah sebahagian daripada nasihatnya. Ramai orang yang menyentuh hidup aku dan Cikgu Zuber adalah salah seorang daripadanya.

Kenapa aku anggap Cikgu Zuber adalah salah seorang yang memberi kesan dalam hidup aku?

Satu hari masa aku darjah 4 dalam kelas KHB. Kami tak masuk bengkel hari tu. Cikgu Zuber masuk kelas tapi tak mengajar KHB. Hari tu dia bagi motivasi dalam kelas. Cikgu Zuber tanya "Siapa nak dapat 4A?" -aku blur je masa tu sebab aku tak tau apa benda 4A tu- (rupanya 4A dalam UPSR). Hari tu Cikgu Zuber ajar kami macam mana nak capai sasaran dapat 4A tu.

"SEBELUM, SEDANG DAN SELEPAS": 'Sebelum' - baca dulu sebelum masuk kelas. 'Sedang' - bagi tumpuan dalam kelas. 'Selepas' - buat latihan. Teknik ni memang berkesan. Aku praktikkan teknik ni sampai aku masuk sekolah menengah. Masa aku tingkatan 4 ada program motivasi kat sekolah oleh Dr. Shukri. Teknik Dr. Shukri : "SATU" i.e Sedia Awal, Tumpuan, Ulangkaji. Oh rupanya aku dah lama buat teknik ni. Jadi, 'Sebelum' tu adalah 'Sedia Awal; 'Sedang' tu adalah 'Tumpuan; dan 'Selepas' tu adalah 'Ulangkaji'. Gabungan dua teknik ni memang beri impak yang besar dalam persediaan exam SPM aku.

Tapi bila aku masuk universiti, aku dah kurang praktikkan teknik ni. Tak sempat nak buat 'sebelum- sedia awal' dan 'selepas - ulangkaji'. 'sedang -tumpuan' pun kadang-kadang tak buat sebab mengantuk dalam kelas. Kesimpulannya, keputusan di universiti langsung tak memberangsangkan!! Dan aku hanya graduate biasa-biasa je....The rest is history. Alhamdulillah perjalanan fasa pertama aku dah tamat dan aku dah capai apa yang aku cita-citakan selama ni.

Kini perjalanan fasa kedua baru saja bermula. Dan belum sempat buah yang masak ranum dan manis dapat aku petik dan tuai, orang yang patut merasanya dah tak ada lagi. Aku berasa sangat terkesan dengan pemergian Cikgu Zuber. Tak sempat nak cakap "Terima kasih cikgu." Juga tak sempat nak berkongsi kemenangan kecil pertama aku hari Isnin yang lalu...

Guru oh Guru by Usman Awang

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa dialah sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guru
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



AL-FATIHAH buat Cikgu Zuber. Semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.


Nota: Aku memang nak balik Bota hari ni dengan hajat yang besar nak meraikan kemenangan kecil pertama aku dengan cikgu-cikgu...=)

Friday, October 22, 2010

ruang senggang

Boleh dikatakan bln ni diary aku agak full dgn kes. Aduh! mmg melelahkan. Keja kt ofis pn kena dibereskan. Sejak lps posa n raya ni pun aku msh tak sempat lg nk main badminton.

Bnyk buku2 (Nelson Mandela - A Walk to Freedom; The Monk Who Sold His Ferrari; A Thousand Splendid Sun; buku Judith McNaught; Al-Munabbihat) yg tersadai ditepi bantal tak sempat nk dibaca. Mana taknya blk keja dh penat n terus je tertido. Ada hari tu smpai kan buku 'Al-Munabbihat (The Counsel)' dh t'telungkup kat muka aku..tgh baca aku tertido huhu [aku bc bnyk buku dlm ms yg sm..hoho]

Tp ari tu sempat jugak lepak dgn Mar, Farah n Gra lps ofis hour. kitorang pekena capati. perrgghhh sedap giler capati makcik tu. aku mkn smpai 3 keping...hohoho Lps tu berjimba kt karaoke plak..nyanyi smpai mcm nk pecah anak tekak. yg paling best "kolaborasi" kitorang nyanyi lagu Man Bai - Kau Ilhamku....hehehe...=)

Dan aku msh lg stress dgn tekanan keja. jd smlm msk spaghetti...adeh mmg tak sedap langsung aku msk!!! ni la akibatnya kalo dh lama tak buat spaghetti. sori la ye Mar, Gra n Ida yg terpaksa mkn spaghetti aku yg tak sedap tu........=(

Minggu ni mcm nk kena blk kg jugak. 1) nk bwk blk kain baju yg bnyk yg tak sempat nak dibasuh huhu 2) nk kena bg roadtax keta abg long. 3) nk blajar buat roti canai dgn mak...=)

Monday, October 18, 2010

Trofi Kemenangan

Alhamdulillah...

Kejayaan akan sentiasa bersama dgn org yg berusaha bersungguh2....

Manisnya kejayaan itu bila dpt dikongsi dgn org sekeliling....=)

Manis lagi kalau kejayaan itu dpt dikongsi dgn org tersayang.......=))

Sunday, October 17, 2010

Weekend @ Ipoh..

Sejak friday kiv nk blk bota. rs sgt penat utk travel lg..tp dlm hati rs mcm nk blk tgk mak abah. ah lps keja ari sbtu ptg2 sket la br blk. heh aku t'tido smpai ke petang lps blk keja ari sbtu. jd blk lps subuh esk (ari ni) je la.

tak jadi blk bota lps subuh. ingt nk g loken dl lps tu br blk bota. pkul 8am dh kluar g loken tgk2 tv 2nd hand. 9am blk apartment...breakfast dl la jp lg br nk gerak blk bota.

tiba2..aarrrgggghhhhhhhhh......................!!!!!!!!!! teeeetttttttt.............. cancelled blk bota.

last2 aku terperuk je kt apartment ni. huhu

reason tak blk bota: i'm juz not in good condition to travel. have to take rest at d apartment. serius 'terlantar' je...adeh

what else i can do apart from reading. read read n read. makanya aku telah mencapai target tahun ni utk bc 24 buah buku..!!! hoho....=)

next kena target 30 or 36 books by end of this year.

Friday, October 15, 2010

This week..

This week is a 'travelling' week for me.

Ipoh-Bota -vs- Ipoh-Taiping. sgt memenatkan......=(

This is my life..no life.........

Monday, October 11, 2010

independent or berani?

Smlm lps solat subuh trus gerak blk bota. pkul 7.15am dh smpai. mak tgh msk air kt dapur. tak lm lps tu abah blk dr kdai kopi bwk blk breakfast. mak bancuh air teh, aku goreng telur nk mkn dgn ns lemak yg abah beli. smbil menikmati breakfast..mcm biasa aku sembang2 dgn mak. cite psl ari jumaat ari tu kena cover kes di ipoh n taiping, cite psl open house perak bar, cite psl k.rin n mar g penang (chowrasta) - dgn penuh emosi.

Tiba2 mak ckp, "ko ni bukannya tau takut. kalo dibiarkan jauh mn pn smpai. mak risau jugak tp apa blh buat..berdoa je la." aku sentap. berani? atau aku kena berani n independent??

Oh kakak aku pn pernah gak kluar kn ayat yg sarcastic time world cup ari tu coz aku sanggup tgk bola jauh mlm kt kdai mamak, "ko ni bukan nya takut hantu, tp hantu yg takut dgn ko..!!"

Ms sekolah dl ada sorang ustaz ni (dlm kelas apa ntah aku tak ingt mbe kelas mantiq or balaghah) ckp, "semua manusia ni takut, yg berani tu cuma buat2 berani je.."

Smpai saat ni aku tak pasti samada aku ni independent atau berani. mbe dh biasa buat sume sendiri. mak n abah ok je asalkan hati2, tau jaga diri, ingat Allah slalu. mak slalu ckp, "kita ni org perempuan kena pndai berdikari. kalo semua nk harap laki susah la.."

Even blh buat sendiri tp kadang2 teringin jugak nk dependent. hati ni kadang2 slalu gak menangis sbb kena buat sendiri. tp aku mmg x suka mntk tlg org sbb org akan tgk aku ni lemah. haiiihhh...egonya aku ni. bukan ke manusia tu mmg lemah n diciptakan oleh Allah utk saling tolong menolong? bukan sume benda kita blh buat sendiri. ada benda yg kita kena mntk tlg org. baru la hidup ni lbh harmoni kn...=)

Jd kalo org dh tlg tu kena la appreciate. give n take. jgn la amik kesempatan plak!

Kakak aku ckp, "org laki ni suka kita independent. tp kalo over independent sgt diorang tak suka." jd independent n dependent yg mcm mn harus org perempuan ada..???


-epitjack!-
111010@1923


Saturday, October 9, 2010

Memoir Anak Setinggan by M.S. Anuar Mahmod

nmpk buku ni di fb bila ada kwn2 di 'tag' utk buku ni. tp aku slalu x perasan buku ni kalo g kdai buku. kenapa eh??? [rupanya buku ni diletak di rak paling bawah skali...]

aku mmg plan nk g mph weekend ni sbb mph ada offer 20% for member. jd lps open house perak bar dh plan nk g JJ dgn housemate aku. tp kt open house tu k.rin n mar telah men'jaki'kan aku dgn cerita diorang br blk dr kdai2 buku 2nd hand kt chowrasta, penang. rs sungguh bengang n 'dikhianati' saat itu!!! mar x abeh2 tersengeh mcm org 'angau' sepanjang open house...k.rin x abeh2 cite psl 'hebat'nya chowrasta tu. aarrrrgggghhhhh...!!! dan aku plak 'panas' hati dgr cite diorang. xpe lps ni diorang akan dipaksa utk bwk aku ke chowrasta..hahaha.....=)

plan aku nk g mph diteruskan jugak even 'bengang' dgn kisah 'chowrasta' kt open house tu. aku mmg plan nk beli buku gak coz member mph dpt 20% diskaun on all books. salah satu buku yg aku beli..'Memoir Anak Setinggan' by M.S. Anuar Mahmod. dh nmpk sblm ni buku ni di alam maya dgn review yg kononnya best n menarik. lps blk dr mph trus bc n ari ni dh berjaya abeh kn.

Review: buku ni mmg menarik. ada satu part yg buat aku sedih n nangis bila bc...huhu [bab bila hal Nuar tlg jual ns lemak mak dia kt skolah n guru besar tau n diberi amaran jgn berniaga lg.] even aku bukan la bdk 'sting garden'..tp sedikit sebanyak aku tau susah nya hidup diorang. sedar la aku...even aku dl pn ms kecik hidup susah mcm si Nuar ni tp x la seteruk hidup mereka di 'sting garden'.

Hebatnya buku ni bila ada isu pembangunan di KL, peranan sekolah ('penjara' bg Nuar) dlm melahirkn insan yg kreatif, n nilai hidup dr kacamata org susah n pemerintah. buku ni kena bc n digest btul2. kisah hidup 'sting garden' dr kacamata seorang budak.

lps abeh bc buku ni....aku trus terfikir bahawa betapa jauh nya ms telah berlalu n ditinggalkan. sedar x sedar cite 'sting garden', bas mini n KL di zaman 80-an n awal 90-an yg slalu aku dgr n lihat di tv ms kecik dl dh hilang ditelan kemajuan KL. sungguh ms terlalu pantas n memintas aku....

[query: tanpa mereka ('sting graden'), adakah KL akan maju n berkembang seperti sekarang?? adakah kita pasti n berbangga bahawasanya pembangunan n kemajuan yg kita kecapi hari ini (KL, Malaysia) bukanlah hasil dr penindasan n penderitaan org lain???]

This is a MUST READ book.


-epitjack!-
091010@2335

Wednesday, October 6, 2010

keja giler...

smlm ms nk blk keja, zip beg galas yg slalu aku pkai g keja rosak. sedihnya....aku trus rs xde mood. hati rs x syok sbb beg tu ada sentimental value. padahal dl aku kalo beg galas koyak atau zip rosak aku trus je beli yg lain.

blk umah sewa aku ckp dgn housemate aku nk g JJ lps maghrib sbb nk btulkn zip beg tu...x kira yg penting esk (ari ni) g keja mesti nk pkai beg galas tu. sanggup tu kluar.....hoho

smpai kt JJ, mamat bangla yg jaga kedai tu ckp dia cuma blh btul kn blk je zip tu tp x kn tukar zip yg baru sbb mahal.apa2 je la...aku desperate sgt nk guna beg galas tu esk..tp bila dh ok aku rs x berbaloi je aku byr kt mamat bangla tu...bcoz sooner or later zip tu akan rosak blk. mesti tukar zip br jugak...

Friday, October 1, 2010

pencinta..

2 ari lps aku bc dlm paper d sun psl novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari akan difilemkan dan ditayang kn di pawagam.huh?? ye ke ni? biar btul....x kisah la apa pn...kehkehkeh

apa yg menariknya, komen penulisnya adalah filem x kn sm mcm novel...sbb apa yg ada dlm novel x mungkin 100% blh n sesuai utk diterjemahkn ke layar..n audience 'pembaca' & 'penonton' ada expectation yg berbeza. jd kesimpulannya kalo anda 'pembaca' jgn expect filem akan 100% mcm yg ada dlm novel tu ya..!!

[Ombak Rindu antara novel favourite aku. ada 2 lg novel sambungan Ombak Rindu ni tp yg terakhir - Rindu Cintaku - dh hmpir 3 thn rsnya 'tersadai' atas meja studi aku sbb aku mcm bosan nk bc. bnyk kali dh nekad nk abeh kn bc..tp msh x bc jugak. setakat ni, antara 3 buku (Ombak Rindu, Cinta..Tiada Akhirnya & Rindu Cintaku) aku msh rs Ombak Rindu yg terbaik...!!]

pnjgnya intro...aku bukan nk ckp psl Ombak Rindu sebenarnya....hahaa

aku nk ckp psl 'pencinta' buku. rsnya aku msh blum layak lg la nk dilabelkn sbg 'pencinta' buku yg hardcore. tp aku nk smpaikn certain msg kpd penulis, publisher, pencetak n yg sewaktu dgn nya bahawa sbg 'pencinta' buku:-

1. harga buku tu penting. mcm org yg xde bnyk duit mcm aku ni mesti la bnyk perkara nk kena consider sblm beli. cnth, berbaloi ke aku beli buku ni dgn harganya? aku bukan la nk berkira sgt kalo beli buku ni kn...tp kadang2 nk kena tgk duit gak beb. ad abajet ke xde.

2. kenapa eh buku2 kt M'sia ni x cetak guna kertas yg kuning mcm buku2 overseas tu?? mbe ada rmai org x suka beli buku yg guna kertas kuning tu..tp aku suka. sbb buku lbh ringan n harga pn lbh murah...=) mmg la 'appearance' tu penting tp kalo xde isi nk buat apa. lbh baik la 'appearance' biasa2 je tp isi nya hebat.

3. aku mmg suka beli buku terpakai maklum la aku xde bnyk duit kalo nk beli sume buku 1st hand...

4. aku percaya dgn m'baca pengetahuan akan bertambah. jd kpd penulis, tulis la utk menambahkan pengetahuan pembaca ya..!!

5. jadilah pembaca yg bijak, kreatif n kritis. baca la apa saja pn tp yg penting mcm mn kita mencerna 'digest' apa yg kita bc tu.

6. membaca adalah mknn 'minda' aku..


p/s: msh berharap yg satu hari nnt buku2 di M'sia dicetak dgn kertas kuning..buku lbh ringan n murah. dan juga berdoa kalo ada rezeki lbh blh beli ebook reader....=)

Wednesday, September 29, 2010

tuah ayam nmpk di kaki..

lps solat maghrib td kluar dgn housemate aku pegi ipoh parade. saje nk pegi novel hut..[mn tau kot ada buku yg aku nk org let go kt novel hut] lps tu nk pegi mkn kt dataran. bdn aku still penat akibat outstation..huhu

kecewa nya bila smpai novel hut, novel yg aku cr xde.tetiba hati aku tergerak nk tgk kt rak lg satu dkt dgn cashier (biasa rak tu tmpt novel yg org br let go n novel hut msh x letak kat rak sepatutnya).

hah..!! mmg tuah aku ari ni...ada buku imaen yg aku cari slama ini..woohhhhooooo.......=) gembiranya. ceh dgn tidak membuang ms aku trus amik n beli. adeh....kantoi lg aku beli ni drpd tidak membeli buku. ni kira aku dpt beli 2nd handbook la....kt kdai buku mmg susah nk dpt. nk beli online mls. org yg let go buku ni mcm x baca je...buku2 ni siap balut dgn plastik lg tu...hehe

orait weekend ni aku nk baca buku2 ni n nnt blh review...=)

perjalanan ke utara..

dh lama x tulis di blog...bz sket lps raya ni. ada bicara n outstation...letihnya....=(

ari ni lps solat subuh dh kluar umah..outstation ke butterworth. tido awal giler smlm sbb takut ngantuk tahap dewa ms drive. hmmm perjalanan alhamdulillah lancar. ada la ngantuk sket. yg menyegarkn mata aku bila exit tol juru tu...mamat yg jaga tol ni 'handsome'. senyuman dia mmg menarik n ceria. trus aku yg mamai ni terjaga..hahaha jd aku pn bls dgn ucapan slamat ari raya kt dia..dia bls blk n senyum lg...weeee........

hampir sesat lg nk ke court butterworth..adoiyai...tp aku redah jugak. "GPS" aku ari ni ada matter kt court SP..jd aku x nk kacau dia..huhu

finally berjaya smpai court butterworth on time (8.10pg)..[smlm dh called interpreter mntk stand down smpai kul 10 atas alasan takut sesat..] pkul 9.10pg dh settled matter..trus gerak blk ke ipoh...

[aku sgt penat ari ni...huhu]

Tuesday, September 14, 2010

ketagihan...

Smlm kluar dgn etty kt JJ. Sblm karok smpt lg pegi MPH n Popular [kali ke-2 dlm bln ni..]. Kt Popular ada offer yg 'sgt menarik'. Wahhh..!! Novel Ford County by John Grisham hnya RM23.90 (original price: RM32.90) for member....=)

Hati meronta2 nk beli...huhu tp setakat ni berjaya menahan diri drpd m'beli. tak tau la smpai bila blh bertahan ni coz smlm aku x blh nk tido teringat buku tu...setiap jam terjaga...adoiyai

adakah ini bermaksud aku mmg kena beli gak buku tu? sanggup ke aku lps kn peluang keemasan utk memiliki buku tu dgn harga yg menarik? arrrgghhhhh..!!!!

Wednesday, September 8, 2010

di akhir ramadhan...

smlm iftar kt black canyon dgn k.rin, gra, mien n hafiz. lps iftar n solat..perut pn dh kenyang. so ms utk cari mknn minda plak...;p

mcm biasa cuci mata kt MPH n Popular. adoi...bln ni aku dh nekad tak nk beli buku.berazam nk abeh kn bc buku2 yg berlambak2 tu dl br blh beli buku yg baru.

guess what???wah mmg ada beberapa buku yg menarik utk dibeli...tp akhirnya aku berjaya menahan diri drpd membeli...hehe [dlm hati: takpe la..x dpt beli lg pn, dpt 'rasa' jd la dl...(read: review n free reading) ]

tp sepanjang mlm aku mcm x blh nk tido coz teringat2 buku yg aku x beli tu...alahai....=(

Tuesday, September 7, 2010

Di jln raya yg jam on the way kakak2 aku blk kg. mlm td...

Ika: Mak Ngah, nape kita tak blk kg. naik kapal terbang je..??


[anak buah aku ni mmg mulut paling becok skali..kadang2 tak tau mcm mn control dia..hahaha]

Friday, September 3, 2010

Saya Pun Melayu by Zaid Ibrahim


As usual, each n every month aku akan pegi kdai buku. Ms aku masuk, buku ni ada kat rak ‘New Arrival’. Mcm biasa la..aku pn sebok la nk belek n review buku ni [read: “free reading”]. 1st impression: menarik. Msh belek lg buku ni..lama gak la smpai org kdai tu dh tgk aku semacam je..haha. Lastly, aku beli gak buku ni.

Alasan beli: 1) ms tu kalo tak silap aku Zaid Ibrahim dh letak jawatan as de facto law minister. So aku nk tau gak apa view dia tentang ‘melayu’ tu sendiri [tajuk pn dh menarik kn..‘Saya Pun Melayu’]. 2) saje nk tau lbh lanjut sape Zaid Ibrahim ni sebenarnya. His 1st book ‘In Good Faith’ aku tak baca pn…huhu

2nd impression: OMG..!! Buku ni tak seperti yg aku bayangkn. This book really open my mind..n I also said: Ya, saya pun melayu. ‘Melayu’ dlm buku ni konsep nya lbh luas. Buku ni mbe tema nya agak berat sket..tp sgt berbaloi. To me it is thought provoking. Buku ni ada ckp psl personal life Zaid Ibrahim jugak…

PRECAUTIONS: bila baca buku ni kena bukak minda anda dgn luas.lps tu..digest n analyse btul2.then only comment n give ur opinion….=)

Gambaran tentang buku ni: THOUGHT PROVOKING.


epitjack!
030910@2127

Tunggu Teduh Dulu by Faisal Tehrani


Aku 'bertemu jodoh' dgn buku ni dgn cara tak sengaja...time tu takde buku yg best utk dibeli. tp aku saje je 'cuci mata' kt kdai buku..[free reading..hehe] Nk ditakdirkn aku 'terjumpa' buku ni n tetiba aku 'terbeli'..!!

Lps beli aku trus je baca duduk kt kerusi dpn kdai buku tu.tetiba..eh?nape buku ni mcm ni?1st time aku baca buku yg mcm ni.hmmmm...mcm mn nk ckp eh...ahh lebih kurang mcm ni. "bg aku buku ni bukan lah dlm kategori 'best' tp ia sgt dekat dgn hati kita.."

Kalo Ayat2 Cinta menampilkan watak Fahri yg hampir sempurna, tp dlm buku ni menampilkan watak betapa lemah n tak sempurnanya kita.aku mmg suka buku ni..=) as i said earlier..sgt dekat dgn hati kita. [jika anda rs lemah n takde daya dlm life, buku ni mampu naik kan semangat anda semula..!!]

Buku ni highly recommended for u to read.[kalo anda tak suka baca buku2 Faisal Tehrani, sy percaya anda pasti suka buku ni...:D ]


-epitjack!-
150710@1105
Date: 2.9.2010
Time: 9.15pm
Venue: McDonalds

Subject: ber'sms' dgn kakak aku smbil mkn McD

(summary of d sms)

Aku: nnt blk aprtmnt aku send ko gmbr tupperware tu. aku kt luar ni mkn mcd...=)

Kakak aku: Wah aku ingt ko dh insaf dr mkn mknn segera...

Aku: Wei aku dh lm tak mkn fast food tau..saje takut kempunan plak nnt..

[kakak aku kasi ayat 'sarkastik' mcm tu sbb few months ago aku ckp kt dia aku dh x mkn sgt fast food n aku dh 'kurus' sket....;P (tp godaan McD GCB tu agak kuat...hahaha) ]

Monday, August 30, 2010

Hati kecil ku berkata...

Aku ingin jadi hamba-Nya yang takutkan mati
kerana mati itu pasti dan hidup itu insyaAllah..
Aku ingin jadi anak yg berbudi
kerana sampai mati pun budi mereka tak dapat ku balas.
Aku ingin jadi sahabat
yang boleh diharapkan dalam apa jua keadaan.
Aku ingin jadi kekasih
yang membahagiakannya di dunia dan di akhirat....
Dan aku ingin jadi aku
yang bisa membuatkan orang di sekeliling
merasa bahagia dan gembira
walau hatiku meruntun hiba.....


-epitjack!-
150410@1054


"Cinta membuat kita membuang sifat sendiri, dan mengambil sifatnya sebagai ganti." -Nadira


"Cintakah itu apabila manusia ingin memiliki manusia lain? Sedang kita ini sendiri milik Tuhan. Biarlah kita saling menemani saja. Saya ingin menemani dan ditemani, dalam perjalanan kita mencari redhaNya." -Fadlan

Saturday, August 28, 2010

"Tidak akan kamu berperasaan gundah walaupun sekali jika kau tahu apa yang dicari."




"..tahu ia sentiasa ada. Namun kewujudannya bagaikan angin yg hanya dapat dirasa tapi tak dapat dilihat..."